LATIHAN 1bm 6p 14 Nov 2021

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

LATIHAN 1.

Gariskan cara-cara menyemai nilai hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat kita.


“Negara hanya akan makmur jika rakyat saling menghormati.”

-MOHD AKMALL SHAFIQ TINO MOHD IDHAM DANIEL | | 12 Februari 2020-

JOHOR BAHRU - Amalan muafakat dan hormat-menghormati antara kaum menjadikan Malaysia unik
dalam kelasnya yang tersendiri.Dengan jumlah populasi mencecah 32.6 juta setakat tahun lalu,
Malaysia juga dilihat antara negara yang berjaya menyatupadukan rakyatnya baik dari segi ekonomi
mahupun tampuk pemerintahan tanpa mengetepikan status kaum.Namun, saban hari perkara
berkaitan kaum di negara ini seakan-akan diuji. Malah, ada pihak yang sengaja mencetuskan
provokasi demi kepentingan diri mahupun pihak tertentu.Jika tidak ditangani secara serius, perkara
seperti itu mampu menjadi wabak yang boleh meragut kemakmuran dan kedaulatan negara.

Menurut Noor Azleen Ambros, tiada siapa boleh menafikan bahawa asas pembentukan Malaysia
terletak pada keharmonian masyarakat berbilang bangsanya.“Keupayaan negara menguruskan
rakyat pelbagai bangsa selama ini menjadi tunjang kepada pembangunan negara dan masa
depannya.“Namun, menguruskan kepelbagaian itu tidak datang percuma dan ia juga tidak berlaku
secara semula jadi. Menguruskan kemajmukan itu menuntut suatu usaha yang bersepadu,
melibatkan pengorbanan dan membawa kepada sikap saling mempercayai,” katanya kepada Sinar
Harian.

Noor Azleen berkata, masyarakat hari ini juga perlu disemaikan dengan semangat serta kepentingan
nilai berbaik sangka, tolak ansur dan empati dalam diri masing-masing.“Perkara itu harus dipegang
oleh setiap ahli masyarakat jika tidak mahu melihat masalah perkauman menjadi pisau yang boleh
merobek nilai kepercayaan sekali gus terperangkap dengan sentimen perkauman dan buruk sangka,”
katanya.Noor Azleen (tengah) bergambar bersama peserta program Mahasiswa Bersama
Masyarakat di Pasir Gudang baru-baru ini.

Selain itu, katanya, masyarakat perlu sentiasa memupuk nilai-nilai murni dan semangat saling
memahami antara satu sama lain sejak dari usia muda.“Untuk menjayakan perkara ini, ia perlu
berlaku dalam suasana yang kondusif. Saya berpandangan bahawa sekolah adalah tempat yang
paling sesuai untuk semua ini berlaku.“Anak-anak diberi peluang untuk bergaul dan berinteraksi
sesama rakan-rakan dalam pelbagai kaum. Anak-anak bukan sahaja digalak untuk meraikan setiap
perayaan rakan-rakan mereka di sekolah, malah berpeluang mengenali budaya dan tradisi kaum-
kaum lain.

“Tidak mustahil hubungan yang terbina sejak di bangku sekolah akan kekal sampai mereka mencapai
umur dewasa,” katanya.Ditanya pandangannya mengenai apakah punca utama yang sering kali
mencetuskan perbalahan kaum, Noor Azleen memberitahu, dalam setiap usaha penyatuan pasti
akan ada segelintir pelampau yang cemburu dan bencikan kedamaian.“Kita boleh lihat puak-puak
pelampau ini takkan berhenti selagi tidak berlaku huru-hara. Semuanya kerana perasaan hasad
dengki dan niat jahat untuk menghalang usaha ke arah kebaikan.

“Mereka ini sentiasa mempunyai fahaman sempit, buruk sangka, serta sering mengambil
pendekatan melampau dalam menguruskan satu-satu isu atau permasalahan, lebih-lebih lagi
melibatkan soal kaum. Kadangkala isu yang kecil itu sengaja dicetuskan untuk mendapatkan
perhatian,” katanya.
Justeru, katanya, masyarakat perlu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan puak-puak
pelampau itu tidak mendapat tempat dalam usaha penyatuan negara yang dicintai ini.“Mereka juga
seharusnya tidak diberikan langsung ruang untuk menghasut, menyebarkan fahaman ekstremis serta
menyampaikan mesej-mesej yang boleh memecah-belahkan masyarakat.“Jika kita tolak golongan ini
dengan kita bersatu hati untuk mewujudkan suasana kondusif dan persekitaran yang lebih produktif,
saya yakin, akhirnya kita boleh tewaskan golongan pelampau ini," ujarnya.

Beliau berkata, masyarakat hari ini perlu bijak menilai sekali gus mempunyai nurani yang lebih baik
untuk membantu membina sebuah komuniti yang lebih berfikiran terbuka.“Melibatkan diri dengan
program ilmiah adalah perkara pertama yang boleh dibuat untuk membantu meneruskan legasi
penyatuan kaum di negara ini.“Kempen Uninstall Kebencian: Reboot Malaysia Harmoni yang
dicetuskan Sinar Harian merupakan antara inisiatif yang wajar disokong dalam usaha kita untuk
memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

“Masyarakat juga diseru untuk turut menyumbang dalam usaha menjayakan kempen ini melalui
pendapat, maklum balas serta perkongsian pengalaman mahupun cerita-cerita menarik yang
akhirnya boleh membangkitkan lagi rasa kebersamaan kita sesama kaum di Malaysia,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/69703/KHAS/

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

LATIHAN 2.
Berdasarkan petikan, bina 2 rangkap pantun tentang nilai hormat-menghormati dalam
kalangan masyarakat Malaysia.

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

__________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

__________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai