Anda di halaman 1dari 10

(MUKA SURAT HADAPAN)

FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT

SEMESTER JANUARI 2016

OUMH1103

LEARNING SKILLS FOR OPEN DISTANCE LEARNERS

NO. MATRIKULASI : 930614146284001


NO. KAD PENGNEALAN : 930614-14-6284
NO. TELEFON : 017-2449703
E-MEL : sitimunirza@kuis.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI


OUMH1103
AKTIVITI 1
Teknik membaca yang betul amat penting dalam sesuatu proses pembelajaran.
Membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat dan tersirat,
menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan
mengaplikasikan maklumat baharu ke dalam situasi baharu. Di peringkat sekolah rendah,
pelajar dilatih, dibimbing dan diajar membaca sebagai persiapan ke arah penguasaan
membaca dengan betul (Baharom Mohamad, 2012). Oleh itu, sangat penting untuk
pelajar memahami isi kandungan yang cuba di sampaikan oleh tenaga pengajar di
sekolah.
Teknik membaca boleh dikategorikan kepada dua kategori antaranya pembacaan
cepat dan pembacaan perlahan. Di dalam pembahagian pembacaan cepat terdapat teknik
pembacaan secara luncuran yang membawa maksud kemahiran membaca untuk
mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat yang
bertujuan maklumat yang diperolehi adalah ringkas tetapi menyeluruh dengan kadar
segera. Kaedah yang digunakan dalam teknik ini adalah pertama; membaca tajuk,
pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen, keduanya; membaca dengan
menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada
bahan yang dibaca dan terakhir kaedah imbasan iaitu kemahiran membaca untuk
mendapatkan maklumat yang lebih mendalam untuk mendapatkan jawapan kepada
persoalan (Baharom Mohamad, 2012). Antara contoh bahan bacaan yang sangat
bersesuaian menggunakan teknik ini adalah surat khabar, artikel di internet dan nota
untuk peperiksaan bagi sesiapa yang kesuntukan masa (Aiza Azira Binti Abdul Rahman
& Basirah Binti Sabri, 2014). Pembahagian yang kedua bagi pembacaan cepat adalah
teknik imbasan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam dengan membaca
pendahuluan dan rumusan teks, membaca kandungan bab dengan pantas sambil
mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan serta memberikan perhatian kepada
rajah dan grafik yang ada.
Bagi pembacaan perlahan mempunyai dua cara tambahan yang perlu kita ketahui
iaitu bacaan intensif dan SQ3R. Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk
mendapatkan maklumat yang terperinci yang memerlukan tumpuan, ketekunan dan masa
yang lebih untuk tujuan mengumpul semua maklumat yang mendalam (Baharom

1
OUMH1103
Mohamad, 2012). Bagi memudahkan mendapatkan maklumat dan mencatat, maka
seharusnya menguasai KWLH seperti K (Know) ; apa yang kita ketahui, W (Want) ; apa
yang hendak diketahui , L (Learned) ; apa yang hendak diketahui semasa membaca dan
H (How) ; bagaimana perkara tambahan yang ingin diketahui dan pelajari (Aiza Azira
Binti Abdul Rahman & Basirah Binti Sabri, 2014). Bagi cara kedua iaitu SQ3R (Survey-
Question-Read-Recite: Review) adalah teknik yang meminta pembaca membuat analisis
mendalam tentang bahan bacaan yang amat sesuai untuk pembelajaran bahasa. Pembaca
perlu melihat tajuk utama sepintas lalu, menukarkan tajuk utama sebagai persoalan,
membaca keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawapan, susun idea dan isi penting
dan menyebut tajuk utama di setiap perenggan sebagai ingatan. Meninjau (Survey) adalah
cara mendapatkan gambaran keseluruhan tentang bahan bacaan. Soalan (Question) yang
dihasilkan berdasarkan tajuk kecil dalam petikan untuk dijadikan garis panduan
pembacaan. Membaca (Read) menggunakan panduan yang telah dihasilkan bagi
mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut. Menyatakan kembali (Recite) dalam
bentuk lisan berdasarkan catatan yang telah dibuat mengingat kembali apa yang dibaca.
Gambaran (Review) dengan membuat peta minda untuk lebih jelas isi penting bagi
pembacaan tersebut (Aiza Azira Binti Abdul Rahman & Basirah Binti Sabri, 2014).
Sebagai kesimpulannya, para perlajar perlulah menguasai kemahiran membaca
pada tahap yang tinggi. Penguasaan kemahiran membaca tahap tinggi membolehkan
pelajar menguasai dan menjana pelbagai bidang ilmu dengan pantas dan tuntas. (460
patah perkataan)

RUJUKAN
Aiza Azira Binti Abdul Rahman & Basirah Binti Sabri. (2014, September 24). Teknik
Membaca. Retrieved April 1, 2016, from Slide Share:
http://www.slideshare.net/aizaazira/teknik-membaca

Baharom Mohamad. (2012). Menguasai Kemahiran Membaca Secara Berkesan. B3-B4.

2
OUMH1103
AKTIVITI 2
Pengurusan masa ialah satu kemahiran untuk mewujudkan tanggungjawab,
keutamaan dan objektif dengan menyingkirkan aktiviti-aktiviti yang tidak diperlukan
ataupun yang tidak berkaitan. Ia dilaksanakan melalui perancangan dan penjadualan
penggunaan masa harian dan mingguan. Penggunaan masa yang efektif adalah
pengurusan masa yang menitikberatkan gambaran yang lebih luas dan pencapaian
objektif berjangka panjang. Pengurusan masa adalah sangat penting kerana dengan masa
yang terurus memberi peluang kepada seseorang itu untuk merancang kerjayanya untuk
masa hadapan dengan proaktif. Selain itu, pengurusan masa yang efektif membolehkan
seseorang menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan tepat pada waktunya. Secara tidak
langsung tugasan yang lain juga dapat diteruskan mengikut keperluan dan masa yang
ditentukan. Tugasan yang telah dirancang akan memberi peluang kepada individu unuk
rehat secukupnya kerana dalam mengurus masa seseorang individu dapat memberi
keutamaan kepada tugasan yang lebih utama. Hasil daripada pengurusan masa, ia akan
memperbaiki teknik dan memberi peluang untuk berfikir strategi baru bagi menghadapi
cabaran akan datang.
Perancangan merupakan satu proses yang kompleks dan ia melibatkan rancangan
jangka panjang dan rancangan jangka pendek. Rancangan jangka panjang dilakukan bagi
projek atau aktiviti yang dirancang bagi tempoh 3 bulan yang akan datang atau bagi satu
jangka masa yang melebihi satu minggu. Manakala, rancangan jangka pendek di lakukan
bagi program yang dirancang untuk hari ini atau minggu ini. Perancangan jangka pendek
ini juga mungkin boleh membantu mencapai matlamat perancangan jangka panjang.
Selain itu, penggunaan masa yang terbaik setiap hari adalah asas dalam proses
perancangan. Jika kita menjadikannya tabiat harian, banyak aktiviti dapat disenaraikan.
Permulaan yang baik adalah dengan menyenaraikan aktiviti yang akan dilakukan pada
setiap hari (Things to do). Oleh itu, kita dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti
yang utama yang disenaraikan terlebih dahulu tanpa menghabiskan masa dengan perkara
yang sia-sia (Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan).
Satu jadual mingguan sepatutnya boleh menjelaskan apa yang hendak kita
selesaikan pada hujung minggu bagi mencapai matlamat perancangan kita. Jadual

3
OUMH1103
mingguan boleh dibuat bermula pada hujung minggu (Ahad hingga Sabtu) atau bermula
pada pagi Isnin (Isnin hingga Ahad).
Kesimpulannya, tahap keutamaan dinyatakan adalah fleksibel bergantung kepada
hari jadual tugasan itu disediakan. Keutamaan sentiasa berubah mengikut hari-hari
tertentu. (332 patah perkataan)

RUJUKAN
Pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan, (n.d.). Slide Share : Pengurusan Masa. Retrieved
April 2, 2016, from http://www.slideshare.net/VictoriaWenddy/unit4-28636824

4
OUMH1103
AKTIVITI 3

5
OUMH1103

6
OUMH1103

7
OUMH1103
AKTIVITI 4
Semasa hari pendaftaran saya di Open University Malaysia (OUM), perkara
pertama saya ingin ambil tahu adalah tentang portal pelajar kerana memandangkan
bidang pengajian di OUM berasaskan pendidikan jarak jauh. Saya dapati selepas
beberapa hari pendaftaran barulah pelajar dibenarkan untuk mendaftar di portal tersebut
yang digelar myVle. Saya banyak membuat perbandingan dengan portal pelajar di kolej
lama saya belajar, tidak banyak perbezaan tetapi myVle lebih rumit untuk digunakan
untuk pertama kali (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor - mylms).
Perkara pertama yang saya lebih berminat untuk lebih mendalami adalah di
bahagian ikon my profile dan my course bagi mengetahui info di dalamnya (Open
University Malaysia - myVle).
My profile Di dalam my profile saya terus mengemaskini data peribadi yang
masih belum dilengkapkan tetapi ada kemusykilan apabila ada
bahagian melengkapkan data pendidikan yang bermasalah untuk
saya penuhkan. Di sini juga saya mengambil tahu tentang jadual
kelas yang telah ditetapkan serta saya menyemak subjek –
subjek yang ditawarkan bagi bidang yang saya ambil untuk
memudahkan saya membuat permohonan pengecualian kredit di
masa akan datang. Kemudian, saya tertanya – tanya cara – cara
untuk saya membuat permohonan pengecualian kredit setelah
mendapati ada beberapa subjek yang pernah saya pelajari semasa
diploma dahulu.
My course Saya menjelajah lagi dibahagian dimana saya boleh dapatkan
beberapa info tambahan berkaitan subjek yang saya pelajari
untuk setiap semester. Di dalamnya memudahkan saya
berhubung dengan e-tutor untuk bertanya perkara yang tidak
difahami dan memudahkan saya memperolehi tugasan terkini
untuk setiap subjek yang diambil. Ketika saya memperolehi
tugasan pertama, saya mula mengkaji cara – cara untuk
menyiapkan tugasan tersebut dengan meneliti arahan dan yang
penting sekali adalah rubrik yang dilampirkan bersama soalan.

8
OUMH1103
tersebut.

Setelah saya meneliti di dalam kedua – dua ikon tersebut, saya membuat beberapa
catatan dan soalan untuk ditujukan kepada pihak OUM ketika hari Bengkel Kemahiran
Belajar (BKB) yang diadakan untuk pelajar baharu. Antara soalan yang ingin saya
ketahui prosedur permohonan pengecualian kredit dan perkara – perkara penting yang
tidak terlintas di fikiran saya. (250 patah perkataan)

RUJUKAN
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. (n.d.). mylms. Retrieved April 1,2016
from http://lms.kuis.edu.my/login.php

Open University Malaysia. (n.d.). myVle. Retrieved April 1, 2016, from


http://oumvle.oum.edu.my/

Anda mungkin juga menyukai