Anda di halaman 1dari 1

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana

dengan izin-Nya kita masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk memikul amanah sebagai
pendidik, bekerja menabur bakti serta terus menyumbang tenaga dan idea untuk meneruskan
kecemerlangan pendidikan.
Ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Penulis Buku dan
Jawatankuasa Buku yang telah menjayakan dan menyempurnakan buku ini dengan baik sekali.
Sesungguhnya, buku ini sangat penting sebagai garis panduan dan rujukan berterusan kepada
pemimpin dan bakal pemimpin dalam memahami peranan untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dalam Pendidikan.
Bidang pendidikan negara sememangnya bersifat dinamik dan transformasi bagi memenuhi
keperluan semasa khususnya di peringkat global. Oleh hal yang demikian, pemimpin Pendidikan
perlu memahami tanggungjawab besar dalam memberikan pendidikan, menyampaikan ilmu,
membentuk peribadi dan sahsiah dalam menjana potensi murid ke arah yang lebih baik adalah
tugas sebagai seorang khlifah. Sehubungan dengan itu, diharapkan buku ini dapat membantu
dan menyuluh pemimpin dalam membuat perancangan dan menyediakan program seiring
dengan KPI dan mengikut nilai yang terkandung dalam ajaran agama.
Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa pandangan dan ulasan penulis yang terdapat dalam
buku ini boleh menjadi landskap pembentukan yang terancang dan semula jadi fitrah insani,
terkawal dan sempurna dalam usaha membentuk modal insan yang berkualiti. Apa juga
halangan, cabaran dan transformasi yang mendatang, seseorang pemimpin akan berfikiran
positif dan menerima dengan minda yang terbuka dan dengan penuh iltizam, dedikasi dan
berintegriti untuk menempuh dan mengatasinya demi mencapai misi dan visi pendidikan.
Teruskan tekad, gandakan usaha agar kita dapat menjadi Khalifah yang dapat menyempurnakan
tuntutan agama, bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai