Anda di halaman 1dari 7

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

SIDANG AKADEMIK 2019/2020

JMS 101 - PENGANTAR SEJARAH

DR KU BOON DAR

NAMA PENUH : MUHAMMAD KHAIRUL AIZAT BIN NASARUDIN

MATRIK : JK/12680/18

NO. SOALAN : LATIHAN II


LATIHAN II

SOALAN 1

Apakah sebenarnya tujuan kita mengkaji sejarah ?

Menurut E.H.Carr, sejarah adalah suatu dialog antara perkara yang telah berlaku
pada masa lalu dan kini. Menurut beliau lagi, sejarah juga merupakan interaksi antara
sejarawan dengan fakta-faktanya. Daripada definisi yang diberi oleh Carr,
menunjukkan bahawa sejarah berfungsi untuk menyimpan dan meneruskan
pengalaman-pengalaman secara kolektif dari satu generasi ke satu generasi yang
berikutnya dan dengan itu berlakunya proses pembudayaan, sosialisasi dan
pendidikan secara terus-menerus. Di sini Carr cuba menunjukkan bahawa sejarah
adalah satu tindak balas pembaca terhadap penulisan sesebuah buku iaitu fakta-fakta
yang ditulis oleh sejarawan. Walaupun sejarah ditulis dengan menggunakan fakta
yang sebenarnya namun penerimaan terhadap kandungan buku tersebut mungkin
seperempat sahaja kerana pembaca mungkin mempunyai pandangannya yang
tersendiri tentang sesuatu idea atau peristiwa sejarah yang dibaca dan dialaminya.

Tujuan kita mengkaji sejarah berdasarkan pendapat E.H.Carr ialah, sejarah


berupaya mematangkan minda dan diri manusia. Ini kerana melalui pengkajian
sejarah, kita akan memperoleh ilmu pengetahuan dan maklumat. Bukan itu sahaja,
pandangan yang diberikan oleh beliau berupaya dapat meningkatkan keyakinan diri
setelah melihat keterlibatan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh
sejarah yang bertindak sebagai ejen sejarah terutamanya mereka yang terlibat dalam
proses perkembangan tamadun dunia. Selain itu, sejarah juga penting dalam
pembinaan intelektual. Maklumat yang diperoleh daripada sejarah dan tamadun boleh
digunakan untuk mendidik masyarakat hari ini dan akan datang. Pembinaan moral dan
intelektual di kalangan masyarakat penting kerana tanpa kedua-dua aspek ini maka
masyarakat yang lahir itu merupakan masyarakat yang kurang matang dalam segala
aspek kehidupan dan tidak mampu serta tidak bersedia untuk menghadapi dunia akan
datang. Seterusnya apa yang ingin saya ulaskan berdasarkan pendapat E.H.Carr ialah,
idea dan peristiwa yang dibaca dan dialaminya dapat menajamkan pemikiran manusia
agar dapat bersikap kritikal terhadap segala perkara dan permasalahan sama ada yang
berkaitan dengan hubungan diri mahupun kemanusiaan. Dengan ini, segala kesilapan
lalu akan dapat dielakkan agar kita bijak dalam mencari jalan penyelesaian terhadap
segala masalah yang dihadapi.

SOALAN 2

Bagaimanakah caranya sejarah boleh digunakan untuk menentukan identiti diri


seseorang itu ?

Terdapat pelbagai cara sejarah boleh digunakan untuk menentukan identiti diri
seseorang itu. Sejarah merupakan penggembleng identiti kerana sesungguhnya setiap
bangsa ataupun individu mempunyai pengalaman tersendiri. Melalui sejarahnyalah,
bangsa atau individu itu dapat mengenali dirinya dan persekitaran dunia yang
didiaminya. Hanya setelah tahu akan sejarah persekitaran dunia sekelilingnya, baru
bangsa atau individu itu dapat menyesuaikan dirinya dan bertindak dengan bijak agar
menjadi selesa dengan keadaan persekitarannya itu. Sebagai contoh, dalam sebuah
masyarakat majmuk seperti di Malaysia, kaum-kaum bukan Bumiputera akan lebih
mudah memahami dan seterusnya menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran
budaya tempatan setelah memahami sejarah negara ini. Justeru kerana sejarah itu
adalah memori atau gumpalan pengalaman kepada sesebuah negara maka pengalaman
atau memori itu adalah merupakan sejarah yang dikongsi bersama oleh warganegara
itu sendiri. Dengan kata lain, tidak dapat dimungkiri bahawa sejarah adalah
peringatan pada pengalaman berkelompok sesebuah negara.

Oleh hal yang demikian, kehadiran kaum-kaum dan suku-suku bangsa yang
pelbagai di Malaysia kini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Namun begitu, tidak
mungkin kelompok-kelompok etnik yang pelbagai ini dapat hidup secara aman dan
selesa jika masing-masing tidak mengetahui sejarah dan persekitaran mereka. Hanya
melalui memori sejarahnya sahajalah, warganegara akan memperoleh pengetahuan
mengenai siapa dia dan bagaimana dia muncul. Erti mengenali diri inilah yang
terangkum dalam konsep identiti atau jati diri sesebuah bangsa atau negara.

Oleh itu, sejarah itu amat penting kerana tanpa sejarah yang sahih sesebuah
negara tidak mungkin akan dapat membangun. Setiap warganegara mestilah dapat
memahami proses sejarah maka lahirlah bangsa, negara dan agama yang bersifat
majmuk. Seyogia juga difahami, justeru kerana pengalaman sejarah jugalah, maka
sesuatu bangsa itu ingin berbuat sesuatu. Sebagai contoh, negara Malaysia pernah
mengalami peristiwa permusuhan antara kaum khasnya antara orang Melayu dan
Cina. Malah bukan sahaja tempoh selepas tamatnya Perang Dunia Kedua iaitu setelah
Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, tetapi juga yang lebih serius lagi ketika
berlakunya rusuhan kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Demi untuk
mengelakkan berulangnya permusuhan antara kaum inilah maka persefahaman
budaya inter-etnik itu amat perlu dipupuk dan dilestarikan.

SOALAN 3

Bincangkan tentang pandangan Collingwood yang mengatakan , “ nilai sejarah


itu ialah nilai yang mengajar manusia tentang apa yang telah pernah dilakukan
oleh manusia itu “.

Pandangan saya menurut R.G. Collingwood, tujuan asas mempelajari sejarah


adalah untuk mendapatkan pengetahuan terhadap diri manusia dan ilmu pengetahuan.
Kefahaman mengenai mengapa dan bagaimana keadaan seperti yang ada sekarang
boleh berlaku. Selain itu, dapat meningkatkan pemahaman masa kini dan masa
lampau bagi merancang perkara-perkara yang akan dan mungkin berlaku pada masa
akan datang. Contohnya, konteks kehidupan manusia dan alam lahiriah yang berlaku
ada sebab musabab dan penjelasannya. Selain itu, kita dapat memahami keadaan masa
kini berdasarkan pengetahuan mengenai masa lampau. Justeru kita sebagai manusia
seharusnya mengetahui keupayaan diri kita sendiri. Sebagai contoh masyarakat
majmuk di negara ini, sekiranya kita merupakan seorang Melayu, Cina ataupun India,
kita sebenarnya telah mewarisi cara atau tradisi berpakaian termasuklah tabiat makan
dan minum daripada bangsa kita sendiri.

Oleh hal yang demikian, jika kita lupa akan sejarah masa lalu dan tidak
menjadikannya sebagai pengetahuan kepada diri kita, maka kita akan lupa asal usul,
adat istiadat, tradisi dan budaya bangsa kita sendiri. Dengan itu jelaslah, bahawa
sejarah sememangnya memberikan pengetahuan kepada kita tentang segala aspek
kehidupan sesuatu bangsa sehingga lahirnya semangat kekitaan. Sebagai contoh,
tamadun indus dikenali dengan adanya bandar terancang iaitu bandarnya terbahagi
kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. Perancangan bandarnya dibantu
oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan seperti blok-blok berbentuk segi empat
disusun menjadi bandar dan setiap blok tersebut dipisahkan dengan satu rangkaian
jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain. Selain itu, tamadun
Mesir Purba pula menunjukkan tahap kelimuan dan kemahiran yang tinggi
terutamanya dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan. Sebagai contoh,
memumiakan mayat dan penciptaan kertas daripada pokok papyrus. Seterusnya,
memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu bata iaitu
pembinaan piramid bermula daripada ilham Imhotep. Hal ini telah menunjukkan
bahawa manusia itu sendiri telah belajar sesuatu daripada sejarah yang sedia ada dan
sentiasa menambahbaik perkara tersebut supaya mereka sentiasa maju ke hadapan.

SOALAN 4

Sejauh manakah sejarah merupakan “santapan jiwa “?

Mempelajari sejarah bukan hanya bertujuan untuk mengetahui kejadian atau


peristiwa penting di masa lalu namun juga mengajarkan pelbagai bentuk pengalaman
yang terjadi sepanjang sejarah manusia baik kejayaan mahupun kegagalan.
Mempelajari sejarah sangatlah penting bagi individu agar dapat mengetahui dan
mengenal akar sejarah diri sendiri kerana mahu tidak mahu, kita adalah hasil dan
pencapaian daripada peristiwa sejarah tersebut. Sejarah juga dapat melahirkan jati diri
yang tinggi serta membentuk keperibdian yang terbaik dan dapat menghapuskan rasa
rendah diri terhadap orang lain.di,samping itu,sejarah juga mengajar kita supaya
kesilapan masa tidak berulang dan dapat memperbaiki diri,bangsa dan agama..Akhir
sekali,sejarah juga dapat membentuk generasi masa kini supaya merangka wawasan
masa hadapan sebagai santapan jiwa agar dapat memajukan negaraserta diri dalam
semua bidang,rutin harian kita dan lain-lain lagi.

SOALAN 5

Sejauh manakah dapat kita katakan sejarah boleh mengajar kita ?

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia kerana dengan sejarah itu
sendiri, ia boleh dijadikan iktibar dan pengajaran untuk panduan masa kini dan masa
hadapan bagi membolehkan kita memperbaiki kesilapan masa lalu serta mencipta
kejayaan yang lebih gemilang. Kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang
bukan sahaja merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga,
masyarakat dan negara mahupun bangsa kerana kita tidak belajar daripada kesalahan
dan kesilapan masa lalu.

Dengan mempelajari sejarah juga, generasi muda dapat memupuk semangat


patriotisme serta bangga akan negara sendiri. Perasaan ini timbul apabila kita
mempelajari sejarah tanah air dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap
negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila
lahirnya warganegara yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti
terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat patriotisme ini
timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita serta
mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Malangnya, generasi
muda gagal memahami sejarah dan mereka sendiri buta tentang sejarah negara sendiri
.
Selain itu, sejarah juga membantu kita menghargai serta memelihara
kemerdekaan serta kedaulatan negara. Jika generasi muda hari ini tidak memahami
sejarah pembentukan negara, apa yang telah dibina sekarang akan runtuh dan musnah.
Meruntuhkan sesuatu perkara itu sangat mudah tetapi untuk membina dan membentuk
sesuatu itu agak sukar. Oleh itu, sangat jelas bahawa memiliki pengetahuan sejarah
dapat kita bersama-sama mengembling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan
negara. Jelas sekali tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan
negara sendiri, kita akan mudah sekali untuk ditipu hidup-hidup oleh anasir luar yang
cuba untuk menakluki negara kita.

SOALAN 6

Apakah benar “sejarah itu berulang “?

Pada pandangan saya, sejarah tidak berulang. Sejarah berulang dapat diertikan
sebagai satu keadaan di mana sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa dahulu
boleh berlaku kembali dalam tempoh masa berlainan dan ianya sukar diagak. Ini
kerana sejarah itu dianggap sebagai suatu gejala yang berulang-ulang seperti sesuatu
peristiwa itu berlaku berulang kali di dalam satu proses yang saling berkaitan serta
silih berganti.

Proses yang dimaksudkan itu mempunyai kaitan yang erat dengan kemunculan
sebuah negara yang mempunyai suatu titik kelahiran. Kemudian meningkat maju
sehingga mencapai kejayaan dan seterusnya apabila tiba suatu masa ia akan
mengalami kemerosotan atau keruntuhan. Maka dengan itu, dipercayai bahawa
kitaran ini akan sentiasa berulang-ulang dari satu masa ke satu masa yang lain
mengikut perkembangan politik suatu negara.

Selain itu, sejarah juga mungkin akan berulang kembali apabila kita tidak belajar
daripada kesilapan lalu dan melakukan kesalahan yang sama. Hal ini dapat berlaku
kerana kita tidak betul-betul menghayati, mendalami dan mempelajari sejarah dengan
sebaiknya. Justeru, kita perlulah memahami dengan betul tentang sejarah yang telah
terjadi supaya kita dapat mengelakkan peristiwa yang sama daripada berlaku lagi.
Pada masa yang sama, sejarah itu juga merupakan satu falsafah yang memberikan
pengajaran melalui contoh-contoh. Sebenarnya peristiwa yang berulang-ulang itu
menunjukkan kepada mereka tentang tingkah laku serta pembuatan mereka pada masa
yang telah lalu dan juga perbuatan orang-orang yang terdahulu daripada mereka.

Keseluruhannya, jelaslah bahawa sejarah itu tidak berulang walaupun sesetengah


golongan  berpendapat bahawa sejarah itu berulang. Ini kerana sejarah itu memiliki
fakta yang lengkap dengan masa dan tarikh sesuatu peristiwa  itu terjadi. Walaupun
proses kitaran yang silih berganti itu wujud (kelahiran, perkembangan atau kejayaan
dan keruntuhan) namun agak sukar  bagi kita untuk melihat sesuatu fakta yang sama
muncul pada zaman akan datang di mana tarikh, objek dan tempatnya adalah sama.
Oleh itu, sekali lagi saya tekankan di sini bahawa sejarah hanya berulang dari segi
falsafah atau fenomena yang mampu memberikan pengajaran, tunjuk ajar serta
pengetahuan kepada masyarakat tetapi tidak berulang secara khusus pada zaman,
waktu, tempat, pemimpin ataupun orang yang sama.

SOALAN 7

Bagaimanakah sejarah dapat memperkembangkan kuasa berfikir kita.

Pembelajaran sejarah berupaya mematangkan minda dan diri manusia dengan


memperkembangkan pemikiran kita. Hal ini kerana melalui pengkajian sejarah maka
kita akan dapat memperolehi ilmu pengetahuan dan maklumat. Melalui ilmu dan
maklumat ini, maka minda kita akan memproses dan menganalisis pertumbuhan
mental dan perkembangan yang ada hubungannya dengan persekitaran. Dengan
kematangan minda, maka manusia akan dapat meningkatkan keyakinan diri setelah
melihat keterlibatan dan sumbangan yang telah dicurahkan oleh tokoh-tokoh sejarah
yang bertindak sebagai ejen sejarah terutamanya mereka yang terlibat dalam proses
perkembangan tamadun dunia. Oleh itu, sudah tentu sumbangan tokoh-tokoh ini
sangat penting dalam sejarah hari ini kerana melalui sumbangan mereka terutamanya
dalam pelbagai bidang akan memberikan keyakinan diri kepada masyarakat untuk
memperbaiki kehidupan mereka hari ini dan masa depan. Malahan sesuatu yang perlu
dilakukan ialah mereka perlu bersaing dengan usaha yang telah dilakukan oleh tokoh-
tokoh tersebut atau sekurang-kurangnya membuat yang terbaik daripada sesuatu yang
telah mereka lakukan.

Contohnya bandar Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Selain menjadi
pusat perdagangan antarabangsa, bandar ini juga menjadi pusat pertembungan
budaya, bahasa dan agama. Bandar ini menjadi pusat perkembangan aliran pemikiran
humanisme. Hal ini menyebabkan pelbagai bidang ilmu pengetahuan berkembang.
Selain itu, lahirnya golongan cendekiawan di bandar-bandar tersebut. Di bandar ini
juga munculnya pedagang-pedagang kaya seperti keluarga Medici yang menjadi
penaung (patron) kepada kegiatan seniman dan cendekiawan. Bandar-bandar tersebut
juga berlumba-lumba mendapatkan tokoh cendekiawan untuk mengindahkan bandar
mereka. Sebagai kesimpulannya, bandar tersebut memainkan peranan penting kerana
gabungan penglibatan pedagang, cendekiawan dan ilmu pengetahuan telah membantu
golongan cendekiawan menggunakan akal bagi menyelesaikan permasalahan serta
menyebarkan idea renaissance ke seluruh Eropah. Hal ini melahirkan budaya
mempunyai keyakinan diri dengan menzahirkan emosi mereka melalui muzik, lukisan
dan ukiran. Mereka berani meneroka perkara untuk memajukan kehidupan.
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai