Anda di halaman 1dari 2

1. Mengapakah teori dalam Hubungan Antarabangsa penting?

Jelaskan dengan
bukti yang kukuh.
Teori dalam Hubungan Antarabangsa penting adalah kerana menjadi panduan
dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan. Hal ini dikatakan demikian
kerana jika terdapat panduan, pihak dalam hubungan antarabangsa tidak dapat
bertindak sesuka hati. Mereka perlu merujuk kepada teori dan mengamalkan
tindakan yang baik.

2. Apakah yang anda faham dengan Teori Realisme? Huraikan hubungan teori
Realisme dengan Hubungan Antarabangsa. Hujah anda perlu disokong dengan
bukti yang kukuh dan jelas.
Teori Realisme menekankan penggunaan kuasa ataupun strategik untuk mendapat
kepentingan serta mengukuhkan kuasa negaranya. Teori tersebut menepikan unsur-
unsur nilai namun, tingkah laku negara adalah rasional. Contohnya, serangan
Syarikat Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq.

3. Apakah yang anda faham dengan Teori Liberalisme? Huraikan hubungan teori
Liberalisme dengan Hubungan Antarabangsa. Hujah anda perlu disokong dengan
bukti yang kukuh dan jelas.
Teori tersebut mengemukakan bahawa manusia yang berilmu, beradab dan diberi
persekitaran yang sesuai dapat hidup dengan aman dan bekerjasama dalam
masyarakat. Mereka akan berpegang kepada undang-undang dan peraturan.
Konsep kerasionalan liberal dalam perspektif antarabangsa merujuk kepada
kesanggupan aktor rasional untuk mengetepikan kepentingan jangka pendek demi
mengekalkan kebahagian dan kesejahteraan jangka panjang komuniti yang mereka
anggotai. Contohnya, institusi antarabangsa PBB.

4. Immanuel Kant merupakan seorang ahli falsafah. Huraikan teori yang


dikemukakan oleh Immanuel Kant yang berkaitan dengan Hubungan
Antarabangsa.
Teori yang dikemukakan oleh Immanuel Kant ialah teori Liberalisme. Beliau
memhaskan bahawa kerjasama antarabangsa dan mengelakkan keganasa adalah
paling baik untuk negara sendiri dan lebih rasional untuk dicari.
5. Selain Immanuel Kant, terdapat beberapa tokoh lain dalam kajian Hubungan
Antarabangsa. Pilih seorang lagi tokoh dan jelaskan teori yang dikemukakan oleh
tokoh berkenaan.
Selain Immanuel Kant, Michael Barnett juga merupakan seorang tokoh dalam
kajian Hubungan Antarabangsa. Beliau mengemukakan Teori Konstruktivis, iaitu,
mempercayai sifat semula jadi manusia adalah baik, tetapi akan dipengaruhi oleh
persekitaran. Beliau menggambarkan hubungan antarabangsa teori konstruktivis
sebagai idea-idea tentang bagaimana menentukan struktur antarabangsa,
bagaimana struktur ini didefinisikan kepentingan dan identity negara-negara dan
bagaimana negara-negara dan aktor bukan negara menghasilkan semula struktur
ini.

Anda mungkin juga menyukai