Anda di halaman 1dari 2

Latar Belakang

Candi Bukit Batu Pahat merupakan candi Induk di Lembah bujang. Candi ini juga
merupakan antara lokasi yang mempunyai tarikan pelancong yang ramai untuk masyarakat
berkunjung ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Lembah Bujang dikenali sebagai tapak
bersejarah kerajaan Melayu terawal di Malaysia. Candi lembah bujang ini dipercayai telah dibina
sekitar kurun ke-8 hingga ke-9 dan ia telah menghasilkan banyak penemuan baharu yang telah
direkodkan oleh Alastair Lamb dalam artikelnya bertajuk ‘Recent Archaeological Work in
Kedah.(1958)’. Namun begitu, Tapak runtuhan Candi Bukit Batu Pahat ini ditemui oleh
H.G.Quaritch Wales pada tahun 1936, diselidik pada tahun 1958 dan telah dibina semula pada
tahun 1960. Pemeriksaan tapak lembah bujang ini dihadiri oleh Alastair Lamb dan Dr. Wang
Gung-wu, bersama ahli Persatuan Arkeologi University Malaya. Candi Lembah bujang ini
mempunyai seni bina yang berunsur Hindu Siva ,Vimana dan Mandapa sebagai strukturnya.

Selain itu, perjumpaan artifak yang lain telah mengukuhkan candi ini merupakan candi
yang berunsurkan tantrik dan berkaitan sanatana Dharma atau ajaran Hinduisma. Kedudukan
Lembah bujang ini merangkumi Kawasan seluas 144 bukit persegi dengan pembatasan bukit
choras di bahagian Utara, Sungai Muda di bahagian selatan, selat melaka di bahagian timur dan
lebuhraya utara – selatan di bahagian barat. Kedudukan lembah bujnag ini dianggap sangat
strategik untuk pelancong datang berkunjung ke tapak bersejarah ini.

Tapak Candi Bukit Batu Pahat Lembah Bujang ini telah menarik minat ramai pelancong dengan
tinggalan sejarah di tapak arkeologi atau cari gali seperti runtuhan candi, struktur bandar dan
Pelabuhan yang terpendam, ratusan ribu pecaghan seramik ,kaca dan manik dari china, asia barat
atau tanah arab serta dari india , patung – patung arca , batu bersurat serta peralatan yang
berkaitan dengan kehidupan masyarakat kuno. Penemuan artifak ini telah menguatkan bahawa
dahulunya di tapak ini juga mempunyai petempatan dan kerajaan pada masa lampau lembah
bujang. Kawasan lembah bujang ini juga pernah dikaitkan dengan Kerajaan Kedah Tua .
Kerajaan Kedah Tua dikatakan bermula dengan pembukaan petempatan di Lembah Bujang.
Keadaan muka bumi Lembah Bujang ini sangat sesuai dijadikan petempatan kerana ia
mempunyai pantai dan tebing di sepanjang sungai Merbok yang memudahkan mereka untuk
didiami,jalan air yang semula jadi di sepanjang sungai merbok dan cerun bukit yang
membolehkan pedagang dari negara luar berlindung . Kemudahan jalan air dikatakan sangat
menarik minat pedagang – pedagang untuk berlabuh di Lembah Bujang. Pedagang terutamanya
dari China akan menggunakan jalan air ini sebagai jalan pintas untuk pergi ke Pelabuhan
kerajaan – kerajaan lain seperti Langkasuka dan Srivijaya. Selain itu, terdapat faktor yang
mengatakan Lembah bujang ini merupakan tempat terpenting pada abad ke- 4 hingga ke- 11
masihi. Antaranya pedagang yang wujud antara China dan India.

Anda mungkin juga menyukai