Anda di halaman 1dari 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : HAMDAN BIN YAHYA


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : SK.KAMPAR, KAMPAR
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PPP DG44
(d) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


AL-QURANUL KARIM RASM UTHMANI
1. Tajuk Buku:
(Bertajwid Dan Disertai Makna)
MAHADI DAHLAN AL-HAIZ AZHARUDDIN SAHIL
2. Pengarang:

3. Tahun
2009
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh:
PUSTAKA HAJI ABDUL MAJID
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: JUZ 1 – SURAH AL-FAATIHAH (PEMBUKAAN)
SURAH AL-BAQARAH (LEMBU BETINA)

Sinopsis:
Surah Al-Faatihah turun di Mekah dan dinamakan Al-Faatihah
(Pembukaan) kerana surah ini surah yang pertama dalam susunan
mushaf. Surah ini yang pertama turun kepada Nabi Muhammad
S.A.W secara lengkap. Ia mencakupi keseluruhan kandungan Al-
Quran, yang kemudian diperjelas secara terperinci di dalam surah-
surah yang berikutnya. Kandungan Al-Quran meliputi persoalan
tauhid, janji untuk mereka yang beriman dan beramal soleh,
ancaman terhadap mereka yang ingkar dan berbuat jahat ,
keterangan tentang ibadah serta jalan menuju kebahagiaan dan
jalan mereka yang derhaka dan kekecewaan yang mereka rasai.
Al-Faatihah mencakupi isi Al-Quran secara ringkas sehingga
surah ini juga disebut Ummul Kitab (Induk Kitab).

Surah Al-Baqarah diturunkan di Madinah. Surah yang terpanjang


di dalam Al-Quran ini dimulakan dengan menjelaskan pengertian
yang disebut di dalam Al-Faatihah. Surah ini menerangkan
tentang Al-Quran sumber petunjuk dan golongan yang mendapat
keredhaan dan kemurkaan Allah. Di samping itu, surah ini juga
menjelaskan 3 kelompok manusia: mukmin, kafir, dan munafik.
Surah ini menceritakn kisah usaha Nabi Musa menyelamatkan
Bani Israel, Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, dan peranan
mereka dalam membangunkan Kaabah. Surah ini juga
membicarakan
Kisah umat Nabi Muhammad dengan menampilkan kisah umat
Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, tentang tauhid dan peringatan
melalui ayat-ayat kebenaran Allah S.W.T, tentang syirik, dan soal
halal haram dan makanan. Surah ini juga menerangkan tentang
kewajiban berpuasa, berwasiat, larangan memakan harta orang
lain, terutama harta anak yatim, tentang hukum qisas, perang, haji,
dan hal-hal lain yang berhubungan dengan kehidupan
kekeluaragaan, muamallah dan pinjam meminjam.

6. Manfaat/ Memberi sikap kebergantungan sepenuhnya kepada Pencipta


pengajaran yang (Allah) dan yakin bahawa kita akan dikembalikan kepada- Nya.
diperoleh
daripada buku
Yakin dan taat pada Yang Maha Berkuasa kerana setiap sesuatu
yang dibaca:
itu adalah di bawah kekuasaan-Nya.

Mengetahui kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W, Nabi Musa a.s,


Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s serta keturunannya.

Mengetahui dan memahami bahawa Allah S.W.T telah


menetapkan segala hukum yang perlu dipatuhi oleh manusia
melalui Al-Quran.

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai