Anda di halaman 1dari 5

ANTRAKS

PENGENALAN

Antraks adalah sejenis penyakit yang disebabkan kuman / bakteria yang membentuk spora,
bernama bacillus anthracis. Kebanyakannya menjangkiti haiwan tetapi boleh menyebabkan
demam yang serius kepada manusia sekiranya terdedah kepada spora ini. Ia menyerang kulit,
usus atau paru-paru. Antraks kini dijadikan senjata biologi moden. Manusia terutamanya petani
dan individu yang bekerja di rumah sembelihan mungkin mendapat Antraks kulit daripada
haiwan yang dijangkiti melalui dedahan kulit.

Manusia juga boleh mendapat antraks melalui sedutan udara dari alat-alat yang dijangkiti.
Jangkitan antraks selalunya didiagnoskan melalui pengesahan kuman dari lepuhan kulit, darah
atau cecair badan yang lain.
TANDA DAN GEJALA

Antraks terjadi melalui 3 cara:

1. Antraks kulit adalah jenis yang paling biasa berlaku dan terjadi 1 – 2 hari selepas kulit
tercalar dan terdedah kepada tanah, bahagian haiwan atau najis yang mengandungi spora.
Kulit yang dijangkiti membentuk benjolan air kehitam-hitaman yang kemudiannya
menjadi lepuhan dan ulser. Bakteria masuk ke dalam aliran darah dan menyebabkan
keracunan darah

2. Antraks Usus terjadi 2 – 5 hari selepas makan daging yang tercemar spora. Terjadi luka
dan pendarahan pada dinding usus. Pesakit merasa loya, hilang selera makan, muntah,
demam dan sakit perut, muntah berdarah dan cirit-birit. Keracunan dan kehilangan darah
menyebabkan terjadinya renjatan (shock).

3. Antraks Inhalasi kurang berlaku tetapi antara penyakit antraks yang paling serius; di
mana spora disedut ke dalam paru-paru. Gejala seperti selesema terjadi 2 – 3 hari dengan
tanda-tanda demam, batuk dan sesak nafas sebelum paru-paru berdarah, sama seperti
seseorang yang lemas dalam darah sendiri. Kematian boleh berlaku dengan cepat di
peringkat ini. Jenis ini adalah yang paling ditakuti kerana boleh dijadikan senjata biologi
oleh pengganas.
RAWATAN

Sekiranya anda percaya bahawa anda berisiko kepada pendedahan antraks:

 Sebagai contoh anda bekerja dalam persekitaran mengandungi antraks, segera maklumkan
kepada pihak berkuasa dan jalani ujian serta dapatkan pemeriksaan doktor untuk penilaian dan
penjagaan lanjutan. Jika terdapat tanda-tanda dan gejala selepas terdedah kepada haiwan atau
produk haiwan di mana-mana bahagian dunia yang terdapat antraks, segera berjumpa doktor.
Sebaik-baiknya dapatkan diagnosis dan rawatan awal.
 Rawatan bagi ketiga-tiga jenis antraks di atas adalah bergantung kepada penggunaan antibiotik
melalui mulut atau secara intravena (IV). Rawatan kebanyakannya berkesan jika
mendapatkannya secepat yang mungkin.
 Sesetengah jenis antraks menunjukkan respons kepada satu jenis antibiotik. Ciprofloxacin
(Cipro), doxyxycline dan penisilin adalah rawatan antraks yang diterima pakai oleh FDA
untuk kanak-kanak dan dewasa. Walau bagaimanapun hanya doktor yang boleh menentukan
pilihan antiobiotik atau kombinasi antiobiotik.
 Rawatan yang digunakan boleh membunuh bakteria antraks. Namun, antiobiotik mungkin
tidak berkesan bagi Antraks Inhalasi apabila gejala bertambah teruk disebabkan kuman telah
mengeluarkan toksin yang banyak. Para saintis berusaha menghasilkan anti-toksin yang dapat
meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh kuman antraks.
 Sekiranya anda terdedah kepada antraks, doktor akan memberikan antibiotik selama 60 hari.
Jika mendapat Antraks Inhalasi, anda akan dirujukkan ke hospital untuk mendapat rawatan
dengan antibiotik intravena (IV).
 Penyakit Antraks tidak merebak dari seorang ke seorang yang lain. Jadi pesakit antraks tidak
perlu dikuarantin atau diasingkan. Jika anda ada kontak dengan pesakit antraks, anda tidak
perlu bimbang, ini kerana anda hanya perlu dirawat sekiranya anda terdedah kepada sumber-
sumber jangkitan antraks.
PENCEGAHAN
Oleh demikian, walaupun antraks sejenis penyakit yang merbahaya, ianya boleh dicegah dan
dirawat dengan tindakan berjaga-jaga dan berhati-hati, penggunaannya sebagai agen dana perang
biologikal pada masa kini agak terhad, sekiranya terdapat tindakan pencegahan yang berkesan.
Apakah yang anda dan keluarga anda perlu lakukan untuk melindungi dari antraks?
Pertama, jangan panik. Risiko pendedahan kepada antraks adalah rendah, walaupun terdedah
kepada spora antraks yang dikirim melalui pos.
Kedua, sediakan diri anda dengan maklumat untuk memahami sepenuhnya pencerobohan
miroskopik ini.

CONTOH –HONTOH GAMBAR JIKA ANDA TERKENA PENYAKIT INI


BIBLIOGRAFI

Dr. Fuad Hashim, Dr. Muhaini Othman, ( 2012), http://www.myhealth.gov.my/en/antraks/

Anda mungkin juga menyukai