Anda di halaman 1dari 4

PROSES-PROSES DALAM MENILAI PRESTASI

PROCESSES IN ASSESSMENT

Muhamad Ad Lean Bin Nasip1*,

12
Program Hubungan Industri, Fakulti Kemanusiaan, Seni & Warisan

Universiti Malaysia Sabah, 88400 Kota Kinabalu,Sabah, Malaysia

*
ba18110278@student.ums.edu.my

ABSTRAK
Pengurusan prestasi pekerja ialah mengendalikan penilaian atau beberapa siri penilaian pada
sesuatu masa dan merupakan satu bahagian yang penting di dalam bidang pengurusan sumber
manusia. Pengurusan prestasi pekerja ini biasanya dikendalikan oleh pengurus ataupun pihak
atasan terhadap pekerja atau orang bawahannya. Produktiviti yang baik akan menyumbang
kepada prestasi yang baik. Namun terdapat beberapa proses penambahbaikan perlu dilakukan
menurut Podolinsky (2013) yang mana ia dikatakan tidak begitu berkesan dalam menilai
usaha seseorang individu dan turut menyebabkan kepada masalah stress, pekerja cenderung
untuk menipu dalam pekerjaan, dan juga pekerja tidak gembira di tempat kerja. Oleh itu,
dengan penambahbaikan terhadap pengurusan prestasi pekerja ini ianya akan dapat
melakukan penilaian prestasi dengan lebih tepat, teliti, pekerja juga akan lebih bermotivasi
untuk mencapai prestasi yang telah ditetapkan, dan pengurus juga akan lebih matang dalam
melakukan tugasan penilaian pengurusan prestasi pekerja. Pihak majikan, pekerja, dan
kesatuan sekerja juga mestilah dalam keadaan hubungan yang baik dalam organisasi untuk
mengurangkan pertikaian perusahaan.

Katakunci: Pihak pengurusan, pekerja, prestasi, produktiviti


ABSTRACT
Managing employee performance is the management of ratings or a series of evaluations at a
time and is an important part of human resource management. The management of this
employee's performance is usually carried out by the manager or supervisor of the employee
or subordinate. Good productivity will contribute to good performance. However, there are
some improvement processes that need to be done according to Podolinsky (2013), which is
said to be less effective in assessing an individual's efforts and also contributing to stress,
workers tend to cheat at work, and even employees are not happy at work. Therefore, with
improvements in employee performance management it will be able to perform performance
appraisals more accurately, and employees will be more motivated to achieve their
performance, and managers will be more mature in performing employee performance
management assessment tasks. Employers, employees, and trade unions must also be in good
working relationships within the organization to reduce corporate disputes.
Keyword: Management, employees, performance, productivity
PENGENALAN
Pengurusan prestasi merupakan satu elemen penting yang akan dilakukan oleh majikan dalam
menilai prestasi para pekerja bawahannya sama ada semakin meningkat atau sebaliknya.
Setiap organisasi mempunyai tanggungjawab dalam melaksanakan visi dan misi untuk
mencapai objektif syarikat tersebut. Penilaian prestasi juga memainkan peranan penting
dalam meningkatkan motivasi pekerja untuk terus meningkat kapada tahap yang lebih tinggi
dari sebelumnya. Produktiviti yang baik akan menyumbang kepada prestasi yang baik kerana
pekerja bermotivasi dalam melakukan pekerjaan. Namun terdapat beberapa penambahbaikan
yang perlu diubah menurut Petrou (2017) yang mana ianya dikatakan tidak begitu berkesan
dalam menilai usaha seseorang individu dan turut menyebabkan masalah stress berlaku.
Manakalah pekerja bawahan cenderung untuk melakukan penipuan dalam mendapatkan
penilaian prestasi yang baik serta tidak gembira dalam melakukan pekerjaan. Oleh itu,
dengan penambahbaikan terhadap pengurusan prestasi pekerja ini ianya dapat melakukan
penilaian prestasi dengan lebih tepat, pekerja juga akan lebih bersemangat dalam mencapai
prestasi yang telah ditetapkan oleh syarikat serta pihak pengurusan akan lebih efektif dalam
melakukan tugasan penilaian pengurusan prestasi pekerja. Pihak majikan, pekerja, dan
kesatuan sekerja juga perlu berada dalam hubungan yang baik agar dapat mengurangkan
masalah pertikaian. Ini akan memberi kesan yang negatif kepada ekonomi kerana berlakunya
pertikaian dalam organisasi tersebut.

METODOLOGI
Berdasarkan artikel ini, penulis telah menggunakan sumber internet dan buku sebagai rujukan
untuk mendapatkan mengenai proses-proses penilaian prestasi pekerja. Rujukan daripada
sumber internet ini dapat membantu penulis untuk memperoleh maklumat yang lebih luas dan
terkini mengenai skop kajian. Hal demikian ini kerana segala maklumat yang diperolehi
menerusi internet tanpa had dan merentasi masa. Pengaksesan penggunaan laman sesawang
ini membolehkan penulis untuk memperoleh maklumat mengenai proses-proses penilaian
prestasi pekerja. Segala maklumat yang diperoleh menerusi internet dan buku akan
dikumpulkan untuk dimuatkan dalam penghasilan artikel ini.
SKOP KAJIAN
Penulisan artikel ini memberikan tumpuan kepada proses-proses penilaian prestasi pekerja
sahaja, di mana dalam proses penilaian prestasi ini terbahagi kepada sepuluh elemen penting
dalam penilaian prestasi yang baik. Oleh itu, penulis akan memfokuskan tentang sepuluh
elemen tersebut.
DAPATAN & PERBINCANGAN
Penilaian prestasi merupakan satu komponen utama dalam memastikan sebuah organisasi
berjalan dengan baik. Tujuan utama penilaian prestasi ini dilakukan adalah untuk memastikan
pekerja melakukan tanggungjawab mereka dalam meningkatkan kualiti pekerjaan.
Berdasarkan penilaian tersebut, pekerja dapat mengetahui tentang item-item yang mereka
boleh tingkatkan dengan lebih baik untuk mendapatkan kecemerlangan dalam melakukan
pekerjaan. Penulis telah membuat satu peta minda untuk menerangkan dengan lebih
terperinci mengenai proses-proses penilaian prestasi berdasarkan penelitian Podolinsky.
Menurut beliau, terdapat sepuluh elemen penting dalam proses menilai prestasi pekerja.
Penilaian yang tepat pada Proses-proses
Berkaitan dengan pekerjaan
masanya penilaian
membincangkan spesifik prestasi
Melakukan penilaian
dalam tingkah laku mereka
mengikut jadual yang telah
ditetapkan agar tidak berlaku mengajak mereka berbincang
sebarang masalah. Dapat sekirnaya menghadapi
meningkatkan prestasi masalah
Penghargaan

Memberi penghargaan kepada


pekerja yang cemerlang.
Memberikan motivasi kepada
pekerja yang di bawah prestasi
sebenar agar melakukan dengan
Objektif dan boleh di ukur
Lebih khusus lebih baik. Memberi tahu
Meletakkan beberapa objektif perkara yang sebenar apa yang
Memberikan arahan yang perlu pekerja lakukan
untuk pekerja laksanakan
khusus kepada pekerja agar
Supaya mereka boleh focus
mereka dapat memahami dan
demi mencapai objektif yang
seterusnya melakukan pekerjaan
telah ditetapkan. Memberikan
dengan baikMenegur dengan
kata-kata semangat kepada
cara yang baik supaya mereka
pekerja untuk mencapai objektif
boleh belajar daripada kesalahan
tersebut

Berdasarkan cadangan Berorintasikan matlamat

Memberikan cadangan yang Setiap pekerja mempunyai matlamat


bernas apabila diperlukan untuk dicapai Majikan perlu
Menyelesaikan masalah yang membantu pekerja dalam mencapai Proses-Proses
timbul dengan cara baik seperti matlamat tersebut Memberikan Penilaian
mengajak pekerja bawahan bonus kepada pekerja yang mampu Prestasi
untuk bermasyuarat. Menerima mencapai matlamat yang telah
pendapat orang lain dengan hati ditetapkan. Sentiasa memberi dorang
yang terbuka yang baik kepada pekerja.

Teliti dan komprehensif Participative


Berkaitan dengan prestasi
Pekerja tahu apa yang mereka Sentiasa berkomunikasi dengan kewangan
perlu lakukan. Pengurus perlu pekerja agar mereka tidak terasa
Memberikan pekerja gaji pada
teliti dalam menilai prestasi di anak tirikan. pekerja perlu
waktunya. Sekiranya syarikat
pekerja agar tidak berlaku ambil bahagian dalam aktiviti
mengalami asalah, beritahu
ketidak adilan. Perlu menambah yang dilakukan oleh syarikat
pekerja Bawah berbincang pekerja
pengetahuan tentang pekerjaan jangan mengajak pengurus
sekiranya kewangan syarikat tidak
yang di lakukan. Perlu bergaduh sekiranya terdapat
mencukupi. Nyatakan sebab yang
memahami apa yang diperlukan tidak kepuasan dalam KPI.
kukuh kenapa syarikat tidak dapat
demi mencapai kejayaan sebaiknya berbincang
membayar gaji pekerja
syarikat. bersemuka.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, penilaian prestasi pekerja ini dapat memainkan peranan yang penting
dalam membina hubungan baik antara majikan dan pekerja. Penilaian ini juga dapat
meningkatkan kualiti yang sedia ada pada pekerja untuk memastikan mereka sentiasa berada
pada tahap yang lebih tinggi dalam melakukan pekerjaan daripada sebelum ini. Dengan
adanya penilaian prestasi ini, pekerja dapat mengetahui tahap kosisten mereka dalam
melakukan pekerjaan
RUJUKAN UTAMA
Azizan, H. M., & Razlina, H. J. (2015). Relationship between workplace incivility, job
attitudes and muslim religiosity personality among trade union members. Global Journal Al-
Thaqafah, 5(2), 43-51.

Idris, R. Z., Bala, B., & Morshidi, A. H. (2013). Sabah (Malaysia)–Australia Relations: An
Historical Observation. TAWARIKH, 4(2).

Nasrin, N., & Morshidi, A. H. (2019). Kecerdasan emosi (EI) dan perbezaan gender dalam pekerjaan.
Jurnal Kinabalu. Diakses dari https://jurcon.ums.edu.my/ojums/index.php/ejk/article/view/1923
pada 12/11/2019

Satar, N. S. M., & Morshidi, A. (2006). Web Usability Attributes of e-learning System Platform in
Malaysia: A Progress Report. Bulletin of The Technical Committee on Learning Technology, 8(3), 16-
17.

Anda mungkin juga menyukai