Anda di halaman 1dari 41

ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN


KAMPUS SEREMBAN
FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI
LAPORAN PEMBENTANGAN (KERTAS KERJA)

PERSEPSI MAHASISWA FAKULTI SAINS PETADBIRAN DAN PENGAJIAN


POLISI TERHADAP ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Disediakan oleh:
NO NAMA AHLI NO.
PELAJAR
1. ARINA FATINA BINTI MUHAMAD FAZUI 2022483882
2. NOR AINA ATHIRAH BINTI ABDUL GHANI 2022454668
3. ANISA SAFIYAH BINTI MOHAMAD AZIZI 2022492818
4. NURSYAIDATUL ANISA BINTI MOHD RITHAUDEEN 2022485602
5. MELISSA AMANDA ONG BINTI ADAM ONG 2022491552

Kelas:
N4AM1101E
Diserahkan kepada:
PUAN SITI HAJAR SOPIA BINTI AMRAN
SEMESTER 1
SESI 2022/2023

P a g e 1 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

PERAKUAN PELAJAR
“Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil
tugasan yang saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru serta
plagiat daripada mana-mana sumber, atau cuba untuk meniru mana-mana pihak
tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar
yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dikenakan
tindakan.”

Tandatangan: 𝓪𝓻𝓲𝓷𝓪
Nama: ARINA FATINA BINTI MUHAMAD FAZUI
No. Pelajar: 2022483882
Tarikh: 28/11/2022

Tandatangan:
Nama: NOR AINA ATHIRAH BINTI ABDUL GHANI
No. Pelajar: 2022454668
Tarikh: 28/11/2022

Tandatangan:
Nama: ANISA SAFIYAH BINTI MOHAMAD AZIZI
No. Pelajar: 2022492818
Tarikh:28/11/2022

Tandatangan:
Nama: NURSYAIDATUL ANISA BINTI MOHA RITHAUDEEN
No. Pelajar: 2022485602
Tarikh: 28/11/2022

Tandatangan: 𝓶𝓸𝓷𝓰
Nama: MELISSA AMANDA ONG BINTI ADAM ONG
No. Pelajar: 2022491552
Tarikh: 28/11/2022

P a g e 2 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Contents
1.0 PENDAHULUAN.....................................................................................................4
2.0 ISU..........................................................................................................................6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.................................................................................................6
4.0 METODOLOGI KAJIAN..........................................................................................7
5.0 KAJIAN LITERATUR..............................................................................................8
6.0 PERBINCANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN DAN CADANGAN
PENYELESAIAN........................................................................................................17
6.1 KONSEP LGBT.................................................................................................17
6.2 FAKTOR DAN IMPAK LGBT............................................................................17
6.3 CADANGAN PENYELESAIAN.........................................................................19
7.0 ANALISA PERSEPSI MAHASISWA FSPPP TERHADAP ISU LESBIAN, GAY,
BISEKSUAL DAN TRANSGENDER..........................................................................21
7.1 PENGENALAN..................................................................................................21
7.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN..................................................................21
7.2.1 Jantina.........................................................................................................21
7.2.2 Kumpulan Umur..........................................................................................22
7.2.3 Etnik............................................................................................................22
7.3 ANALISIS ITEM SOAL SELIDIK.......................................................................23
7.3.1 Persepsi Mahasiswa terhadap Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender.........................................................................................................23
7.3.2 Persepsi Mahasiswa terhadap Langkah-langkah untuk Mengatasi Isu
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender..........................................................26
8.0 RUMUSAN............................................................................................................29
9.0 RUJUKAN.............................................................................................................30
10.0 LAMPIRAN.........................................................................................................33

P a g e 3 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

1.0 PENDAHULUAN

Isu berkenaan dengan Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual/Transgender


atau lebih dikenali sebagai “LGBT” bukan lah isu baru di Malaysia. LGBT ini
dikatakan telah bertapak dalam negara ini sejak awal tahun 1980 dengan kegiatan
mak nyah dan pondan. (Nor Hafizah & Nor Saleha. 2016). Dengan pertapakan
tersebut akhirnya membawa kepada pelbagai isu dan masalah berkait dengan moral
dan kehidupan masyarkat dalam negara ini. Penubuhan pelbagai
organisasi,pertubuhan dan persatuan temasuk beberapa NGO menjadikan
kegiatan golongan LGBT di Malaysia semakin berani untuk menyuarakan
pendapat dan menuntut pelbagai hak dan kebebasan termasuk yang bertentangan
dengan undang-undang negara. Golongan ini dilihat bergerak melalui sokongan dan
dokongan pelbagai pihak dengan menjadikan isu hak kebebasan asasi sebagai
tunjang perjuangan mereka.

Pada pengertian dasar, transgender adalah individu yang merasa bahawa


identiti gendernya berbeza atau tidak sesuai dengan jenis kelamin biologisnya sejak
lahir. Golongan LGBT ini adalah golongan yang menghadapi kekeliruan identiti.
Kebanyakan golongan transgender ini menganggap diri mereka terperangkap dalam
fizikal jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan mereka. Keyakinan
tersebut mendorong segelintir daripada komuniti ini nekad melakukan pembedahan
menukar jantina akibat terbelenggu dengan konflik diri untuk menerima jantina
sendiri. LGBT juga boleh dikategorikan sebagai penyakit psikitari atas faktor
kecelaruan pemikiran yang dihadapi. Penyakit ini juga tidak terhad kepada gender
semata-mata tetapi turut merangkumi beberapa aspek lain seperti warna kulit, usia
dan lain-lain. Identitas gender sendiri merujuk pada konsepsi atau perasaan
seseorang mengenai gendernya sendiri. Apabila sudah dewasa, ramai orang bisa
mengembangkan identitas gender bahwa ia memang seorang lelaki karena memiliki
penis, atau seorang perempuan karena memiliki vagina. Kelompok orang ini disebut
cisgender. Sementara itu, beberapa orang merasa bahwa jati diri mereka berbeda
dengan jenis kelaminnya. Orang-orang inilah yang disebut transgender. Namun,
apa perbezaan transgender dan transeksual? Transgender adalah orang yang
merasa identitas gendernya berbeza dengan jenis kelamin yang ia bawa ketika lahir.
Sementara itu, transeksual seringkali merujuk pada transgender yang melakukan
usaha perubahan kelamin, seperti dengan tindakan operasi atau terapi hormon.
Beberapa transgender tidak keberatan jika disebut sebagai transeksual. Namun,
sebagian lain lebih suka jika dipanggil transgender. Istilah “transgender” lebih
universal dan akan bergantung pada preferensi rekan anda yang merupakan
seorang transgender.

Perkembangan LGBT di Malaysia jika diteliti berdasarkan kajian yang telah


pun dijalankan oleh beberapa pengkaji yang lalu, hasil kajian menyebutkan bahawa
P a g e 4 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

berita-berita yang menyentuh tentang isu LGBT ini di Malaysia tidak diberikan
perhatian secara serius oleh pihak media. Namun, media massa dan elektronik di
Malaysia dilihat secara berperingkat mula meletakkan berita tentang LGBT ini
berada diruangan bacaan masyarakat secara umum. Walaubagaimanapun,
kandungan berita-berita tersebut secara dasarnya diletakkan dalam gambaran yang
bercampur antara positif dan negatif. Kajian oleh (Yusof. 2017) telah merumuskan
bahawa kandungan berita yang ditulis lebih bersifat memberikan pengajaran,
amaran dan pendirian kerajaan, golongan ilmuan dan pihak-pihak NGO terhadap
isu golongan ini. Ramli et al. (2017) menyatakan bahawa bahawa gejala LGBT ini
sudah merebak dan menjadi suatu fenomena di Malaysia dengan bermacam
tuntutan telah dilakukan oleh golongan ini atas prinsip hak asasi manusia sebagai
alasan untuk mengiktiraf kewujudan mereka. Kesannya dengan melihat pemaparan
isu LGBT pada masa kini semakin kerap dibincangkan dalam media cetak,
elektronik mahu pun media baharu. Kenyataan ini turut disokong oleh Mahfuzah
(2015) yang juga telah menulis sebuah artikel menyentuh dengan isu LGBT.
Menurut kajiannya LGBT telah mula masuk k dalam sosio masyarakat Malaysia
sejak sekian lama, sehingga tertubuhnya pelbagai pertubuhan dan organisasi yang
menyokong mereka secara tersusun dan terancang. Kenyataan yang sama juga
dapat dilihat daripada kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yusof Helmy (2017).
Kajian beliau yang bertajuk “Kajian Perbandingan Pemaparan Berita LGBT dalam
Akhbar Cetak dan Portal Berita”, telah mengetengahkan data yang saintifik bagi
menyatakan bahawa isu LGBT ini semakin menjadi perbincangan dan ikutan oleh
masyarakat di Malaysia. Terdapat juga kajian yang dilakukan oleh Kamal et.al
(2015) berkenaan dengan pengibatan masyarakat Malaysia dalam gejala LGBT.
Berdasarkan hasil kajian beliau mendapati bahawa, melalui aspek peratusan profil
rakyat Malaysia yang berdaftar dengan laman sosial berkait dengan LGBT
menunjukkan kaum Cina sebagai yang tertinggi iaitu sebanyak 70% diikuti dengan
kaum Melayu iaitu 19% dan 11% lagi merangkumi kaum-kaum lain. Hal ini perlulah
diambil perhatian sepenuhnya dan mangambil langkah-langkah sebagai tanda
berjaga-jaga sebelum isu ini semakin merebak.

P a g e 5 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

2.0 ISU

Fahaman LGBT dalam kalangan masyarakat kita merupakan satu ancaman


akidah akibat terpengaruh dengan budaya barat. Namun di Malaysia, isu LGBT
dianggap sebagai fenomena yang mengandungi pelbagai unsur kerana melibatkan
isu biologi, psikologi dan persekitaran disekeliling. Mereka yang terlibat ini juga
terperangkap dalam fizikal jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan
mereka. (Al-Hukmi, 2019)
Selain itu, segelintir masyarakat kita yang nekad untuk melakukan
pembedahan untuk menukar jantina akibat daripada konflik diri dalam menerima
jantina sendiri. Hal ini mengakibatkan penularan virus HIV / AIDS yang berpunca
daripada melakukan seks bebas, sumbang mahram dan amalan gaya hidup
songsang semakin meningkat di negara kita. Kajian penyelidikan juga medapati
masyarakat yang terlibat dengan LGBT mempunyai masalah kesihatan mental serta
berisiko untuk terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Oleh itu, menerusi kajian ini, pengkaji akan menjelaskan lagi tentang fahaman
LGBT dalam kalangan masyarakat agar mereka dapat menghindari diri daripada
terjebak dalam fahaman ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti perbahasan mengenai persepsi mahasiswa fakulti sains


pentadbiran dan pengajian polisi terhadap konsep isu lesbian, gay, biseksual
dan transgender.
2. Mengkaji persepsi mahasiswa terhadap factor yang mengakibatkan isu
lesbian, gay, biseksual dan transgender berlaku.
3. Menilai persepsi mahasiswa terhadap langkah membanteras isu lesbian, gay,
biseksual dan transgender daripada terus menular.

P a g e 6 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian ialah penyelidikan yang merupakan kaedah dan teknik mereka
bentuk, mengumpul dan menganalis data supaya dapat menghasilkan bukti yang
boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi juga menerangkan cara sesuatu
masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan.
Tujuan kami melakukan metodologi ialah untuk membantu dengan lebih luas dan
terperinci tentang mengaplikasikan kaedah dengan membuat proses tentang kajian
yang kami lakukan.
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk penyelidikan kuantitatif yang
menggunakan analisis statistik, juga bersifat objektif dan bergantung kepada
tinjauan. Walaubagaimanapun, persampelan kajian pula bermaksud pemilihan
elemen-elemen dalam kelompok kajian sebagai wakil kelompok sesebuah kajian.
Cresswell (2008), kajian kuantitatif adalah jenis penyelidikan pendidikan iaitu dimana
pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, mengecilkan skop soalan,
mengumpul data daripada mahasiswa ,menganalisis nombor-nombor tersebut
menggunakan statistik dan inkuiri dlm bentuk yang objektif . Kaedah persampelan
yang akan digunakan dalam penyelidikan ini adalah persampelan kebarangkalian
(rawak). Oleh yang demikian sebanyak 34 responden daripada mahasiswa FSPPP
UITM Kampus Seremban telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan secara
atas talian.
Seterusnya,terdapat dua kaedah metode pengumpulan data diantaranya adalah
kaedah tinjauan dan rujukan dokumen.Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan
untuk mengumpulkan maklumat melalui borang soal selidik dalam bentuk google
form yang telah disebarkan di dalam aplikasi whatsapp bagi memandangkan
pengkaji dan responden iaitu mahasiswa yang lain tidak dapat bersemuka.Terdapat
3 bahagian yang perlu responden isi iaitu bahagian A adalah latar belakang
responde manakala bahagian B adalah fahaman terhadap isu Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender. Bahagian C pula adalah merujuk kepada langkah-
langkah untuk mengatasi isu tersebut . Pengkaji juga boleh mendapatkan kajian
secara atas talian dengan melayari internet. Sementara itu, pengkaji juga
menggunakan kaedah analisis deskriptif untuk menganalisis data daripada borang
edaran soal selidik yang diperoleh.Kaedah ini adalah untuk mengetahui nilai
peratusan untuk setiap jawapan bagi setiap soalan.

P a g e 7 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

5.0 KAJIAN LITERATUR

Pada umumnya, lebih banyak kajian mengenai LGBT yang dilakukan


di luar rantau Asia. Hal ini demikian kerana kajian yang dilakukan di
luar Asia lebih terbuka dan isu yang diteroka juga mempunyai sudut
pandangan yang berbeza dari negara-negara Asia. Misalnya, kajian
yang dilakukan oleh Umika Pidaparthy (2011) telah meneroka dan
menganalisis dua buah akhbar kampus iaitu George-Ann dari Georgia
Southern University dan The Emory Wheel dari Emory University yang
melaporkan isu-isu LGBT dalam dan luar kampus antara tahun 2002
dan 2010. Menurut Pidaparthy, kebanyakan artikel yang dilaporkan
oleh Emory Wheel menggambarkan komuniti LGBT dan isu-isu yang
berkaitan dengan cara yang positif sehingga ia telah memainkan peranan
dalam usaha para penggerak yang aktif memperjuangkan hak-hak LGBT.
Emory Wheel juga berani untuk mengeluarkan kenyataan yang mengutuk
mana-mana pergerakan atau kegiatan keganasan anti-gay yang dilihat
di kampus Emory berbanding dengan akhbar George-Ann.

Kajian lain yang turut bermanfaat telah dilakukan oleh Seungmo Kim
(2014). Beliau melihat bagaimana kes Gay Games telah dilaporkan
akhbar. Antara objektif kajiannya adalah mengenal pasti jenis isu yang
diketengahkan, sumber-sumber maklumat yang dipetik dan bagaimana
tema diberikan kepada berita tersebut. Menurut Kim, hubungan antara
sukan dan media adalah bersifat simbiotik. Justeru itu, media memainkan
peranan yang penting dalam mengenengahkan isu-isu yang berkaitan
dengan sukan. Kajian ini bertujuan melihat bagaimana media membuat
liputan mengenai Gay Games untuk memahami cara peristiwa tersebut
dilihat oleh orang awam.

Melanie (2015) pula dalam kajiannya telah menumpukan bentuk


pelaporan oleh akhbar Kanada dan Amerika Syarikat berhubung rang undang-
undang anti-homoseksual di Uganda. Matlamat penyelidikan
beliau adalah untuk melihat kepada kesan liputan media tersebut dan
juga menentukan sama ada komuniti LGBT ada melobi media mengenai
rang undang-undang itu. Kajian tersebut turut melihat gambaran Amerika
Utara mengenai rang undang-undang tersebut serta cara komuniti
LGBT berusaha melobi media untuk mengalahkan rang undang-undang
tersebut daripada termeterai.

P a g e 8 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Pada keseluruhannya, banyak kajian yang dilakukan hanya menumpukan


kepada satu golongan sahaja iaitu golongan gay. Walaupun terdapat
beberapa kategori LGBT, namun identiti mereka kurang ditonjolkan
dalam media massa terutamanya akhbar tempatan. Justeru itu, tidak
hairanlah tidak banyak kajian di Asia dilakukan berkaitan LGBT dalam
akhbar tempatan walaupun isu sebegini sering kali menjadi perhatian
media tempatan. Selain itu, kajian yang telah dilakukan kebanyakannya
melihat kepada pendapat orang ramai mengenai isu tersebut dan tidak
melihat kepada stereotaip yang berlaku terhadap golongan LGBT.

Pemaparan Golongan LGBT dalam kajian ilmiah yang dilakukan juga


memberikan satu stereotaip yang sama iaitu golongan ini mempunyai
masalah dan kajian yang dilakukan adalah lebih kearah menolak
kewujudan golongan ini. Kesimpulannya, bilangan kajian yang
menyeluruh terhadap kesemua golongan LGBT juga adalah sangat
terhad.
Kajian lepas tentang LGBT dalam konteks Asia adalah masih terhad dan
kebanyakan daripada kajian tersebut tidak tertumpu kepada akhbar namun lebih
kepada pemerhatian yang dibuat dalam periklanan dan filem.

Kajian oleh Alagappar (2009) melihat kepada analisis kandungan akhbar


Malaysia dan representasi homoseksualiti. Beliau mengkaji tentang media cetak di
Malaysia iaitu akhbar The News Straits Times (NST) melaporkan isu-isu
homoseksual dan pendirian akhbar tersebut mengenai isu homoseksual di Malaysia.
Selain melihat kepada cara representasi homoseksual dalam NST, Alagappar turut
melihat bagaimana media membina satu realiti sosial homoseksual yang
menyebabkan gejala homophobia berlaku. Pada umumnya, lebih banyak kajian
mengenai LGBT yang dilakukan di luar rantau Asia. Hal ini demikian kerana kajian
yang dilakukan di luar Asia lebih terbuka dan isu yang diteroka juga mempunyai
sudut pandangan yang berbeza dari negara-negara Asia. Misalnya, kajian yang
dilakukan oleh Umika Pidaparthy (2011) telah meneroka dan menganalisis dua buah
akhbar kampus iaitu George-Ann dari Georgia Southern University dan The Emory
Wheel dari Emory University yang melaporkan isu-isu LGBT dalam dan luar kampus
antara tahun 2002 dan 2010. Menurut Pidaparthy, kebanyakan artikel yang
dilaporkan oleh Emory Wheel menggambarkan komuniti LGBT dan isu-isu yang
berkaitan dengan cara yang positif sehingga ia telah memainkan peranan dalam
usaha para penggerak yang aktif memperjuangkan hak-hak LGBT. Emory Wheel
juga berani untuk mengeluarkan kenyataan yang mengutuk mana-mana pergerakan
atau kegiatan keganasan anti-gay yang dilihat di kampus Emory berbanding dengan
akhbar George-Ann. Kajian lain yang turut bermanfaat telah dilakukan oleh
Seungmo Kim (2014). Beliau melihat bagaimana kes Gay Games telah dilaporkan
akhbar. Antara objektif kajiannya adalah mengenal pasti jenis isu yang
diketengahkan, sumber-sumber maklumat yang dipetik dan bagaimana tema

P a g e 9 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

diberikan kepada berita tersebut. Menurut Kim, hubungan antara sukan dan media
adalah bersifat simbiotik. Justeru itu, media memainkan peranan yang penting dalam
mengenengahkan isu-isu yang berkaitan dengan sukan. Kajian ini bertujuan melihat
bagaimana media membuat liputan mengenai Gay Games untuk memahami cara
peristiwa tersebut dilihat oleh orang awam. Melanie (2015) pula dalam kajiannya
telah menumpukan bentuk pelaporan oleh akhbar Kanada dan Amerika Syarikat
berhubung rang 65 undang-undang anti-homoseksual di Uganda. Matlamat
penyelidikan beliau adalah untuk melihat kepada kesan liputan media tersebut dan
juga menentukan sama ada komuniti LGBT ada melobi media mengenai rang
undang-undang itu. Kajian tersebut turut melihat gambaran Amerika Utara mengenai
rang undang-undang tersebut serta cara komuniti LGBT berusaha melobi media
untuk mengalahkan rang undang-undang tersebut daripada termeterai.
Pada keseluruhannya, banyak kajian yang dilakukan hanya menumpukan
kepada satu golongan sahaja iaitu golongan gay. Walaupun terdapat beberapa
kategori LGBT, namun identiti mereka kurang ditonjolkan dalam media massa
terutamanya akhbar tempatan. Justeru itu, tidak hairanlah tidak banyak kajian di
Asia dilakukan berkaitan LGBT dalam akhbar tempatan walaupun isu sebegini
sering kali menjadi perhatian media tempatan. Selain itu, kajian yang telah dilakukan
kebanyakannya melihat kepada pendapat orang ramai mengenai isu tersebut dan
tidak melihat kepada stereotaip yang berlaku terhadap golongan LGBT. Pemaparan
Golongan LGBT dalam kajian ilmiah yang dilakukan juga memberikan satu
stereotaip yang sama iaitu golongan ini mempunyai masalah dan kajian yang
dilakukan adalah lebih kearah menolak kewujudan golongan ini. Kesimpulannya,
bilangan kajian yang menyeluruh terhadap kesemua golongan LGBT juga adalah
sangat terhad.
Antara faktor yang mempengaruhi LGBT ada disebut dalam kajian
Counseling and Mental Health Care if Transgender Adult and Loved One. Faktor
fenomena ini muncul bukan sahaja kerana pengaruh persekitaran, ianya juga turut
dipengaruhi oleh kebudayaan, fizikal, seks, psikososial, pengaruh keagamaan dan
kesihatan yang menyumbang kepada pembentukkan golongan LGBT. Faktor
keturunan juga menjadi penyumbang kepada pembentukan individu LGBT (Khilman,
2016). Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna menjadikan seseorang LGBT, akan
dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti biologikal dan pengaruh rakan (Byrd,
2001). Selain itu, keibubapaan juga menjadi faktor yang paling penting dalam
membentuk dan mempengaruhi perkembangan kehidupan kanak-kanak (Byrd,
2001). Menurut Kuswana (2014), persekitaran boleh mempengaruhi tingkahlaku dan
sebaliknya di mana tingkahlaku boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Faktor
seterusnya ialah orientasi seksual. Menurut Siti (2018), orientasi seksual merujuk
kepada kecenderungan jenis jantina bagi seseorang individu secara emosi, fizikal,
dan seksual. Menurut Caroll (2007), hetroseksual tertarik kepada kumpulan jantina
yang berlawanan, homoseksual pula tertarik kepada sesama jantina seperti gay
merujuk kepada lelaki dan lesbian merujuk kepada perempuan atau biseksual minat
kepada kedua-duanya.
Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa teori yang
bersesuaian, antaranya, Teori Psikoanalisis, Teori Perkembangan Personaliti, Teori
P a g e 10 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Perkembangan Psikoseksual dan Teori Perkembangan Sosial. Teori psikoanalisis ini


juga terkenal dengan struktur personalitinya, iaitu, terma Id, ego, dan superego.
Ianya banyak kali digunakan bagi merujuk kepada fungsi personaliti seseorang
manusia. Ego pula mempunyai hubungan dengan dunia realiti superego pula
bertindak sebagai badan kehakiman di dalam struktur personaliti. Ia termasuklah
kod-kod moral seseorang yang dipelajari daripada sosiobudaya, moral mahupun
melalui ajaran agama. Seterusnya, teori psikisosial berkaitrapat dalam kajian ini,
kerana, golongan LGBT sememangnya menggunakan ketiga-tiga struktur
personalitinya, iaitu id, ego dan superego, di mana id mereka mendesak untuk
menjadi LGBT dan ego mereka pula akan mengawal minda sedar, menentukan
kemahuan mereka dan bertindak bagi memuaskan kehendak mereka. Manakala
superego akan membazirkan perbuatan golongan LGBT ini walaupun perkara itu
salah dari segi norma dan budaya masyarakat. Corey (2005) dalam kajiannya
menyatakan bahawa tahap-tahap perkembangan psikososial dan psikoseksual sejak
dari lahir hingga dewasa boleh memberi kesan yang signifikan kepada model
psikoanalitik yang diasaskan oleh Freud. Corey (2005) telah menemui tiga jenis isu
yang selalu dibawa oleh klien ke dalam sesi kaunseling iaitu, kurangnya kebolehan
untuk mempercayai diri sendiri dan orang lain, takut untuk menyayangi orang lain
dan membuat hubungan dengan orang lain serta mengalami penghargaan kendiri
yang rendah. Selain itu, kurangnya kebolehan untuk mengenalpasti dan
mengekspresikan kemarahan, menafikan kuasa sebagai manusia dan kurangnya
sifat autonomi dalam diri. Malah, individu kurangnya kebolehan untuk menerima
seksualiti dan tarikan seksual yang ada pada diri dan kesukaran untuk menerima diri
sendiri sebagai seorang lelaki atau perempuan. Freud (1949) menyatakan bahawa
tiga perkembangan sosial ini iaitu cinta dan kepercayaan, menghadapi perasaan
negatif dan membina penerimaan positif dari segi seksualiti adalah berdasarkan
kepada perkembangan personaliti dan psikoseksual semasa enam tahun pertama di
dalam hidup seseorang. Oleh yang demikian, pengalaman dan perkembangan
aktiviti psikososial yang dialami oleh seseorang memberikan suatu impak kepada
tingkah laku dan tarikan seksualiti kepada seseorang individu itu dan perkara inilah
yang membawa pembentukan tarikan heteroseksual dan homoseksual, seperti
mana yang berlaku kepada golongan LGBT.
Mohd Izzat Amsyar Mohd Arif, Muhammad Syahlan Shafie, Hisham Hanapi,
Fareed Mohd Hassan (2018) Dalam Journal of Advanced Research in Social and
Behavioural Sciences 13(1). Ms 1-16 yang bertajuk Salah Laku LGBT Dalam
Perundangan Malaysia iaitu Undang-undang sebagai mekanisme pembanterasan
dan kawalan. Gejala sosial dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin kian
memburuk dam membimbangkan. Masyarakat semakin hari semakin dihimpit
dengan pelbagai perkara negatif sehingga menjadikan kehidupan mereka tidak
tenteram. Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual atau nama singkatannya LGBT
telah masuk ke dalam sosio masyarakat Malaysia sekian lama sehingga tertubuhnya
beberapa pertubuhan dan organisasi yang menyokong mereka secara tersusun dan
terancang (Mahfuzah, 2015).
Setiap hari media melaporkan pelbagai berita dan peristiwa yang menyentuh
permasalahan akhlak dan sahsiah umat Islam. Sebagai contoh yang dapat dilihat

P a g e 11 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

ialah kegiatan maksiat, rogol, zina, penyalahgunaan dadah, keganasan rumah


tangga, vandalisme, hedonisme (hiburan melampau), pergaulan bebas, budaya gay,
lesbian dan sebagainya. Golongan pemikir, pendidik dan pemimpin masyarakat juga
memberi pendapat bahawa gejala keruntuhan akhlak dan budaya songsang dalam
kalangan umat Islam berada pada tahap yang membimbangkan (JAKIM 2015: 10).
Bagi menangani isu ini, Jakim dan agensi yang berkaitan telah mengambil pelbagai
inisiatif mengikut bidang kuasa masing-masing.
Antaranya, JAKIM telah menerbitkan Modul dan Manual Kaunseling Syarie,
Manual HIV AIDS dan melaksanakan program pemulihan kepada golongan yang
terlibat dalam gejala keruntuhan akhlak dan budaya hidup songsang. Usaha-usaha
bagi menanganinya perlu dilaksanakan secara lebih berkesan dan menyeluruh
dalam kalangan rakyat di Malaysia. Pelbagai isu dan masalah muncul kesan
daripada pelbagai tuntutan yang dibuat oleh golongan LGBT ini, ekoran daripada
perkembangan mereka setelah diberikan pendedahan tentang hak-hak mereka
seperti mana yang diperlakukan diluar negara (Mahfuzah, 2015: 29).
Maisarah Mahmud dan Nur Zainatul Nadra Zainol (2022) dalam Jurnal Islam
dan Masyarakat Kontemporari 23(3). Ms 136-147 Fenomena LGBT di Malaysia iaitu
analisis faktor dan kaedah pemulihan. Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender
(LGBT) dilihat kini semakin membimbangkan dan perlu diberi perhatian oleh semua
pihak termasuk masyarakat awam serta badan bukan kerajaan (NGO. Berdasarkan
laporan berita oleh Berita Harian pada Mac 2022 telah memetik kata-kata dari
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang
menyatakan bahawa kerajaan Malaysia perlulah memandang serius isu berkaitan
LGBT ini kerana negara Malaysia berpegang teguh kepada agama Islam sebagai
agama persekutuan yang menerapkan nilai moral berlandaskan adat, budaya serta
agama. Justeru itu, perilaku LGBT ini adalah bertentangan dengan agama, moral
dan budaya di Malaysia.
Golongan LGBT di Malaysia ini sudah mula menapak sejak pada awal tahun
1980 lagi di mana pada awalnya hanya wujud golongan pondan dan maknyah akan
tetapi pada tahun 1990-an golongan ini terus berkembang di Malaysia dan
melabelkan diri mereka sebagai Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender.
Perkembangan ini telah memberi kejutan yang besar terhadap masyarakat Malaysia
pada ketika itu kerana Malaysia merupakan negara yang menggunakan Agama
Islam sebagai agama rasmi dan. Seramai 61.3 peratus penduduk adalah mereka
yang menganuti agama Islam sebagai petunjuk dalam menjalani kehidupan seharian
(Shazreen et al, 2022).
Berdasarkan kajian oleh Adam et al telah menjelaskan bahawa gejala
transeksual yang berlaku pada peringkat awal perkembangan ini adalah melibatkan
perlakuan mereka yang mengenakan solekan, berpakaian serta bertingkah laku
silang jantina dari gaya berjalan, percakapan dan gerak-geri. Mereka yang terdiri
dari golongan transgender ini juga mengambil ubat yang berupa pil hormon daripada
kedai-kedai runcit Cina dan peniaga runcit dengan tujuan bagi membesarkan
payudara dan mencantikkan kulit (Adam et al, 2020).

P a g e 12 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Yusof et al menghuraikan laporan oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 2017


yang menganggarkan bahawa Malaysia didiami oleh 32 juta orang dengan 28.7
daripadanya adalah warganegara dan 3.3 juta pula terdiri daripada bukan
warganegara. Berdasarkan sumber oleh Jabatan Perangkaan pada tahun 2010,
Islam adalah agama majoriti di Malaysia (61.3%) diikuti dengan Buddha sebanyak
19.8% yang menganutinya dan agama Kristian pula dianuti oleh 9.2% penduduk
Malaysia. Oleh sebab Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sesetengah yang
bertentangan dengan Syariah Islam adalah dilarang untuk dilakukan termasuklah
perlakuan seksual di luar tabi’ie. Undang-undang Malaysia juga telah menetapkan
bahawa sesiapa yang didapati mengamalkan perlakuan di luar tabi’ie boleh didakwa
mengikut Seksyen 377AD Kanun Keseksaan (Akta 574) yang mengharamkan liwat
dan seks songsang (Yusof et al, 2017).
Dr. Dra. Rita Damayanti (2015) dalam laporan kajian Pandangan Mahasiswa
terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di Indonesia
menyatakan bahawa kebanyakan homoseksual (Lesbian, Gay dan transgender)
mula menyedari diri mereka mempunyai kecenderungan ketika berada dalam usia
muda. Lesbian, gay dan biseksual ialah soal identiti seksual, manakala transgender
adalah isu identiti jantina. Masalah kesihatan dialami oleh LGBT termasuk penyakit
yang berkaitan dengan tingkah laku seksual, merokok dan penggunaan dadah, dan
masalah psikologi seperti kemurungan atau bunuh diri. Masalah sosial biasa
golongan LGBT mendapat stigma dan diskriminasi, termasuk akses kepada
perkhidmatan kesihatan.
Berdasarkan kajian, sebahagian mahasiswa masih menganggap LGBT
sebagai penyakit, tetapi ketika diminta untuk menggambarkan kriteria perilaku
kelompok LGBT, mereka tidak dapat menggambarkannya dengan baik. Kurangnya
pengetahuan tentang LGBT menimbulkan banyak persepsi tentang LGBT seperti
tingkah laku LGBT dapat menular apabila bergaul rapat dengan kelompok LGBT dan
menyebabkan wartawan media massa yang tidak profesional beranggapan bahawa
kelompok ini adalah ancaman terhadap orang disekeliling mereka. Selain itu,
mahasiswa juga menganggap bahawa LGBT berlaku akibat daripada perasaan dari
dalam diri mereka sendiri, dan juga persekitaran yang dapat mempengaruhi mereka.
Sehubungan itu, pemulihan bagi LGBT dapat dilakukan dengan memberikan
sokongan kepada mereka untuk kembali kepada fitrah yang asal. Beberapa perkara
yang dipertimbangkan agar masyarakat itu sendiri dapat menerima keberadaan
LGBT.
Kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat di Indonesia masih melakukan
diskriminasi menentang LGBT terutamanya daripada kelas menengah bawah dan
kebanyakan mereka yang beragama Islam, ini kerana wujudnya norma dan ajaran
agama yang masih wujud dalam masyarakat mengenai orientasi seksual dan LGBT
dianggap sebagai orientasi seksualiti terpesong. Ini menunjukkan bahawa tahap
pendidikan dan agama yang sangat tinggi dapat menjejaskan penerimaan LGBT
dalam masyarakat. Sesetengah pelajar dapat menerima dengan secara terbuka
kewujudan LGBT tetapi apabila menyentuh prinsip bertentangan dengan ajaran
P a g e 13 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

agama, golongan ini tetap menolak terutama dari segi orientasi seks. Tetapi ada
juga yang merasakan ia bergantung kepada perangai mereka terhadap LGBT itu
sendiri, ada yang tidak ambil peduli tentang perkara tersebut kerana mereka sudah
biasa dan ada yang mengambil berat terhadap kewujudan LGBT.
Noor Hafizah Mohd Haridi (2021) menyatakan Isu berkenaan dengan
Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual/Transgender atau lebih dikenali sebagai
“LGBT” bukanlah isu baru di Malaysia. LGBT ini dikatakan telah bertapak dalam
negara ini sejak awal tahun 1980 dengan kegiatan mak nyah dan pondan. Malaysia
dikejutkan dengan isu gerakan kemanusiaan yang diperjuangkan kebebasannya di
Malaysia. Sebagaimana penelitian Renn, isu gerakan kebebasan kemanusiaan ini
menuntut agar golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) diiktiraf di
negara ini.
Namun hasil kajian dan penelitian awal menunjukkan pihak Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial
dan Komuniti (KSK) telah mengadakan Persidangan Focal Point Menangani Gejala
Sosial Bil 5/2015 pada 21-23 Oktober 2015. Objektif utama persidangan ini adalah
untuk memurnikan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial Kecelaruan Gender.
Pihak MAIS melalui Pertubuhan Usrah Fitrah (PUFI) juga turut mengadakan
program-program terhadap komuniti LGBT yang mempunyai kecenderungan untuk
kembali hidup secara fitrah. Antara program-program yang dilaksanakan adalah
seperti kelas bimbingan fardu ain, usrah, program kesedaran dan motivasi, ziarah
mahabbah, mukhayyam dan sebagainya.
LGBT bukan satu isu yang baru di Malaysia. Walau bagaimanapun, kewujudan
golongan ini mengakibatkan timbulnya perspektif dari pelbagai pihak. Malah,
penerimaan kewujudan golongan ini juga pernah menjadi isu hangat di negara kita
pada satu masa dahulu. LGBT merupakan akronim yang mewakili golongan
Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Akronim ini telah digunakan sejak tahun
90an. Menurut Jacob dan Arguilar (2007), akronim ini telah dikembangkan kepada
LGBTQ dengan penambahan golongan “Queer” ke dalam kelompok ini yang mana
golongan “Queer” ini merujuk kepada golongan individu yang menyokong dan
memayungi semua kategori golongan di bawah LGBT. Walau bagaimanapun, Jacob
dan Arguilar (2007)perkembangan akronim ini apabila golongan khunsa (intersexual)
turut diletakkan sebagai salah satu kategori yang tersenarai menjadikan akronim
LGBT menjadi LGBTQ. Dari konteks sosial, kita dapat melihat bahawa budaya
LGBT ini adalah satu budaya barat yang telah menular ke negara kita yang mana
keadaan ini telah mempengaruhi minda dan tingkah laku masyarakat. Jacob dan
Arguilar (2007).

P a g e 14 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Situasi inilah yang telah menimbulkan pelbagai masalah sosial melibatkan


golongan LGBT. Bagi memastikan penyelidikan yang dijalankan tidak lari daripada
tujuan asal maka objektif penyelidikan telah dibentuk iaitu menunjukkan bagaimana
pembangunan belia positif dapat membantu belia berisiko LGBT untuk kembali
kepada fitrah melalui penerapan elemen 5C dalam model PYD. Maka persoalan
penyelidikan yang dibangunkan adalah bagaimana elemen 5C dalam model PYD
mempengaruhi belia berisiko LGBT untuk kembali berubah kepada fitrah?

Dalam usaha menangani isu-isu yang melibatkan LGBT, program


pembangunan belia positif (PYD) telah diperkenalkan. Delgado (2002) dan Lerner et
al. (2005; 2015) memberi penerangan terhadap pembangunan belia yang telah
dinyatakan sebagai satu proses berterusan yang mana ianya berlaku bagi
memenuhi keperluan fizikal dan sosial dalam membina kompetensi dan ianya sangat
berpotensi dalam menyumbang kepada pembangunan belia positif. Hasil
perkongsian Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) mengenai program
Mukhyayyam menjadikan penyelidikan ini dijalankan dengan memberi fokus kepada
perkara-perkara yang mendorong belia terdorong dalam golongan LGBT untuk
kembali kepada fitrah, atau erti kata lain adalah untuk kembali pulih kepada asal.
Bagi melihat impak PYD dalam menangani isu-isu LGBT, penyelidik telah melihat
dan membuat penelitian terhadap model PYD yang dibangunkan oleh
Richard(2005). Penelitian telah dibuat terhadap elemen 5C yang terdapat dalam
model PYD.

Analisis Keperluan Untuk Membangunkan Model, Pemulihan Holistik


Terhadap Komuniti Lesbian, Gay, Biseksual Dan Transgender (Lgbt) Di Malaysia
berdasarkan pandangan yang digunakan pada tahun 90-an (Noor Hafizah Haridi,
et.al, 2016). Malaysia menggelarkan lelaki gay sebagai pondan, Thailand pula
menggelar remaja gay dan lesbian sebagai Tom-dee, manakala lelaki homoseksual
sebagai ‘Tuy’ (Megan Sinnott, 2000). Isu LGBT pernah menjadi isu utama di dada
akhbar pada tahun 2011 (Mohamad Yusof Helmy Ramli, Rani Ann Balaraman,
Mohamad Saifudin Mohamad Saleh, 2017) dan masih menjadi perbincangan
sehingga kini.

Contohnya perhimpunan hari wanita sedunia pada 8 Mac 2019 disertai


sekumpulan komuniti penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

P a g e 15 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

yang menyuarakan hak kebebasan asasi mereka (Astro Awani, 2019). Secara
umumnya, kegiatan mereka mempunyai kaitan dengan keinginan manusia untuk
merubah fitrah asal kejadian mereka kepada personaliti yang bertentangan iaitu
mempunyai kecenderungan seksual terhadap jantina yang sama (gay dan lesbian),
kecenderungan seksual terhadap lelaki dan wanita (Biseksual) atau berkeinginan
mengubah jantina melalui pembedahan.

LGBT juga boleh dikategorikan sebagai penyakit psikitari atas faktor


kecelaruan pemikiran yang dihadapi. Penyakit ini juga tidak terhad kepada gender
semata-mata tetapi turut merangkumi beberapa aspek lain seperti warna kulit, usia
dan lain-lain. Dalam masyarakat barat seperti di Amerika Syarikat, golongan LGBT
masih dianggap oleh sesetengah kelompok masyarakat sebagai golongan tidak
bermoral, tidak suci atau tidak berfungsi (Jonathan Ned Katz, 1992). Sehingga tahun
1973, golongan LGBT disifatkan sebagai golongan yang mempunyai penyakit
mental yang diwartakan dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental
(DSM) oleh Persatuan Psikiatri Amerika (American Psychiatric Association, 2021).

P a g e 16 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

6.0 PERBINCANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN DAN


CADANGAN PENYELESAIAN

6.1 KONSEP LGBT


LGBT ialah golongan yang menghadapi kekeliruan identiti. Kebanyakan
golongan transeksual mengganggap bahawa diri mereka terperangkap dalam fizikal
jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan mereka. Keyakinan itu
menyebabkan segelintir komuniti itu nekad melakukan pembedahan menukar jantina
akibat terbelenggu dengan diri sendiri untuk menerima jantina mereka. LGBT juga
boleh diistilahkan sebagai hubungan seksual yang haram dan sonsang secara jimak
di dalam Islam. Dalam islam, LGBT dikenali dengan dua istilah iaitu liwat iaitu gay
dan ihaaq iaitu lesbian. Liwat adalah satu kata yang disabitkan kepada kaum Luth
AS kerana kaum baginda adalah kaum pertama yang melakukan perbuatan terkutuk
ini. Allah SWT menamakan perbuatan ini dengan perbuatan keji (fahisy) dan
melampaui batas sebagai seorang hamba Allah dimuka bumi ini. Sebagaimana Allah
telah terangkan dalam surah Al-Araf ayat 80 hingga 81

membawa maksud “Dan Nabi Luth juga (kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata
kepada kaumnya iaitu “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak
pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu?”
Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu
dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui
batas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa LGBT ini telah dilarang dan dibenci oleh
Allah SWT. Allah SWT telah menjadikan menusia itu berpasang-pasangan, lelaki
dan perempuan secara perkahwinan yang halal mengikut kepada syarak agar
manusia boleh mendapatkan zuriat, memelihara keturunan serta menjaga akhlak
supaya tidak dicemari oleh perbuatan yang dilaknat Allah SWT.

6.2 FAKTOR DAN IMPAK LGBT


Antara faktor utama seseorang tergolong dalam kalangan LGBT ialah
kurang penghayatan agama. Walaupun pendidikan agama itu telah diberikan sejak
di bangku sekolah lagi, namun amalan kehidupan beragama yang kurang dalam diri
seseorang individu akan menyebabkan mereka cenderung ke arah LGBT. Ini kerana
didikan agama dan akhlak yang baik adalah sangat penting dalam membentuk akal
dan keperibadian dalam diri seseorang individu terutamanya para remaja. Pengarah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata bahawa
P a g e 17 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

golongan yang cenderung dalam isu LGBT ini kerana mereka tidak dapat
membezakan hal yang baik mahupun buruk. Kesannya, mereka akan lebih mudah
terpengaruh dan terikut-ikut rakan sekeliling yang terdedah kepada golongan LGBT.
Hal ini berlaku kerana kurang iman dalam mengawal hawa nafsu dan juga
mempunyai banyak rangsangan seksual dalam diri sesorang yang terlibat. Iman
yang lemah dalam diri sesorang individu itu sendiri juga menyebabkan semua
kejahatan berlaku kerana hanya iman yang mampu menjadi benteng dalam
mengekang penyimpangan seksual dalam diri. Tanpa iman, diri akan mudah
terpengaruh untuk melakukan segala dosa yang Allah SWT telah tetapkan.
Pengetahuan agama memainkan peranan yang penting sebagai benteng yang
paling berkesan dalam melatih diri sendiri bagi membezakan diantara baik dan
sebaliknya.
Selain itu, faktor kedua yang yang menyebabkan seseorang itu terjerumus
dalam golongan LGBT ialah faktor persekitaran pergaulan. Hal ini kerana
kebiasaannya pergaulan dan lingkungan menjadi antara faktor terbesar yang
menyumbang kepada perilaku seksual dimana semua anggota keluarga yang tidak
menunjukkan sikap dan perilaku yang baik sebagai orang tua dimana mereka tidak
menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Contoh yang dapat
diketengahkan dalam konteks ini ialah keluarga yang terlalu melarang anak mereka
berbuat sesuatu. Ibu bapa yang terlalu melarang anaknya berbuat sesuatu boleh
menyebabkan anak mereka kemurungan dan terjerumus dalam gejala ini. Hubungan
yang terlalu dekat dengan ibu bapa sementara itu renggang dengan sayang
menjadikan anak mereka merasakan dirinya tidak guna dalam apa jua keadaan. Ibu
bapa yang kurang menunjukkan kasih sayangnya kepada anaknya mengakibatkan
anak-anak kurang menerima pendidikan dan pengetahuan agama yang benar sejak
di buaian lagi. Seterusnya, pergaulan dan lingkungan anak mereka berada di
sekolah berasrama yang terpisah di antara lelaki dan perempuan turun mengundang
seseorang pelajar untuk melakukan hubungan gay dan lesbian.
Di samping itu, keluarga juga merupakan salah satu faktor seseorang
individu itu terjerumus dalam golongan LGBT. Pengalaman yang dialami oleh anak-
anak seperti pernah dikasari dan dipukul oleh ibu atau bapanya sehingga
menyebabkan anak mereka trauma dan beranggapan bahawa semua orang di
dalam dunia ini bersikap kasar, pemarah dan panas baran. Hal ini akan
menyebabkan mangsa merasakan diri mereka tidak disukai dan dibenci oleh orang
tersebut. Ini akan menyebabkan hubungan kelurga menjadi semakin renggang dan
lama-kelamaan akan menyebabkan tali ikatan keluarga terputus. Bagi seseorang
lesbian, pengalaman yang dialami oleh mereka iaitu kekerasan yang dilakukan oleh
bapa, abang mahupun saudara lelaki mereka adalah salah satu punca yang
menjadikan diri mereka trauma dengan kekerasan tersebut. Contoh kekerasannya
adalah dari segi fizikal, mental dan gangguan seksual dari ahli keluarga mereka
sendiri akan menyebabkan wanita tersebut menganggap semua lelaki bersikap yang
sama seperti itu dan akan menjadikan diri mereka benci kepada semua lelaki. Bagi
golongan transgender, faktor lain yang menyebabkan seseorang individu itu
terjerumus ialah daripada sikap orang tua mereka sendiri iaitu mereka mengidamkan

P a g e 18 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

anak lelaki atau perempuan. Seseorang anak itu akan lebih cenderung kepada
perintah orang tuanya dan tidak ingin melawan setiap kata dari ibu bapanya.
Seterusnya, faktor yang menyebabkan seseorang individu terlibat dalam
LGBT ialah faktor biologi. Penelitian yang telah dibuat oleh pakar biologi berkaitan
dengan genetik, paras muka dan hormon menunjukkan bahawa seseorang boleh
cenderung melakukan perbuatan terkutuk ini. Seorang Homoseksual memiliki
kecenderungan bagi melakukan homoseksual kerana mendapat sokongan dari
badan mereja yang sifatnya yang menurun. Bagi golongan transgander pula, contoh
yang dapat dilihat bagi seseorang lelaki dari segi suara, fizikal, perbuatan dan
kecenderungan terhadap wanita dipengaruhi oleh sejenis hormon yang Bernama
testeron. Jika hormon seseorang itu rendah, ia selalunya dipengaruhi oleh tindak
balas lelaki itu sama seperti seorang perempuan.
Akhir sekali, kecanggihan teknologi yang disalah gunakan juga
merupakan faktor berlakunya. Pada era globalisai yang semakin canggih ini, selain
memiliki kesan positif tetapi terdapat juga kesan negatifnya jika disalah gunakan
terutama dalam golongan anak muda yang masih kurang berpikiran secara rasional.
Jika dilihat dari suduh negatif, banyak cabaran yang semestinya perlu ditempuhi
oleh golongan anak muda atau remaja terutamanya isu berkaitan penggunaan siber
yang diakaitkan dengan gejala sosial. Laman web seperti Facebook, Twitter,
Friendster dan lain-lain yang menawarkan tawaran dan perkhidmatan yang menarik
serta yang menyeronokkan lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa
kebanyakkan golongan remaja menggunakan siber untuk menjalinkan hubungan
sosial yang menarik minat para remaja untuk menyertainya. Laman-laman web
seperti ini menjadi tumpuan penjenayah yang menjadikan remaja sebagai mangsa
mereka. Contoh lain yang boleh diambil adalah penyebaran video yang berbau
pornografi, yang mudah untuk diakses. Inilah punca yang menyebabkan banyak
masyarakat termasuklah golongan remaja menjadi perilakunya termasuklah perilaku
yang berunsurkan LGBT.

6.3 CADANGAN PENYELESAIAN


Peranan kerajaan dalam menangani isu LGBT adalah dengan cara meminda
undang-undang dengan lebih berhemah. Kerajaan juga disarankan untuk
bekerjasama dengan organisasi agama bagi merangka strategik yang berkesan
untuk menangani isu LGBT yang semakin berleluasa. Contoh yang dapat
diketengahkan ialah menubuhkan sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab
bagi menolong golongan yang terlibat kembali ke pangkal jalan. Selain itu, khidmat
nasihat dan kaunseling juga boleh diberikan kepada golongan LGBT supaya mereka
lebih insaf. Seterusnya, kerajaan dan badan bukan kerajaan juga boleh mengadakan
kempen untuk membenduk dan membanteras gejala tersebut. Media eloktronik
seperti televisen atau internet dan media massa seperti akhbar boleh dijadikan
tempat untuk mengadakan kampen. Iklan dan rencana tentang isu LGBT
seharusnya dipaparkan untuk pengetahuan masyarakat di Malaysia. Dengan itu,

P a g e 19 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

masyarakat akan lebih peka dan membuka minda mereka dalam menangani isu lgbt
di Malaysia.
Ibu bapa berperanan paling penting dalam menangani isu LGBT dalam
kalangan keluarga kerana ibu bapa merupakan contoh kepada anak-anak. Ibu bapa
perlu bersahabat baik dengan anak-anak serta mengambil tahu tentang aktiviti
seharian mereka sejak dibangku sekolah lagi. Ibu bapa perlu mengetahui tentang
apa yang dilalui dan dialami oleh anak mereka di peringkat awal kanak-kanak,
peringkat kanak-kanak dan diawal usia remaja kerana peringkat ini penting dalam
pembesaran anak-anak. Perubahan fizikal dan emosi anak-anak perlu sentiasa
dikawal agar dapat membendung mereka dalam gejala LGBT ini. Ibu bapa juga
perlulah sentiasa memantau dan memeriksa segala isi kandungan telefon bimbit
anak-anak, mengetahui kenalan anak-anak dan memahami peribadi anak-anak
mereka. Ibu bapa perlu mengambil Tindakan yang tegas sekiranya anak-anak
mereka terlibat dalam isu LGBT. Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau dan
memastikan anak-anak sentiasa dalam kawalan mereka supaya perkara yang tidak
diingini seperti LGBT ini berlaku dalam kalangan anak-anak kerana mencegah lebih
baik dari mengubati.

Akhir sekali, guru juga memainkan peranan yang penting dalam


menangani isu LGBT yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Menurut
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Mohd Puad Zarkashi, guru-guru hendaklah
membantu untuk memberi penjelasan dam pemahaman mengenai gejala LGBT
kepada para pelajar supaya mereka tidak terjerumus dengan perkara itu. Walaupun
tiada mata pelajaran khusus disediakan, guru-guru boleh menggunakan mata
pelajaran kesihatan dan reproduktif sosial secara kreatif bagi memberi penjelasan
dan menarik minat para pelajar mengenai kesan negative gejala itu tambahan
beliau. Contoh yang dapat diketengahkan dalam isu ini ialah guru kaunseling yang
mampu menjadi petugas barisan hadapan yang mampu mencegah isu ini. Oleh hal
demikian, guru kaunseling perlulah dilengkapi dengan pemahaman dan
pengetahuan symptom LGBT bagi menawarkan nasihat kepada pelajar yang terlibat.
Justeru, guru-guru berperanan yang penting dalam mendidik anak murid mereka
untuk menjadi lebih baik agar pelajar dan remaja tidak berani melalukan perkara
yang dilaknat Allah SWT ini.

P a g e 20 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

7.0 ANALISA PERSEPSI MAHASISWA FSPPP TERHADAP


ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

7.1 PENGENALAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis persepsi mahasiswa Fakulti Sains
Pentadbiran dan Pengajian Politik (FSPPP) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Kampus Seremban 3 terhadap isu lesbian, gay, biseksual dan transgender. Analisis
dilakukan melalui dapatan soal selidik responden. Huraian kajian merangkumi latar
belakang responden, soalan berkenaan lesbian, gay, biseksual dan transgender dan
langkah membendung isu ini. Data-data yang diperolehi daripada kajian ini
disampaikan dalam bentuk jadual dan juga peratus.

7.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

Antara aspek latar belakang responden yang dikaji ialah jantina, kumpulan umur dan
etnik. Kesemua aspek ini merupakan pengenalan yang boleh menggambarkan profil
mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Seremban 3.

7.2.1 Jantina

Saiz sampel yang telah ditetapkan ialah seramai 34 orang responden yang telah
menjawab instrumen soal selidik itu. Mereka yang terpilih daripada 12 orang
mahasiswa lelaki (35.3%) dan 22 orang mahasiswa perempuan (64.7%) bagi tujuan
melihat perbezaan jumlah bilangan responden menurut jantina. Hasilnya, responden
mahasiswa perempuan melebihi bilangan responden mahasiswa lelaki dengan
seramai 10 orang. Jadual 7.1 menunjukkan jumlah responden secara
keseluruhannya.

Jadual 7.1 Taburan Responden Mahasiswa UiTM Seremban 3 Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan Peratusan (%)


Lelaki 12 35.3
Perempuan 22 64.7
Jumlah 34 100.0

Sumber: Soal Selidik 2022

P a g e 21 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

7.2.2 Kumpulan Umur

Jadual 7.2 menunjukkan kategori umur responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu
meliputi daripada 18 hingga 30 tahun. Bilangan responden yang berusia dari 18
hingga 21 tahun merupakan bilangan yang tertinggi iaitu seramai 31 orang (91.2%),
diikuti oleh responden yang berusia dari 22 tahun hingga 24 tahun iaitu seramai 2
orang (5.9%), kemudian kategori umur yang mencatatkan bilangan responden yang
terendah ialah dari umur 25 hingga 27 tahun iaitu seramai 0 orang (0.0%) dan
seterusnya responden yang berusia 28 hingga 30 tahun iaitu seramai 1 orang
bersamaan dengan 2.9%. Dapatan ini ada benamnya, kerana secara logik
kemasukan pelajar ke IPTA bagi program Ijazah Sarjana Muda adalah bermula
sekitar pada umur 18 tahun bagi lepasan SPM, 19 tahun bagi lepasan STPM dan 21
tahun bagi lepasan Diploma.

Jadual 7.2 Taburan Responden Mahasiswa UiTM Seremban 3 Mengikut Kumpulan


Umur

Umur Kekerapan Peratusan (%)


18-21 tahun 31 91.2
22-24 tahun 2 5.9
25-27 tahun 0 0.0
28-30 tahun 1 2.9
Jumlah 34 100.0

Sumber: Soal Selidik 2022

7.2.3 Etnik

Jadual 7.3 menunjukkan populasi responden yang datang daripada kepelbagaian


etnik. Etnik Melayu mendominasi bilangan responden dengan seramai 34 orang
(100.0%). Seterusnya, tiada responden daripada etnik Cina, India dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak.

P a g e 22 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Jadual 7.3 Taburan Responden Mahasiswa UiTM Seremban 3 Mengikut Etnik

Etnik Kekerapan Peratusan (%)


Melayu 34 100.0
Cina 0 0.0
India 0 0.0
Bumiputera 0 0.0
Sabah/Sarawak
Jumlah 34 100.0

Sumber: Soal Selidik 2022

Kesimpulannya, latar belakang responden adalah penting dalam mengetahui profil


sampel bertujuan dalam kajian ini. Ia sebagai bukti bahawa jenis persampelan yang
digunakan berada dalam skop tajuk kajian ini. Oleh itu, ia dapat memudahkan
pengkaji dalam membuat analisis kajian nanti. Dalam pada itu juga, pemilihan
responden yang tepat dapat menjamin ketulenan dapatan kajian yang diperoleh
daripada edaran soal selidik.

7.3 ANALISIS ITEM SOAL SELIDIK

Instrumen soal selidik ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian
A: Latar Belakang Responden, Bahagian B: Fahaman terhadap isu lesbian, gay,
biseksual dan transgender dan Bahagian C: Langkah-langkah untuk mengatasi isu
lesbian, gay, biseksual dan transgender. Pengkaji telah menjelaskan Bahagian A
seperti mana penerangan yang tertakluk di atas. Oleh itu, analisis kajian ini
menggunakan analisis deskriptif untuk Bahagian B dan C. Analisis desktiptif
digunakan untuk mengetahui nilai peratusan dan kekerapan.

7.3.1 Persepsi Mahasiswa terhadap Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender

Dalam topik ini, dapatan mengenai persepsi mahasiswa terhadap isu lesbian, gay,
biseksual dan transgender akan dibentangkan. Oleh itu, 13 item telah dikemukakan
bagi tujuan mengenalpasti persepsi responden terhadap isu lesbian, gay, biseksual
dan transgender. Keputusan analisis soal selidik adalah seperti yang tertera dalam
Jadual 7.4.

P a g e 23 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Jadual 7.4 Persepsi Mahasiswa Terhadap Isu Lesbian, Gay, Biseksual dan
Transgender
Bil Item Peratus Kekerapan
(%)
Ya Tidak Ya Tidak
B1 Lesbian merujuk 100 0 34 0
kepada wanita yang
tarikan seksualnya
hanya kepada wanita
sejenis.
B2 Orang yang tertarik 100 0 34 0
kepada kedua-dua
jantina dirujuk
sebagai biseksual.
B3 Gay merujuk kepada 97.1 2.9 33 1
lelaki yang mempunyai
tarikan seksual
terhadap kaum
sejenisnya.
B4 Transgender ialah 100 0 34 0
individu yang
bertindak, berfikir,
mempunyai perasaan
atau ketampilan yang
berbeza daripada
jantina atau biologi
mereka.
B5 Adakah anda setuju 55.9 44.1 19 15
bahawa transgender
berlaku kerana sikap
orang tua yang
menginginkan anak
lelaki atau perempuan
akan mengakibatkan
anak mereka lebih
cenderung kepada apa
yang kedua orang
tuanya inginkan?
B6 Adakah anda setuju 85.3 14.7 29 5
bahawa seorang
homoseksual memiliki
kecenderungan untuk
melakukan
homoseksual akibat
daripada karakter diri
yang berlawanan?
B7 Adakah anda setuju 94.1 5.9 32 2
bahawa kurangnya
pengetahuan dan
P a g e 24 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

pemahaman agama
merupakan faktor
utama yang
mempengaruhi
terjadinya
homoseksual?
B8 Adakah anda setuju 85.3 14.7 29 5
bahawa kekerasan
yang dialami dari segi
fizikal, mental dan
seksual mendorong
kepada homoseksual?
B9 Adakah anda setuju 79.4 20.6 27 7
bahawa pergaulan
atau kelompok remaja
yang berpisah antara
lelaki dan perempuan
ketika berada di
sekolah berasrama
turut mengundang
terjadinya hubungan
gay dan lesbian?

Secara keseluruhannya, persepsi responden berada pada tahap paling tinggi


pada 4 item iaitu item B1, B2 dan B4. Apabila item ini mendapat bilangan kekerapan
tertinggi iaitu sebanyak 34 orang dan 100 peratus. Hasil ini menunjukkan bahawa
semua responden setuju bahawa lesbian merujuk kepada wanita yang tarikan
seksualnya hanya kepada wanita sejenis (Kamus Dewan Edisi Keempat), orang
yang tertarik kepada kedua-dua jantina dirujuk sebagai biseksual (Wikipedia Bahasa
Melayu) dan transgender ialah individu yang bertindak, berfikir, mempunyai
perasaan atau ketampilan yang berbeza daripada jantina atau biologi
mereka(Wikipedia Bahasa Melayu). Oleh itu, item B1, B2 dan B4 merupakan item
yang mendapat bilangan peratus dan kekerapan paling tinggi iaitu 100 peratus dan
kekerapan sebanyak 34 orang apabila kesemua mahasiswa bersetuju dengan item
tersebut.

Selain itu, item yang mendapat kekerapan kedua tertinggi adalah item B3. Pada
item B3, 97.1 peratus(33 orang) bersetuju bahawa gay merujuk kepada lelaki yang
mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya (Kamus Dewan Edisi
Keempat) manakala 2.9 peratus(1 orang) lagi tidak bersetuju dengan pandangan
tersebut. Oleh itu, item B3 merupakan item yang mendapat kekerapan serta
peratusan kedua tertinggi di dalam analisa ini.

Seterusnya, 94.1 peratus (32 orang) yang bersetuju bahawa kurangnya


pengetahuan dan pemahaman agama merupakan faktor utama yang mempengaruhi

P a g e 25 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

terjadinya homoseksual. Hal ini kerana agama merupakan tonggak utama dan tiang
agama yang wajib semua umat islam patuhi. Manakala 5.9 peratus(2 orang) yang
tidak bersetuju dengan pandangan tersebut kerana berkemungkinan mereka berfikir
bahawa ibu bapa yang mempengaruhi jalan kehidupan mereka, bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Di samping itu, terdapat 85.3 peratus(29 orang) yang bersetuju dan 14.7 peratus(5
orang) yang tidak bersetuju untuk item B6 dan B8. Respoden setuju bahawa
seorang homoseksual memiliki kecenderungan untuk melakukan homoseksual
akibat daripada karakter diri yang berlawanan dan kekerasan yang dialami dari segi
fizikal, mental dan seksual mendorong kepada homoseksual. Oleh itu, item B6 dan
B8 mendapat kekerapan dan peratusan yang sama di dalam analisis ini.

Seterusnya, item yang mendapat kekerapan dan peratusan pada tahap sederhana
adalah item B9. Terdapat 79.4 peratus(27 orang) yang setuju bahawa pergaulan
atau kelompok remaja yang berpisah antara lelaki dan perempuan ketika berada di
sekolah berasrama turut mengundang terjadinya hubungan gay dan lesbian kerana
mereka hanya bergaul dengan gender yang sama, manakala 20.6 peratus(7 orang)
tidak setuju dengan pandangan tersebut.

Akhir sekali, item yang mendapat kekerapan terendah pada analisis ini adalah
item B5. Terdapat 55.9 peratus(19 orang) yang setuju bahawa transgender berlaku
kerana sikap orang tua yang menginginkan anak lelaki atau perempuan akan
mengakibatkan anak mereka lebih cenderung kepada apa yang kedua orang duanya
inginkan tetapi ada 44.9 peratus iaitu 15 orang yang tidak bersetuju dengan
pandangan tersebut. Oleh itu, item B5 mendapat kekerapan dan peratusan terendah
dalam analisis ini.

7.3.2 Persepsi Mahasiswa terhadap Langkah-langkah untuk Mengatasi Isu Lesbian,


Gay, Biseksual dan Transgender

Selain mengenalpasti persepsi mahasiswa terhadap faktor-faktor yang


menyebabkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender, kajian ini juga dapat
mengenalpasti persepsi mahasiswa terhadap langkah-langkah yang dapat diambil
untuk mengatasi isu lesbian, gay, biseksual dan transgender. Jadual 7.5
menunjukkan persepsi mahasiswa terhadap langkah mengatasi isu lesbian, gay,
biseksual dan transgender.

P a g e 26 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Bil Item Peratus Kekerapan


(%)
Ya Tidak Ya Tidak
C1 Adakah anda setuju 91.2 8.8 31 3
bahawa ibu bapa perlu
memantau anak-anak
mereka dengan cara
memeriksa kandungan
telefon bimbit anak-
anak dan meluangkan
lebih masa bersama
dengan anak-anak?
C2 Adakah anda setuju 91.2 8.8 31 3
bahawa khidmat
nasihat dan kaunseling
boleh diberikan
kepada golongan
terbabit yang hanyut
dalam dunia lesbian,
gay, biseksual dan
transgender agar
mereka kembali insaf?
C3 Adakah anda setuju 91.2 8.8 31 3
bahawa pihak kerajaan
perlu mengadakan
kempen menerusi
media elektronik
seperti televisyen atau
internet untuk
membanteras isu
tersebut?
C4 Adakah anda setuju 97.1 33 2.9 1
bahawa berpegang
kepada iman dapat
menghindarkan diri
daripada isu tersebut?

Berdasarkan jadual di atas, persepsi mahasiswa tentang langkah untuk


mengatasi isu lesbian, gay, biseksual dan transgender mendapat kekerapan serta
peratusan tertinggi iaitu 97.1 peratus(33 orang) setuju bahawa berpegang kepada
iman dapat menghindarkan diri daripada isu tersebut manakala 2,9(1 orang) tidak
bersetuju dengan langkah tersebut. Hasil ini menunjukkan bahawa kesemua
responden sedar bahawa agama merupakan sesuatu yang penting dalam
kehidupan. Dengan menghayati ajaran agama dan mengamalkannya dalam
kehidupan seharian, akidah manusia tidak akan mudah terpesong serta tidak mudah
terpengaruh dengan perbuatan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang
diharamkan di sisi Islam. Meskipun ada 2.9 peratus(1 orang) yang tidak bersetuju
P a g e 27 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

dengan pandangan tersebut, jelaslah bahawa responden tersebut perlulah lebih


mendalami tentang ajaran Islam dan berpegang teguh terhadap rukun Islam dan
rukun Iman.

Item C1, C2 dan C3 mempunyai kekerapan dan peratusan yang sama iaitu 91.2
peratus(31 orang) untuk yang bersetuju dan 8.8 peratus(3 orang) lagi untuk yang
tidak bersetuju. Ramai setuju bahawa ibu bapa perlu memantau anak-anak mereka
dengan cara memeriksa kandungan telefon bimbit anak-anak dan meluangkan lebih
masa bersama anak-anak kerana ibu bapa boleh membimbing anak-anak ke jalan
yang betul jika mereka melakukan kesalahan. Selain itu, khidmat nasihat dan
kaunseling boleh diberikan kepada golongan terbabit yang hanyut dalam dunia
lesbian, gau, biseksual dan transgender supaya mereka sedar yang mereka telah
terjerumus dalam maksiat yang tidak baik. Akhirnya, responden juga setuju bahawa
pihak kerajaan perlu mengadakan kempen menerusi media elektronik seperti
televisyen atau internet untuk membanteras isu tersebut.

Kesimpulannya, terdapat banyak langkah yang boleh diambil untuk mengatasi isu
lesbian, gay, biseksual dan transgender. Semua anggota masyarakat perlulah
berganding bahu serta memainkan peranan masing-masing agar isu lesbian, gay,
biseksual dan transgender dapat dibendung. Oleh itu, masyarakat islam yang taat
serta patuh akan perintah Allah dapat melahirkan generasi yang baik akan datang.

P a g e 28 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

8.0 RUMUSAN
Informan melihat LGBT sebagai sesuatu hal yang menyimpang karena
bertentangan dengan ajaran agama dan penyakit karena menular dan terkait
dengan hubungan seksual yang berisiko. Selain itu ada pula yang menganggap
mereka sebagai orang-orang berbeda yang tidak bisa bebas karena terkekang oleh
masyarakat yang masih kuat memegang nilai-nilai ajaran agama.
Sebagian besar informan menganggap LGBT sebagai penyakit yang harus
disembuhkan atau dipulihkan agar mereka bisa kembali normal seperti masyarakat
pada umumnya. Ada juga informan yang menganggap bahwa LGBT tidak harus
dipulihkan karena bukan penyakit dan itu ialah kondisi alami yang muncul akibat
faktor biologis atau bawaan sejak lahir. Sebaliknya, masyarakat lah yang harus
diberi pengertian dan pemahaman agar bisa lebih menerima LGBT.
Sebagian informan melihat bahwa LGBT tidak bisa diterima di masyarakat
dan sebagian lainnya menerima keberadaan LGBT. Informan yang menolak
keberadaan LGBT berpendapat bahwa mereka bertentangan dengan nilai-nilai
agama. Masyarakat yang menolak LGBT cenderung mengecam atau mengucilkan
keberadaan LGBT. Sebaliknya, informan yang menerima keberadaan LGBT
berpendapat bahwa pada saat ini, masyarakat telah memiliki pengetahuan dan
pemahaman yang cukup mengenai LGBT sehingga masyarakat tidak
mendiskriminasi mereka.
Mayoritas informan meski pun tidak nyaman dengan keberadaan LGBT tetapi
tidak begitu mempermasalahkan selama mereka bisa menjaga sikap dan berperilaku
baik di masyarakat.
Kesimpulannya, sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah SWT kita
mestilah berpegang kepada ajaran agama dan kuatkan iman dalam hadapi segala
cabaran kerana nescaya kita akan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.
Daripada dapatan kajian yang telah dibuat, kami mendapati bahawa terdapat banyak
hikmah dalam sesuatu perkara dan Allah Maha Mengetahui hamba-hambanya.
Kajian berkenaan dengan LGBTdi Malaysia sememangnya telah banyak
dilaksanakan  oleh para pengkaji dan juga dihebahkan oleh media massa tempatan.
Hal ini membuktikan bahawa isu gejala LGBT di Malaysia  tidak pernah  dipandang
sepi. Walaupun secara prinsipnya perlakuan LGBT tidak dapat diterima berdasarkan
panduan daripada al-Quran dan al-Hadis, undang-undang serta norma budaya
masyarakat Malaysia, namun ia tidak menafikan hak golongan ini untuk dibimbing
dan dinasihati. Oleh itu, kami bersetuju bahawa pelbagai lagi kajian menyentuh
tentang isu LGBT boleh dan perlu dilaksanakan agar hasil daripada kajian-kajian
tersebut boleh digunakan oleh pelbagai pihak dalam menguruskan isu berkenaan
dengan LGBT ini. Pendekatan ini juga adalah selaras dengan prinsip dakwah dalam
Islam agar memberi peluang kepada mereka yang melakukan dosa dan maksiat
untuk memperbaiki diri dan mendapatkan pengampunan Allah.

P a g e 29 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

9.0 RUJUKAN
1. Irsyad Al-Hukmi . (2019) . Jabatan Mufti Negeri Kedah . Isu Lesbian, Gay,
Biseksual, Dan Transgender (LGBT).
https ://mufti.kedah.gov.my/images/PDF/Irsyadhukum/ISU-LESBIAN-GAY-
BISEKSUAL--TRANSGENDER-LGBT-dimampatkan.pdf
2. Mohamad Afandi Md Ismail. (2020). Isu LGBT di Malaysia; Satu Tinjauan
Terhadap Aspek Kajian.
https://www.researchgate.net/publication/
350088778_ISU_LGBT_DI_MALAYSIA_SATU_TINJAUAN_TERHADAP_AS
PEK_KAJIAN_LGBT_ISSUES_IN_MALAYSIA_A_REVIEW_OF_RESEARCH
_ASPECTS
3. Arif Putra. (2020). Memahami Tarnsgender dan Perbedaannya dengan
Transeksual.
https://www.sehatq.com/artikel/transgender-adalah-individu-dengan-
ketidaksesuaian-identitas-gender
4. (Pdf) Gejala Lgbt Di Malaysia: Isu Dan Cadangan Penyelesaian. (N.D.).
Researchgate.
https://www.researchgate.net/publication/342588387_GEJALA_LGBT_DI_MA
LAYSIA_ISU_DAN_CADANGAN_PENYELESAIAN
5. al-Ghari, D. Z. M. Z. (2021, September 22). Peringatan jelas daripada Allah
dalam al-Quran. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/addin/2021/09/757777/peringatan-jelas-daripada-
allah-dalam-al-quran
6. Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam - Agenda Daily.
(n.d.). Www.agendadaily.com.
https://www.agendadaily.com/isu-semasa/isu-lgbt-dalam-kalangan-
agamawan-rosakkan-imej-islam/
7. LGBT bukan mengenai agama semata. (2018, August 9).
Www.utusanborneo.com.my.
https://www.utusanborneo.com.my/2018/08/09/lgbt-bukan-mengenai-agama-
semata
8. (2022). Astroawani.com.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cadangan-pinda-undangundang-
syariah-berkaitan-lgbt-perlu-dibuat-secara-berhemah-zulkifli-291963
9. Laman Web Rasmi Jabatan Mufti - Tangani Isu LGBT Menerusi Pendidikan.
(n.d.). Mufti.penang.gov.my.
https://mufti.penang.gov.my/index.php/en/pengumuman/515-tangani-isu-lgbt-
menerusi-pendidikan
10. Yusof, A. (2021, February 11). Ayuh bersama bendung gejala LGBT.
HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/11/ayuh-bersama-bendung-gejala-
lgbt/
11. DUNYA, S. A. (2020, December 20). Bersahabat dengan anak-anak, tangani
isu LGBT. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/115581/khas/wacanaquran/bersahaba
t-dengan-anak-anak-tangani-isu-lgbt
12. Guru Kaunseling Mampu Cegah LGBT Di Sekolah - Semasa | mStar. (2012,
October 4). Www.mstar.com.my.

P a g e 30 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2012/10/04/guru-kaunseling-mampu-
cegah-lgbt-di-sekolah
13. Guru Perlu Bantu Hindar Penularan LGBT - Mohd Puad - Semasa | mStar.
(2013, January 31). Www.mstar.com.my.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/01/31/guru-perlu-bantu-hindar-
penularan-lgbt--mohd-puad
14. AL-AKITI, D. A. (2021, March 16). Islam haramkan LGBT. Utusan Digital.
https://www.utusan.com.my/gaya/agama/2021/03/islam-haramkan-lgbt/
15. al-Ghari, D. Z. M. Z. (2021, September 22). Peringatan jelas daripada Allah
dalam al-Quran. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/addin/2021/09/757777/peringatan-jelas-daripada-
allah-dalam-al-quran
16. AMINNURALIFF, M. (2019, March 11). Kurang penghayatan agama antara
punca LGBT: JAIS. Sinarharian.
https://www.sinarharian.com.my/article/17450/EDISI/Selangor-KL/Kurang-
penghayatan-agama-antara-punca-LGBT-JAIS
17. sitinorhanani. (2011, December 14). KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER
DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MASYARAKAT. CikPuanHanani.
https://sitinorhanani.wordpress.com/2011/12/15/kesan-dan-cabaran-dunia-
siber-dalam-pembentukan-akhlak-masyarakat/
18. Yusof, A. (2021, February 11). Ayuh bersama bendung gejala LGBT.
HarakahDaily.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/11/ayuh-bersama-bendung-gejala-
lgbt/
19. Pemberdayaan, K., Dan, P., Anak, P., Mahasiswa, P., Transgender, D.,
Jakarta, D., Tangerang, D., & Kajian, L. (n.d.).
https://kemenpppa.go.id/lib/uploads/list/48bd0-2-laporan-lgbt-mahasiswa-.pdf
20. Dot Dot Holdings Sdn Bhd (email@dotdot.my). (n.d.). Jabatan Agama islam
selangor. Jabatan Agama Islam Selangor
https://www.jais.gov.my/userfiles/user/JURNAL_AL-UMMAH/
Jurnal_AL_UMMAH_Bil03_2022_Komponen_Dalam_Model_Pemulihan_Holis
tik_Terhadap_Lesbian%2C_Gay
%2C_Biseksual_Dan_Transgender_(LGBT)_Di_Malaysia.pdf
21. Izzat, M., Arif, A., Syahlan Shafie, M., Hanapi, H., Hassan, F., Undang-
Undang, F., Kebangsaan Malaysia, U., Bangi, U., Teknologi, U., Uitm, M.,
Alam, S., Ehsan, D., Perakaunan, F., Kewangan, D., Perniagaan, Kolej, U.,
Tunku, A., Rahman, G., Kelang, & Lumpur, K. (2018). Salah Laku Lgbt Dalam
Perundangan Malaysia: Undang- Undang Sebagai Mekanisme
Pembanterasan dan Kawalan Misconduct of LGBT in the Malaysian Law: Law
as the Mechanism of Obliteration and Control. Journal of Advanced Research
in Social and Behavioural Sciences Journal Homepage, 13, 19–34.
https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/12140/1/Salah%20Laku
%20Lgbt%20Dalam%20Perundangan%20Malaysia%3B%20UndangUndang
%20Sebagai%20Mekanisme%20Pembanterasan%20dan%20Kawalan.pdf
22. Ramli, M. Y. H., Balaraman, R. A., & Mohamad Saleh, M. S. (1970, January
1). Kajian Perbandingan Pemaparan Berita LGBT dalam akhbar cetak dan
portal berita / Mohamad Yusof Helmy Ramli, Rani Ann Balaraman and
Mohamad Saifudin Mohamad Saleh. UiTM Institutional Repository.
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/30167/1/30167.pdf

P a g e 31 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

23. LGBT Dalam Kalangan Mahasiswa di Institusi pengajian Tinggi Awam. (n.d.).
http://journalarticle.ukm.my/20023/1/286-Article%20Text-413-1-10-
20200427.pdf
24. Pembangunan Belia Positif Kepada Belia Berisiko: Fenomena LGBT di ...
(n.d.). https://apjys.iyres.gov.my/wp-content/uploads/2022/06/6.-Final-APJYS-
2021-OMCW-839.pdf
25. Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi (RIMC). PUSAT PENGURUSAN
PENYELIDIKAN DAN INOVASI RIMC. (n.d.). http://rmc.kuis.edu.my/irmic/wp-
content/uploads/2022/03/IR21-B07-DR.-NOOR-HAFIZAH-8TH-IRMIC-
2021.pdf
26. Mahmud, M., & Zainol, N. Z. N. (n.d.). Fenomena LGBT di Malaysia: Analisis
Faktor Dan Kaedah Pemulihan [the phenomenon of LGBT in Malaysia: Factor
analysis and Rehabilitation Services for LGBT]. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari.
https://journal.unisza.edu.my/jimk/index.php/jimk/article/view/701

P a g e 32 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

10.0 LAMPIRAN

Rajah 9.0 menunjukkan borang soal selidik

P a g e 33 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Rajah 9.1 menunjukkan borang soal selidik

P a g e 34 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Rajah 9.2 menunjukkan borang soal selidik

P a g e 35 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Rajah 9.3 menunjukkan borang soal selidik

P a g e 36 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Rajah 9.4 menunjukkan borang soal selidik

P a g e 37 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Rajah 9.5 menunjukkan borang soal selidik

P a g e 38 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Rajah 9.6 menunjukkan borang soal selidik

P a g e 39 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Rajah 9.7 menunjukkan borang soal selidik

P a g e 40 | 41
ISU LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER

Rajah 9.8 menunjukkan borang soal selidik ‌

P a g e 41 | 41

Anda mungkin juga menyukai