Anda di halaman 1dari 3

PQ1 6004

APLIKASI PEMBANGUNAN & PENILAIAN KURIKULUM

TUGASAN 2 : RANCANGANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) & LAPORAN

NAMA NURDINA BINTI MOHMAD ASRI

NO. MATRIK S2170455

KUMPULAN 3

NAMA PENSYARAH DR HARYANTI BINTI MOHSIN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
SMK MUTIARA RINI JOHOR BAHRU, JOHOR
MATA ASAS SAINS KELAS 1 MARIKH
PELAJARAN KOMPUTER
MINGGU 2 HARI ISNIN
TARIKH 16/1/2023 MASA 7.30 pagi – 8.30 pagi
TAJUK Algoritma
STANDARD 3.1. Pembangunan Algoritma
KANDUNGAN
STANDARD Pada akhir P&P murid akan dapat :
PEMBELAJARAN 3.1.1. Menulis pseudokod dan melukis carta alir pelbagai pilihan dalam
penyelesaian masalah.
OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
PEMBELAJARAN 1. Menyenaraikan langkah demi langkah penyelesaian masalah dalam
bentuk pseudokod dan carta alir.
2. Menerangkan cara untuk melukis carta alir.
AKTIVITI Set Induksi
1. Guru memaparkan video mengenai proses mencuci baju di dobi layan
diri 24 jam.
2. Guru bertanya kepada pelajar bagaimana proses mencuci baju.
3. Pelajar memberikan pelbagai respon.
4. Guru memberi penerangan atau tunjuk ajar berkaitan subtopik.
Aktiviti
5. Murid diminta untuk mengenalpasti algoritma daripada situasi yang
diberikan.
6. Setiap pelajar perlu menyenaraikan langkah dalam bentuk carta alir
dalam 3 jenis struktur kawalan pilihan.
7. Murid melukis carta alir berdasarkan pseudokod yang dihasilkan.
8. Seterusnya, murid menjalankan aktiviti Rally Robin: Pelajar dalam
bentuk berpasangan bergilir-gilir memberikan respon tentang carta
alir yang dilukis secara lisan.
9. Guru memantau dan membantu murid yang memerlukan bantuan.
10. Murid merumuskan isi pelajaran tentang carta alir.
PENGISIAN Kemahiran Abad Ke-21 Berupaya membuat hubung kait
KURIKULUM (PAK21)
Elemen Merentas EMK – Sains Dan Teknologi
Kurikulum (EMK) Nilai - Ketekunan
BAHAN BANTU Projektor Komputer Carta alir (proses mencuci
BELAJAR (BBB) baju)
KEMAHIRAN KBAT : Menilai
BERFIKIR
REFLEKSI 26/33 orang murid telah berjaya mencapai objektif pada hari ini untuk
menulis pseudokod dengan betul. 7 orang murid lagi dibimbing secara
individu dan diberi latihan tambahan untuk mencapai objektif.
CATATAN Tiada
Rancangan Pengajaran ASK Tingkatan 1 adalah bahan persediaan untuk guru yang
dijadikan rujukan guru bagi mengajar ASK. Ianya juga disebut RPH. Dokumen ini perlu
disediakan oleh setiap guru Malaysia bagi membuktikan bahawa mereka telah bersedia untuk
menjalankan sesi pengajaran pada waktu yang ditetapkan. RPH yang baik membolehkan guru
cukup bersedia untuk mengajar. Ini adalah kerana rancangan ini memberikan guru satu
persediaan dari segi fizikal, mental, dan juga kelengkapan untuk menurunkan ilmu kepada
pelajarnya dengan baik. Dokumen ini juga merupakan satu bukti bahawa guru telah
melaksanakan tugas utama guru, iaitu mengajar.

Berdasarkan aktiviti di dalam rancangan pengajaran harian yang telah disenaraikan boleh
disimpulkan bahawa pendekatan yang digunakan adalah dengan menggabungkan elemen
kemahiran abad ke-21 (PAK21) dan kemahiran berfikir aras tinggi. Di sini, bagi aktiviti set
induksi saya memaparkan video proses mencuci baju di dobi layan diri 24 jam. Saya
menggunakan teknik video kerana kebiasaannya para pelajar tingkatan 1 ini lebih berminat
dengan kaedah media audio dan visual. Selepas itu, saya akan bertanyakan kepada pelajar
sedikit sebanyak tentang pemahaman mereka terhadap video yang dipaparkan untuk
memberikan sedikit pendedahan tentang topik yang bakal diajar.

Bagi aktiviti seterusnya saya menggunakan teknik rally robin ini kerana strategi
pembelajaran kooperatif ini lebih cenderung kepada aktiviti lisan. Kebiasaannya, pelajar akan
berinteraksi secara berpasangan. Ia bukan sahaja sesuai bagi aktiviti “team building” tetapi juga
sesuai dalam mencungkil jawapan atau pandangan pelbagai pelajar terhadap sesuatu isu atau
persoalan. Selain itu, faedah menggunakan kaedah ini juga dapat meningkatkan kemahiran
membina dan memproses maklumat. Dalam pada itu, kemahiran ini juga dapat mewujudkan
aspek kebergantungan positif antara pelajar dan mewujudkan aspek akauntabiliti individu dan
menggalakkan penyertaan yang seimbang untuk semua murid. Akhir sekali, strategi ini guru
dapat meningkatkan tahap penglibatan pelajar melalui interaksi serentak.

Anda mungkin juga menyukai