Anda di halaman 1dari 4

Mata pelajaran : Sains Sukan Bidang : Asas Psikologi Sukan dan Kelas : 5 SS3 Tarikh : 11 April 21

Sosiologi Sukan
Topik : Asas Psikologi Dalam Masa : 11.10 – 12.40 Hari : Ahad
Sukan
Objektif Pembelajaran:
a. Menjelaskan psikologi sukan

b. Menerangkan peranan dan etika psikologis sukan serta bidang kepakaran

c. Menghuraikan interaksi antara emosi, kognitif dan fizikal terhadap prestasi atlet

Sumber / BBB : Buku teks / peta ithink


Rangka Pengajaran Impak / Refleksi
Aktiviti Pemulaan Guru menerangkan konsep psikologi sukan
1. Murid diberikan sekeping kertas A4.

2. Murid perlu membuat peta I-think berkaitan konsep


Aktiviti Utama psikologi sukan

3. Murid perlu membuat pembentangan

1. Guru membuat kesimpulan tajuk pdpc


Aktiviti Penutup
2. Murid diberikan lembaran kerja

Pemulihan Pengukuhan Pengayaan


Kerja susulan untuk murid

Refleksi :

Unit 6.1
1  Psikologi sukan boleh didefinisikan sebagai

A Satu bidang kajian saintifik tentang pelakuan dan tingkah laku manusia
B satu cabang kajian saintifik tentang pelakuan dan tingkah laku manusia dalam
aktiviti sukan
C satu bidang kajian yang melihat kesan serta pelbagai aktiviti terhadap pelakuan
fizikal
D satu cabang kajian sistematik tentang pergerakan manusia dalam permainan

2 Mereka berperanan untuk menyelidik perkembangan prestasi atlit


kebangsaan dalam sukan olahraga. Maklumat yang diperolehi amat
berguna untuk pembangunan sukan tersebut

A Pendidik psikologi sukan


B Psikologis sukan klinikal
C Penyelidik psikologi sukan
D Pemberita sukan

3 Yang manakah benar tentang etika seorang psikologis sukan?

A Integriti Psikologis sukan bertanggungjawab dan mengutamakan


atlet terlebih dahulu dalam segala tindakan.
B Menghormati hak Psikologis sukan perlu menjaga kebajikan atlet yang
dan maruah individu mendapat khidmat mereka
C Tanggungjawab Psikologis sukan menyumbang ilmu psikologi kepada atlet
sosial dan masyarakat
D Kompeten Psikologis sukan perlu jujur, adil dan mengamalkan prinsip
moral yang tinggi semasa menjalankan tugas

4 Antara masalah atlet berikut, yang manakah dapat ditangani dengan lebih
berkesan oleh psikologis sukan

A Atlet yang mempunyai daya tahan kardiovaskular rendah


B Atlet yang mempunyai masalah berkaitan kemahiran psikomotor
C Atlet yang mempunyai masalah mempelajari teknik sesuatu kemahiran
D Atlet yang mempunyai masalah mengawal dan meguruskan stres sebelum
pertandingan

Soalan Esei
1. Rajah 1 menunjukkan interaksi antara kognitif, emosi dan fizikal.

Rajah 1

A Jelaskan maksud psikologi sukan 1 markah

B Apakah yang mempengaruhi perubahan emosi atlet dalam sesuatu pertandingan 3 markah

C Huraikan perkaitan antara emosi, kognitif dan fizikal yang mempengaruhi prestasi 6 markah
atlet

Skema

A - Kajian saintifik perlakuan individu dalam sukan 1m


- Mengaplikasi ilmu dan latihan kemahiran psikologi sukan untuk
membantu mencapai prestasi sukan yang diingini
B - Jumlah mata 3m
- Jenis pertandingan
- Tahap pihak lawan
- Peringkat perlawanan
- Tafsiran pemain
C - Emosi 6m
- Berlaku akibat daripada tafsiran kognitif individu
- Tafsiran pemain terhadap situasi perlawanan akan mengganggu prestasi
atlet
- Pemain menganggap sesuatu perlawanan itu sebagai cabaran
menghasilkan satu keseronokan dan kepuasan
- Kognitif
- Aspek mental yang merangkumi pemikiran, daya ingatan, kemahiran
merancang strategi dan membuat keputusan
- Membolehkan mereka menguruskan sumber yang ada pada diri untuk
menghadapi tuntuan persekitaran semasa bersukan.
- Atlet yang merasa bimbang menghadapi perlawanan akhir akan bersedia
dengan Menyusun strategi bagi emngurangkan kebimbangan tersebut
- Fizikal
- Fungsi tubuh dan keupayaan atlet yang membolehkan mereka bertanding
dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga dan berkesan
- Kecergasan fizikal dapat meningkatkan prestasi sukan

Objektif

1 B 2 C 3 C 4 D

Anda mungkin juga menyukai