Anda di halaman 1dari 5

P00 MERUNGKAI

EP00 (Merungkai Kurikulum)


1. Tahap ini melibatkan pensyarah perlu merungkai kurikulum serta
melaksanakan pentaksiran holistik bagi mewujudkan
pembelajaran bermakna. Proses merungkai perlu menggunakan
3 tools utama iaitu membina The Big Idea, Soalan Penting dan
Backward Design.
2. Perancangan PdPc perlu dirancang dengan teliti menggunakan
perancangan KmR.  Oleh itu perancangan KmR juga merupakan
pelan pembelajaran untuk merancang aktiviti pdp kepada
pensyarah.  
3. Berikut disertakan contoh proses merungkai kurikulum
menggunakan perancangan KmR sebagai bukti pentaksiran.  

Dalam merungkai Kurikulum / Standard, 3 tools utama diperlukan iaitu:

1. TBI – Idea utama


2. EQ – Soalan Penting
3. BD – Backward design ⇒ set goal/matlamat sebelum kita set
aktiviti, maka  aktiviti dipilih akan menepati matlamat

Rajah Tiga segi: Untuk Merungkai Standard memerlukan 3 “Tools” iaitu


pertama : TBI, kedua EQ, dan akhiri merungkai dengan BD iaitu kita perlu
setkan matlamat sebelum merancang aktiviti barulah aktiviti yang dipilih
akan menepati matlamat yang diinginkan. Semasa BD inilah kita sebagai
pensyarah perlu menetapkan matlamat yang ingin dicapai pada tahap yang
paling tinggi (contohnya dalam RMK, rancang untuk mencapai CLO yang
paling tinggi).

Apa itu Big Idea?

Membina Idea Utama

“ A BIG idea is a way of usefully seeing connections, not just


another piece of knowledge. It is more like a lens for better
looking than something additionally seen; more like a theme
than the facts of the story”
Grant Wiggins, 2010
The Big Idea ialah berkaitan dengan pemahaman (understanding). Untuk
menentukan The Big Idea, pensyarah perlu betul-betul faham dengan RMK
kursus. Sekiranya pensyarah faham RMK, pensyarah dapat membina The
Big Idea yang dapat membawa pelajar untuk mencapai hasil pembelajaran
dengan berkesan dan lebih bermakna.
Di IPG, beberapa kursus boleh digabungkan. Contohnya beberapa kursus
seperti Sains, Matematik, BM dan BI digabungkan melalui RMK dan sudah
dikenal pasti CLO yang boleh dilaksanakan secara inter-disiplinari. Hasil
daripada gabungan beberapa kursus ini, satu pemahaman terhasil dan The
Big Idea dikenalpasti. The Big Idea ini menunjukkan kefahaman beberapa
kursus tersebut ada connection. Dengan kefahaman dan connection ini,
pengetahuan dan kemahiran yang terdapat di dalam keempat-empat
kursus ini akan diperolehi dan dikuasai oleh pelajar. Cuma tahap
penguasaan itu bergantung kepada kebolehan dan kredibiliti pelajar.  

Selepas terbinanya The Big Idea, perancangan untuk pdp yang seterusnya
dapat dilaksanakan. Langkah seterusnya ialah membina Soalan Penting
(Essential Questions, EQ). 

Apa itu Soalan Penting (EQ)?

A good essential question is the first step when designing inquiry-


based learning

“Questions that probe for deeper meaning and set the stage for further
questioning foster the development of critical thinking skills and higher
order capabilities such as; problem solving, and the understanding of
complex systems.”

(David Jakes, 2002)

Ciri-Ciri Soalan Penting

1. Provokatif dan enimbulkan pelbagai hujah/pendapat


2. Tiada jawapan YA atau TIDAK
3. Direkabentuk sebagai panduan ke arah memahami The Big Idea
4. Bertujuan mendalami kefahaman pelajar
5. Rirekebentuk untuk mencetus soalan-soalan lain untuk
meningkatkan kefahaman terhadap standard
6. Membri fokus terhadap elemen yang trdapat dalam standard
7. Autentik
8. Bersifat konseptual dan menyentuh kandungan standard
9. Menggunakan istilah umum
 

Kenapa perlunya EQ?

Soalan-soalan penting ini dapat membantu pelajar untuk lebih


memahami pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai.

Apa itu Backward Design?

Langkah-langkah dalam Backward Design ialah:

1. Mengenal pasti hasil pembelajaran

 Apakah matlamat/objektif yang berkaitan atau relevan (Standard


Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ingin dicapai?
 Apakah pengetahuan dan kemahiran penting akan diperolehi
oleh pelajar melalui perancangan ini?
 Apakah yang pelajar boleh lakukan sebagai hasil daripada
pengetahuan dan kemahiran tersebut?

1. Menetapkan bukti hasil untuk dinilai

 Apakah tugasan pembelajaran yang boleh menunjukkan


pencapaian pelajar dalam Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran
 Apakah kriteria yang digunakan untuk mentafsir pencapaian
tugasan pembelajaran yang pelajar hasilkan?
 Apakah evidens yang pelajar akan hasilkan?

1. Merancang aktiviti PdP


 Membina pelan pembelajaran menggunakan prinsip WHERETO
 Where – Ke mana arah tujuan
 Hook – menarik minat pelajar
 Equip – membantu pelajar meneroka dan mengalami
idea utama
 Rethink – menyediakan ruang dan peluang untuk
pelajar berfikir dan menyemak terhadap kefahaman dan
tugasan
 Evaluate – pelajar diberi peluang menilai kerja mereka
dan implikasinya
 Tailored – sesuai dengan kepelbagaian kebolehan atau
latar belakang pelajar
 Organised – melibatkan pelajar secara maksimum dan
berkesan

Anda mungkin juga menyukai