Anda di halaman 1dari 4

JKP318 - WEBEX 2

Sejarah Kaedah Perbandingan

 2000 tahun dahulu - oleh Aristotle


 "Bapa" kaedah perbandingan
 Mengkaji 158 negara-bandar/city-states
 Kajian kestabilan politik

Terminologi @ Takrif
Demokrasi – bermula era yunani klasik – dipandang positif memberi kuasa kpd
rakyat
Demorasi digabungkan dengan sistem pilihanraya. dlm hal ini demokrasi secara
berkala yang telah dipersetujui dipandang sgt kondusif utk jadi negara yg stabil
politik, memberi keamanan, persamaan hak, serta prinsip2 yang lain
Boleh disalahguna oleh pihak2 tertentu utk kepentingan mereka. Tiada takrifan yang
sejagat.

Demokrasi
Pelbagai definisi.

 1. Kerajaan berperwakilan/ wakil kerajaan – merupakan sekumpulan individu


yang dipilih dalam proses pilihan raya, iaitu proses yang memberi peluang
kepada semua rakyat yang layak mengundi – penyertaan setiap lapisan
masyarakat
- Bersesuaian dgn sistem demokrasi liberal. Cth: kerajaan dipilih semasa
pilihanraya, memberi peluang kpd rakyat utk mengundi tanpa mengira
status budaya mereka

 2. Corak pemerintahan yang membolehkan rakyat mengemukakan kehendak


mereka tanpa sekatan, tetapi pada masa yang sama rakyat juga perlu sedar
tidak semestinya 100% kehendak dapat dipenuhi oleh pemerintah

 3. Sistem politik dalam mana pemimpin dan parti politik bersaing untuk
mendapatkan undi rakyat. Rakyat mengawal perkembangan sistem politik –
yg ini akan berlaku apabila sistem itu mempunyai sistem pilihanraya secara
berkala. Rakyat akan memlilih parti politik berdasarkan prestasi parti politik
yang ada

 4. Pemerintah dan rakyat bekerjasama dalam menjayakan kepentingan


bersama. Pemerintah diwujudkan berdasarkan keyakinan rakyat terhadap
yang dipilih untuk memimpin – 2 hala komunikasi, sistem demokrasi tidak
menyokong sistem bersifat totalitarian.

Kewujudan Demokrasi Moden

 Demokrasi moden muncul abad ke 19 dan ke 20

Akibat proses evolusi masyarakat

 A. Perkembangan teknologi, sistem perkilangan (revolusi perindustrian abad


ke 19)- walaupun membuka peluang kepada golongan kaya dan pertengahan
mempengaruhi pemerintah, pada waktu sama, kaum buruh dihormati kerana
sumbangan mereka dan pertubahan/golongan buruh berupaya
mempengaruhi pemerintah dengan menyokong mana-mana parti yang
membela nasib mereka.
Kaum buruh memainkan peranan yang penting. Parti2 politik bersaing bagi
mendapatkan sokongan kaum buruh – ahli politik mengeluarkan manifesto –
menjanjikan nasib yg lebih baik, kebajikan yg lebih terjaga, etc – kerana itu
dipandang positif sehungga masy sekarang

 B. Kegagalan corak pemerintahan autoritarian/ penyalahgunaan kuasa


golongan atasan – menyumbang kepada kewujudan demokrasi. – corak
sebegini dipandang negatif apabila demokrasi dipandang positif, berlaku di
Barat
 Perkembangan demokrasi di pelbagai negara mungkin agak berbeza –
sejarah pemerintahan, susunan struktur masyarakat, ekonomi dsb – beralih
ke bahagian negara Timur, maka pemahaman yg berlainan soal kepimpinan,
corak pemerintahan, institusi politik dsb.

Syarat-Syarat Demokrasi
Yang dianggap perlu untuk kejayaan demokrasi:

 1. Persamaan politik: persamaan peluang kepada rakyat ntuk melibatkan diri


dalam pemerintahan tanpa mengira kaya atau miskin.
 Secara idealnya juga melibatkan rasa tanggungjawab dan sifat mengawal diri
- penting terutama bagi individu yang menjadi pemimpin supaya kuasa tidak
disalahguna dan melampaui batas-batas yang ditetapkan.

 2. Kebebasan politik: tidak bermaksud kebebasan mutlak/ melakukan


sesuatu sewenang-wenangnya. Ada batasan walaupun individu mempunyai
hak untuk bersuara dan mengawal kerajaan mereka – dalam konteks tidak
melakukan perkara2 yg melanggar undang2 negara/ dlm kerangka yg
dibenarkan selagi tidak langgar undang2.
 Contoh - kebebasan bercakap dan berakhbar, kebebasan berhimpun,
kebebasan berpersatuan.

 3. Perlembagaan: dibangunkan/diwujudkan sebagai satu media yang


berkesan supaya hasrat dan kehendak rakyat dapat diberi perhatian
 Perlembagaan menyediakan keperluan-keperluan dalam demokrasi
o 1. Kebebasan mengundi dan bersuara - hak mengundi bila mencapai
umur tertentu.
o 2. Badan perundangan (legislatif) – dilantik oleh rakyat untuk rakyat -
keperluan rakyat diketengahkan dan dibincangkan
o 3. Badan eksekutif -kuasa eksekutif luas tetapi perlu mempunyai sikap
tanggungjawab dan melaksanakan tugas untuk rakyat
o 4. Badan kehakiman - yang bebas -struktur kehakiman yang tidak
dipengaruhi oleh mana mana pihak. Tiga fungsi utama: menghasilkan
keputusan mahkamah yg adil kepada rakyat, menghasilkan undang-
undang untuk kerajaan, mengekalkan kesahan undang-undang ke atas
sebarang kuasa yang telah ditetapkan.

 4. Pendidikan - kebiasaannya demokrasi berkembang pantas dalam


masyarakat berpendidikan/berpelajaran tinggi. Cth: ilmu bergerak seiring
dengan perkembangan politik, ilmu membentuk teori dan falsafah bagi
memacu arah pemerintahan demokrasi negara yg lebih stabil

 5. Penglibatan dalam politik – penyertaan politik melalui mengundi dsb. Cth:


menghadiri ceramah politik, menghubungi ahli politik, memberi sumbangan
kpd parti politik dsb

 6. Secara ideal, wujud asas penyatuan dalam masyarakat – masyarakat


yang bersatu - tidak berpecah-belah. Cth: tidak menjadi syarat wajib, tetapi
harus ada dalam sesebuah demokrasi

 7. Pengagihan kekayaan negara meluas dalam masyarakat. Terdapat harta


persendirian dan kebebasan urus niaga – cth: beli rumah, habis bayar hutang
hak milik jadi hak milik pembeli. Urusniaga diuruskan oleh parti yang
memerintah

 8. Wujud sikap toleransi dalam masyarakat – pendapat majoriti diambilkira


tanpa mengabaikan kepentingan minority
Jenis-jenis demokrasi

1. Demokrasi liberal - paling hampir dengan konsep dan sistem demokrasi


yang ideal.

 Kerajaan daripada rakyat dan bertanggungjawab terhadap rakyat - sistem


pilihanraya, walaupun majoriti diutamakan, minoriti tidak diketepikan,
kebebasan bersuara, berkumpul, menerbit, kuasa kerajaan dibahagi kpd
legislatif, eksekuti, kehakiman untuk mengelak penyalahgunaan kuasa.

2. Demokrasi pluralisme - teori oleh Calhoun (sarjana ahli politik, berbangsa


Amerika).

 Kerajaan terpaksa berbincang dan bermuafakat dengan pertubuhan


berkepentingan seperti kesatuan sekerja, kumpulan pendesak dan badan
perniagaan sebelum keputusan dasar dibuat. Kerajaan sebagai clearing
house atau orang tengah. Cth: moratorium. Kerajaan kena bincang
dengan pihak bank tentang kesusahan membayar hutang kepada bank.

3. Demokrasi terpimpin – demokrasi yang menghadkan kebebasan rakyat dan


peranan perwakilan, kepimpinan yang kuat tapi tidak perlu
dipertanggungjawabkan terhadap rakyat, tiada parlimen dan kuasa tentera
digunakan. Cth: negara2 bersifat autoritarian, pemimpin mempunyai alasan2
yg tertentu utk menghadkan kebebasan rakyat (politik dalaman). Keluar
mengundi atau tidak sama shja kerana calon hanya seorang shja (ada unsur
keabsahan terhadap pemimpin)

4. Demokrasi totalitarian – idealistik, sokongan terhadap kerajaan, percaya


kepada satu falsafah/prinsip-prinsip tertinggi dalam masyarakat, perwakilan
dilantik utk mewakili rakyat. Ada falsafah2 yg mereka ikuti yg diletakkan paling
tinggi dlm masy. Masy dididik utk menghormati falsafah2 yg ditentukan oleh
parti pemerintah. Rakyat menerima seadanya sistem totalitarian yang
diamalkan. Berkait rapat dengan siapa yg memerintah, bagaimana kuatnya
pihak tentera menjaga pemerintah.

5. Demokrasi ala-Afrika – membuat keputusan cara tradisional - satu parti,


ketua dilantik sebagai presiden, suku yang berpengaruh biasanya menguasai
kerajaan, kuasa dimonopoli satu kumpulan. Cth: pemerintahan menggunakan
cara tradisional yakni cara melantik pemimpin.

6. Demokrasi proletar – pemerintahan di negara-negara komunis totalitarian


selepas revolusi di Rusia dan China. Biasanya satu parti politik, rakyat kurang
bebas bersuara dan berhimpun. Ideologi komunisme asalnya dpd Rusia,
tetapi China membangunkannya dengan cara dan sistem mereka tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai