Anda di halaman 1dari 8

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

SEMESTER 1 – 2022/2023

HSE353E : HISTORY OF MODERN EUROPE SINCE THE 18TH CENTURY

TAJUK ESEI :

TELITIKAN TINDAK – TANDUK NAPOLEON BONAPARTE YANG

MEMPERLIHATKAN BELIAU SEBAGAI SORANG PENYELAMAT REVOLUSI

PERANCIS

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIK

NUR AZLEEN NASUHA BT MOHD ROSLI 151328

NUR DALILA BT AB LLAH 150760

MOHD HAFIZA BIN ISMAIL 150680

NAMA PENSYARAH:

DR NORASMAHANI HUSSAIN

TARIKH PENGHANTARAN:

27/12/2022
1.0 PENGENALAN

Revolusi Perancis merupakan salah satu peristiwa yang di anggap penting dalam

sejarah Eropah moden. Revolusi Perancis yang tercetus ini merupakan satu titik tolak yajg

telah membawa perubahan kepada negara itu sendiri dari segi politik, ekonomi, perundangan

dan sosial. Ahli sejarah umumnya menganggap revolusi Perancis ini sebagai satu titik

sejarah yang penting dalam perkembangan masyarakat Barat.1 Dalam tercetusnya revolusi

Perancis ini, semestinya terdapat tokoh yang terlibat secara langsung mahupun tak langsung.

Namun dalam revolusi Perancis inin terdapat seorang tokoh yang sangat memainkan peranan

penting. Tokoh ini dikenali sebagai Napoleon Bonaparte. Walaupun pada zaman sebelum

beliau terlibat tidak berada dalam keadaan baik namun dengan kemunculan beliau, beliau

telah membawa Perancis untuk bebas daripada pergolakan yang dipanggil revolusi Perancis

pada tahun 1789. Sebelum munculnya Napoleon Bonaparte, Perancis ini adalah sebuah

negara yang menjalankan pemerintahan beraja despotic yang mana dikatakan agung.

Walaubagaimanapun, telah mengalami kemerosotan yang sangat hebat pada abad ke-18.

Setelah munculnya Napoleon Bonaparte ini ia telah menjadikan Perancis ‘hidup semula’ di

mata negara Eropah lain untuk menjadikan Perancis sebagai sebuah negara yang

berpengaruh.

Penulisan pada kali ini adalah memfokuskan mengenai pemerintahan Napoleon

Bonaparte yang dianggap sebagai penyelamat kepada Revolusi Perancis. Kesemua penulis

juga bersetuju bahawa Napoleon Bonaparte adalah penyelamat kepada Revolusi Perancis

kerana terdapat beberapa tindak – tanduk ataupun sumbangan yang telah dilakukan oleh

beliau yang mana telah membawa kebaikan kepada negara Perancis. Jadi dalam penulisan

esei ini kita akan melihat sejauhmana Napoleon ini dianggap sebagai penyelamat kepada

1
Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus Sosiopolitik Dan Pemerintahan, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka 1985). Hlm 1.
Revolusi Perancis. Jadi penulisan ini akan memfokuskan tindak – tanduk yang dilakukan

oleh Napoleon Bonaparte dalam Revolusi Perancis.

2.0 LATAR BELAKANG NAPOLEON BONAPARTE

Nama penuh Napoleon ialah Napoleon Di Bonaparte dan beliau telah mengubah nama

kepada Napoleon Bonaparte pada usia beliau 27 tahun. Beliau dilahirkan pada 15 ogos 1769

di Ajaccio, Corsia. 2
Beliau meninggal dunia pula pada tanggal 15 mei 1821 di Longwood

iaitu di Pulau St.Halena. Merupakan anak kepada Charles Bonaparte dan Latitia Roniolin.

Bapanya merupakan seorang leftenan muda yang memimpin kumpulan pemberontakan

semasa Corsica dimiliki oleh Genoa. Napoleon Bonaparte merupakan salah seorang tokoh

yang terkenal dalam sejarah Eropah. Ketika beliau berusia 9 tahun, beliau telah berpindah ke

Tanah Besar -Perancis dan mendaftar di sekolah agama di Autun pada Januari 1779. 3 Pada

ketika zaman kanak – kanaknya, Napoleon ini dianggap sebagai seorang yang pendiam.

Namun begitu beliau mempunyai pemikiran yang dianggap sebagai pemimpin dan mampu

menyelamatkan sesuatu revolusi. Pada tahun 1779, Napoleon mula mendapat pendidikan

dalam bidang militer Perancis di Brienns dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang yang

sama di Paris pada tahun 1784.

“Bonaparte was at Brienns from May 1779 till October 1784, and these five and half years
fixed his character and career. He was at an impressionable age. He was cut off from the
outside world, whether French or Cirsican”4

Setelah tamat ke semua latihan pada tahun 1785, beliau telah dilantik sebagai

Laftenan kedua dalam rejimen artileri La Fere. Beliau mempunyai satu wawasan atau cita –

cita yang tinggi untuk menjadi pemimpin sesuatu pergerakan. Ini begitu sesuai dengan

pendidikan dan latihan ketenteraan yang diterima oleh Napoleon sehingga dia sangat mampu

2
H.Hart, Micheal, The 100 A Ranking of The Most influential Person In History, (Kuala Lumpur : Golden Books
Centre Sdn.Bhd,1989),hlm 19.
3
Ibid
4
J.M Thompson. Napoleon Bonaparte : His Rise and Fall, (Oxford : Basil Blackwell,1969),hlm 7.
untuk mempunyai cita – cita dalam mengetuai suatu pergerakan.5 Pada peringkat awal

revolusi Perancis, Napoleon ini adalah penyokong kepada Jacobins serta aktif dalam

kumpulan politik pro – demokrasi. Tambahan lagi, Napoleon Bonaparte ini telah berjaya

melantik dirinya sebagai konsul dan bermula dari sini lah banyak perubahan serta

permbaharuan yang dilakukan oleh beliau. Perubahan serta pembaharuan ini lah yang telah

membawa kebaikan kepada rakyat Perancis dan beliau layak untuk digelar sebagai

penyelamat kepada Revolusi Perancis.

3.0 TINDAK – TANDUK / SUMBANGAN NAPOLEON BONAPARTE

3.1 DALAM BIDANG POLITIK

Sumbangan dalam aspek politik ialah memperkenalkan sebuah sistem pemerintahan

baru yang dikenali sistem ‘prefect’. Sistem ini adalah bertujuan dalam usaha untuk

mengukuhkan negara. Melalui sistem yang diperkenalkan ini, pemilihan calon untuk

memegamg jawatan adalah lebih adil. Hal ini kerana sesiapa yang ingin memegang jawatan

dalam sexebuah pentadbiran akan dinilai berdasarkan sistem merit dan sistem merit ini pula

berdasarkan kelayakan dan bakat seseorang. Sistem yang diperkenalkan ini sangat

bertentangan dengan sistem pemerintahan regim lama yang mana pada ketika itu

melaksanakan pemilihan berdasarkan keturunan. Tambahan lagi, dibawah sistem

pemerintahan yang baru ini kerajaan tempatan telah ditubuhkan dan ketua pentadbir telah

dilantik dan dikenali sebagai Prefect. Oleh itu, melalui sistem pemerintahan yang

diperkenalkan ini telah wujudlah persamaan dalam kalangan rakyat. Ini kerana semua rakyat

Perancis yang mempunyai kebolehan tanpa mengira keturunan mempungai peluang untuk

melibatkam diri dalam pentadbiran negara. Ini disokong lagi dengan pernyataan yang diberi

5
Qasim Ahmad, Eropah Moden Arus Sosiopolitik dan Pemerintahan, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1985),hlm 58.
oleh Whitcomb iaitu ‘the creation of the prefectoral corps was unquestionably one of

Napoleon’s greats administration achievements...’6

3.2 DALAM BIDANG EKONOMI

Seterusnya, tindak-tanduk Napoleon Bonaparte yang memperlihatkan beliau sebagai

penyelamat revolusi adalah dapat dilihat dalam aspek ekonomi iaitu melalui penubuhan Bank

Perancis pada tahun 1800. Melalui penubuhan Bank Perancis telah menunjukkan bahawa

beliau tidak sama sekali mengabaikan aspek ekonomi yang semakin merundum di Perancis.

Penubuhan Bank Perancis telah ditubuhkan dengan menggunakan modal sebanyak 30,000

Franch dan 30,000 franch lagi dengan jualan syer saham. Institusi bank ini dikatakan sangat

sistematik kerana perlembagaannya telah dirangka oleh seorang pakar perbankan yang

terkemuka di Paris iaitu Perreaux dan telah berhubung rapat dengan pengendalian pinjaman

kerajaan. Melalui institusi bank yang sistematik telah menyebabkan krisis kewangan berjaya

ditamatkan. Hal ini demikian kerana sebelum ini, nilai mata wang Perancis langsung tidak

bernilai jika dibandingkan dengan nilai mata wang Eropah yang lain dan nilai mata wang

Perancis semakin merosot apabila tercetusnya Revolusi Perancis. Hal ini dikatakan demikian

kerana nilai mata wang Perancis diibaratkan seperti satu troli timbunan duit yang hanya

bernilai untuk membeli roti sahaja. Namun begitu, nilai mata wang Perancis menjadi paling

stabil di Eropah apabila sistem pemerintahan Perancis diperintah oleh Napoleon Bonaparte di

mana beliau telah bertindak mewujudkan penyusunan draf bank, perbendaharaan

bayaran,baucar dan kewajaran faedah tunggakan . Jadi melalui pembaharuan yang dibuat

olehnya dalam institusi kewangan, krisis ekonomi Perancis semakin pulih dan rakyat

menganggap beliau sebagai penyelamat mereka kerana berjaya menamatkan krisis kewangan.

6
Edward A. Whitecomb, “Napoleon’s Prefects,” The American Historical Review 79, no 4 (October 1975) :
1089.
Selain itu, Napoleon Bonaparte juga turut melakukan pembaharuan dalam aspek

ekonomi iaitu dengan menghapuskan sistem pengecualian cukai. Sebelum ini, revolusi

tercetus akihat penindasan cukai yang dikenakan tinggi terhadap rakyat seperti cukai

kerajaan, cukai gereja, cukai tuan dan cukai barangan. Hal ini telah menimbulkan

ketidakpuasan hati rakyat kerana para pegawai atau bangsawan telah dikecualikan untuk

membayar cukai sedangkan mereka mengorbankan pendapatan mereka hanya sekadar untuk

makan sahaja dan selebihnya membayar cukai. Namun begitu, Napoleon telah bertindak

menghapuskan sistem pengecualian cukai dan menambahbaik sistem memungut cukai

dengan melantik agen yang diamanahkan oleh kerajaan pusat iaitu Martin Gaudin. Cukai-

cukai seperti cukai barangan asas seperti garam, roti, wain dan banyak lagi telah

dimansuhkan sewaktu pemerintahan beliau. Oleh itu, tindakan Napoleon Bonaparte dalam

berbuat demikian telah menyebabkan rakyat Perancis dapat mengecapi hak mereka secara

sama rata.

3.3 DALAM BIDANG PENDIDIKAN


4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa Napoleon Bonaparte dikatakan sebagai

penyelamat kepada Revolusi Perancis yang berlaku. Napoleon Bonaparte telah melakukan

semua apa yang diperjuangkan oleh rakyat dalam revolusi tersebut. Hal ini dapat dilihat

melalui sumbangan dan pembaharuan yang telah disumbangkan oleh beliau dari aspek

politik, ekonomi dan juga perundangan kepada rakyat Perancis. Idea yang berasaskan

persamaan, kebebasan dan persaudaraan adalah tunjang kepada Revolusi Perancis yang telah

berjaya diperjuangkan oleh Napoleon Bonaparte. Dan hal ini buleh dibuktikan melalui

petikan dalam buku ‘NAPOLEON BONAPARTE AS HERO AND SAVIOUR’ yang

menyatakan :
“A commemoration was held to celebrate ‘the hero of italy, the brave, the immortal

Bonaparte’. The intire city turned out to greet the general as he passed through. Someone

supposedly called out from the crowd, i don’t need anything more, Bonaparte is with us”.

Melalui bukti yang dinyatakan diatas memang jelaslah ke semua penulis bersetuju

bahawa Napoleon Bonaparte adalah penyelamat kepada Revolusi Perancis semasa

pemerintahan ditadbir oleh beliau.

RUJUKAN

Whitecomb, Edward A. “Napoleon Prefect.” The American Hostorical Review 79.No4


(October 1975) : 1089-1118.
Thompsom J. M. Napoleon Bonaparte His Rise and Fall. Oxford : Basil Blackwell. 1969.
H. Hart, Michael, 1989, The 100 A Ranking of The Most Infleuntial Person In History, Kuala
Lumpur : Golden Books Centre Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai