Anda di halaman 1dari 3

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan

sekalian. Pada pagi yang cerah ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk

“Pensel Ajaib”.

Elvin seorang murid yang malas. Dia selalu tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan

oleh gurunya. Setiap hari, Elvin akan dimarahi oleh gurunya kerana tidak dapat menghantar

kerja sekolahnya.

“Elvin, ini amaran terakhir, jika kamu tidak menyiapkan kerja sekolah kamu lagi, cikgu

akan membawa kamu berjumpa dengan guru besar, ” marah Cikgu Tan. Elvin hanya mampu

mengangguk kepala menandakan dia faham akan kata-kata cikgunya.

Loceng akhir persekolahan berbunyi. Tanpa membuang masa, Elvin segera mencapai

begnya dan berlari pulang ke rumah. Seperti biasa, Elvin terus menuju ke tempat

permainannya, iaitu di belakang rumahnya.

Elvin bermain dengan seronok di bawah pokok pisang. Tiba-tiba, dia ternampak

sebatang pensel yang masih elok dan boleh digunakan lagi. Dia terus mengambil pensel

tersebut.

“Emm …… masih elok lagi pensel ini,” katanya. Elvin terus membawa pensel itu ke

biliknya. Terdetik dalam hatinya untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu

Tan.

“Aku hendak guna pensel ini untuk menyiapkan kerja-kerja sekolahku, ” bisik hati Elvin.
Elvin terus mengeluarkan buku latihannya dari beg. Tanpa disangka-sangka, tangannya terus

bergerak laju menulis.

“Wah, pensel ini pensel ajaib! ” jerit Elvin.

“Dengan adanya pensel ini, sudah pasti semua kerja sekolahku akan siap. Tidak perlulah

lagi aku membuang masa untuk memikirkan kerja-kerja sekolah yang banyak ini,” bisik hari

Elvin.

Hari demi hari Elwin menggunakan pensel tersebut untuk menyiapkan kerja

sekolahnya. Tanpa disedari, pensel tersebut menjadikan Elvin semakin malas. Elvin tidak mahu

lagi berfikir atau bertanya kepada guru tentang pelajarannya. Dia hanya mengharapkan pensel

ajaib untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru.

“Bulan depan peperiksaan akhir tahun akan bermula, buat apa aku hendak bersusah

payah membuat ulang kaji. Dengan adanya pensel ajaib ini, aku pasti akan dapat menjawab

semua soalan dengan betul,” kata Elvin di dalam hatinya.

Setelah berbulan berlalu, peperiksaan akhir tahun pun tiba. Tanpa disedari Elvin,

pensel ajaibnya sudah tidak boleh digunakan lagi. Elvin tidak menjawab semua soalan tersebut.

Dia berasa menyesal kerana mengharapkan pensel ajaibnya sahaja. Barulah dia sedar bahawa

usaha itu penting untuk mencapai kejayaan.

Dalam kehidupan harian, kita tidak boleh mengharapkan pertolongan orang lain sahaja.
Sebaliknya, kita harus berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai