Anda di halaman 1dari 1

Aktiviti sukan dan riadah dapat memberi kebaikan kepada orang ramai.

Bincangkan
kenyataan tersebut.

Skema Jawapan:

Pengenalan:
-sukan dan riadah dijalankan pada waktu terluang.
-antara aktiviti bersukan termasuk – bermain bola sepak dan lain-lain.
-di negara maju, sukan sudah menjadi kelaziman.
-di negara kita, masih ramai tidak menyedari kebaikan bersukan dan beriadah.
-persoalannya – apakah kebaikan bersukan dan beriadah?

Isi 1:
-bersukan dapat menyihatkan badan
-mengeluarkan peluh dan badan menjadi sihat
-contohnya, masyarakat jepun mempunyai jangka hayat tinggi kerana gemar bersukan dan
beriadah.
-tambahan pula – badan yang cergas menghasilkan otak yang cerdas
-Oleh itu, rajin bersukan/ beriadah – melahirkan masyarakat sihat.

Isi 2:
-bersukan dapat membentuk disiplin diri dan nilai-nilai murni
-bersukan mengajar menepati masa, kesungguhan, kerjasama dan sebagainya
-umpamanya, dalam pertandingan badminton – mengajar supaya gigih dan bersemangat tinggi
-maka – mereka yang aktif bersukan dan beriadah – menjadi insan yang cemerlang

Isi 3:
-bersukan dan beriadah – melahirkan masyarakat yang bersatu padu.
-pelbagai kaum dapat bersukan dan beriadah bersama-sama.
-contohnya, di sekolah, pelbagai kaum akan menjalankan aktiviti sukan bersama-sama
-dapat menghasilkan perpaduan kaum di negara kita.
-Jadi, dapat melahirkan negara aman / harmoni

Isi 4:
-bersukan/ beriadah – dilakukan bersama keluarga pada hujung minggu/ waktu cuti.
-akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan
-contohnya- ibu bapa boleh membawa anak berjoging atau bermain badminton
-akan mengeratkan rasa kasih sayang dalam keluarga
-jelasnya, bersukan dapat membentuk keluarga bahagia – keluarga bahagia negara sejahtera

Penutup:
-Intihanya, sukan / riadah banyak memberi kebaikan kepada orang ramai
-Bersukan bukan sahaja dapat menyihatkan badan malah dapat mengukuhkan perpaduan dan
keluhuran keluarga
-ibu bapa mesti menggalakkan anak-anak bersukan – melentur buluh biar dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai