Anda di halaman 1dari 23

Tajuk :

PEMANAS BEKAL MAKANAN


KANDUNGAN

Mukasurat

BAB 1: ABSTRAK 3
BAB 2: PENGENALAN 4
2.1 Latar belakang Projek 5
2.2 Penyataan Masalah 6
2.3 Signifikan Kajian 6
2.4 Skop dan Batasan 6
2.5 Perbandingan Kajian Lepas 8
BAB 3 : METODOLOGI / PROSES KAJIAN 10
3.1 Bahan dan Alatan 11
3.2 Rawatan dan Prosedur 18
BAB 4 : MANUAL OPERASI 19
BAB 5 : HASIL KAJIAN 23
BAB 6 : PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN 25
6.1 Cadangan 25
BAB 7 : RUJUKAN 27
Abstrak

1.0 Abstrak

Pemanas Mudah Alih adalah sejenis alat untuk memanaskan makanan di dalam
bekal makanan. Bekas pemanasnya boleh memuatkan pelbagai jenis makanan
tetapi , ia menggunakan termostat sebagai radas pilihan suhu; berjulat dari 37°C
hingga 80°C. Selain itu, alat ini mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang
kecil. Kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama
membincangkan pembinaan pemanas yang akan digunakan pada alat. Bahagian
kedua pula menjurus kepada pembinaan litar pengesan dan paparan suhu.
Manakala bahagian ketiga berkaitan pembinaan pemasa. Dengan menggunakan
alat ini, pengguna boleh memanaskan makanan dengan mudah di samping
mengekalkan zat dalam makanan tersebut.

Pengenalan

2.0 Pengenalan
Bekal makanan merupakan makanan yang disediakan di rumah dan
dibawa ke sesuatu tempat. Akhir-akhir ini,budaya membawa bekal semakin
meningkat. Hal ini kerana kita dapat menjaga kesihatan. Selain itu, dengan
membawa bekal kita dapat berjimat masa. Ini kerana, kita tidak perlu bersesak untuk
membeli makanan di gerai-gerai lagi semasa waktu makan tengah hari. Di samping
itu, kita juga dapat mengamalkan amalam berjimat cermat. Ini kerana, kita hanya
memerlukan kos yang sedikit untuk memasak makanan dari rumah berbanding
dengan membeli makanan di gerai-gerai.

Membawa bekal dalam makanan merupakan satu budaya yang tidak dapat
diubah lagi. Namun, disebalik itu kita juga mengalami masalah ketika makanan yang
dibawa dalam bekal menjadi basi. Hal ini kerana, makanan tersebut disimpan dalam
suhu bilik. Menurut kajian Maimunah (2002), mikroorganisma boleh membiak
dengan cepat jika makanan disimpan di bawah suhu bilik. Dengan menetapkamn
suhu dibawah kurang dari empat (4) darjah celcius ataupun lebih dari 60 darjah
celsius, pembiakan akan menjadi perlahan ataupun berhenti terus.

Kumpulan projek inovasi SMK Linggiu telah memilih satu projek yang
dinamakan sebagai Bekal Makanan dengan Pemanas (BEKALNAS). Bekal
makanan yang mempunyai pemanas sendiri tidak banyak dipasaran. Walaupun ada
produk yang boleh memanaskan bekal makanan, produk tersebut mempunyai
masalah untuk disambungkan kepada punca bekalan kuasa elektrik. Oleh itu, projek
pemanas bekal makanan ini dihasilkan dengan menyambungkan bekal makanan
tersebut pada sambungan USB ke power bank ataupun komputer sebagai pengganti
punca bekalan kuasa elektrik dari soket. Penyambungan ke power bank dapat
memudahkan kerja orang ramai untuk membawa bekal makanan ini ke mana sahaja
tanpa perlu mencari soket untuk menghidupkannya.

2.1 Latar belakang projek

Projek ini disasarkan penggunaannya di kawasan sekolah, tempat


kerja dan kawasan kampung felda linggiu. Hampir setiap pekerja-pekerja kilang,
pelajar di SMK Linggiu dan penduduk kampung di felda linggiu. Kebiasannya, bekal
makanan yang dibawa akan di letak disuhu bilik. Punca daripada makanan cepat
basi ialah kerana makan dibiarkan berada dalam keadaan sejuk dan suhu bilik
terlalu lama. Menurut kajian, makanan yang terlalu lama tertutup akan menyebabkan
terhasilnya wap air dan mengakibatkan makanan tersebut mudah basi.

Bekal makanan yang dibiarkan di dalam bekas makanan terlalu lama akan
menyebabkan makanan menjadi basi. tambahan, bakteria akan cepat merebak di
dalam bekal makanan kerana bakteria sangat aktif pada suhu 4 darjah celcius
hingga 60 darjah celcius. umumnya ramai sudah ketahui jika makanan dibiarkan
pada suhu ini selama 4 jam atau lebih, bakteria boleh membiak ke paras yang boleh
menyebabkan keracunan makanan. Oleh itu, makanan dalam bekal haruslah
dipanaskan sebelum dimakan untuk mengelakkan adanya bakteria di dalam
makanan yang akan dimakan.
2.1.1 Objektif

Objektif utama bagi projek ini adalah untuk menghasilkan satu sistem pemanas yang
bolah memaskan bekal makan bagi mengelakkan daripada makanan yang dibawa
dari rumah mudah basi dan terdedah dengan bakteria.

Objektif kedua projek ini adalah untuk menghasilkan produk yang boleh digunakan
oleh pelbagai pihak. Projek ini boleh digunakan oleh semua kitar usia kerana ianya
tidak membahayakan.

Objektif yang ketiga pula ialah bagi memudahkan untuk memanaskan makanan
semasa berkerja. Hal ini kerana pekerja tidak perlu mencari soket untuk
memanaskan makanan, cukup sekadar menggunakan power bank ataupun
computer untuk memanaskan makanan tersebut.

Objektif yang keempat pula untuk mencipta produk yang mampu memanaskan
makanan dengan selamat dan berkesan. Kita tidak perlu lagi menghaapi masalah
untuk mengeluarkan mangkuk daripada ketuhar elektrik.

Objektif yang kelima pula adalah untuk menghasilkan produk yang mampu milik dan
mudah dimiliki. Hal ini kerana projek ini tidak memerlukan kos yang tinggi untuk
memilikinya.
2.1.2 Rasional pemilihan projek

Sepanjang perbincangan kami semasa membentangkan idea, kami telah bersetuju


untuk memilih produk ini kerana separuh daripada ahli kumpulan kami gemar
membawa bekal ke sekolah.

Sebab utama kami memilih produk ini adalah kerana produk ini dapat megelakkan
makanan dalam bekal daripada mudah basi. Hal ini dapat mengurangkan masalah
pelajar tidak makan kerana bekal yang dibawa telah basi.

Kemudian, produk ini juga dapat meningkatkan selera makan seseorang. Menurut
kajian, selera makan seseorang akan meningkat jika mereka makan makanan yang
panas. Selain itu, suhu yang paling sesuai untuk makanan dimakan ialah 40-50°C.
2.2 Pernyataan masalah

Suhu makanan yang sesuai adalah penting untuk tumbesaran


manusia. Menurut kajian, suhu yang sesuai penting untuk menghasilkan sistem
penghazaman berjalan lancar. Penghazaman yang baik berfungsi pada suhu badan
iaitu 37°C kerana enzim penghazaman berfungsi secara optimum ketika suhu ini.
Suhu yang rendah akan melambatkan aktiviti enzim manakala suhu yang terlampau
tinggi akan merosakkan enzim.

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan makanan yang dipanaskan


dalam suhu yang sesuai. Selain itu, terdapat juga yang alah terhadap makanan
sejuk. Ini terjadi apabila, makanan sejuk tersebut merangsangkan otot bronkiol untuk
mengecut. Pengecutan ini akan menyebabkan saluran udara menjadi sempit dan
akhirnya seseorang itu akan mengalami masalah pernafasan. Menurut kajian, suhu
yang paling sesuai untuk makanan dimakan ialah 40-50°C.

Pada kebiasaannya,kita akan menyediakan makanan untuk di bawa


sebagai bekal pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau memulakan perjalanan
yang jauh adalah agak sukar untuk mengekalkan suhu yang sesuai pada waktu-
waktu begini.
Masalah ini dapat diatasi dengan pemanas bekal makanan ini . Ia
boleh digunakan untuk memanaskan pelbagai jenis makanan. Saiznya yang kecil
memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. Ia boleh digunakan ketika di dalam
perjalanan seperti di hotel dan pejabat. Ia juga boleh disambungkan ke power bank
ataupun komputer.

2.2.1 Analisis Masalah

Sepanjang melakukan kajian secara pemerhatian dan rujukan internet kami dapat
menganalisi masalah yang terdapat dalam produk ini. Pertama, produk ini dapat
menjimatkan masa untuk memanaskan makanan yang sedikit kerana kami
menggunakan sumber pemanas yang mampu memanaskan makanan dengan
cepat.

Seterusnya produk kami selamat digunakan kerana tahap pemanasannya adalh


terhad pada 60-80 darjah celcius. Hal ini dapat mengelakkan makanan yang
dipanaskan daripada hangus dan mangkuk bekal makanan tersebut terbakar.

Akhir sekali, produk ini juga mampu mengurangkan faktor masalah makanan yang
dibawa dalam bekal basi. Ini kerana bekal tersebut tidak berada dalam keadaan
yang lembab dalam tempoh masa yang lama. Tambahan lagi, bakteria yang
terdapat dalam bekal makanan dapat dibunuh sebelum makanan dalam bekal
dimakan.

2.3 signifikan kajian

Kajian dilakukan didapati hampir semua makanan dalam bekal makan tidak than
lama kerana makanan tersebut akan basi jika bekal dibiarkan dalam suhu bilik
melebihi 4 jam. Jika pekara ini berterusan, amalan membawa bekal ke tempat kerja
atau sekolah akan dilupakan. Ini kerana ia akan menjadi satu pembaziran jika
makanan tidak dapat dimakan malah perlu dibuang. Hal ini juga akan menyebabkan
kewujudan bakteria-bakteria yang akan menyebabkan penyakit.

2.4 Skop dan limitasi projek

2.4.1 Skop projek


Skop kajian ini adalah dikhususkan kepada kesemua pekerja, murid-murid sekolah
dan penduduk kampung yang gemar membawa bekal makanan yang telah siap
sedia dimasak dirumah.

Tumpuan responder bagi kajian ini terdiri daripada pelajar di SMK Linggiu, pekerja
kilang dan pendeuk kampung di felda linggiu yang sering membawa bekal makanan
daripada rumah. Bilangan responder yang terlibat di dalaam kajian ini adalah
seramai 20 orang pelajar, 5 pendeuduk kampung dan 5 orang pekerja kilang.

Banyak responder yang menyatakan bahawa alat pemanas makanan ini sangat
bermanfaat kerana mereka tidak perlu risau dengan makanan yang dibawa akan
cepat basi. Hal ini kerana, Alat pemanas yang dibuat mempunyai beberapa had
yang telah ditetapkan . Suhu yang dibekalkan di antara 37-80°C sahaja. Nilai
minimum suhu ini digunakan untuk memanaskan makanan yang ringgan dan nilai
maksimumnya adalah untuk pemanasan makanan berat.
2.4.2 Limitasi projek

Di dalam proses pembinaan produk pemanas bekal makanan ini , kami telah
melakukan beberapa kali pengujian ke atas produk ini. Didapati terdapat beberapa
limitasi dalam penghasilan produk. Pada mulanya kami mempunyai masalah untuk
mencari bahan yang sesuai untuk dijadikan pemanas. Bagi memudahkan kerja ini,
kami telah mengeluarkan alat pemanas yang terletak di seterika, pembakar roti dan
sebagainya.

Seterusnya, Produk ini pada mulanya tidak boleh memanas makanan dengan cepat.
Ini menyebabkan ia tidak mampu memanaskan makanan dalam masa yang singkat.
Bagi mengelakkan masalah ini, penambahbaikkan yang dilakukan dengan
penggunakan sumber pemanas yang mampu memanaskan makanan dengan cepat.
.
Selain itu, produk pemanas makanan ini boleh memanas dengan had yang tinggi. Ini
akan menyebabkan bekal pemanas makanan yang sebelum ini perlu dipantau untuk
memanaskan makanan untuk mengelakkan bekal makanan tersebut daipada
terbakar. Oleh itu, kami menghadkan pemanasan terhadap projek ini kepada 50-80
darjah selcius.

Akhir sekali, kami berharap agar ada lebih kajian tentang pemanas makanan. Ini
kerana tiada kaedah untuk menghilangkan masalah makanan dalam bekal daripada
mudah basi. Keadaan inijika berterusan sudah tentu banyak makanan yang akan
basi dan dibuang. Hal ini akan mengakibatkan hadirnya penyakit-penyakit yang tidak
diingini.
2.4.3 Cadangan dan tindakan susulan

Cadangan dan tindakan susulan yang pertama ialah, produk ini akan dinaiktaraf
dengan meletakkan termoset untuk menetapkan suhu pemanasan yang diingini dan
memutuskan sambungan elektrik apabila makanan dalam bekal sudah siap
dipanaskan.

Selain itu, alatan ini juga mampu memanaskan makanan dalam kuantiti yang
banyak. Alatan ini dapat digunakan dalam majlis-majlis rasmi kerana dapat
memanaskan makanan dalam kuantiti yang banyak sekaligus dapat mengelakkan
daripada makanan tersebut sejuk dan basi.

Seterusnya, alatan ini juga boleh diperbaharui lagi dengan makanan boleh dimasak
didalam bekal makanan tersebut. Pekara ini sangat bermanfaat kepada murid-murid
yang gemar berkhemah kerana mereka tidak perlu membawa dapur untuk
memasak. Cukup sekadar membawa power bank dan lain-lain untuk memasak
makanan.

Akhir sekali, kami juga berharap agar ada lebih kajian tentang pemanas bekal
makanan ini. Ini kerana tiada produk yang boleh mengelakkan makanan dalam bekal
dripada mudah basi. Jika keadaan ini berterusan sudah tentu banyak makanan akan
basi seterusnya dibuang dan mengakibatkan pencemaran serta budaya membawa
bekal makanan akan lapok ditelan dek hujan.
2.5 Kepentingan dan impak projek

Produk ini mampu mengurangkan potensi makanan dalam bekal daripada mudah
basi. Ini kerana makanan tersebut tidak berada dalam keadaan lembab terlalu lama.
Menurut kajian, jika makanan berada dalam keadan lembab baktreria dalam
makanan tersebut akan merebak dengan cepat hal ini akan menyebabkan makanan
tersebut mudah basi. Dengan adanya pemanas bekal makanan ini, makanan dapat
dipanaskan dan bakteria boleh dibunuh sebelum makanan tersebut menjadi basi.

Seterusnya, kepentingan produk ini adalah dapat memanaskan makanan


antara 60 hingga 80°C. Menurut kajian, makanan yang dipanaskan pada suhu 70°C
amat sesuai untuk dimakan. Menurut kajian lagi, apabila makanan yang berlemak
dipanaskan pada suhu yang tinggi susunan atom molekul asid lemak akan berubah.
Perubahan struktur ini menyebabkan molekul lemak tidak boleh diserap oleh tubuh
malahan ia menjadi karsinogetik.

Selain itu, produk ini dapat mengelakkan makanan daripada kehilangan zatnya.
Seterusnya, kita dapat meningkatkan selera makan kepada kanak-kanak. Menurut
kajian, makanan yang dimakan olah kanak-kanak sesuai dengan dengan suhunya
baik untuk sistem penghamannya.

2.6 Anggaran kos projek

Untuk membina projek ini kami telah mendapat dana daripada kutipan kelab dan
persatuan sekolah serta sumbangan yang diberikan daripada pelajar yang berada
dalam kelas kami.

Selain itu, projek ini juga menggunakan dana yang rendah. Tambahan pula, barang
yang akan kami gunakan tidaklah terlalu banyak dan sukar ditemui. Ini lagi
memudahkan kami untuk memiliki baranagn yang berkualiti dengan harga yang
murah dan berpatutan.
Seterusnya, bekal makan kami juga hanya menggunakan alemen yang mudah
panas. ini lagi merendahkan kos yang digunakan kerana aleman mudah panas ini
boleh didapati di barangan terpakai seperti seterika, pembakar roti dan sebagainya.

Selain itu, projek ini hanya memerlukan sambungan usb yang akan disambungan ke
power bank dan komputer riba tanpa memerlukan kos yang tinggi untuk membeli
bateri.

2.7 Tinjauan/ kajian literatur


Bekal makanan merupakan salah satu sumber makanan yang sihat. Makanan dalam
bekal yang dibawa perlulah merangkumi beberapa aspek seperti makanannya
selamat dimakan,memenuhi zat pemakanan yang mencukupi, dan tidak mudah basi.

Namun begitu terdapat pelbagai cara untuk mengelakkan makanan daripada mudah
basi. Menurut kajian kita juga perlu memastikan persekitaran yang bersih untuk
meletakkan bekal.hal ini, untuk mengelakkan makanan dalam bekal dijangkiti
bakteria dengan mudah. Ini kerana, bakteria akan merebak dengan pantas ketika
makanan dibiarkan dalam keadaan suhu 4 darjah celcius hingga 60 darjah celcius.
Oleh itu, kita haruslah memastikan yang kawasan persekitaran sebelum meletakkan
bekalan dalam keadaan yang bersih bagi mngelakkan bakteria diluar bekal merebak
dengan cepat.

Menurut hasil tinjauan di internet terdapat produk yang memerlukan soket untuk
menyambungkan kuasa elektrik. Projek tersebut hanya terhad dikawasan yang
mempunyai soket untuk menyambungkan kuasa elektrik. Projek pemanasan bekal
makanan yang kami buat ini boleh digunakan dimana-mana sahaja. Hal ini kerana,
kita dapat menyambungkan pemanas bekal ini ke power bank ataupun komputer

Menurut hasil tinjauan di internet masyarakat zaman sekarang gemar memanaskan


makanan menggunkaan pemanas ketuhar. Menurut kajian, makanan yang
dipanaskan menggunakan pemanas ketuhar akan kehilangan zatnya. Tambahan
lagi, sel-sel darah putih juga menunjukkan penurunan dalam jangka masa yang
pendek. Kesan ini secra tidak langsung menyebabkan kelemahan kepada sistem
pemanasan ketuhar. Oleh itu, kita memerlukan pemanas bekal makanan untuk
mengekalkan zat makanan. Ini kerana makanan dalam bekal makanan akan
dipanaskan dalam suhu yang sesuai untuk mengekalkan zat makanan.
Metodologi

3.0 Kaedah penyelidikan atau matodologi projek

Projek pemanas bekal makanan menggunakan kaedah soal selidik dan pemerhatian
terhadap permasalahan yang berlaku. Golongan sasaran bagi projek ini adalah
pelajar di SMK Linggiu, pekerja-pekerja kilang dan penduduk kampung di felda
linggiu.

Soal selidik
i. Pelajar bertanyakan masalah terhadap pelajar-pelajar dan
pekerja-pekerja yang membawa bekal makanan.beberapa item
soal selidik di jawab oleh pelajar yang disoal.

pemerhatian
ii. Bekal yang dibawa setiap hari akan menjadi basi jika tidak
dimakan dengan segera.
iii. Bekalan yang basi mengakibatkan persekitaran berbau busuk
dan kemengkinan kewujudan bakteria yang membawa penyakit.

Setalah maklumat awal diperolehi, projek pemanas makanan dicipta


menggunakan bahan-bahan yang mudah dijumpai dan bermutu tinggi di dalam
proses penciptaannya. Bahan utama yang digunakan adalah, elemen pemanas
makanan yang boleh didapati secara mudah dikedai-kedai runcit yang berdekatan.
Selain itu, bahan-bahan asas bagi tujuan percantuman struktur kerangka adalah
murah dan mudah didapati di kedai perkakasan.
Bagi membina kerangka asas, bekal makanan terpakai digunakan sebagai
alat untuk meletak makanan. Sambungan bagi bekal makanan ini adalah
menggunakan elemen pemanas dan disambungkan ke wayar usb. Pemilihan
elemen pemanas ini berdasarkan saiz bekal pemanas
3.1 Alatan dan bahan

3.2 Rawatan dan prosedur yang dijalankan

Proses pertama yang dijalankan dalam projek ini adalah pemerhatian


terhadap rutin aktiviti Pekerja-pekeja kilang, pelajar-pelajar sekolah dan penduduk
kampung semasa membawa bekal makanan ke sekolah. Setelah itu soal selidik
telah di jalankan melibatkan 30 orang pelajar dan 5 orang pekerja. Hasil
pemerhatian dan soal selidik mendapati bahawa makanan yang dibawa dalam bekal
mudah sejuk dan bakteria di luar akan merebak masuk ke dalam makanan tersebut.

Di dalam prosedur rawatan, perbandingan penggunaan pemanas makanan


elekrik dengan pemanas bekal makanan telah dijalankan. Penggunaa produk
pemanas makanan ini telah diuji kepada Pekerja-pekeja kilang, pelajar-pelajar
sekolah dan penduduk kampung yang membawa bekal makanan. Pekerja-pekeja
kilang, pelajar-pelajar sekolah dan penduduk kampung telah menggunakan bekal
makanan ini selama satu hari.

Didapati produk pemanas makanan ini telah dapat mengurangkan bekalan


makanan daripada basi. Hal ini kerana, bekal makanan ini mempunyai pemanas
yang boleh memanaskan makanan. Oleh kerana, saiznya yang kecil makanan yang
dibawa dapat dipanaskan dengan segera dan makanan yang dibawa adalah dalam
jumlah yang sedikit.

3.3 Perubahan yang dilakukan selepas projek inovasi

Alat pemanas makanan boleh dibawa ke mana sahaja. Hal ini kerana, alat ini
menggunakan power bank untuk memanaskan makanan tersebut. Makanan di
dalam bekal tersebut tidak akan mudah basi kerana alat ini dapat mengekalkan
kepanasan makanan tersebut.

Selain itu, ianya juga dapat memudahkan urusan kita. Kerana, kita tidak perlu
bersusah payah mencari soket untuk mencari sumber tenaga elektrik. Bukan itu
sahaja, ianya juga menjimatkan masa kerana kita tidak perlu menunggu masa yang
lama untuk memanaskan makanan. Hal ini disebabkan, kita menggunakan elemen
mudah panas.
Pelan perancangan projek

4.0 pelan perancangan projek

Selepas mendapat tugasan daripada guru, kami telah mendengar sedikit arahan dan
taklimat yang telah disampaikan oleh guru bimbingan kami. Kami dipinta untuk
menyiapkan tugasan ini dalam masa yang terdekat.
Kemudian, kami telah mengadakan perbincangan dalam kumpulan yang telah
diberikan. Perbincangan ini bertujuan untuk mencari masalah yang sering dihadapi
oleh setiap golongan masyarakat.

Semasa perbincangan ini kami dapat mengeluarkan suatu idea untuk


menyelesaikan masalah mangkuk bekal yang dibawa mudah basi. Kami telah
membuat keputusan untuk membuat projek yang bertajuk pemanasan mangkuk
bekal.

Setelah itu kami membuat kajian tentang secara pemerhatian tentang projek yang
dijalankan. Di dalam kajian ini, kami mendapati bahawa makanan di dalam mangkuk
bekal yang sering kali digunakan tidak mampu bertahan lama kerana makanan
tersebut mudah basi jika berada dlam keadaan lembab.

Bagi memudahkan lagi kerja kami, kami telah membuat rujukan di dalam internet
tentang makanan dalam bekal, alat pemanas makanan dan sebagainya. Semasa
aktiviti ini kami telah mendapati bahawa ada beberapa bahan yang boleh digunakan
untuk menghasilkan projek kami.
Setelah itu kami telah mengagihkan tugas untuk menyiapkan kertas kerja,
menyiapkan buku log dan bahan projek.

Akhir sekali, hasil kerja kami telah dihantar untuk disemak oleh guru penasihat kami
selepas memperbetulkan sedikit kesalahan-kesalahan kecil. Setelah itu, kami projek
itu telah dihantar ke pihak tuan

Kesimpulan.

Bekal makanan merupakan makanan yang dibawa daripada rumah. Bekal yang
dibawa daripada rumah merupakan makanan yang segar dan sihat. Jadi, kita
perlulah menjaga kualiti bekalan makanan yang dibawa daripada rumah.
Bagi memastikan makanan dalam bekal yang dibawa tidak basi, kita haruslah
memastikan makanan dalam bekal itu tidak terdedah dengan udara yang tercemar.
Ini akan mengakibatkan bakteria dari luar merebak masuk ke dalam makanan. Hal
ini akan mengakibatkan makanan yang dibawa mudah basi.

Seterusnya, jika makanan dipanaskan dengan suhu yang betul kita dapat
membunuh bakteria daripada terus merebak ke dalam makanan. dalam masa yang
sama kita dapat mengelakkan makanan dalam bekal terus berwap dan mengelakkan
makanan yang dimakan daripada mudah basi.

Akhir sekali, saya sarankan agar kita bersama-sama menggunakan bekal pemanas
makanan ini bagi mengelakkan daripada bekal makanan yang dibawa basi dan
mengelakkan daripada bakteria yang berkembang memudaratkan kesihatan kita.

Anda mungkin juga menyukai