Anda di halaman 1dari 1

1.

0 LAPORAN PENULISAN REFLEKTIF

Selepas menjalankan pengajaran makro ini, saya telah mendapat pengajaran daripada
pengalaman tersebut dari segi pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Semasa set induksi, saya telah menunjukkan video berkaitan sistem pernafasan manusia
kepada murid. Video ini mengandungi unsur seperti teks, audio, animasi dan grafik. Dengan
adanya integrasi visual dan muzik melalui video yang ditunjukkan, saya mendapati bahawa
murid menjadi lebih minat terhadap pembelajaran (Mok, 2009). Murid dibenarkan menyanyi
atau menari sambil mendengar lagu tersebut. Hal ini juga telah mencungkil bakat murid dengan
kecerdasan pelbagai seperti kinestetik atau muzik secara tidak langsung. Mereka telah
menumpu perhatian terhadap kandungan video dan mampu menjawab soalan yang
dikemukakan. Murid berasa gembira dan selesa serta sedia untuk meneruskan pembelajaran.

Seterusnya, murid juga bekerjasama dan melibatkan diri secara aktif semasa membina Model
Peparu Manusia dalam kumpulan. Aktiviti Hands-On ini memudahkan murid untuk membina
idea atau pengetahuan mereka terhadap proses pernafasan manusia. Saya mendapati bahawa
murid cepat faham konsep tentang proses pernafasan yang kompleks ini apabila mereka
melakukan aktiviti ini. Hal ini disebabkan kerana murid boleh berfikir dengan kritis dan kreatif
untuk menyelesaikan masalah apabila membina model dan meningkatkan imaginasi mereka
tentang konsep abstrak ini. (Hassan, et al., 2017). Murid juga mengingati ilmu pengetahuan ini
dalam jangka masa yang panjang dan tidak mudah melupakannya.

Namun, kelemahan saya adalah aktiviti untuk sesi pembentangan Model Peparu Manusia yang
dibina oleh murid adalah kurang menarik di mana murid hanya membentangkan hasil kerja
mereka di depan kelas. Murid mudah berasa bosan dan menjadi tidak berfokus semasa
pembentangan rakan mereka disebabkan tidak terlibat dalam sebarang pergerakan. Cadangan
penambahbaikan adalah saya boleh melaksanakan aktiviti PAK-21 seperti Gallery Walk dalam
sesi pembentangan (Stroup & Bausmith, 2011). Murid akan lebih aktif semasa mereka
dibenarkan bergerak ke kumpulan lain untuk mendengar penerangan rakan mereka. Selain itu,
dalam fasa penstrukturan semula idea, saya mendapati bahawa sesetengah murid mengantuk
dan tidak faham konsep abstrak ini apabila saya menerangkan konsep melalui pembentangan
slaid sahaja. Cadangan adalah saya boleh mengintegrasikan aplikasi digital seperti Kahoot atau
permainan atas talian untuk menarik minat mereka dan menjelaskan konsep abstrak dengan
mudah (Mok, 2009). Saya juga boleh menyediakan atau berkongsi video yang berkaitan

Anda mungkin juga menyukai