Anda di halaman 1dari 8

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

SEMESTER 1-SESI 2022/2023


BLHW 1762/BIPW1132-PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES

PENSYARAH : DR.MUHD AKMAL NOOR@BUANG BIN RAJIKON


NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK
MUHAMMAD AZRI BIN RAZALLY B042210077
IMAN DANIAL BIN SHARUDDIN B042210062
AZIZAT BIN AZIZ B042210059
MUHAMMAD FAIZ HAIQAL BIN MOHD YASIN B042210100
AMEER HAKIM BIN HAIRUL AMRI B042210070
ADRYANA ASYIQIN BINTI MUHAMAD ZIN B042210094
KOSMOLOGI: TEORI KEJADIAN ALAM
MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
&
TEORI KEJADIAN ALAM
MENURUT PERSPEKTIF BARAT
KOSMOLOGI
 Secara ringkasnya kosmologi atau cosmology dalam bahasa inggeris adalah berasal daripada
gabungan dua perkataan Yunani iaitu Cosmos dan Logos. Perkataan Cosmos membawa maksud
alam semesta manakala perkataan “Logos” bererti ilmu iaitu penyelidikan.
 Kosmologi adalah cabang ilmu astronomi yang berkaitan dengan kewujudan dan perubahan alam
semesta dari awal kejadiannya hingga sekarang.
 Selain itu, menurut konteks ilmiah, setiap kajian saintifik atau penyelidikan yang berskala besar
yang berkaitan dengan alam semesta adalah kosmologi. Oleh disebabkan kosmologi ini adalah satu
topik yang sangat meluas maka ia akan dibahagikan kepada tajuk-tajuk kecil supaya mudah untuk
difahami. Oleh itu, kosmologi islam ini dibahagikan seperti tajuk di bawah.
KOSMOLOGI
TEORI KEJADIAN ALAM MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM
 Apabila berkaitan kosmologi atau alam semesta, semestinya akan timbul banyak persoalan yang tidak
akan diterangkan dengan tepat.
 Misalnya mengenai kewujudan dan kehancuran alam semesta.
 Allah SWT telah membantu hambanya dengan memberikan jawapan kesemua persoalan tersebut di
dalam al-Quran.Contoh proses kejadian alam semesta menurut al-Quran melalui firman Allah SWT
yang bermaksud:
"Dan tidakkah orang-orang kafir itu tidak memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit
dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai jasad yang satu). Lalu Kami (Allah) pisahkan antara
keduanya? Dan Kami jadikan dari air tiap-tiap benda yang hidup? Maka, mengapakah mereka tidak mahu
beriman?
(Surah al-Anbiya: ayat 30)

Melalui ayat di atas dapat diketahui bahawa pada asalnya langit dan bumi itu merupakan satu
jisim yang bersatu, yang kemudiannya dipisahkan sehingga menjadi bentuk bumi.
TEORI KEWUJUDAN ALAM SEMESTA DARI PERSPEKTIF BARAT

Teori kewujudan alam semesta ini dapat dibahagikan


kepada dua teori iaitu teori keadaan tunak dan teori
ledakan besar :
1.Teori keadaan tunak/statik (Steady State Theory)
a) Hermann Bondi, Thomas Gold dan Fred Hoyle telah
memperkenalkan teori ini.
b) Menurut teori ini juga alam semesta dikatakan tiada
awalan dan tiada penghujung.Alam semesta dikatakan
akan terus berkembang setiap tahun
TEORI KEWUJUDAN ALAM SEMESTA DARI PERSPEKTIF BARAT

2. Teori Ledakan Besar (Big Bang Theory)


a) Pada tahun 1984, George Lemaitre telah mencetuskan teori ini
berdasarkan persamaan lapangan di dalam teori kerelatifan umum
yang dihasilkan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.
b) Teori ini dikatakan terjadi disebabkan proses letupan besar yang
amat kuat ketika peringkat awal kejadian alam.
c) Pada peringkat awal, alam semesta ini dikatakan dalam bentuk gas
yang kemudiannya meletup dan bepecah membentuk jasad-jasad
samawi seperti matahari, planet, bintang –bintang dan sebagainya.
d) Jasad kemudiannya dikenali sebagai galaksi. Impak dari letusan
tersebut membuatkan jarak antara galaksi ini semakin jauh. Hal ini
membuktikan bahawa alam ini mengembang dan bukannya statik.
KESIMPULAN

Daripada perbincangan ini dapatlah disimpulkan bahawa, kesemua agama membahaskan asal usul,
perubahan dan destinasi alam semesta dan hubungannya dengan manusia dan Tuhan. Oleh kerana kepercayaan,
pemahaman dan kaedah ilmu yang mereka gunakan berbeza-beza menyebabkan kesimpulan yang mereka ambil
turut berbeza.Kesimpulannya, perspektif daripada pelbagai aspek adalah mempercayai bahawa kehancuran alam
akan menyebabkan bumi hancur dan kehidupan yang hidup dalam bumi ini akan terpupus. Agama-agama mengenali
kehancuran alam tersebut sebagai hari kiamat iaitu kejadian yang agak besar terhadap bumi dan hanya diketahui
oleh Tuhan sahaja.

Kehancuran alam berlaku bertujuan melaksanakan siklus alam semesta demi pembentukan bumi yang
baharu.Menurut Spranger, nilai diartikan sebagai suatu tatanan yang dijadikan panduan oleh individu dan memilih
alternative keputusan dalam situasi sosial tertentu (Sunaryo Karta Dinarta, 1988).

Nilai mempunyai kekuasaan dalam mendorong manusia ke arah menjadi seorang insan yang bermoral.
Nilai juga dapat membantu manusia memperkenalkan positif dan negative supaya dapat membuat keputusan yang
rasional apabila menghadapi masalah. Oleh itu, manusia perlulah memegang nilai-nilai dan mengamalkan ia dalam
kehidupan dan menyayangi alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai