Anda di halaman 1dari 41

KANDUNGAN

01 Aspek-aspek keterampilan berbahasa


• Keterampilan mendengar
• Keterampilan bertutur
• Keterampilan membaca
• Keterampilan menulis

02 Elemen keterampilan berbahasa


• Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
Aspek-aspek
Keterampilan
Berbahasa
Keterampilan Mendengar
• Keupayaan seseorang mendengar dengan teliti dan memahami perkara
yang didengar dalam pelbagai situasi seperti perbualan, syarahan,
ucapan, soal jawab dan sebagainya (Fital, S. N. J. et al., 2014).

• Tiga peringkat :
i. Peringkat awal – mengecam bunyi, mengajuk bunyi, memilih bunyi,
mendengar dan menyebut perkataan, ayat, dan rangkai kata, mengecam
makna perkataan, melakukan sesuatu yang diminta dan bertindak
terhadap soalan yang mudah.
ii. Peringkat pertengahan – mengecam dan mengingati fakta dan
butiran secara terperinci, mengenal maklumat khusus, mengenal
urutan, mengenal sebab dan akibat, mengenal situasi (perhubungan
orang yang berinteraksi) dan mengenal sikap dan perasaan orang
yang bercakap dan sebagainya.

iii. Peringkat maju – mengenal isi-isi penting, mengetahui fungsi-


fungsi tekanan, mencari jalan mengatasi masalah yang didengar,
mengikuti aliran dalam dialog atau perbualan dan mentafsirkan
tujuan penutur dan menggunakan pelbagai struktur nahu.
• Bentuk mendengar :

i. Mendengar secara pasif

ii. Mendengar secara berhati-hati

iii. Mendengar secara beremosi


iv. Mendengar secara kreatif • Aspek mendengar :

i. Fizikal

ii. Psikologi

iii. Neurologi
Keterampilan Bertutur
• Kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi
bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat
dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda serta
helaan yang betul (Jauhari, A. et al., 2015).
• Proses pertuturan berlaku di peringkat produksi iaitu
setelah si penutur dapat mendengar dan memahami
dengan baik apa yang didengarnya.
• Jenis bertutur :
i. Sehala – berpidato dan berceramah
ii. Dua hala – berbual dan forum
• Tiga peringkat :
i. Peringkat awal – melafazkan pengucapan bertatasusila, mengajukk perkataan dan ayat-ayat yang
didengar, menyoal untuk mendapatkan maklumat, membuat teguran atau kenyataan mengenai
sesuatu situasi tertentu dan bertindak terhadap soalan-soalan mudah.

ii. Peringkat pertengahan – melakukan deskripsi tentang objek atau gambar, bercerita berdasarkan
gambar-gambar bersiri, menghuraikan pengalaman atau sesuatu peristiwa, memberi arahan
untuk membuat sesuatu, mengambil bahagian dalam perbualan mudah, membuat ulasan dan
memberi pandangan secara mudah.

iii. Peringkat maju – menerangkan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya,
mengambil bahagian dalam perbincangan. perbualan atau dialog, bertanya untuk mendapatkan
sesuatu maklumat, menerangkan proses kejadian, prosedur dan peraturan serta menyampaikan
komen, laporan atau ulasan dan mengkritiknya.
Aspek Pertuturan
● Sebutan – bunyi-bunyi setiap huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan
ayat-ayat bagi melatih murid menyebut sesuatu sebutan dengan tepat dan
jelas mengikut bunyi, ejaan dan makna.
● Tekanan – cara menyebut perkataan, rangkai kata atau ayat dengan
memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu seperti pada sukuk kata
untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.
● Intonasi – keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu
disebutkan berbeza mengikut jenis ayat yang dituturkan.
● Tatabahasa – satu sistem, peraturan atau undang-undang menggabungkan
kata untuk membentuk ayat yang mempunyai kaedah dan formula tertentu
seperti aspek fonologi, morfologi dan sintaksis.
● Kelancaran – kebolehan dalam bertutur atau bercakap dengan baik, kemas dan
teratur tanpa menghadapi sebarang masalah dan tiada gangguan semasa
percakapan itu berlangsung.
Keterampilan Membaca
• Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988) dalam “Sri Pendidikan Longman
Pedagogi Bahasa”, membaca ialah memindahkan tulisan kepada
suara. Membaca juga bermaksud menyuarakan tulisan, mengambil
isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan kandungannya.

• Membaca ialah satu proses pemikiran yang membina. Dengan


membaca, seseorang itu mesti dapat membina kebolehan menilai,
mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat dan
memahami situasi serta fikiran yang terbuka dan positif.
Proses Membaca Mengintegrasikan segala aspek yang
berkaitan dengan tujuan membaca,
jangkaan, pengetahuan dan
Menghasilkan pengalaman lalu tentang perkara
kefahaman pembaca yang dibaca
Kedua Keempat

Pertama Ketiga
Mengenal dan Berfikir, mencuba untuk
memahami bahan membayangkan maklumat
yang dibaca yang dibaca
Jenis-jenis Bacaan

Bacaan Mekanis Bacaan Mentalis


• Menyuarakan bacaan dengan jelas bagi • Membaca secara senyap.
menangkap dan memahamkan informasi, • Melibatkan ingatan visual dan pengaktifan mata
fikiran dan perasaan sesseorang pengarang. dan ingatan.
• Lebih tertumpu kepada usaha menganalisis • Tujuan untuk memperoleh informasi dan
pengucapan atau sebutan. pemahaman.

Bacaan Intensif Bacaan Ekstensif


• Tinjauan – dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan.
• Memerlukan ketelitian dan melibatkan telaah isi Memeriksa tajuk, isi kandungan serta rujukan terlebih
dengan terperinci sesuatu bahan bacaan. dahulu.
• Bacaan pantas dan imbasan. • Sekilas – untuk mendapatkan maklumat dan penerangan
• Tujuannya untuk membuat rumusan atau dengan serta merta. Diperolehi dalam masa yang singkat.
kesimpulan daripada bahan yang dibaca dan • Dangkal – untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal
sebagainya. yang bersifat luaran atau tidak mendalam daripada sesuatu
bacaan. Dapat memetik isi-isi penting.
Keterampilan Menulis
● Kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek
visual, motor, dan keupayaan membentuk konsep-
konsep.

● Menurut Chomsky (1957), tulisan ialah lambang-


lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan
dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan,
fikiran dan idea.

● Menulis adalah proses memindahkan lambang-


lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi
melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta
dijadikan alat komunikasi.
Peringkat-peringkat
Keterampilan Menulis
• Aktivit sebelum dapat menulis huruf dengan
kemas dan betul.
• Latihan otot tangan dan jari
koordinasi tangan dan mata diberikan.
serta
01
Peringkat
Pramenulis
• Murid diajar menguasai kemahiran

02 •
membentuk huruf besar dan kecil.
Menguasai kemahiran
perkataan dan ayat.
menulis huruf,

Latihan membentuk bulatan dan garis lurus


Peringkat •

serta lambang tulisan dengan cara yang


Mekanis betul.
• Murid sudah menguasai kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan


mengeja.
Dapat melahirkan idea dan pendapat
03
tentang pengetahuan asas dan Peringkat
pengalaman yang dilalui.
• Menulis jawapan pemahaman, menulis
Pelahiran
karangan, menulis ayat berdasarkan
gambar.
Menulis secara mekanis
• Kemahiran menulis secara peringkat
awal yang perlu dikuasai oleh pelajar.
• Melatih menulis dengan kemas,
Jenis cepat, dan boleh dibaca.

Keterampilan
Menulis secara mentalis
Menulis • Dikuasai setelah murid mendapat
kelahiran mekanis.
• Banyak melibatkan mental.
• Latihan mengeluarkan perasaan,
kehendak, pendapat yang asli dari
pemikiran sendiri.
Elemen
Keterampilan
Berbahasa
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (SKPMg2)
● Diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan dan proses
penyampaian Pendidikan.
SKPMg2
● Penambahbaikan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan juga
menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan semasa.
● Instrumen SKPMg2 berorientasikantindakan, mementingkan kualiti
pendidikan dan berasaskkan evidens.
● Masih mengekalkan standard SKPM 2010 iaitu lima standard dengan
penambahbaikan.
● Setiap standard mengandungi sejumlah aspek.
Kepimpinan

Standard Kualiti
Pengurusan Organisasi

Pendidikan Pengurusan Kurikulum,


Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Malysia
Pembelajaran dan
gelombang 2 Pemudahcaraan (PdPc)

(SKPMg2)
Kemenjadian Murid
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2

Standard 1
• PGB Sebagai Peneraju
Kepimpinan • PGB Sebagai Pembimbing
• PGB Sebagai Pendorong

• Pengurursan Sumber Manusia


Standard 2 • Pengurusan Aset
• Pengurusan Kewangan
Pengurusan Organisasi • Pengurusan Sumber Pendidikan
• Iklim
• Pengurusan Perpaduan
• Pemuafakatan Strategik
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2
Standard 3
Pengurusan Kurikulum,
• Pengurursan Kurikulum
Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum.
Kokurikulum dan Hal Ehwal
Pengurusan Mata Pelajaran.
Murid
Pengurusan Masa Instruksional.
Pengurusan Penilaian Murid.

• Pengurusan Hal Ehwal Murid • Pengurusan Kokurikulum


Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum.
Pengurusan Kelab/Persatuan.
Murid. Pengurusan Badan Beruniform.
Pengurusan Disiplin Murid.
Pengurusan Sukan/Permainan.
Pengurusan Keselamatan Murid.
Pengurusan Program Kecermelangan
Pengurusan Kesihatan Murid.
Kokurikulum.
Pengurusan Bantuan Pelajaran Murid.
Pengurusan Sukan Untuk Semua.
Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan
Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum.
dan Kaunseling.
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2

Standard 4 • Guru Sebagai Perancang


Pembelajaran dan
• Guru Sebagai Pengawal
Pemudahcaraan (PdPc) • Guru Sebagai Pembimbing
• Guru Sebagai Pendorong
• Guru Sebagai Penilai
• Murid Sebagai Pembelajar
Aktif

• Kemenjadian Murid dalam


Standard 5
Akademik
Kemenjadian Murid • Kemenjadian Murid dalam
Kokurikulum
• Kemenjadian Sahsiah Murid
Standard 4: Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc)

i. Guru Sebagai Perancang

● Bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan


persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) (Mustapa, S. I. S. et al., 2022).
● Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), memberi peluang
kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran,
mengikut keupayaan murid, peruntukan masa dan arahan yang berkuat
kuasa.
ii. Guru Sebagai Pengawal
• Bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan kelancaran proses pembelajaran mengikut
perancangan (ELEMENT, L. O. T. S. C., 2019).
• Mengawal proses pembelajaran secara terancang dengan mengelola isi pelajaran dan peruntukan masa serta memberi
peluang kepada penyertaan aktif murid dengan menepati objektif pelajaran, mengikut keupayaan murid dan secara
berterusan dalam PdP.
• Mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang dengan mengawasi komunikasi dan perlakuan murid,
menyusun atur kedudukan murid dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara berhemah,
mengikut kesesuaian dan keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.

(Sumber: Google Image)


iii. Guru Sebagai Pembimbing

• Bertindak sebagai pembimbing bagi membolehkan


murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan
mengamalkan nilai berdasarkan objektif pelajaran.

• Membimbing murid secara profesional dan terancang


dengan memberi tunjuk ajar dalam menguasai isi
pelajaran dan kemahiran, memandu murid membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah serta
menggunakan sumber pendidikan, dan menggabung
isi pelajaran dengan kemahiran/mata pelajaran lain
mengikut keperluan dan keupayaan murid dengan
betul, tepat, secara berhemah dan bersungguh- (Sumber: Google Image)
sungguh (Malaysia, K. P., 2017).
iii. Guru Sebagai Pembimbing

• Membantu murid menyesuaikan diri dari segi jasmani, emosi, persekitaran dan sosial (Razak, N. A. A. et al., 2011).
- Ini kerana murid-murid melalui perubahan dari fasa kanak-kanak ke remaja.
- Guru perlu menjelaskan perubahan yang dialami agar murid dapat menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran mereka.

• Memberikan kesedaran positif kepada murid dalam akademik (Bakar, N. A. et al., 2015).
- Terdapat segelintir murid yang hanya cemerlang dalam aspek tertentu sahaja seterusnya menyebabkan pencapaian mereka tidak seimbang.
- Mereka tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya keseimbangan antara akademik dan kokurikulum.
- Guru memainkan peranan penting dengan membimbing mereka agar dapat mengubah pendirian ke arah yang positif.

• Memupuk nilai dan disiplin dalam diri murid (Eliawati, T., 2021).
- Guru berperanan dalam membimbing murid dengan memupuk nilai dan disiplin dalam diri mereka agar dapat memberi kesan positif
dalam membina personaliti dan tingkah laku.
- Gejala sosial pada masa kini kian meningkat kerana sikap disiplin dalam diri mereka.
- Guru perlu memimbing mereka dengan memberi nasihat, menegur tingkah laku negetif dan peka terhadap perubahan murid.
iii. Guru Sebagai Pendorong
● Bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran.
● Mendorong emosi murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara terancang dengan
memberi pujian, galakan, penghargaan dan keyakinan serta prihatin terhadap keperluan murid
secara berhemah, menyeluruh dan berterusan (Malaysia, K. P., 2017).

● Mendorong minda murid melaksanakan aktiviti pembelajaran


secara terancang dengan merangsang murid berkomunikasi
dan berkolaboratif, mengemukakan soalan yang menjurus ke
arah pemikiran kritis dan kreatif dan membuat keputusan
atau menyelesaikan masalah, mewujudkan peluang untuk
murid memimpin dan mengemukakan soalan berkaitan isi
pelajaran serta memperoleh pengetahuan dan kemahiran
secara kendiri berdasarka objektif pelajaran, mengikut
keupayaan murid secara berterusan.

(Sumber: Google Image)


iii. Guru Sebagai Penilai
• Berperanan sebagai penilai untuk
mengesan tahap penguasaan murid.
• Melaksanakan penilaian secara
sistematik dan terancang dengan
menggunakan pelbagai kaedah
pentaksiran, menjalankan aktiviti
pemulihan dan pengayaan, membuat
refleksi serta menyemak hasil kerja murid
berdasarkan objektif pelajaran, mengikut
ketetapan pelaksanaan pentaksiran yang
berkuat kuasa, secara menyeluruh dan (Sumber: Google Image)
berterusan (Malaysia, K. P., 2017).
iii. Murid Sebagai Pembelajar Aktif

• Bertindak sebagai pembelajar aktif untuk


menguasai pengetahuan dan kemahiran
serta mengamalkan nilai positif.
• Melibatkan diri dalam proses pembelajaran
secara berkesan seperti memberi respons,
berkomunikasi dan melaksanakan aktiviti
secara kolaboratif, berpemikiran kritis dan
kreatif, mengemukakan soalan,
menyelesaikan masalah dan mengaitkan isi
pelajaran dengan kehidupan berdasarkan
objektif pelajaran, secara aktif, yakin dan
berhemah (Malaysia, K. P., 2017).
(Sumber: Google Image)
Hubung kait antara
aspek keterampilan
berbahasa dan SKPMg2
i. Guru Sebagai Perancang
● Guru merancang pelaksanaan PdPc secara profesional dan ● Guru merancang pelaksanaan PdPc dengan:

sistematik. Menyediakan RPH, menentukan kaedah i. Menyediakan RPH yang mengandungi objektif yang

pentaksiran dan menyediakan sumber pendidikan mengikut boleh diukur dan aktiviti pembelajaran yang sesuai.

keupayaan murid, peruntukan masa dan mematuhi arahan ii. Menentukan kaedah pentaksiran dalam PdPc.

yang berkuat kuasa (Malaysia, K. P., 2017). iii. Menyediakan ABM/BBM/BBB/TMK.

● Oleh itu, dengan adanya perancangan awal


● Contohnya: Guru merancang fokus utama bagi PdP pada
seperti fokus utama, guru dapat mengikuti
hari tersebut ialah membaca kuat perkataan dan ayat
peruntukan masa yang ditetapkan bagi proses
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami
PdP serta pelbagai aras keupayaan murid juga
perkara yang dibaca. Bagi fokus sampingan pula ialah
dapat dicapai. Secara tidak langsung, murid dapat
membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan
menguasai kemahiran membaaca dan kemahiran
intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara
menulis serta ia dapat mencapai objektif PdP pada
yang dibaca.
hari tersebut.
ii. Guru Sebagai Pengawal
• Guru mengawal beberapa perkara bagi memastikan kelas
sentiasa berada dalam suasana yang kondusif (Abas, H., 2012).

➢ Mengawal proses pembelajaran. Contohnya:


➢ Guru mengawal proses PdP dengan mengikut RPH yang telah dirangka.
➢ Guru memastikan objektif pembelajaran yang telah ditetapkan dapat dicapai.
➢ Guru memastikan semua murid terlibat dalam semua aktiviti semasa proses
PdP berlangsung.

➢ Mengawal aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Jamian, A. R., 2016).


i. Mengawal murid membuat karangan.
ii. Mengawal murid dalam aktiviti berkumpulan seperti pembentangan cerpen.
iii. Mengawal perbincangan supaya tidak menyeleweng daripada tajuk yang dibincang.
iv. Mengawal pergerakan murid agar tidak menggangu proses PdP dan murid lain.
v. Mengawal perhatian murid melalui kedudukan guru, mimik muka, nada suara dan lain-lain lagi.
➢ Mengawal suasana pembelajaran.
Setelah peranan guru telah jelas dan dapat di aplikasikan, maka lihat pula bilik darjah
yang boleh memberikan suasana yang kondusif untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan tenang dan selesa.

• Pemerhatian PdPc merujuk :


i. Komunikasi murid-murid.
ii. Pengurusan bilik darjah.
iii. Penyusunan bilik darjah yang selesa (kedudukan murid tidak sempit).
iv. Fun learning environment – kaedah pembelajaran yang menyeronokkan dan sesuai
dengan bilik darjah.
➢Contohnya : Guru memberikan tajuk cerpen yang berlainan
kepada setiap murid. Mereka perlu keluar ke hadapan dan
membaca serta melakonkan dengan intonasi yang betul dan
jelas. Seterusnya, mereka perlu menyenaraikan watak yang
terdapat dalam cerpen tersebut. Guru perlu mengawal cara
bacaan mereka serta senarai watak yang dikeluarkan betul
ataupun salah. Hal ini dapt mewujudkan suasana
pembelajaran yang menarik dan berkesan kerana murid lain
dapat menggambarkan apa yang cerpen tersebut ingin
sampaikan.
➢Bukan sahaja suasana yang ceria, malah kemahiran membaca
dan menulis juga dapat dicapai melalui hasil PdP tersebut. (Sumber: Google Image)
iii. Guru Sebagai Pembimbing
Contohnya: Guru membimbing murid yang mempunyai
masalah dalam menulis karangan. Guru memberikan
motivasi serta membimbing murid tersebut tentang
cara menulis karangan dari awal hingga akhir dengan
kaedah yang berbeza. Hal ini demikian kerana, tahap
kognitif dan cara pembelajaran murid adalah berbeza.

Oleh itu, guru perlu menggunakan pendekatan atau


kaedah yang berbeza kepada murid bagi memahami
pengajaran yang ingin disampaikan.
iii. Guru Sebagai Pendorong
● Guru mendorong meningkatkan ● Guru merangsang murid untuk berkomunikasi.
motivasi dan kemahiran
- Contohnya, guru mendorong murid untuk
insaniah murid (Iberahim, A. R.
memperkasakan Bahasa melayu baku dalam
et al., 2017).
berkomunikasi disertakan kemahiran komunikasi verbal
dan non-verbal yang berkesan dengan menggunakan
aplikasi speech centre seperti TheraApp.
- Ini dapat membantu murid memperkukuhkan kemahiran
bertutur dengan berkomunikasi secara virtual dalam
pelbagai situasi sebelum mereka berhadapan dengan
situasi sebenar.
iii. Guru Sebagai Penilai
• Contohnya, guru melaksanakan ujian pendengaran kepada
murid bagi menilai tahap penguasaan mereka. Murid perlu
mengeluarkan isi penting daripada apa yang dibaca oleh guru.
• Oleh itu, guru dapat menilai serta mengukur tahap pencapaian
murid berdasarkan hasil ujian tersebut. Guru bukan sahaja
dapat menilai tahap penguasaan kemahiran mendengar murid,
malah guru juga dapat mengenal pasti tahap kefahaman
mereka terhadap sesuatu perkara.
• Jika terdapat pencapaian yang minimum di dalam sesuatu
pembelajaran, guru perlu menyemak semula tentang
kelemahan atau kesilapan dalam pengajarannya bagi
penambahbaikkan pada masa akan datang.
iii. Murid Sebagai Pembelajar Aktif
Murid juga boleh mengaitkan isi
Contohnya: Murid memberi maklum
pelajaran dengan kehidupan mereka
balas serta pendapat ke arah pemikiran
atau isu tempatan dan global.
kritis dan kreatif atau bertanyakan
Contohnya, membuat pembentangan
soalan semasa sesi PdP berlangsung.
tentang isu tempatan dan antarabangsa
Secara tidak langsung, ini dapat
dengan isi pelajaran, mengaitkan isi
meningkatkan kemahiran bertutur dalam
pelajaran dengan mata pelajaran lain
diri murid serta meningkatkan tahap
dan mengaitkan isi pelajaran dengan
pemikiran mereka.
latar belakang murid.
RUJUKAN
Fital, S. N. J., Halim, M. Z. A., & Said, S. (2014). Pendekatan kolaboratif dalam meningkatkan keterampilan berbahasa
pelajar: satu kajian tinjauan terhadap pelajar IPTA. Tesis). Universiti Malaysia Perlis.

Muliawan, B. (2020). Analisis Kerangka Dalam Keterampilan Menulis Teks Cerita Pendek. Jurnal Bahasa.

Mustapa, S. I. S., & Miskon, A. S. H. (2022). Level of Teacher Teaching and Facilitation in One of Langat District Secondary
Schools. Journal Civics and Social Studies, 6(1), 90-99.

Malaysia, K. P. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Putrajaya: Jemaah Nazir Dan
Jaminan Kualiti.

Abas, H. (2012). Tahap, amalan dan masalah pengurusan bilik darjah guru-guru sekolah menengah daerah Segamat
(Doctoral dissertation, Universiti Teknologi Malaysia).

Jamian, A. R., & Ismail, H. (2016). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2), 49-63.

Kamarudin Hj. Husin. (1995). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Siri Pendidikan Longman.
RUJUKAN
ELEMENT, L. O. T. S. C. (2019). Tahap kompetensi guru (PdPc) SKPMg2 dan tahap kemenjadian murid. International
Journal of Education, 4(27), 51-62.

Razak, N. A. A., Khalid, N. M., Sulaiman, H., Saleh, N., Tanjung, A. S., Hassan, Z. A., & Sumari, M. (2011). Kecerdasan
Emosi Menurut Perspektif Kemahiran Sosial Dalam Kalangan Remaja Sekolah: Isu, Cabaran Pendidikan Masa Kini Dan
Akan Datang. " Future Education in Global Challenges, 355.

Bakar, N. A., Basri, R., & Fooi, F. S. (2015). Hubungan kepimpinan guru dengan pencapaian akademik pelajar. International
Journal of Education and Training (InjET), 1(2), 1-11.

Eliawati, T. (2021). Implementasi Gaya Kepemimpinan Guru dan Disiplin Murid. RESWARA: Jurnal Pengabdian Kepada
Masyarakat, 2(2), 394–399. https://doi.org/10.46576/rjpkm.v2i2.1231

Iberahim, A. R., Mahamod, Z., & Mohammad, W. M. R. W. (2017). Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap
sikap, motivasi dan pencapaian Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah (21th Century Learning and the influence of
attitude, motivation and achievements Malay Language Secondary School Student). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
7(2), 77-88.

Jauhari, A., & Zainon, H. Z. A. (2015). LAKUAN ARAHAN DALAM MESYUARAT PENGURUSAN. KONTEKS BUDAYA,
143.

Chomsky, 1957. On Human Communication. Cambridge, Mass.

Anda mungkin juga menyukai