Anda di halaman 1dari 89

LAPORAN

TAHUNAN
2021
YAYASAN PELAJARAN MARA
Isi
Kandungan
Perutusan Pengerusi Eksekutif 03

Sejarah Penubuhan 04

Bahagian Pembangunan Dana 10

Seksyen Anak Angkat 19

Seksyen Kecemerlangan Pelajar 32

Seksyen Bantuan Persekolahan 47

Seksyen Pendidikan Tertiari 52

Seksyen Pentadbiran dan Kualiti (Pentadbiran) 56

Seksyen Pentadbiran dan Kualiti 59


(Sumber Manusia)

Integriti dan Governans 63

Seksyen Audit Dalam 67

Malaysia Japan Higher Education Program


72
(MJHEP)

Kelab Sukan, Rekreasi & Sosial YPM (KRES) 77

Keratan Akhbar dan Lensa 79


Perutusan
Pengerusi Eksekutif

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke
hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNya serta
berkat kerjasama seluruh warga Yayasan Pelajaran
MARA (YPM) dapat merealisasikan penerbitan
Buku Laporan Tahunan 2021 YPM.

Buku yang memaparkan aktiviti dan pencapaian


YPM sepanjang tahun 2021 dapat dijadikan bahan
pengetahuan kepada kita semua. Syabas kepada sidang pengarang yang telah
berusaha bersungguh-sungguh menyumbang idea, masa, tenaga dan memberikan
kerjasama erat dalam penerbitan laporan tahunan ini.

Penggemblengan usaha dan kerjasama yang dipupuk harus diteruskan dalam segala
aspek tugasan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Segala usaha secara
kerjasama ini adalah untuk mencapai kejayaan yang optima bagi semua pihak. Saya
berharap usaha-usaha kerja berpasukan sesama warga YPM dapat diteruskan dari
masa ke semasa bagi menggapai kecemerlangan dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan. Semoga kita bersama-sama menjadi warga
kerja yang berdaya saing, berintegriti dan berpengetahuan luas untuk terus maju.

Kemajuan yang dicapai pada tahun ini dalam melonjak pendidikan anak Melayu &
Bumiputera tidak akan dapat dijayakan tanpa komitmen dan kepakaran warga YPM.
Saya ingin mengambil kesempatan ini mengalungkan perhargaan atas sumbangan
penting dan dedikasi seluruh warga. Selamat berbakti kepada agama, organisasi dan
negara. Mudah-mudahan sumbangan kita semua diterima sebagai amal jariah jua.

Dato’ Dr. Mohd Nizar Bin Haji Sudin


Pengerusi Eksekutif
Yayasan Pelajaran MARA

3
Sejarah
Penubuhan
Yayasan Pelajaran MARA ialah suatu perbadanan yang telah ditubuhkan
di bawah Seksyen 25, Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 dan dinamakan
Perintah Majlis Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran MARA) 1969 berkuat
kuasa pada 1 November, 1968.

Maksud dan tujuan penubuhan YPM adalah :

• Untuk menubuhkan, menerima dan mentadbirkan kumpulan wang


bagi kemajuan pendidikan, saintif ik dan teknologi untuk Bumiputera;

• Untuk menubuhkan dan menyelenggara biasiswa, pinjaman,


pemberian dan bantuan kewangan yang lain kepada Bumiputera
bagi maksud membolehkan mereka meneruskan pengajian mereka
di institusi pendidikan terutamanya yang ditubuhkan oleh Majlis;

• Untuk mengadakan bantuan kewangan ke arah memperbaiki


“standard” pendidikan Bumiputera dalam semua bidang;

• Untuk menyumbang bantuan kewangan ke arah penyelidikan


dan pengajaran saintif ik bagi maksud meningkatkan taraf hidup
Bumiputera;

• Untuk mengadakan bantuan kewangan atau peruntukan bagi faedah


anak-anak pegawai dan bekas pegawai Majlis, perbadanan dan
syarikat Majlis yang dif ikirkan oleh Yayasan patut menerimanya atau
miskin bagi maksud membolehkan mereka meneruskan pengajian
mereka; dan

• Untuk mengadakan bantuan atau pertolongan lain yang


bersampingan dengan atau sesuai bagi pencapaian tujuan itu.
Pembangunan dan
Kemajuan
Dalam tempoh masa 13 tahun pertama Walau bagaimanapun maksud dan
penubuhan, fokus YPM lebih tertumpu tujuan penubuhan YPM yang ketiga
kepada aktiviti Pengumpulan Harta dan iaitu untuk menubuh dan mengadakan
Aset. Tempoh masa 14 tahun seterusnya biasiswa, pinjaman, pemberian dan lain-
(1983 - 1997) ialah tempoh masa yang lain bantuan wang kepada Bumiputera
sangat aktif bagi YPM dalam memenuhi bagi maksud membolehkan mereka
maksud dan tujuan penubuhan YPM melanjutkan pelajaran masih tidak
yang pertama dan kedua iaitu untuk dapat dilaksanakan dan dipenuhi.
mengadakan kemudahan pelajaran
dan latihan bagi Bumiputera, dan untuk Pada bulan Mei 2003 perintah Majlis
menggalakkan pelajaran dan latihan Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran
Bumiputera. MARA) 1969 dipinda sebagai “Peraturan-
Peraturan Yayasan Pelajaran MARA
Penubuhan kolej pertama iaitu (pindaan) 2003” yang melibatkan
MARA Community College (MCC) di pengwujudan dua entiti berasingan iaitu
Kuantan, Pahang pada tahun 1983, entiti Pendidikan dan entiti Dana YPM.
dan kejayaan perlaksanaan konsep Pada 1 September 2003 Pentadbiran
Program “twinning” (2+2) dengan dan Pengurusan semua Kolej YPM dan
universiti-universiti Amerika Syarikat Aktiviti Pendidikan YPM diambilalih
telah mengorak langkah YPM dengan oleh Syarikat Kolej Poly-Tech MARA
pengendalian program konsep (KPTM) Sdn. Bhd. yang merupakan anak
“twinning” ini dengan universiti- syarikat milik MARA.
universiti di United Kingdom, Australia,
Ireland dan Jepun. Seramai lebih 3,000 Fokus Yayasan Pelajaran MARA
orang pelajar telah berjaya melanjutkan kini tertumpu sepenuhnya kepada
pengajian ke luar negara. Penubuhan, Pentadbiran dan
Pengurusan Tabung Dana “KUMPULAN
WANG YPM” bagi tujuan bantuan
kewangan untuk meningkatkan taraf
pendidikan dan taraf hidup golongan
Bumiputera.

5
VISI

Menjadi sebuah yayasan yang unggul


dalam memperkasakan taraf pendidikan
dan sosioekonomi bangsa Melayu dan
Bumiputera

MISI

Untuk mengumpul dana melalui berbagai inisiatif dan


instrumen baru yang islamik

Untuk mengadakan program-program pembangunan


modal insan dan transformasi kecemerlangan pelajar

Untuk menjalankan kajian berkaitan pendidikan dan


sosioekonomi Melayu dan Bumiputera

Untuk menjalinkan rangkaian strategik dengan agensi-


agensi kerajaan, GLC dan swasta bagi melaksanakan
Pembangunan Modal Insan dan penjanaan dana YPM

Untuk mengadakan pelbagai inisiatif bagi membangunkan


sistem penyampaian yang cekap dan berkesan oleh warga
kerja YPM melalui budaya kerja yang betul
TUJUAN

Untuk menubuh, menerima dan mentadbir


kumpulan wang bagi kemajuan pendidikan,
saintif ik dan teknologi untuk Melayu dan
Bumiputera.

Untuk menubuhkan dan menyelenggara


biasiswa, pinjaman, pemberian dan bantuan
kewangan yang lain kepada Melayu dan
Bumiputera bagi maksud membolehkan
mereka meneruskan pengajian.

Untuk mengadakan bantuan kewangan


ke arah memperbaiki standard pendidikan
Melayu dan Bumiputera dalam semua bidang.

Untuk menyumbang bantuan kewangan ke


arah penyelidikan dan pengajaran sainstif ik
bagi maksud meningkatkan taraf hidup
Melayu dan Bumiputera.

Untuk mengadakan bantuan atau pertolongan


lain yang bersampingan dengan atau sesuai
bagi pencapaian tujuan tersebut.

MOTO

MELONJAK PENDIDIKAN
MELAYU DAN BUMIPUTERA

7
Ahli Lembaga
Pengarah

Dato’ Dr. Mohd Nizar


Bin Haji Sudin
Pengerusi Eksekutif

Mohd Kamal Bin Husin Haslina Binti Yahaya Mohd Salleh Bin Maamor Bin Che Alias
Abdullah

Zahira Sughra Dato’ Haji Mohd Faizal Azalina


Binti Zainuddin Bin Daud Binti Abdul Rahman

Meor Mohd Khairy Bin


Meor Abdullah Zawawi
Ahli
Pengurusan
Mohd Amran Bin Mohd Ariffin
Ketua Pegawai Eksekutif
(Menjalankan Tugas)

Hj. Mat Zailani Bin Hj. Mat Nawawi


Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
(Bahagian Pentadbiran & Kewangan) Zainal Bin Rashid
Pengurus Kanan
Seksyen Pembangunan Dana

Puarsuha Bin Ab Razak


Pengurus
Seksyen Pentadbiran & Sumber Manusia Rosnani Binti Ibrahim
Pengurus
Seksyen Pendidikan Tertiari

Hjh. Che Embun Binti Bakar


Pengurus
Seksyen Dasar & Perancangan Strategik Hafizoh Binti Mohd Shah
Pengurus
Seksyen Anak Angkat

Nurul Faize Binti Hj. Tumpang


Pengurus
Seksyen Kewangan & Akaun
Abdul Shukor Bin Ibrahim
Pengurus
Seksyen Bantuan Persekolahan

Mohd Isa Bin Chik


Pengurus
Seksyen Kecemerlangan Pelajar Hjh. Sameah Binti Abu Bakar
Ketua Seksyen
Seksyen Audit Dalam

Shanorita Binti Hashim


Ketua Seksyen
Seksyen Teknologi Maklumat Lubna Haida Binti Mohd Khirati
Ketua Seksyen
Seksyen Undang-Undang & Urus Setia

Farah Yasmin Binti Zulkepli


Ketua Seksyen
Seksyen Komunikasi Korporat Intan Baizura Binti Md Rahim
Ketua Seksyen
Unit Integriti & Governans

9
Bahagian
Pembangunan Dana
Pengenalan
Dalam ‘retreat’ YPM yang diadakan pada 9 hingga
12 September 2013, YPM telah mengenalpasti
beberapa strategi utama yang akan dilaksanakan
dalam Pelan Transformasi YPM bagi memastikan
kewujudan YPM terus relevan. Pembangunan
dana dan jalinan rangkaian strategik bagi tujuan
pengumpulan dana telah diputuskan sebagai
sangat penting dan perlu untuk pencapaian pelan
tersebut.

Visi
Menjadikan YPM Sebagai Sebuah Yayasan Yang
Mempunyai Sumber Kewangan Yang Kukuh Melalui
Perancangan Dan Pelaksanaan Pembangunan
Dana Yang Efektif Dan Berjaya.

Misi
Untuk mengumpul dana melalui pelbagai inisiatif
dan instrumen baru.

Untuk menjalinkan rangkaian strategik dengan


agensi-agensi kerajaan, syarikat korporat, institusi
kewangan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
anak-anak syarikat MARA bagi melaksakan program
Pembangunan Modal Insan YPM dan penjanaan
pendapatan YPM.
Maksud dan Tujuan YPM di dalam klausa 2 :

Untuk menubuhkan, menerima dan


01 mentadbir kumpulan wang bagi
kemajuan pendidikan, saintif ik dan
teknologi untuk Bumiputera.

Untuk menubuhkan dan menyenggara


02 biasiswa, pinjaman, pemberian dan
bantuan kewangan yang lain kepada
Bumiputera bagi maksud membolehkan
mereka meneruskan pengajian mereka
di institusi pendidikan terutamanya
yang ditubuh oleh Majlis.

Usaha pengumpulan dan pembangunan


03 dana ini adalah menepati dua tujuan iaitu
membiayai pelbagai aktiviti pendidikan
semasa YPM, dan mengumpul dan
membangunkan dana kegunaan masa
hadapan.

Bahagian Pembangunan Dana


04 diwujudkan untuk membuka peluang
kepada individu dan syarikat-syarikat
korporat melaksanakan tanggungjawab
sosial korporat mereka untuk
membantu lebih ramai pelajar Melayu
dan Bumiputera merentasi peluang
pendidikan yang terbuka luas untuk
mereka.

11
Piagam Pelanggan

Menyediakan laporan tahunan prestasi


01 pembangunan dana.

Mengemukakan laporan pelaksanaan dan laporan


02 akhir (keberkesanan) kepada penyumbang / penaja.

03 Memastikan resit dan penyata sumbangan


dikemukakan kepada penyumbang.

Objektif
Mencari ruang dan peluang untuk menjalin rangkaian strategik dengan
penyumbang sedia ada, bakal penyumbang dan bekas penerima manfaat YPM
atau MARA bagi menjana dana YPM.

Memberi tumpuan khusus kepada aktiviti mempertingkatkan pengumpulan


dana melalui pelbagai inisiatif dan instrumen.

Menerima, mengumpul dan menguruskan dana CSR dan Zakat.

Mengumpul dan memanfaatkan dana melalui pelbagai sumber seperti


sumbangan korporat, sumbangan individu dan kutipan zakat.

Menyelaras dan memantau pelaksanaan program tajaan penyumbang.


Fungsi

Perancangan tahunan pembangunan dana.

Pemasaran produk YPM.

Penerimaan dan Pengumpulan Dana.

Pengwujudan pangkalan data

13
Pencapaian 2021
Kunjungan Hormat

01 Agensi Kerajaan
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

02 Subsidiari MARA
Bahagian Keusahawanan MARA
Bahagian Pembangunan Usahawan
MARA Incorporated Sdn Bhd
Pejabat MARA Negeri Johor
Pejabat MARA Negeri Perak

03 Institusi Kewangan
Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Pembangunan Malaysia Berhad
Maybank Islamic Berhad
04 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) /
Badan Korporat

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Perniagaan Mazlan & Hashimah

Ahmad Zaki Resources Berhad Prasarana Malaysia Berhad

Ameen Products Sdn Bhd Prowheels Distributor (M) Sdn Bhd

Aramco Overseas Malaysia Sdn Bhd Puncak Niaga Holdings Berhad

Asri Ahmad Academy Pusat Perubatan Ar-Ridzuan

BME Logistics Sdn Bhd Pusat Pungutan Zakat (MAIWP)

Bursa Malaysia Berhad QAP D Optic

Celcom Axiata Berhad QSR Brands (M) Holdings Bhd

Destini Berhad Raed Accenture Sdn Bhd

Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) Suffy Dairy Group Sdn Bhd

Gagasan Nadi Cergas Sdn Bhd Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Gas Malaysia Syarikat Minyak Aff iat Sdn Bhd

GFM Services Berhad Syarikat Takaful Malaysia Berhad

Kiplepay Sdn Bhd TFP Solutions Berhad

Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS U Mobile

Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn UEM Edgenta Berhad

Bhd (KPRJ) Yayasan Bank Rakyat

Majuperak Holdings Berhad Yayasan Khazanah

Malaysian Petroleum Resources Corp. Yayasan Petronas

Maxis Berhad Yayasan Waqaf Malaysia

OCB Berhad

Perak Corporation Berhad

Permodalan Nasional Berhad

15
Jaringan Strategik

SASARAN KPI 2021

RM 5,034,368.00

KPI Q4 2021

RM 5,034,368.00

PENCAPAIAN Q4 2021

RM 5,401,651.11

AKTIVITI Q4 (107%)

207 - Pe n d e ka t a n O rg a n i sa si
65 - Ku n j u n g a n H o rm a t
Jaringan Strategik

NMS Maintenance Service


Wakallah YPM
Nashili & Co.

Sumbangan Individu / CSR Subsidiari MARA

Keluarga Angkat Individu


Potongan Gaji & Zakat Komisyen
YB Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad

Jumlah Keseluruhan

RM5,401,651.11
17
Statistik Penajaan 2021

Bilangan Permohonan & Kunjungan Hormat

Jumlah Permohonan = 207 Kunjungan Hormat = 65 Jumlah Penajaan = 41

172
Bilangan Permohonan

49

21
16
4 7 5 4 5 14 8 8

GLC / Subsidiari & Institusi Agensi Kerajaan /


Syarikat Korporat Usahawan MARA Kewangan Majlis Agama
Seksyen
Anak Angkat

Pengenalan

Skim Anak Angkat


Satu skim pembiayaan persekolahan anak-anak miskin,
telah diasaskan oleh Tan Sri Mohd Radzi bin Tan Sri
Sheikh Ahmad pada tahun 1983, Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri pada masa itu. Melalui Skim
ini, YPM memainkan peranan sebagai perantara yang
menghubungkan golongan Bumiputera yang mampu
membantu dengan pelajar-pelajar Bumiputera yang
memerlukan bantuan, secara sistematik.

Pada awalnya, bantuan kepada anak-anak angkat ini


hanya dibayar apabila keluarga angkatnya membayar
caruman masing-masing. Amalan ini mewujudkan
keadaan di mana pembayaran bantuan kepada anak-
anak angkat tidak menentu dan tidak berterusan.

YPM kemudiannya mengadakan dasar supaya


pembayaran kepada anak-anak angkat ini dibayar
mengikut jadual dengan YPM mendahulukan dananya
bagi pihak keluarga angkat yang lewat membuat
carumannya. Bagi keluarga angkat yang menarik
diri, YPM mengambilalih penajaan pelajar-pelajar
ini sehingga keluarga angkat baru diperolehi untuk
mereka.

19
Pada hari ini, melalui Skim Keluarga Angkat, pihak individu
atau korporat yang mengambil bahagian, menyumbang
RM100.00 sebulan bagi setiap pelajar sekolah menengah
atau RM80.00 untuk sekolah rendah bagi menampung
perbelanjaan persekolahan mereka. Keseluruhan amaun ini
disalurkan kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Pada awal penubuhannya, Skim Anak Angkat memberi


tumpuan kepada bantuan berupa kewangan semata-mata.
Program Tinggal Bersama Keluarga Angkat diperkenalkan
pada awal tahun 1990an. Dalam program yang diadakan
semasa cuti sekolah ini, keluarga angkat yang bersetuju
akan mengambil anak angkat masing-masing untuk tinggal
bersama selama 3 hingga 4 hari. Bagaimanapun disebabkan
kekurangan kakitangan dan masalah-masalah logistik,
program ini tidak diteruskan.

YPM sentiasa mencari jalan untuk menambahkan impak


skim ini kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Bermula dari
tahun 2013, di samping mendapatkan penajaan berbentuk
kewangan dari keluarga angkat, YPM juga berusaha
membangunkan minda dan sahsiah mereka dengan kursus-
kursus motivasi, dan membantu dari segi akademik melalui
program-program pengukuhan akademik.

Lawatan sambil belajar dan beriadah diadakan sebagai acara


kemuncak tahunan dalam bentuk kem cuti sekolah untuk
melatih anak-anak ini berjauhan dari keluarga dan berdikari. Ia
juga merupakan satu program rangsangan dan pendedahan
kepada persekitaran hidup di luar skop kehidupan seharian
mereka.

Sumbangan bantuan persekolahan berupa pelbagai bentuk


juga seperti peralatan sekolah dan buku-buku diberikan oleh
penaja-penaja luar dari masa ke semasa.

Pelajar-pelajar cemerlang pula akan menerima anugerah


insentif dalam bentuk kewangan atau lain-lain.
Justif ikasi

Memberi peluang kepada anak-anak miskin untuk menikmati


alam persekolahan yang lebih sempurna.

Memberi kesedaran, galakan dan perangsang kepada anak-


anak miskin tentang kepentingan dan keperluan pendidikan
untuk menjamin masa hadapan mereka.

Membangunkan potensi, sahsiah dan keyakinan diri pelajar


miskin untuk menuju masa hadapan yang lebih terjamin.
Menghidupkan semangat kemasyarakatan di mana yang
mampu membela mereka yang memerlukan.

Objektif

Menyampaikan maklumat tentang kewujudan Skim Anak Angkat


kepada semua organisasi yang majoriti pemilik / pekerjanya adalah
golongan Bumiputera Melayu.

Membuat agihan berjadual secara tepat, tersusun dan terkawal.

Memastikan sistem pengurusan data dan maklumat Keluarga


Angkat dan Anak Angkat yang tepat dan berkesan.

Sentiasa kreatif mencari pengisian kepada program-program


pengukuhan yang mempunyai impak kepada pembangunan diri
dan akademik anak-anak angkat.

Mempertingkatkan usaha mendapatkan tajaan dana untuk program-


program pembangunan akademik dan sahsiah anak angkat.

Memantau perkembangan anak-anak angkat dengan lebih dekat


dan bersistematik.

21
Sasaran
Pelajar sekolah rendah dan menengah dari kalangan anak-
anak Bumiputera keluarga miskin dengan pendapatan
bulanan keluarga kurang daripada RM2,500.00 sebulan. Pelajar
mestilah menunjukkan potensi untuk maju dalam pendidikan,
mencapai sekurang-kurangnya purata gred C (50%).

Pelajar yang memerlukan bantuan hendaklah melengkapkan


borang permohonan yang disediakan. Setiap permohonan
mestilah mendapat sokongan bertulis daripada pihak sekolah
terlibat.

Visi

Meletakkan YPM sebagai suatu badan


yang diyakini, disegani dan berkesan dalam
membantu dan menggalakkan pembangunan
pendidikan anak-anak melayu miskin
Pencapaian 2021
Penerima Bantuan

PENERIMA BANTUAN 2019 HINGGA 2021

Bilangan Penerima Skim anak Angkat tahun 2019 hingga 2021

Sekolah
Tahun Sekolah Rendah Jumlah
Menengah

2019 104 1,858 1,962

2020 100 1,699 1,799

2021 391 1515 1906

23
PENERIMA BANTUAN MENGIKUT NEGERI TAHUN 2021

TABURAN PELAJAR ANAK ANGKAT MENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2021

Bilangan Bilangan
Bilangan Pelajar
Negeri Pelajar Pelajar
Keseluruhan
Rendah Menengah

Johor 84 109 193

Kedah 48 128 176

Kelantan 79 132 211

Melaka 3 38 41

Negeri Sembilan 22 48 70

Pahang 45 73 118

Perak 10 552 562

Perlis 1 29 30

Pulau Pinang 16 72 88

Sabah 41 59 100

Sarawak 0 52 52

Selangor 13 89 102

Terengganu 5 88 93

Wilayah Persekutuan 24 46 70

Jumlah Keseluruhan 391 1515 1906


Inisiatif Baru Tahun 2021

Pada tahun 2021 YPM telah mengambil inisiatif untuk membantu anak-anak
yatim dan yatim piatu akibat Covid-19. YPM telah mengeluarkan tawaran kepada
Seramai 183 orang anak yatim dan yatim piatu akibat Covid-19 telah diberikan
tawaran sebagai Anak Angkat, bertujuan membantu mereka meneruskan
pembelajaran. Pelajar-pelajar ini dikenalpasti melalui Bahagian Pendidikan
Menengah MARA dan Pegawai Perhubungan Pendidikan Negeri YPM. Berikut
adalah pecahan bilangan pelajar mengikut negeri yang telah terpilih menjadi
anak angkat YPM.

TABURAN PELAJAR ANAK ANGKAT COVID-19 MENGIKUT NEGERI

Bilangan Bilangan
Bilangan Pelajar
Negeri Pelajar Pelajar
Keseluruhan
Rendah Menengah

Johor 4 13 17

Kedah 27 38 65

Kelantan 1 3 4

Melaka 1 4 5

Negeri Sembilan 0 0 0

Pahang 4 5 9

Perak 2 10 12

Perlis 0 2 2

Pulau Pinang 16 13 29

Sabah 0 0 0

Sarawak 0 0 0

Selangor 5 4 9

Terengganu 4 4 8

Wilayah Persekutuan 14 9 23

Jumlah Keseluruhan 78 105 183


25
Kejayaan Anak Angkat

Keadaan semasa pandemik tidak menjejaskan


keputusan peperiksaan SPM 2020 walaupun
kehadiran ke sekolah yang kurang. Kekangan
ini tidak mematahkan semangat pelajar-pelajar
untuk tampil cemerlang dalam SPM 2020.
Sembilan belas (19) orang anak angkat YPM
telah mendapat keputusan Straight A dalam
peperiksaan SPM 2020.
Antara 20 Orang Anak Angkat Cemerlang SPM 2020 – Straight A

Keputusan
Nama Pelajar Keluarga Angkat
SPM 2021

Sof iyatul Hilwani Binti Jaafar Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 12 A

Tasnim Binti Alias Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 12 A

Ilyana Nadhirah Binti Mohd Ruzi Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 11 A

Muhammad Ridhuan Bin


Maybank Islamic Berhad - Tahf iz 11 A
Sulaiman

Najmuddin Bin Fazli Maybank Islamic Berhad - Tahf iz 11 A

Nur Iwana Binti Aziz Maybank Islamic Berhad - Tahf iz 11 A

Sarah Kaiyishah Binti Muhd


Maybank Islamic Berhad - Tahf iz 11 A
Adzmir
Muhammad Izhan Zikry Bin Mohd
Maybank Islamic Berhad - Tahf iz 10 A
Hamdani

Nurfatihah Syaf ikah Binti Che Din Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 10 A

Ahmad Ikmal Hakim Bin


Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 9A
Kamaruddin

Aida Nur Dini Binti Aidy Hasrizal Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 9A

Intan Hirdayu Binti Tarip Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 9A

Muhammad Danish Bin Mohd


Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 9A
Yussri

Muhammad Harraz Bin Azmi Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 9A

Nor Liyana Bt Mohd Azmi Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 9A

Nur Damia Insyirah Binti Mohd


Yayasan Pelajaran MARA 9A
Hamizul

Nur Irdina Syhuhada Binti Azman Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 9A

Nur Shaf iqah Binti Noor Kalbi Majlis Agama Islam Dan `Adat Melayu Perak 9A

Zul Azman Amin Bin Zulkifli Maybank Islamic Berhad - Tahf iz 9A

27
AKTIVITI DAN PROGRAM TAHUN 2021
Program Celik Al-Quran “Jom Ngaji”

Matlamat Program

01 02 03 04
Memberikan Membaca Meningkatkan Membina budaya
pengenalan Al-Quran kemahiran dan membaca
dan asas dengan tajwid kelancaran Al-Quran
membaca yang betul bacaan di kalangan
Al-Quran peserta

Format Pelaksanaan

01 02 03 04
20 orang peserta Pembimbing Kelas berterusan Kelengkapan
yang berminat berpengalaman selama tiga bulan disediakan
dan istiqomah dan bertauliah PERCUMA
Pusat Tajaan Pelaburan MARA Berhad (PMB)
Sekolah Science, Technology,
Negeri Pusat
Engineering, And Mathematics (STEM)

Al – Syubrowi – Seri Kembangan

Al Basiroh Resources, Shah Alam

Selangor Masjid Kg Sg Tekali, Hulu Langat 5


Masjid Negeri Sultan Abdul Aziz Shah,
Shah Alam

Yayasan Maghf irah, Kajang

Putrajaya Surau Ar Rahim Presit 15, Putrajaya 1

Negeri Sembilan Masjid Jamek An-Nur Rembau 1

Kelantan Masjid Ismail Petra Tanah Merah 1

Masjid Jamek Binjai, Kemaman


Terengganu 2
Pertubuhan Cakna Anak Yatim
Kemaman

Jumlah Pusat Celik Quran 10

Pusat Tajaan Association of Accounting Technicians (AAT)

Negeri Cadangan Pusat Celik Quran Sekolah Stem

Selangor Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Subang 1

Jumlah Pusat Celik Quran 1

Pusat Tajaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)


Sekolah Science, Technology,
Negeri Pusat
Engineering, And Mathematics (STEM)
Selangor Masjid Bukit Indah Ampang 1

Kedah SK Padang Terap 1

Jumlah Pusat Celik Quran 2

29
Program Science, Technology, Engineering, And Mathematics (STEM)
Challenge (Tajaan Maybank Islamic Berhad)

Menggalakkan minat pelajar asnaf dalam pendidikan STEM.

Mengendali aktiviti STEM dalam program mingguan selama 4 minggu di sekolah


terpilih.

Terbuka kepada pelajar sekolah menengah di kawasan pendalaman yang majoriti


pelajar adalah asnaf. (Keutamaan kepada sekolah yang mempunyai anak angkat
YPM)

Berpasukan 5 orang pelajar & 1 guru bergabung bagi menghasilkan 1 produk


berasaskan STEM

SEKOLAH STEM MENGIKUT NEGERI TAHUN 2021

Negeri Sekolah STEM

Johor SMK Dato Onn

Kedah Pulau Nyior

Kelantan SMU (A) Meheliah Geting

Melaka SMK Iskandar Shah, Melaka

Negeri Sembilan SMK Dato Mohd Taha

Pahang SMK Tanjung Lumpur

Perak SMK Bukit Merchu

Perak SMK Iskandar Shah, Parit

Perlis SMK Perlis

Pulau Pinang SMK Batu Maung

Selangor SMK Dato' Abu Bakar Baginda

Kuala Lumpur SMK Batu Muda


Pencapaian 2021
Program Bantuan Tablet - Anak Angkat
Pandemik Covid-19 yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan di
seluruh Malaysia pada tahun 2020, telah memberi kesan kepada pelajar
sekolah yang terpaksa menjalani Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah
(PdPR). Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) memerlukan
peralatan yang lengkap untuk memastikan pelajar boleh menjalani
PdPR dengan sempurna dan pembelajaran lebih mudah. SAA telah
mengambil inisiatif menyediakan bantuan tablet kepada anak angkat
terpilih. Mereka yang terpilih adalah pelajar tingkatan 5 (SPM 2021) yang
menunjukan peningkatan prestasi akademik pada tahun 2019.

Program Pemantauan Anak Angkat SPM 2021


Pemantauan anak angkat pada tahun 2021 telah dijalankan pada 23 dan
24 Disember 2021 secara dalam talian. Pemantauan ini lebih kepada
memberikan informasi-informasi kepada pelajar-pelajar SPM 2021
sebelum mereka menghadapi peperiksaan SPM 2021. Antara maklumat
yang diberikan adalah peluang-peluang pengajian di IPMA yang
merupakan Institusi Pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Anak Angkat YPM yang melanjutkan pengajian di KUPTM atau KPTM
pada tahun 2021, berpeluang mendapat insentif sebanyak RM5,000.00.

31
Seksyen
Kecemerlangan Pelajar

Pengenalan

Skim Kecemerlangan Pelajar


Laporan ini bertujuan untuk melaporkan pelaksanaan program-
program yang dikendalikan oleh Seksyen Kecemerlangan Pelajar
(SKP) Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sepanjang tahun 2021. SKP
merupakan Seksyen yang bertanggungjawab untuk melaksanakan
program kepada pelajar seluruh Malaysia di bawah “flagship” Program
Pintar@KPLB yang diselaras di bawah Bahagian Kesejahteraan Rakyat
(KR) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Di YPM, SKP melaksana dan menyelaras dua program utama


sepanjang tahun 2021 iaitu Program Tuisyen Pintar @KPLB 2021 dan
Program Kecemerlangan dan Pembangunan Modal Insan (PKPI).

Tahun 2021, seluruh dunia amnya dan Malaysia khususnya telah


diuji dengan penularan Pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan
semua sektor termasuk sektor Pendidikan. Perubahan pada takwim
persekolahan dan pengenalan pada Norma Baharu dalam Pendidikan
menjadi cabaran utama dalam melaksanakan program ini.

Bagi memastikan pelajar-pelajar tidak ketinggalan di dalam pelajaran


tatkala berdepan dengan situasi mencabar ini, beberapa kaedah /
mod pelaksanaan norma baharu telah diperkenalkan agar pelajar-
pelajar terus dapat dibantu melalui program-program pendidikan
kendalian YPM ini.

Kerjasama daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam
memastikan kelancaran program-program ini amat dihargai.
Visi

Untuk mempertingkatkan program – program


pembangunan insan dan tranformasi
kecemerlangan pelajar

Misi

Untuk mempertingkatkan program-program modal insan dan


transformasi kecemerlangan pelajar;

Untuk mempertingkatkan pengumpulan dana melalui pelbagai


inisiatif dan instrument baru yang berbentuk islamik.

Untuk mempertingkatkan kajian Pendidikan dan sosioekonomi


Melayu dan Bumiputera;

Untuk mempertingkatkan jalinan rangkaian strategik dengan agensi-


agensi kerajaan, GLC dan swasta bagi melaksanakan Pembangunan
Modal Insan dan penjanaan pendapatan YPM;

Untuk mengadakan pelbagai inisiatif bagi membangunkan modal


insan warga kerja YPM; dan

Untuk memastikan kecekapan sistem penyampaian berdasarkan


kepada budaya kerja cepat, tepat dan betul.

33
Objektif

Mewujudkan fenomena baru dalam transformasi Kelas Bimbingan


(MRSM / SBP) melalui peningkatan akademik terutama dalam subjek
kritikal. Mengekalkan momentum kecemerlangan, menerbitkan rasa
keYAKINan, POTENSI diri dan melahirkan pelajar yang berMOTIVASI.

Memperkasakan kecemerlangan dan pendidikan Melayu dan


Bumiputera melalui motivasi berTERUSAN bagi menjana transformasi
diri melalui keYAKINan, POTENSI diri dan berMOTIVASI pelajar supaya
keluar dari kepompong.

Melahirkan pelajar Melayu dan Bumiputera yang berpengetahuan


mengenai hala tuju dan transformasi sikap.

Membina diri pelajar Melayu dan Bumiputera dengan persiapan


diri melalui persediaan untuk menghadapi peperiksaan utama dan
menzahirkan keyakinan diri dengan peningkatan prestasi serta
pengekalan momentum kecemerlangan.
Meningkatkan momentum kecemerlangan pelajar Melayu dan
Bumiputera melalui pendekatan yang lebih komprehensif dan
berterusan.

Mempergiatkan agenda transformasi kecemerlangan pendidikan


melalui jalinan strategik bersama NGO pendidikan / PIBG

Menerapkan pendidikan keibubapaan menerusi Seminar Pendidikan


Keibubapaan.

Melahirkan generasi yang mempunyai semangat kesukarelaan


dalam memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera.

35
Program-program ini menyasarkan pelajar
daripada keluarga berpendapatan rendah

Pengenalan
Program Tuisyen Pintar @KPLB dan Program Kecemerlangan
Pembangunan Insan (PKPI) merupakan Program Pembangunan
Modal Insan secara percuma berkonsepkan Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh YPM dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program-progam ini mensasarkan pelajar-pelajar dari keluarga


berpendapatan rendah khususnya di luar bandar.

Pihak sekolah dan ibu bapa yang kurang berkemampuan sangat


mengalu-alukan program sebegini terutamanya untuk membantu
meningkatkan motivasi para pelajar dikala berdepan dengan dugaan
penularan Covid-19 yang melanda negara sepanjang tahun 2021 ini.

Program Tuisyen Pintar @KPLB

Berkonsepkan kelas tuisyen secara berpusat di sekolah-sekolah terpilih termasuk


Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai tuan rumah dengan setiap pusat
disertai oleh 100 pelajar sekitar, ianya akan memberi peluang kepada pelajar
mendapat bimbingan terus daripada guru-guru pakar kementerian atau MARA.

Pelaksanaan tuisyen di bawah kelolaan YPM mempunyai 4 komponen utama


yang disusun sepanjang 10 pertemuan bagi memastikan pelajar mendapat
bimbingan yang berkesan dan dapat memanfaatkan program tuisyen ini pada
tahap yang maksimum iaitu:

a. Teknik belajar secara berkesan;


b. Latih tubi bagi 4 subjek Teras / Sains;
c. Teknik menjawab soalan peperiksaan; dan
d. Program pengukuhan & motivasi.
Program Kecemerlangan dan Pembangunan Modal Insan (PKPI)

Merupakan program berbentuk Bengkel, Motivasi, Teknik Menjawab Soalan,


Seminar dan sebagainya yang dilaksanakan di lokasi-lokasi terpilih dengan
kerjasama pelbagai agensi pendidikan setempat seperti Jabatan Pendidikan
Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Program ini dilaksanakan di seluruh negara dengan memberi keutamaan


kepada kawasan luar bandar juga kawasan-kawasan PPRT di bandar.

Pencapaian 2021
Antara program PKPI yang dilaksanakan pada tahun 2021 ini adalah:

a. Program Selangkah ke Universiti


b. Program Motivasi Kemahiran Belajar Sekolah Menengah
c. Program Motivasi Kemahiran Belajar Sekolah Rendah
d. Program Kem Motivasi SPM
e. Seminar Keibubapaan (Parenting)
f. Program Teknik Menjawab Soalan
g. Kem Kepimpinan
h. Usahawan Digital
i. Communication & Public Speaking
j. Penajaan Program

37
Objektif

Meningkatkan tahap penguasaan dan pencapaian akademik sebagai


pemangkin kecemerlangan modal insan dan peningkatan sosio-
ekonomi.

Membantu pelajar mendapat pembelajaran tambahan secara


percuma di luar waktu pembelajaran rasmi oleh guru-guru pakar.

Meningkatkan tahap keyakinan dan mendorong pelajar-pelajar


membina kecemerlangan jati diri melalui ilmu kemahiran dan
kompetensi (soft skill).

Sasaran

Pelajar yang menjadi sasaran YPM bagi program ini


adalah dengan memberi keutamaan kepada :
• Bumiputera;
• Pelajar yang menduduki peperiksaan
UPSR dan SPM;
• Pelajar dari keluarga B40; dan
• Berprestasi sederhana
Program Tuisyen
Mod Pelaksanaan

Penularan Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia telah


menjejaskan takwim persekolahan secara keseluruhan.

Perkara ini sedikit sebanyak memberi kesukaran kepada pusat pelaksana


untuk menyusun atur jadual perjalanan program.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terpaksa menambah baik


kaedah Pengajian dan Pembelajaran (PDP) di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia sesuai dengan suasana norma baharu yang ditetapkan oleh
pihak Kerajaan.

39
Mod Pelaksanaan

Bagi menghadapi suasana norma baru, terdapat 3 Mod pelaksanaan telah


diperkenalkan oleh YPM bagi melaksanakan program Tuisyen pada tahun ini seperti
berikut:

Mod Pelaksanaan Huraian

A Pembelajaran dalam talian:

• Platform Zoom / Google Meet

• Pengajar / Modul Oleh Guru MRSM / KPM

• Pelajar berada disekolah masing-masing

• Dipantau oleh guru bimbingan sekolah masing-

masing

B Home-Based Learning:

• Modul oleh Guru MRSM / KPM

• Pelajar menerima nota / latihan bercetak

• Penghantaran tugasan / latihan secara emel /

serahan tangan melalui guru bimbingan sekolah

masing-masing

• Pertanyaan oleh pelajar secara terus kepada guru

MRSM melalui aplikasi Whatsapp / Telegram

C Bersemuka / Physical Class:

• Pelajar belajar di pusat MRSM / Pusat secara

bersemuka; ATAU

• Guru MRSM mengajar secara bersemuka di

sekolah-sekolah yang terlibat ( jadual penggiliran)


Konsep Pelaksanaan

Program Tuisyen @KPLB pada tahun ini masih mengekalkan 10 pertemuan kelas
bimbingan secara keseluruhan.

Tenaga pengajar terdiri daripada guru pakar MRSM / guru pakar KPM yang
terlibat secara langsung samada sebagai pembuat soalan mahupun pemeriksa
kertas jawapan Peperiksaan SPM.

Mod pelaksanaan adalah tertakluk pada kebenaran dan kelulusan yang diberikan
oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
setempat.

Kaedah Pelaksanaan adalah seperti berikut:

Perkara Tuisyen SPM

10 Pertemuan Kelas Tuisyen, Mentor Mentee &


Pelaksanaan
Program Pengukuhan

Lokasi Tertakluk pada mod pelaksanaan yang dipilih

Peserta 100 Orang Pelajar Sekitar

Mentor 10 Pelajar Cemerlang MRSM / Sekolah tepilih

Subjek 4 Subjek Teras / Sains

Tenaga Pengajar Guru Pakar MRSM / JPN / PPD

Kos Pelaksanaan RM35,000.00

Bilangan Pusat mengikut mod pelaksanaan adalah seperti berikut:

Mod Pelaksanaan Jumlah Pusat

A 54

B -

C -

Jumlah Keseluruhan 54

41
Maklumat Dan Taburan Pusat

Memandangkan Peperiksaan UPSR pada tahun 2020 telah dimansuhkan,


pelaksanaan Program Tuisyen pada tahun ini hanya dilaksanakan untuk
pelajar calon SPM sahaja .

Taburan Pusat Tuisyen 2021 mengikut negeri adalah seperti berikut :


pelajar calon SPM terpilih sahaja.

Negeri Pusat Pelaksanaan

Perlis 2

Kedah 7

Pulau Pinang 3

Perak 9

Selangor 2

Wilayah Persekutuan 1

Negeri Sembilan 3

Melaka 3

Johor 5

Pahang 4

Kelantan 5

Terengganu 3

Sarawak 3

Sabah 4

Jumlah Keseluruhan 54
Program tuisyen merupakan program yang mendapat perhatian daripada Syarikat-
Syarikat Korporat yang ingin bekerjasama sebagai rakan penaja seperti berikut:

Peruntukan / Penajaan Bilangan Pusat Jumlah (Rm)

Aramco Overseas Malaysia Sdn Bhd 5 175,000.00

Celcom Axiata Berhad 2 70,000.00

Gas Malaysia Berhad 10 350,000.00

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 1 35,000.00

Yayasan Pelajaran MARA 36 1,260,000.00

Jumlah Keseluruhan 54 1,890,000.00

43
Impak Program Tuisyen

01 Peserta
Program tambahan seperti Tuisyen Pintar @KPLB ini sangat
membantu pelajar di kala persediaan mereka untuk menghadapi
Peperiksaan SPM sedikit terjejas kesan daripada penularan Covid-19
yang mengubah takwim persekolahan secara keseluruhan.

Modul yang dibekalkan oleh guru pakar Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM) / Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat menjadi
nota tambahan kepada mereka untuk lebih memahami topik-topik
penting yang diajar.

02 Pusat / Sekolah Terlibat


Mod Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PDPR) yang
telah diperkenalkan melalui program membantu mereka bersedia
menghadapi suasana Pendidikan Norma Baharu pada pembukaan
sesi persekolahan 2021 yang hampir seluruh negara terpaksa belajar
melalui PdPR ini.

Apabila kelas bersemuka tidak dapat dilaksanakan, perkongsian dan


pertukaran Modul pembelajaran antara guru MRSM dan guru KPM
dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

03 Penaja
Melalui program ini, penaja dapat berada dengan lebih dekat untuk
melihat suasana pendidikan masa ini khususnya di luar bandar.

Bantuan dan sumbangan berbentuk program pendidikan seperti ini


sangat dialu-alukan dan diharapkan oleh para pelajar dan ibu bapa
untuk memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam suasana
pendidikan yang semakin mencabar pada masa ini.

Penaja dapat mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi di


kalangan peserta yang ditaja sekiranya terdapat peluang pembiayaan
untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Isu dan Cabaran
Penularan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk
Malaysia pada tahun 2020 ini merupakan suatu yang paling mencabar dalam
melaksanakan program Tuisyen ini semenjak ia mula diperkenalkan pada
tahun 2016.

Perubahan takwim persekolahan secara keseluruhan juga menyebabkan


pusat-pusat mengalami kesukaran untuk menyusun jadual pelaksanaan
program ini.

Penutupan sekolah beberapa kali kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan


(PKP) sedikit sebanyak menjejaskan kelancaran program ini.

Tindakan Semasa
Bagi berdepan dengan suasana pendidikan norma baharu, YPM juga telah
melaksanakan Standard Operating Procedure (SOP) pelaksanaan program
yang selaras dengan ketetapan yang disyorkan pihak Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Penjarakan sosial dan penyediaan pelitup muka dan pensanitasi tangan telah
dilaksanakan bagi pusat-pusat yang dibenarkan melaksanakan program
dengan mod bersemuka.

Bagi pusat yang tidak dapat melaksanakan program secara bersemuka, mod
baru pelaksanaan telah diperkenalkan iaitu kelas dalam talian (Online) dan
Home Based learning.

Cadangan Penambahbaikan
Capaian internet perlu diperkasakan kerana kebanyakan peserta adalah
daripada luar bandar.

Pembiayaan pembelian data internet juga dilihat dapat banyak membantu


pelajar dan ibu bapa yang kurang berkemampuan.

45
Seksyen
Bantuan Persekolahan
Misi

Untuk memastikan Seksyen Bantuan Persekolahan (SBP) berperanan


sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang mengikuti sistem
persekolahan negara sehingga tamat walaupun ditimpa bencana.

Untuk memastikan SBP berperanan sebagai pemangkin kepada


memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan
pelajar agar berada pada peringkat terunggul.

Untuk menjalinkan rangkaian strategik bersama individu dan agensi


berpotensi dalam memastikan pelajar miskin terbela dan pendidikan
diperkasa.

Untuk memastikan SBP sentiasa meningkatkan tahap keberkesanan


penyampaian dana bantuan persekolahan YPM.

Untuk memastikan bantuan yang bakal disalurkan sampai dan


bermakna kepada pelajar miskin.

Untuk memastikan kakitangan SBP sentiasa boleh menerima


inisiatif-inisiatif baru dari aspek pengukuhan modal insan.

Untuk memastikan kecekapan sistem penyampaian berdasarkan


kepada budaya kerja cepat, tepat dan betul diterapkan di dalam
budaya kerja kakitangan SBP.
Objektif

Berperanan sebagai pembela pelajar miskin agar berpeluang


meneruskan persekolahan walaupun menghadapi masalah
kewangan atau keluarga ditimpa bencana.

Berperanan sebagai pelaksana / pelengkap CSR kepada rakan


strategik dan penyumbang berpotensi.

Berperanan sebagai salah satu program pilihan oleh penyumbang


(penaja) untuk menarik minat mereka menyumbang kepada YPM.

Berperanan sebagai pemangkin kepada usaha YPM dalam


memperkasakan pembangunan modal insan dan kecemerlangan
pelajar agar berada pada peringkat terunggul.

Fungsi

Menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar yang


memerlukan di peringkat persekolahan berdasarkan
skim-skim sedia ada di YPM.

Mengadakan kerjasama dengan anak-anak syarikat dan


lain-lain agensi kerajaan / swasta dalam menjalankan
program-program bantuan secara bersama.

Menyalurkan bantuan berupa keperluan persekolahan


dan bantuan lain (barangan dan perkhidmatan)
yang bersesuaian kepada pelajar dalam memenuhi
keperluan dan keselesaan pelajar.

Menyalurkan apa jua bantuan berbentuk kewangan /


keperluan / barangan kepada golongan sasar / pelajar
yang ditimpa musibah/bencana.

Mengadakan bantuan kewangan kepada pelajar-


pelajar yang mendapat keputusan cemerlang di
dalam peperiksaaan utama di peringkat persekolahan
sebagai insentif dan galakan kepada mereka untuk
terus maju dalam pelajaran.

47
Skim Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA (YPM) melaksanakan inisiatif Corporate
Social Responsibility (CSR) yang disalurkan kepada pelajar miskin
peringkat persekolahan. Bantuan yang disampaikan adalah sebagai
galakan untuk mempertingkatkan prestasi akademik pelajar. Inisiatif
berbentuk bantuan peralatan/kelengkapan persekolahan / wang
tunai adalah berperanan dalam memastikan pelajar dari golongan
pertengahan dan rendah mendapat perhatian sewajarnya selain
memberi sokongan moral kepada ibu bapa / penjaga dalam membantu
menyediakan keperluan persekolahan.

Inisiatif CSR utama yang dilaksanakan oleh YPM adalah Skim Bantuan
Persekolahan YPM (SBP). Skim ini terbahagi kepada empat (4) kategori
utama iaitu:

• Skim Bantuan Persekolahan (Rendah & Menengah)


• Skim Bantuan Persekolahan (Program Khas)
• Skim Bantuan Khas Persekolahan (SBKP)
• Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

01 Skim Bantuan Persekolahan


(Rendah & Menengah)

Bantuan ‘one-off ’ berbentuk kewangan kepada pelajar bagi


keluarga yang berpendapatan rendah dengan kadar maksima
RM500.00 (Menengah) dan RM300.00 (Rendah).

Tahun Bilangan Pelajar Jumlah

2021 8,336 RM462,311.00


02 Skim Bantuan Persekolahan
(Program Khas)

Kerjasama strategik bersama organisasi / institusi / pertubuhan


dan pihak lain yang berkaitan dalam menjayakan program bantuan
berbentuk kewangan / barangan / peralatan yang berkaitan dengan
keperluan persekolahan kepada pelajar.

Bantuan Persekolahan - Program Khas merupakan bantuan yang


dilaksanakan dalam skala yang besar. Bagi tahun 2021, bantuan ini
dilaksanakan menerusi Program ‘Back To School’.

Program ‘Back To School’ 2021 dilaksanakan demi membantu pelajar-


pelajar dalam usaha mengurangkan beban ibu bapa apabila menjelang
sesi persekolahan di awal tahun. Program ini memfokuskan sasaran
pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah melibatkan 222
Parlimen / Bahagian di seluruh negara.

Bagi mengenal pasti sasaran pelajar yang layak, YPM mendapat


kerjasama PPD Negeri / Bahagian seluruh negara untuk penyaluran
bantuan. Kriteria pelajar adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia
ii. Bumiputera
iii. Berpendapatan RM3,000.00 ke bawah / B40 (Ibu bapa/Penjaga)

Tahun Bilangan Pelajar Jumlah

2021 44,500 RM2,652,900.00

49
03 Skim Khas Bantuan Persekolahan (SBKP)
Bantuan kepada pelajar-pelajar atau institusi / organisasi /
pusat-pusat kebajikan / lain-lain yang berkaitan yang ditimpa
bencana atau musibah (kebakaran, banjir, kemalangan) dalam
bentuk kewangan / barangan / peralatan.

Tahun Bilangan Pelajar Jumlah

2021 511 RM309,070.00

04 Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)


Satu lagi inisiatif CSR YPM ialah bantuan ‘one-off ’ SDEP
bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah
kewangan semasa mengikuti pengajian di Institusi Pengajian
Tinggi.

Tahun Bilangan Pelajar Jumlah

2021 394 RM700,000.00

Pada sepanjang tahun 2021, YPM melalui skim-skim di bawah


SBP seperti di atas telah melaksanakan pemberian bantuan di
seluruh negara dengan kerjasama Kementerian Pembangunan
Luar Bandar (KPLB), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan
subsidiarinya melalui program Corporate Social Responsibility
(CSR) MARA.

Tahun Bilangan Pelajar Jumlah

2021 5,750 RM499,934.00


Pencapaian 2021
Bantuan / Sumbangan Seksyen Bantuan Persekolahan YPM Tahun 2021

Jumlah Penerima Jumlah Sumbangan


Kategori Manfaat (Rm)
Skim Bantuan Persekolahan
8336 462,311.00
(Rendah & Menengah)

Skim Bantuan Persekolahan


44,500 2,652,900.00
(Program Khas)
Skim Bantuan Khas
Persekolahan 511 309,070.00
(SBKP)
Skim Dana Ehsan Pendidikan
394 700,000.00
(SDEP)

Jumlah Keseluruhan 53,741 4,124,281.00

51
Seksyen
Pendidikan Tertiari

Pada tahun 2021, Seksyen Pendidikan Tertiari (SPT)


menguruskan dua (2) sumber dana daripada Maybank
Islamic Berhad bagi Program Semarak Ilmu dan
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK).

Pembiayaan Pendidikan Tertiari memberi peluang


kepada pelajar lepasan SPM menyambung pengajian ke
peringkat lebih tinggi atau mengikuti program kemahiran
yang memberi jaminan pekerjaan.

Pembiayaan adalah berbentuk bantuan kewangan


pendidikan dan sara hidup.
01 Program Semarak Ilmu (PSI)

Tahun 2021, SPT menawarkan


pembiayaan pendidikan tertiari
kepada 180 pelajar peringkat pengajian
tinggi dengan jumlah keseluruhan
RM720,300.00. Taburan kategori
pembiayaan melalui Program Semarak
Ilmu adalah seperti berikut:

Jumlah
Kategori Pembiayaan Jumlah Pelajar (RM)

Semarak Ilmu Challenged Grant 20 80,000.00

Matrikulasi Jurusan Perakaunan


50 200,300.00
Professional(JPPo)

Tertiari (Diploma / Ijazah) 110 440,000.00

53
Semarak Ilmu Challenged Grant telah mula diperkenalkan
pada tahun 2018. Pembiayaan pelajar memfokuskan kepada
pelajar orang kelainan upaya (OKU) di peringkat pengajian
tinggi yang sebelum ini adalah biasiswa penuh sepanjang
pengajian. Namun pada tahun 2021, PSI memperuntukkan
bantuan pendidikan secara one-off sahaja kepada setiap
permohonan.

Tahun 2021 juga memperkenalkan bantuan kewangan kepada


pelajar lepasan SPM yang mengikuti program matrikulasi,
Jurusan Perakaunan Professional (JPPro). JPPro adalah salah
satu program professional yang ditubuhkan hasil kerjasama di
antara Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia
(BMKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan the Association
of Chartered Certif ied Accountants (ACCA) Malaysia. Harapan
untuk melahirkan ramai akauntan bertauliah dari kalangan
Bumiputera. Program ini adalah sama seperti program ACCA
yang ditawarkan di INTEC, Sunway College, Penang Central
College dan lain lain institusi yang berkenaan. Namun laluan
kursus ini agak berbeza dari kolej-kolej lain. Bagi melayakkan
seseorang pelajar lepasan SPM untuk mengikuti program
ACCA, mereka perlu mengikuti program ACCA Certif ied
Accounting Technician (CAT) terlebih dahulu. Manakala
JPPro adalah satu program di mana pelajar SPM boleh terus
mengikuti program ACCA tanpa perlu melalui program CAT.

Manakala bantuan kategori pembiayaan Tertiari (Diploma /


Ijazah) adalah bantuan pendidikan seperti tahun sebelum ini
memfokuskan pelajar lepasan SPM yang mengikuti program
Diploma atau Ijazah di Universiti tempatan dan bantuan
diberikan secara one-off bagi satu semester.

Penyaluran bantuan PSI masih dalam proses dan dijangka


selesai agihan pada bulan Julai 2022.
02 Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya
(PLKK), KPLB
Tahun 2021, Seksyen Pendidikan Tertiari (SPT) menawarkan pembiayaan
pendidikan tertiari kepada 180 pelajar peringkat pengajian tinggi dengan
jumlah keseluruhan RM720,300.00. Taburan kategori pembiayaan melalui
Program Semarak Ilmu adalah seperti berikut:

Kos Seorang
Tempoh Jumlah Jumlah
Kategori Pembiayaan Pelajar
Pengajian Pelajar (RM)
(RM)

Terminal Tractor
Operator / KYM STES 4 Minggu 3,000 30 90,000.00
Sdn Bhd

Metal Parts
Manufacturing /
5 Minggu 3,000 166 498,000.00
Myland Training &
Services

Hospitaliti &
Pelancongan
Perkhidmatan
4 Minggu 3,000 50 150,000.00
Kesenian Pastri
Professional / TGCC
PLT

Pemilihan Pelajar

Pelaksanaan temuduga diadakan sebagai langkah mengenal pasti kesungguhan


pelajar terhadap bidang yang diceburi. Hanya pelajar yang layak dan menepati
syarat permohonan sahaja dipanggil untuk temuduga.

Berikutan saranan kerajaan dalam perintah kawalan mencegah wabak Covid-19,


temuduga diadakan secara atas talian.

55
Seksyen
Pentadbiran dan Sumber Manusia
(Pentadbiran)
Pelaksanaan MS ISO 9001:2015
International Organization for Standardization atau lebih dikenali
sebagai ISO, adalah salah satu standard antarabangsa dalam sebuah
sistem pengurusan untuk mengukur kualiti organisasi. ISO berperanan
dalam mengukur kredibiliti organisasi yang ingin bersaing secara
global dan merupakan cara untuk meningkatkan sistem pengurusan
kualitinya.

Organisasi yang mempunyai pensijilan ISO berkemungkinan lebih


untuk menerajui persaingan pasaran. Ini kerana adanya jaminan kualiti
dari produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, serta kepercayaan
pelanggan kepada jenama/perkhidmatan berkaitan. Pelaksanaan ISO
9001:2015 di YPM secara tidak langsung membantu meningkatkan
Sistem Pengurusan dan Kualiti Operasi YPM.

YPM telah memperolehi Sijil ISO daripada SIRIM QAS dan IQNet bermula
pada 22 Disember 2017 dan akan tamat pada 21 Disember 2023.

Pelaksanaan skop pensijilan adalah


merangkumi Pengurusan Perkhidmatan
Aktiviti YPM iaitu;

i. Skim Bantuan Persekolahan (SBP), Skim


Dana Ehsan Pendidikan (SDEP), Pengurusan
Sumbangan Dana dan Skim Pembiayaan
Pendidikan Tinggi (SPIN) yang kini dikenali
sebagai Pembiayaan Pendidikan Tertiari.

ii. Pelaksanaan Tuisyen, Program Kecemerlangan


dan Pembangunan Insan (PKPI) dan Skim Anak
Angkat.

iii. Pengurusan Majlis dan Program YPM

iv. Perkhidmatan Sokongan Korporat


Status Terkini
Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) YPM
1. YPM telah melaksanakan audit kualiti dalaman pada 9 hingga 17
Disember 2021. YPM telah membuat tindakan pembetulan dan
penambahbaikan bagi menghadapi Audit oleh pihak SIRIM.

2. Y
PM juga telah melaksanakan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan
(MKSP) pada 5 Januari 2022 bagi membentangkan isu-isu berkaitan
Pelaksanaan ISO 9001 : 2015 di YPM.

3. Audit Pemantauan oleh pihak SIRIM telah diadakan pada 13 & 14


Januari 2022. SIRIM telah mengeluarkan ‘Nonconformity Report’
dan YPM telah berjaya mengekalkan rekod tiada ketakakuran atau;

a. Total no. of minor NCR(s) : 0


b. Total no. of major NCR(s) : 0

MS ISO 9001:2015
"Satu standard bertulis yang menetapkan keperluan asas dalam
melaksanakan sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi kehendak
dan kepuasan pelanggan dan pihak berkepentingan (stake holder)"

NOVEMBER
• Bengkel & Mesyuarat
Pengurusan Risiko
& Peluang

DISEMBER
• Mesyuarat
JULAI Kajian Semula
SEPTEMBER
Pengurusan
• Bengkel Semakan
Dokumen Kualiti
ISO 9001:2015
• Kelulusan
Dokumentari NOVEMBER
• Audit Dalaman
• Tindakan
Pembetulan
JANUARI 2022
• Audit Susulan
• Audit Pemantauan
SIRIM 2021

57
Sijil ISO 9001 : 2015
Seksyen
Pentadbiran dan Sumber Manusia
(Sumber Manusia)

Pelaksanaan Latihan / Kursus Bagi Tahun 2021

Penggunaan Peruntukan Latihan / Kursus 2021

PERINCIAN IBU PEJABAT


(RM)

Peruntukan disediakan 149,106.00

Telah digunakan 105,788.00

BAKI PERUNTUKAN 43,318.00

Bilangan Latihan / Kursus 2021 dan Kos Pelaksanaan Mengikut Bulan

Jumlah
Bulan Bilangan Kursus (RM)

Jun 1 1,998.00

Julai 3 9,000.00

Ogos 3 13,185.00

September 9 32,220.00

Oktober 6 21,740.00

November 3 27,645.00

JUMLAH 25 105,788.00

59
Penggunaan Peruntukan Latihan / Kursus 2021 (Quarter)

Bilangan Kursus Mengikut Sukuan (Quarter)

0 1 15 9

Q1 Q2 Q3 Q4
(Jan - Mac) (Apr - Jun) (Jun - Ogos) (Sept - Dis)
Pelaksanaan Latihan / Kursus Bagi Tahun 2021
(Mengikut Kategori)

Peningkatan Kompetensi : Kursus / Latihan yang berkaitan


01 dengan bidang tugas semasa.

Contoh : Microsoft Off ice, Kursus Kewangan, Kursus Audit,


Kursus Pemandu, Kursus Setiausaha dan sebagainya

Pembangunan Kerjaya : Kursus / latihan diluar bidang tugas


02 semasa.

Contoh : Pengucapan Awam, Integriti, Pengurusan kewangan


kepada bukan pegawai kewangan dan sebagainya.

Kepimpinan & Pengurusan : Kursus / latihan berkaitan


03 kepimpinan atau bengkel dalaman YPM

Contoh : Seminar kepimpinan, Bengkel ISO, Bengkel transformasi


YPM dan sebagainya.

Umum : Seminar / ceramah berkaitan tajuk-tajuk umum yang


04
diberikan kepada semua wargakerja

Contoh : Bicara tokoh, seminar pekerja cemerlang dan


sebagainya.

61
Pecahan Latihan / Kursus 2021 Mengikut Kategori

Bilangan Kursus Mengikut Kategori

11 5 6 3

Peningkatan Pembangunan Kepimpinan Umum


Kompetensi Kerjaya &
Pengurusan

Ringkasan peratusan kakitangan yang telah menghadiri latihan / kursus bagi


tahun 2021 adalah seperti berikut:

Bilangan
Jumlah Hari Peratus (%)
Kakitangan

≥3 Hari 94 97.92

1-2 0 0

0 2 2.08

JUMLAH 96 100%
Integriti
dan Governans

Pengenalan
Kerajaan telah bersetuju mewujudkan Unit Integriti Dan Governans (IGU)
di semua agensi awam bagi tujuan untuk memastikan penjawat awam
mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh.
Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran
tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan penjawat awam.

Penubuhan IGU ini diyakini dapat membantu memperkukuhkan kawalan


dalaman bagi mencegah gejala rasuah, salah guna kuasa dan penyelewangan
seterusnya mewujudkan budaya yang bersih dan sihat di Yayasan Pelajaran
MARA.

Penubuhan IGU di Yayasan Pelajaran MARA adalah selaras dengan surat


edaran dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) bertarikh 3 Oktober 2019 rujukan:
MARA.500-4/13/4 (32) bagi mematuhi Surat Pekeliling Am MARA Bil. 02/2019
berkaitan Penubuhan Unit Integriti Dan Governans Di Subsidiari MARA.

IGU YPM diperakukan dalam Mesyuarat Pengurusan dan diluluskan di


Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran MARA Ke-225 (Bil. 3 Tahun
2019) pada 31 Oktober 2019. IGU YPM berkuatkuasa pada 1 November 2019.

63
Fungsi Teras

01 02
Pengesanan
Pengurusan &
Aduan Pengesahan

4 FUNGSI TERAS
UNIT INTEGRITI
& GOVERNANS

03 04
Pengukuhan Governans
Integriti
Aktiviti

01 Pengukuhan Integriti

Objektif
Bengkel/ Ceramah Aktiviti
/ Taklimat/ Kumpulan Pengukuhan
Tarikh Tempat
Penerbitan Dan Sasaran Integriti
Lain-Lain Yang
Dijalankan
Bengkel Online
Pembangunan 27 Ogos 2021 Zoom AJK
OACP peringkat - & Bilik Pembangunan 2
Anak Syarikat 23 November 2021 Mesyuarat OACP
MARA YPM

Webinar
Integriti dalam
Pengurusan
25 Oktober 2021 Online IGU 7
Organisasi:
Membudayakan
Whistleblower

Kursus Online
Integriti, Etika Zoom di
Semua
& Penampilan 8 November 2021 ruang kerja 3
Kakitangan
Bersama masing-
CuteCarry masing

65
02 Tadbir Urus

Nama Dasar / Dasar / Sistem Tarikh Kelulusan


Objektif Aktiviti Tadbir
Sistem Prosedur Prosedur Lembaga
Urus Yang Dijalankan
Kerja Kerja Pengarah

Pengisytiharan
kepentingan pengurusan
Pelaksanaan 14 Januari bagi memastikan integriti
Pengisytiharan 2021-Mesyuarat dan ketelusan di pihak
Baharu
Kepentingan Ahli Pengurusan YPM Ahli Pengurusan YPM
Pengurusan ke 250 (Bil 1 2021) dalam meluluskan
sesuatu keputusan dalam
mesyuarat

Pembangunan Pelan
Antirasuah di YPM
bagi memastikan
Pembangunan organisasi mengambil
Pelan Antirasuah Baharu Draf 1 langkah berjaga-jaga
YPM dan berinisiatif untuk
mengekang masalah
integriti dan rasuah pada
masa hadapan
Seksyen
Audit Dalam

Pengenalan
Ditubuhkan pada 14 Oktober 2003 melalui kelulusan Mesyuarat Lembaga
Pengarah YPM Bil.89 (6/2003) selaras dengan pengstrukturan semula YPM
dan pindaan ke atas perintah Majlis Amanah Rakyat (Yayasan Pelajaran MARA)
pada tahun tersebut. Pindaan Perintah tersebut melibatkan pengasingan
fungsi YPM kepada dua entiti yang berasingan iaitu pendidikan dan dana
YPM.

Nama seksyen ini juga telah ditukar beberapa kali seperti berikut:
• Unit Audit, Integriti & Kualiti pada 21 Februari 2006
• Seksyen Audit, Integriti dan Kualiti pada April 2012
• Seksyen Audit Dalam pada 9 Oktober 2013

Di samping itu juga, penubuhan unit ini adalah bagi mematuhi pekeliling
Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 bertarikh 12 Oktober 2004 dan pekeliling
1PP-PS 3.1 yang memberi arahan terhadap pelaksanaan audit dalam. Unit ini
bertanggungjawab sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah YPM di bawah
kawal selia Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan YPM.

67
Visi

Menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan dan


kecekapan pengurusan kewangan dalam meningkatkan
prestasi tadbir urus yayasan.

Misi
Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas
serta mengemukakan laporan yang seimbang kepada
lembaga pengarah.

Objektif

Menyediakan laporan audit yang berkualiti dan menepati masa


01 untuk dikemukakan kepada Lembaga Pengarah.

Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan laporan secara


02 bebas dan seimbang.

Memberi khidmat perunding dan nasihat ke arah meningkatkan


03 kecekapan tadbir urus, nilai intergriti yang tinggi dan seterusnya
mencapai objektif organisasi.

Memenuhi keperluan dan harapan daripada “stakeholders” dan


04 auditi.
Fungsi

Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan


serta kawalan dalaman organisasi;

Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan


berkesan;

Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang,


peraturan dan arahan yang berkuatkuasa;

Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari segi


kehilangan, penipuan dan penyelewengan;

Memberi nasihat, pandangan mengenai kawalan dalaman terhadap


semua sistem;

Melaporkan kepada Jawatankuasa Audit & Pemeriksaan & Lembaga


Pengarah YPM hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan
terhadap perkara yang dibangkitkan;

Menyediakan Rancangan Tahunan Audit Dalam untuk dibentangkan


dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Pemeriksaan YPM;

Menyediakan dan membentangkan Laporan Suku Tahun Audit


Dalam untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah
YPM.

69
Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan YPM

AHLI

Pengerusi
YBrs. Encik Maamor Bin Che Alias
Ahli Lembaga Pengarah
Ahli Lembaga Pengarah
YBrs. Encik Mohd Kamal Bin Husin
Bukan Eksekutif
Ahli Lembaga Pengarah
YBrs. Puan Halina Binti Yahaya
Bukan Eksekutif

YBrs. Encik Nor Hisham Bin Haji Muhammad Wakil awam

YBrs. Encik  Marzuki Bin Ismail Wakil awam

Setiausaha
Puan Hajjah Sameah Binti Abu Bakar
Ketua Seksyen Audit Dalam

Korum Mesyuarat : Satu Pengerusi dan Dua Ahli

Prestasi Aktiviti Pengauditan Tahun 2021

KPI Pencapaian

5 4
3 3
1 1 0 1
0 0

Audit Audit Audit Siasatan Audit Audit Indeks


Pematuhan Susulan (Mengikut Penampilan Akauntabiliti
Arahan) (Mengejut) (IA)
Kursus Sepanjang Tahun 2021

KURSUS (Dalam Talian) TARIKH

Kursus Audit Forensik 8 Julai 2021 – 9 Julai 2021

Program Bicara Tokoh Siri 1 27 Julai 2021

Kursus Rahsia Seorang Auditor 12 Julai 2021

Bengkel Semakan Dokumen


28 Julai 2021 – 30 Julai 2021
Kualiti MS ISO 9001:2015
Bengkel Pembangunan
Pelan Anti Rasuah (OACP) 27 Ogos 2021 – 2 September 2021
Anak Syarikat MARA

Program Bicara Tokoh Siri 2 23 September 2021

30 September 2021 – 01 Oktober 2021


Bengkel Transformasi YM Siri 1

Standard Audit On Remote Or


4 Oktober 2021
Virtual Audit

Kursus Pengurusan Majlis & Protokol 5 Oktober 2021

Bengkel Transformasi YM Siri 2 25 Oktober 2021 – 26 Oktober 2021

Kursus Integrity Appearance,


Behavior, Communication & 8 November 2021
Development
Bengkel Penilaian Risiko
24 November 2020 – 25 November 2020
& Peluang MS ISO 9001:2015

71
Malaysia Japan
Higher Education Program (MJHEP)

Pengenalan

Yayasan Pelajaran MARA (YPM) merupakan sebuah perbadanan


ditubuhkan melalui Seksyen 25 Akta Majlis Amanah Rakyat 1966, telah
dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek Dana Pinjaman Pendidikan
Tinggi (DPPT) atau Higher Education Loan Fund Project (HELP) bermula
pada tahun 1993 sehingga kini.

Program HELP tersebut merupakan satu program di bawah Dasar Pandang


ke Timur yang bertujuan bagi melahirkan jurutera yang berkemahiran
tinggi, yang akan menyumbang kepada pembangunan, serta reka bentuk
teknologi dengan menyediakan peluang akademik bagi pelajar Malaysia
di MJHEP yang bertempat di kampus Mara Japan Industrial Institute (MJII
Beranang) dan di Jepun (universiti-universiti konsortium di Jepun) melalui
pemindahan kredit di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda, program
Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD).
Selaras dengan visi YPM iaitu untuk “menjadi sebuah yayasan
yang unggul dalam memperkasakan taraf pendidikan dan
sosioekonomi bangsa Melayu dan Bumiputera”, program ini
telah dilaksanakan melangkaui empat fasa penambahbaikan
iaitu HELP I (1993-2004), HELP II (1999-2009), HELP III (2005-
2015) dan Malaysia Japan Higher Education Programme,
MJHEP (2011-2022).

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama dari universiti


universiti pilihan terkemuka di Jepun yang menyertai
konsortium yang dibangunkan. Ia merupakan satu
transformasi besar dalam sistem pendidikan tinggi di Malaysia
yang membuktikan kerajaan peka dan prihatin dengan
perkembangan sistem pendidikan yang berkualiti khasnya
kepada golongan Bumiputera.

Program MJHEP menyediakan platform kepada pelajar


Malaysia yang terpilih bagi melanjutkan pelajaran di negara
matahari terbit. Kursus yang ditawarkan pada peringkat awal
adalah Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik
dan Elektronik. Kurikulum yang diguna pakai menggunakan
model pengajian 3+2 iaitu pelajar akan menjalani persediaan di
Malaysia selama tiga tahun (Diploma) dan dua tahun di Jepun
(Ijazah Sarjana Muda). Pada Tahun 2019, tiada lagi penawaran
untuk pengambilan Ijazah Sarjana Muda di bawah kelolaan
YPM.

Penajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana


dan Ijazah Kedoktoran di Jepun juga ditawarkan kepada
pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran mereka,
namun penajaan untuk post graduate studies ini telah tidak
lagi ditawarkan sejak Tahun 2018. Bermula dari 1993 sehingga
kini, YPM telah melahirkan lebih daripada 1,300 orang graduan
kejuruteraan yang berjaya dalam bidang yang diceburi.

73
Pelajar Yang Sedang Menuntut Di MARA-Japan Industrial Institute
(MJII) Setakat 31 Disember 2021

1. Jumlah pelajar yang sedang menuntut di MJII setakat 31 Disember 2021

Tiada pelajar yang mengikuti program MJHEP setakat 31 Disember


2021. 59 pelajar kumpulan akhir yang terdiri daripada 39 pelajar tajaan
YPM dan 20 pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah pun
berlepas ke Jepun untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan pada 14 September 2021 (agak lambat
disebabkan faktor pandemik).

2. Jumlah keseluruhan pelajar tajaan YPM di dalam & luar


Malaysia setakat 31 Disember 2021

Jumlah Di MJII Beranang, Malaysia -

Jumlah Di Universiti Jepun 39

Jumlah Tamat Pengajian 136

JUMLAH KESELURUHAN 175


Pelajar & Universiti Jepun
(Kumpulan 8 : 2021 - 2023/2024)

Universiti Kategori Bilangan Pelajar

Ehime University Awam -

Kagawa University Awam -

Kindai University (Kinki


Swasta 3
University)

Meiji University Swasta 3

Muroran Institute of Technology Awam 1

Nagaoka University of Technology Awam -

Okayama University of Science Swasta 5

Ritsumeikan University Swasta 3

Saitama University Awam -

Shibaura Institute of Technology Swasta 2

Takushoku University Swasta 5

Tokai University Swasta 5

Tokyo Denki University Swasta 3

Tokyo University of Science Swasta 2

Tokyo University of Technology Swasta 4

Toyohashi University of
Awam 2
Technology

University of Fukui Awam -

University of Hyogo Awam -

Yamaguchi University Awam 1

Toyo University Swasta 2

JUMLAH KESELURUHAN 39

75
Aktiviti dan Program Pelajar Di MJII Dan Di Jepun

UNIVERSITI KATEGORI

Majlis Apresiasi dan Pra-Graduasi Hi Tea Pelajar


30 Mac 2021
Kumpulan 8

Konvokesyen Kumpulan 8 Program MJHEP -


3 April 2021
Sotsugyou Shiki (Dalam Talian)

Sambutan Aidil Fitri (Dalam Talian) 29 Mei 2021

Taklimat Kerjaya Bersama Alumni YPM (Dalam Talian) 27 Jun 2021

Sesi Motivasi Bersama Prof. Dr Muhaya Mohamad


18 Julai 2021
(Dalam Talian)

Taklimat Akhir Penerbangan Kumpulan 8


7 September 2021
Program MJHEP ke Jepun (Dalam Talian)

Pelepasan Pelajar Kumpulan 8


Program MJHEP ke Jepun – Proses Kuarantin & 11-13 September 2021
Pemeriksaan Kesihatan

Pelepasan Pelajar Kumpulan 8


14 September 2021
Program MJHEP Ke Jepun
Kelab Sukan,
Rekreasi & Sosial (KRES) YPM

Pengenalan

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam tempoh setahun lalu (2021)


selepas Mesyuarat Agung Kelab Sukan, Rekreasi & Sosial (KRES) YPM
kali ke-03. Pelbagai aktiviti telah direncanakan dan dapat dilaksanakan
dengan jayanya walaupun berhadapan kekangan akibat pandemik
Covid-19. Sepanjang tahun 2021 aktiviti kelab masih bertunjangkan
kebajikan dan penyebaran ilmu samada melibatkan taklimat / motivasi
/ kem / lawatan dan keagamaan untuk aktiviti ahli.

77
Aktiviti dan Program

TARIKH AKTIVITI

Majlis Perhimpunan Bulanan WargaKerja YPM


8 April 2021
dan Pelancaran Program Ihya’ Ramadan

24 April 2021 & 7 Mei 2021 Program Klinik Al Quran (Ramadan) YPM

Program Pre-Raya Perantau YPM dan


5 Mei 2021 Penyerahan Hadiah Khatam Program Jom Ngaji
YPM

5 Jun 2021 Tadabur Surah Al Kahf i Siri 1 (Ustaz Yusuf Arbain)

Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Quran


25 Jun 2021
Hour
Ceramah Sempena Aidil Adha
16 Julai 2021
(Ustaz Yusrizal Yushar)

20 Ogos 2021 Majlis Persaraan Puan Mormi Binti Salim

16 & 31 Ogos 2021 Sambutan Bulan Kemerdekaan KReS

9 Oktober 2021 Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat YPM

Majlis Penghargaan Puan Nur Nabilah Bt


Abd Rahim, Pelancaran QR Code KReS
26 November 2021
dan Penyampaian Hadiah Pertandingan
Kemerdekaan KReS
Program Quran Hour KReS Sepanjang Hari
18 Jun 2021 – 31 Disember 2021
Jumaat
Keratan Akhbar
& Lensa YPM

79
81
83
85
87
YAYASAN PELAJARAN MARA
ARAS 17 & 18, MENARA MARA,
NO. 232, JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN,
50100 KUALA LUMPUR,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

03 - 2692 7273

03 - 2692 7279

www.ypm.org.my

Yayasan Pelajaran MARA - YPM

yayasanpelajaranmara

YPM_MARA

ypmict

Anda mungkin juga menyukai