Anda di halaman 1dari 30

1.

0 PENGENALAN

Sifat menyombong diri atau membesar diri adalah sifat hati yang berada dalam batin diri.

Dari sifat ini lahirlah perilaku perbuatan atau tindakan yang bersifat lahir sebagai terjemahan

atau natijah kepada sifat tersebut. Dengan ini sifat takabbur berbeza dengan sifat ujub kerana

sifat ujub hanya berkait dengan diri sendiri semata-mata. Jika diandaikan bahawa dunia ini

tidak ada seorang pun selain dari hanya dirinya maka seseorang itu masih boleh bersifat ujub.

Tetapi sifat takabbur tidak wujud tanpa orang ada orang lain, kerana dengan ada orang lain

seseorang yang bersifat takabbur itu merasa dirinya lebih tinggi dari orang lain dalam

perkara-perkara atau sifat-sifat yang menjadi bahan takabburnya. ( Mohd. Sulaiman Bin Hj.

Yasin , Akhlak Dan Tasawuf , ( Selangor, Mas`adah (M) Sdn. Bhd , 1992 ), 297 .

Jika diandaikan ada yang menerima Hakikat Allah dan menerima Agama-Nya tetapi

dengan sebab sifat takabburnya yang menolak hakikat-hakikat kebenaran selain dari hakikat-

hakikat yang boleh membatalkan imannya maka mereka pun tidak akan masuk syurga sejak

dari awal mulanya lagi (Ibtida`an) tetapi mungkin pada peringkat akhirnya. Sebabpun sifat

besar diri itu menjadi penutup ke pintu-pintu syurga ialah kerana sifat takabbur telah menjadi

penghalang di antaranya dengan semua sifat-sifat yang mulia yang menjadi hiasan diri kaum

mukmin, sedangkan sifat-sifat tersebut adalah sebagai pintu-pintu ke syurga. Seorang yang

mempunyai sifat takabbur tidak sanggup untuk mencintai dan mengasihi saudara semukmin

seperti ia mengasihi dirinya sendiri, sedangkan kecintaan ini menjadi tanda bukti

kesempurnaan imannya. ( Mohd. Sulaiman Bin Hj. Yasin , Akhlak Dan Tasawuf , ( Selangor,

Mas`adah (M) Sdn. Bhd , 1992 ), 300 .

1
2.0 DEFINISI TAKABBUR

Takabbur merupakan salah satu sifat yang dikategorikan sebagai sifat mazmumah. Sifat

mazmumah adalah satu sifat yang tidak wajar dimiliki oleh sesorang muslim kerana sifat ini

amatlah dibenci oleh Allah S.A.W. Oleh itu, mengikut kajian saya apa yang boleh

didefinisikan bagi sifat takabbur ialah satu sifat yang mana seseorang itu menjadi sombong

dan sering membanggakan diri mereka sendiri. Oleh hal yang demikian, bagi memahami

dengan lebih mendalam tentang apa yang dikaitkan sebagai takabbur maka saya akan

terangkan secara lebih terperinci berkaita definisi takabbur iaitu secara literal dan teknikal.

2.1 LITERAL (BAHASA)

Definisikan bagi sifat takabbur dari segi literal (bahasa) ialah al-Kibr atau membesar diri

memerlukan dua perkara , iaitu pertama al-Mutakabbar ‘Alayh ( ‫) المتكبر عليه‬, iaitu orang lain

yang kita rasa diri kita lebih tinggi atau lebih besar darinya. Dan kedua ialah al-Mutakabbar

Bihi” ( ‫) المتكبر به‬, iaitu benda atau perkara yang menjadi bahan untuk takabbur. ( Mohd.

Sulaiman Bin Hj. Yasin , Akhlak Dan Tasawuf , ( Selangor, Mas`adah (M) Sdn. Bhd ,

1992),297. .

Selain itu, sifat takabbur juga didefinisikan sebagai Kibiyya ‫اء‬JJ‫( كبري‬takbbur) iaitu

meninggi atas yang lain dengan bahawa melihat ia bagi dirinya kemualiaan atas orang yang

lain. Dan ‘azamah ( ( ‫ عظمة‬itu keadaan sesuatu pada dirinya mulia lagi sempurna lagi terkaya.

( Abdul Qadir Bin Abdul Muthalib , Penawar Bagi Hati , ( Johor , Perniagaan Jahabersa ,

2010 ), 85 .

2
2.2 TEKNIKAL (ISTILAH)

Takabbur adalah budi pekerti yang buruk kerana sifat yang membangga-banggakan diri

kepada orang lain. Antara definisi yang boleh dikaitkan dari segi teknikal (istilah) adalah

melihat diri mengatasi daripada orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang

melihat dirinya dengan pandangan yang hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak

sehebat dan setaraf dengannya.

Sifat al-Kibr atau besar diri ialah suatu hal dalam diri atau sifat hati yang terhasil dari

percayaan bahawa dirinya mempunyai sifat keistimewaan atau kesempurnaan yang sebenar

dan hakiki. Sebaliknya kehidupan yang kosong dan sia-sia yang tidak diberikan nilai yang

berakhir dan ditolak dan tidak diterima. ( Mohd. Sulaiman Bin Hj. Yasin , Akhlak Dan

Tasawuf , ( Selangor, Mas`adah (M) Sdn. Bhd , 1992 ), 297 , 300 .

Selanjutnya, kesombongan adalah anak kandung kepada ujub. Oleh kerana itu, kami

membahasanya sesudah ujub sebab kesombongan. Sebagaimana ditafsirkan Rasulullah

sallallahu `alaihi wa salam adalah “melecehkan orang dan menolak kebenara’’. ( Sa`id Bin

Muhammad Daib Hawa , Menyucikan Jiwa , ( Jakarta , Robbani Press , 2013 ) , 271.

3
Seterusnya, pada fasal ke-28 menyatakan makna bagi takabbur adalah sifat membesarkan diri

maka ia adalah sebesar-besar penyakit dan maksiat yang ada dalam hati yang dicela oleh

syarak. ( Sheikh Abdul Somad , Kitab hidayatul Salikin , ( Palembang , 1996 ), 198 .

Lantaran itu, perbandingan diantara sifat ujub dan takabbur adalah berbeza kerana ujub

tidak memerlukan orang atau bahan ataupun benda lain untuk seseorang itu bersifat ujub.

Sementara itu, takabbur pula akan wujud apabila adanya orang lain, dimana ia memandang

dirinya lebih atas daripada orang lain. Pada saat itu, ia menjadi sifat takabbur kerana didalam

hatinya timbul sifat kepuasan, kesenangan dan kecenderungan terhadap apa yang diyakininya

dan terasa berwibawa di dalam dirinya dengan sebab tersebut. ( Sa`id Bin Muhammad Daib

Hawa , Menyucikan Jiwa , ( Jakarta , Robbani Press , 2013 ) , 272.

4
3.0 DALIL MENGENAI TAKABBUR

Dalil boleh didefinisikan sebagai satu keterangan (yang menjadi bukti sesuatu

kebenaran,terutama yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran) dan ia juga adalah bukti atau

alasan (bagi sesuatu kebenaran).Dalil terbahagi kepada dua iaitu dalil berdasarkan ayat al-

Quran atau berdasarkan al-Hadis yang mana ia menerangkan lagi lebih terperinci serta

mengukuhkan maksud ayat al-Quran tersebut.Oleh itu,ayat atau perintah tentang orang yang

mempunyai sifat takabbur ini boleh dilihat daripada dua (dalil) yang telah dinyatakan diatas

bagi mengukuhkan lagi bukti mengenai larangan bersifat sedemikian . Maka dari itu, pertama

sekali dalil yang ingin saya kupas ialah dalil mengenai ayat yang terkandung di dalam al-

Quran.

3.1 DALIL AL-QURAN

Ketahui olehmu,bahawasanya membesarkan diri itu bahawa melihat ia akan dirinya

lebih daripada orang yang lain pada sifat kesempurnaan,dan melihat ia akan orang yang lain

itu lebih hina daripadanya.Maka ia setengah daripada segala sifat kecelaan yang di dalam

hati,dan sebesar-besar maksiat yang sembunyi. (Abdul Qadir bin Abdul Muthalib,Penawar

Bagi Hati,Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa,2010),84.

Disamping itu,kesombongan juja merupakan satu penghalang bagi kita untuk masuk

ke dalam syurga Allah kerana ia telah menghalangi seorang hamba dari semua akhlak yang

seharusnya disandang oleh orang mukmin,sedangkan akhlak-akhlak itu merupakan pintu-

pintu syurga, dan kesombongan merupakan penutup kepada pintu-pintunya.Antara sebabnya

ialah , seseorang tidak boleh mencintai kaun mukmin sebagaimana ia mencintai diri sendiri

jika di dalam hatinya masih ada keangkuhan atau takabbur.Tidak boleh menjaga kejujuran

terus-menerus jika di dalam hatinya masih ada sifat takabbur.Tidak boleh meninggalkan

5
amarah jika di dalam dirinya masih ada kesombongan.Tidak boleh menelan kemarahan jika

di dalam dirinya masih ada keangkuhan.Tidak boleh menerima nasihat jika di dalam hatinya

masih ada sifat kesombongan.Tidak boleh terbebas daripada melecehkan orang lain dan

membicarakan tentang hal orang lain jika di adalam dirinya amsih ada keangkuhan.Dan

masih banyak lagi yang lainnya.Oleh itu,jika ada orang yang di dalamn hatinya ada perangai

ini seberat zarah maka ia tidak akan masuk syurga.Seburuk-buruk kesombongan adalah

kesombongan yang menghalangi daripada mendapat manfaat ilmu , menerima kebenaran, dan

mengikuti kebenaran.Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa,Menyucikan Jiwa,(Jakarta :

Robbani Press,2013),273-274.

Terdapat sejumlah ayat yang mencela kesombongan dan orang-orang yang

sombong.Allah berfirman , “Para malaikat memukul tangannya,(seraya berkata ),

‘Keluarkanlah nyawamu.’ Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat

menghinakan,kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar

dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya”. (al-An’am 6:93).

Kemudian Allah juga memberitahu bahawa penduduk neraka yang paling keras

siksanya ialah orang yang paling derhaka kepada Allah.Sebagaimana Firmannya :

‫ِقيَل اْد ُخ ُلوا َأْبَو اَب َجَهَّنَم َخ اِلِد يَن ِفيَهاۖ َفِبْئَس َم ْثَو ى اْلُم َتَك ِّبِر يَن‬

Ertinya :Dikatakan kepada mereka ; “Masukilah pintu-pintu neraka jahannam itu,sedang

kamu kekal di dalmnya” Maka neraka jahnnam itulah seburuk –buruk tempat bagi orang-

orang yang menyombongkan diri .(Surah Az-Zumar : Ayat 72 )

‫ُثَّم َلَنْنِز َع َّن ِم ْن ُك ِّل ِش يَعٍة َأُّيُهْم َأَشُّد َع َلى الَّرْح َٰم ِن ِعِتًّيا‬

6
Ertinya : “ Kemudian pasti Kami Tarik dari tiap-tiap golongan-golongan siapa di antara

mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah”.(Surah Maryam 19 :69).

Ertinya : “ Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya dimuka bumi

tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku”. (al-A’raf 7:146). (Sa’id bin

Muhammad Daib Hawwa,Menyucikan Jiwa,Jakarta : Robbani Press,2013),274-275.

Seterusnya,muslim sejati itu juga tidak sombong ; tidak memandang rendah pada

orang lain,menganggap dirinya lebih baik dari mereka,atau meletakkan dirinya di atas orang

lain.Petunjuk al-Quran yang telah memenuhi ruang hati dan jiwanya mengingatkan dia

bahawa orang yang menyaombongkan diri di dunia ini akan rugi di akhirat kelak,di mana

Allah membenci orang yang sombong.FirmanNya :

‫ِتْلَك الَّد اُر اآْل ِخَر ُة َنْج َع ُلَها ِلَّلِذ يَن اَل ُيِر يُد وَن ُع ُلًّو ا ِفي اَأْلْر ِض َو اَل َفَس اًداۚ َو اْلَع اِقَبُة ِلْلُم َّتِقيَن‬

“Negeri akhirat itu Kmai jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin

menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi.Dan kesudahan (yang baik) itu

adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Qashash 28:83).

Al-Quran juga memberitahunya bahawa Allah tidak mencintai orang-orang yang

sombong dan suka membanggakan diri.Firman Allah SAW :

‫َو اَل ُت َص ِّع ْر َخ َّد َك ِل ل َّن ا ِس َو اَل َت ْم ِش ِف ي ا َأْل ْر ِض َم َر ًح اۖ ِإ َّن ال َّل َه اَل ُي ِح ُّب ُك َّل ُم ْخ َتا ٍل َفُخ و ٍر‬

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan

janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh .Sesungguhnya Allah tidak menyukai

orang-orang yang sombong lagi menyombongkan diri.” (Luqman 31:18). Dr.Muhammad Ali

Hasyimi,Keperibadian Seorang Muslim dari al-Quran dan al-Hadis,(Johor Darul Takzim :

Perniagaan Jahabersa, 2012 ), 218.

7
Disamping itu,takabbur juga merupakan dosa pertama yang dilakukan oleh iblis laknatullah

di muka bumi.Akibatnya ia disingkirkan dari mendapat rahmat Allah dan menjadi makhluk

terlaknat.Puncanya ialah kerana ia merasakan taraf Nabi Adam alaihissalam tidak sama

dengannya kerana Nabi Adam alaihissalam diciptakan daripada tanah,sedangkan dirinya

sendiri diciptakan daripada api.Justeru,ia enggan sujud menghormati Nabi Adam ,sedangkan

semua malaikat sujud menghormati Adam a.s. Iblis menggunakan tipu daya dan cakap yang

berbelit-belit ketika enggan sujud kepada Nabi Adam dengan mengatakan tidak boleh sujud

kepada mahkluk,sebaliknya sujud yang sebenar hanya boleh dilakukan kepada Allah

sahaja.Iblis gagal memahami yang sujud tersebut diperintahkan oleh Allah dalam bentuk

menghormati Nabi Adam dan bukannya dalam bentuk sujud menyembah Allah.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

‫َو ِإ ْذ ُق ْل َنا ِل ْل َم اَل ِئ َك ِة اْس ُج ُدوا آِل َد َم َف َس َج ُدوا ِإ اَّل ِإ ْب ِل ي َس َأ َب ٰى َو اْس َت ْك َبَر َو َك اَن ِم َن ا ْل َك ا ِف ِر يَن‬

“Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat ,sujudlah kamu semua

(menghormati ) kepada Adam,mereka semua sujud kecuali iblis ,ia enggan berbuat demikian

dan ia berlaku takabbur kerana itu jadilah ia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang

kufur.” ( Al-Baqarah :34).

3.2 DALIL YANG BERSUMBERKAN AL-HADIS

Nas-nas al-Hadis menarik perhatian kita agar menjauhi sifat sombong (takabbur)

dengan mengharamkannya,dan memperingatkan orang yang terkena penyakit itu bahawa

mereka pasti akan kerugian di akhirat kelak disebabkan oleh sifat sombong yang walaupun

hanya sebesar zarah saja yang telah diletakkan oleh syaitan dalam hatinya.Mereka tidak akan

masuk syurga ,kerana Rasulullah bersabda :

8
“Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang di dalam hatinya terdapat walau

sebesar zarah sifat takabbur.” Seorang lelaki berkata , “ Sesungguhnya ada seorang yang suka

jika pakaian dan alas kakinya cantik (bagaimanakah keadaannya ?)” Baginda bersabda , “

Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan. Manakala takabbur pula ialah

menolak kebenaran dan merendahkan orang lain.” (Riwayat Muslim daripada Ibnu Mas’ud

r.a.).

Imam Muslim meriwayatkan daripada Salamah bin al-Akwa’ r.a.

Maksudnya : :Bahawa seorang lelaki makan dengan tangan kirinya di sisi Rasulullah

SAW,lalu Baginda bersabda, ‘ Makan lah dengan tangan kananmu.’ Dia menjawab ,‘Saya

tidak mampu melakukannya.’Baginda berkata,‘Mudah-mudahan kamu tidak mampu

melakukannya. (Baginda bertutur kepada para sahabat ) Tidak ada yang menghalangainya

selain sikap takabbur. “ Beliau (Salamah) berkata, “Maka orang itu tidak boleh menangkat

tangan ke kirinya ke mulutnya (untuk dimakan )”.Syeikh Yusuf an-Nabhani,Ringkasan

Riyadhus Shalihin Imam An-Nawawi,(Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn . Bhd, 2013 ),404.

Harithah bin Wahab berkata : Aku mendengar Rasulullah bersabda :

“ Tidakkah aku beritahu pada kamu mengenai penghuni neraka? Iaitu orang yang

kasar ,keras,suka menghina dan sombong.” (Bukhari dan Muslim ). Dr.Muhammad Ali

Hasyimi,Keperibadian Seorang Muslim dari al-Quran dan al-Hadis,(Johor Darul Takzim :

Perniagaan Jahabersa, 2012 ), 219.

Memang sangat menghinakan bagi orang yang sombong di akhirat kelak kerana Allah tidak

memperdulikan atau memandang mereka pada hari kiamat disebabkan sombongnya mereka

di muka bumi.Inilah penghinaan moral yang sangat dahsyat berbanding seksaan fizikal di

neraka.Rasulullah S.A.W. bersabda :

9
“ Pada hari kiamat ,Allah tidak akan memandang orang yang menyeret pakaiannya

kerana sombong.” ( Bukhari dan Muslim )

“ Ada tiga orang yang Allah tidak akan berbicara dengan dia,memujinya atau

memandangnya pada hari kiamat,dan mereka akan mendapat seksaan dahsyat ,iaitu : orang

tua yang berzina ,raja yang berbohong dan orang miskin yang sombong.” (Muslim)

Kesombongan adalah sifat Tuhan dan manusia Tidak berhak memilikinya.Maka orang yang

sombong dan bangga diri itu melanggar hak Allah dengan memakaikan sifat tersebut kepada

diri mereka sendiri,maka mereka sangat layak mendapat seksaan yang sangat dahsyat

sebagaimana dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. :

“ Allah berfirman : Kebesaran adalah jubahku,kesombongan adalah

pakaianku.Sesiapa memakai salah satu daripada kedua-duanya, maka Aku akan

menyeksanya.” (Muslim). Dr.Muhammad Ali Hasyimi,Keperibadian Seorang Muslim dari al-

Quran dan al-Hadis,(Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, 2012 ), 219.

Banyak hadis yang memperingatkan agar berjaga-jaga dari sifat sombong (takabbur) dan

bangga diri yang mungkin akan mempengaruhi diri kita ketika sedang lalai.Sifat sombong

dan bangga diri ini mengakibatkan penghinaan dan seksaan dahsyat di hari kiamat. Dan

banyak hadis yang menyuruh agar sederhana dan merendahkan diri kepada orang lain kerana

mentaati perintah Allah ,maka Allah pastu akan meninggikan kedudukan

pelakunya.Contohnya, Rasulullah bersabda :

“ Tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan

meninggikan kedudukannya,” (Muslim). Dr.Muhammad Ali Hasyimi,Keperibadian Seorang

Muslim dari al-Quran dan al-Hadis,(Johor Darul Takzim : Perniagaan Jahabersa, 2012 ), 220.

Seterusnya,Nabi Muhamad SAW juga pernah bersabda :

10
“ Tiga hal membuatkan orang binasa,setia kepada kebakhilan,senang mengikuti nafsu

dan seorang yang mmembanggakan dirinya”.

Dari Abdillah bin Amr,sesungghnya Rasulullah SAW,bersabda :

“Sesungguhnya Nuh as,ketika menghadapi wafat ,dia memanggil kedua puteranya

dan berkata, “ Sesungguhnya aku memerintahkan kalian dengan dua perkara, melarang

sombong dan memerintahkan dengan mengucapkan Laa ilaaha illalla,kerana sesungguhnya

langit dan bumi beserta apa yang ada di dalamnya seandainya diletakkan pada daun

timbangan dan kalimat Laa ilaaha illallah pada daun timbangan yang lain,maka kalimat Laa

ilaaha illallah lebih berat timbangannya.Dan seandainya langit dan bumi ada dalam satu

lingkaran ,lalu kalimat Laa ilaaha illallah diletakkan diatasnya tentu kalimat Laa ilaaha

illallah akan memotongnya : Dan aku memerintahkan kalian dengan membaca Subhanallah

wa bihandihi ,kerana ia adalah solat dari segala sesuatu dan segala sesuatu dibaca nya diberi

rezeki”. Imam Al-Ghazali,Penenang Jiwa Pengubatan & Rawatan,(Selangor : Pustaka Al-

Ehsan,2015),359.

4.0 JENIS – JENIS TAKABBUR.

Ketahuilah bahawa pihak yang disombongi adalah Allah,para Rasul;Nya atau seluruh

makhluk.Allah menciptakan manusia dengan kecenderungan suka berbuat zalim atau bodoh.

Kadang-kadang menyombongkan diri pada makhluk dan kadang-kandang menyombongkan

kepada pencipta-Nya.Jadi,kesombongan atau takabbur terbahagi kepada tiga bahagian. Mohd

11
Sulaiman bin Hj.Yasin,Akhlak dan Tasawuf (Kuala Lumpur: Mas’adah(M)

Sdn.Bhd,1992).301-302

I. Takabbur kepada Allah

Inilah takabbur yang paling keji dan paling huna,akibat dari sifat keterlaluan dan

kejahilan semata-mata.Maka dari itu,inilah sifat takabbur yang dicontohi oleh

Namrud,Firaun dan sekelompok orang-orang yang bodoh,bahkan setiap orang yang

mengaku dirinya adalah Tuhan dan menolok daripada menjadi hamba Allah.Golongan

ini telah dirakamkan oleh al-Quran dalam beberapa ayatNya.Antaranya ialah :

‫اَدتي َس َيدُخ لوَن َجَهَّنَم‬JJ‫وني َأسَتِج ب َلُك مۚ ِإَّن اَّل ذيَن َيسَتكِبروَن َعن ِع ب‬JJ‫قاَل َر ُّبُك ُم ادع‬

‫داِخ ريَن‬

Ertinya:“Berdolah kepada Ku,nescaya akan Ku perkenankan bagimu.Sesungguhnya

orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan mausk Neraka

Jahanam dalam keadaan hina”.(Surah Ghafir,60)

‫َفَأَّم ا َعاٌد َفاْسَتْك َبُروا ِفي اَأْلْر ِض ِبَغْيِر اْلَح ِّق َو َقاُلوا َم ْن َأَش ُّد ِم َّن ا ُق َّو ًةۖ َأَو َلْم َي َر ْو ا َأَّن َهَّللا‬

‫اَّلِذ ي َخ َلَقُهْم ُهَو َأَشُّد ِم ْنُهْم ُقَّو ًةۖ َو َك اُنوا ِبآَياِتَنا َيْج َح ُد وَن‬

Ertinya : “Adapun Kaum A’ad maka mereka menyombongkan diri di muka bumi

tanpa alasan yang benar dan berkata : “Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari

kami ?” Dan apakah mereka itu tidak memperhatikan bahawa Allah Yang Maha

Menciptakan mereka adalah lebih besar kekuatanNya daripada mereka? Dan mereka

mengingkari tanda-tanda (kekuatan) Kami.(Surah Al-Fussilat ,15)

12
‫ِإَّن اَّلِذ يَن َيْسَتْك ِبُروَن َع ْن ِعَباَد ِتي َسَيْد ُخ ُلوَن َجَهَّنَم َداِخ ِر يَن‬

Ertinya : “ Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri tidak mahu

beribadah kepada Ku, mereka akan masuk neraka Jahannam dengan hina dina”. (Al-

Mukmin 35 :60). Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa,Menyucikan Jiwa,(Jakarta :

Robbani Press,2013),273-274.

‫َو ِإَذ ا ِقيَل َلُهُم اْسُج ُد وا ِللَّرْح َٰم ِن َقاُلوا َو َم ا الَّرْح َٰم ُن َأَنْسُج ُد ِلَم ا َتْأُم ُرَنا َو َز اَد ُهْم ُنُفوًرا‬

Ertinya : “Dan apabila dikatakan kepada mereka , “Sujudlah kamu sekalian kepada Yang

Maha Penyanyang!” Mereka menjawab : “Siapakah Yang Maha Penyanyang itu?”

Apakah kami akan sujud kepada Tuhan Yang kamu perintahkan kami (bersujud kepada-

Nya)?” dan (perintah sujud itu) menambah mereka jauh (dari iman)”. (al-Furqan 25 :60).

II. Takabbur terhadap para Rasul

Dengan keengganan jiwa untuk mematuhi manusia seperti mereka.Hal ini boleh

memalingkan pemikiran dan ketajaman hati sehingga mereka tetap berada dalam

kegelapan dan kebodohan akibat sifat takbur nya lalu enggan untuk mematuhi,tetapi

dia menigira sebagai pihak yang benar.Keengganan mereka ini terkadang kerana

snegaja tidak mahu memikirkan dan menilai hakikat Rasul.Terkadang mereka sedar

dan mengetahui namun hatinya enggan untuk taat dan patuh. Golongan inilah yang

dinyatakan di dalam al-Quran berdasarkan firman Allah ialah :

‫َو َقاَل اَّلِذ يَن اَل َيْر ُجوَن ِلَقاَء َنا َلْو اَل ُأْنِز َل َع َلْيَنا اْلَم اَل ِئَك ُة َأْو َنَر ٰى َر َّبَن اۗ َلَق ِد اْس َتْك َبُروا ِفي‬

‫َأْنُفِس ِهْم َو َع َتْو ا ُع ُتًّو ا َك ِبيًرا‬

13
Ertinya : “ Berkatalah orang –orang yang tidak menanti-nanti pertemuannya dengan

Kami. “Mengapakah tidak diturunkan kepada kita malaikat atau (mengapa) kita

(tidak) melihat Tuhan kita?” Sesungguhnya mereka menganggap besar diri mereka

dan mereka benar-benar sangat melampau batas.” (al-Furqan ,21). Mohd Sulaiman

bin Hj.Yasin,Akhlak dan Tasawuf (Kuala Lumpur: Mas’adah(M) Sdn.Bhd,1992).301-

302.

Firaun telah berkata, “Atau malaikat dating bersama-sama dia untuk mengiringinya.”

(az-Zukkhruf 43: 53).Allah berfirman , “ Dan berlaku angkuh lah Firaun dan bala

tenteranya di bumi (Mesir) tanpa alasan yang benar.” (al-Qashash 28:39).Maka dari

itu,Firaun bersikap sombong kepada Allah dan Rasul-Nya.

Bahkan orang-orang Quraisy juga berkata, “Mengapa al-quran ini tidak diturunkan

kepada seorang yang besar dari salah satu dua negeri (Makkah dan Thaif) ini?” (az-

Zukhruf 43:31). Qatadah berkata, “ Dua orang besar dari dua kota itu ialah al-Walid

bin al-Mughirah dan Abu Mas’ud ats Tsaqafi.Mereka meminta orang yang lebih besar

kepimpinannya disbanding Nabi Muhammadh SAW ketika mereka mengatakn ,

“Bagaimana Allah mengutuskan anak yatim kepada kami?” Kemudian Allah

berfirman, :

‫ۚ َأ ُهْم َي ْق ِس ُم وَن َر ْح َم َت َر ِّبَك‬

“Apakah mereka yang membagi-bagi rahmat Tuhanmu ?” (az-Zukhruf 43:32).

Orang-orang Quraisy berkata kepada Rasulullah SAW, “Bagaimanakah kami ingin

duduk bersamamu,sedangkan mereka ada di sisi mu?” yakni kaun fakir miskin di

kalangan kaum muslimin. Maka Allah berfirman :“Dan janganlah kamu mengusir

orang –orang yang menyeru Tuhannya dipagi hari dan di petang hari,sedangkan

mereka menghendaki keredhaan-Nya.Kamu tidak memikul tanggungjawab sedikit


14
pun terhadap perbuatan mereka dan mereka pun tidak memikul tanggungjawab sedikit

pun terhadap perbuatanmu.”(Al-an’am 6:52). Sa’id bin Muhammad Daib

Hawwa,Menyucikan Jiwa,(Jakarta : Robbani Press,2013),276-277.

Takabbur yang kedua ini hampir sama dengan takabbur kepada Allah,sekalipun di

bawah tingkatnya,tetapi merupakan takabbur untuk mnerima perintah Allah dan

tunduk kepada Rasul-Nya.

III. Takabbur terhadap sesama hamba Allah

Kategori ini merupakan satu sifat yang mana seseorang itu merasakan dirinya

lebih besar,lebih tinggi dan lebih atas dari orang lain,serta memandang rendah dan

hina pada mereka. Dengan perasaan ini mereka enggan untuk menurut atau mengikut

atau menerima atau mendengar sekalipun orang lain itu adalah benar yang selayaknya

dan semestinya diikuti pimpinannya dan didengari nasihatnya.Walaupun jenis ketiga

ini lebih rendah daripada yang pertama dan kedua namun ia amatlah besar di sisi

Allah,pertama kerana sikap membesar diri ,meninggi diri,dan membangga diri

(takabbur) tidak layak melainkan pada Yang Maha Agung, Maha Besar dan Maha

Tinggi lagi Maha Sempurna.Adapun bagi hamba yang sifatnya serba kurang , serba

lemah, maka tidaklah layak dengan sifat-sifat tersebut. Manakala si hamba bersifat

takabbur maka sesungguhnya ia telah cuba menandingi sifat Allah.

Inilah yang di syaratkan oleh hadis qudsi : “A’ Azama (keagongan) adalah

kain Ku,dan Al- Kibriya’ (kebesaran) adalah selendang Ku.Sesiapa yang menandingi

Daku pada salah satu darinya akan Aku hancurkan dan Aku tidak kira.”

Keduanya,kerana orang bersifat takabbur terhadap sesama hamba boleh membawa

kepada takabbur terhadap perintah dan suruhan Allah , seperti takabburnya Iblis yang

membawa kepada tidak mahu sujud seperti yang di perintah oleh Allah dengan

15
membuat berbagai alasan dan pengeliruan. ). Mohd Sulaiman bin Hj.Yasin,Akhlak

dan Tasawuf (Kuala Lumpur: Mas’adah(M) Sdn.Bhd,1992).304.

5.0 PUNCA MENJADI TAKABBUR

Pertama, Ilmu kerana sedikit bilangan orang yang alim yang mempunyai ilmu yang

terlepas dari sifat takabur dengan ilmunya. Mereka berasa bangga dengan ilmunya, berasa

dirinya sempurna dengan ilmu yang mereka ada dan memandang rendah dan hina kepada

orang lain,terutama kepada orang yang tidak berilmu dan kurang ilmu,bahkan mereka

memperbodohkan mereka.Dengan kedudukannya sebagai orang yang berilmu mengharap

kalau lebih dahulu diberi salam.Jika diberi hormat dia merasa bahawa itu hasil dari kebaikan

daripadanya yang wajib disyukuri.Orang yang alim takabbur dengan ilmunya biasanya lebih

mengharapkan kebaikan oleh orang lain dari ianya membuat kebaikan kepada orang

lain,lebih diziarahi daripada menziarahi orang lain.Seterusnya mempergunakan orang lain

untuk kepentingannya dan keperluan peribadi atau keluarga.Pengajaran daripada ilmunya

dianggap sebagai jasa bakti yang berhak dibalas oleh mereka.Kesemua ini adalah yang

berhubungan dengan urusan dunia.Adapun yang berkaitan dengan urusan akhirat seseorang

yang alim akan merasa diri mereka takabur dengan ilmu mereka malah berasa ilmunya lebih

tinggi dan mulia disisi Allah dari orang lain.

Di samping itu, orang yang berilmu itu wajib beramal dengan ilmunya.

Justeru, adalah menghairankan sekiranya mereka yang berilmu itu berperangai dengan sikap

takabbur. Tidakkah mereka pernah mendengar sabda Nabi s.a.w. yang mulia, maksidnya,

16
"Sesungguhnya manusia yang menerima siksaan yang sangat berat dihari qiamat ialah orang

berilmu yang tidak menggunakan ilmu."Mohd Sulaiman b. Hji Yasin,Akhlak dab Tasawuf

(Selangor : 1992),305.

Maka sewajarnya mereka yang berilmu merupakan orang yang paling bersungguh-

sungguh menjauhi sikap takabbur dengan mengamalkan ilmu yang dipelajari khususnya ilmu

agama.Orang seperti ini layak dipanggil jahil dari dipanggil alim,kerana yang sebenar

benarnya alim ialah yang mempunyai ilmu yang memperkenalkan hakikat dirinya dan Allah.

Kedua, amal ibadat iaitu para zuhud dan ahli ibadat juga tidak terlepas dari sifat

takabur dengan amal ibadatnya sama ada pada hal hal keduniaan atau hal agama. Tentang hal

kedunian mereka berasakan mereka berhak diziarahi daripada menziarahi orang lain,lebih

berhak mendapat keistimewaan di majlis-majlis atau seumpanya,lebih berhak mendapat

gelaran bertakwa seolah-olah mereka berasa bahawa amal ibadat mereka itu sebagai jasa

yang mengharap balasan yang lebih baik dari makhluk.Tentang hal keagaam mula mereka

berasa mereka yang selamat, orang lain akan binasa.Sedangkan yang sebenarnya orang yang

berperasaan demikian itulah yang binasa.

Ketiga takabur dengan nasab keturunan iaitu jarang sekali orang berdarah keturunan mulia

terlepas dari rasa besar diri atau takabur sekalipun ia seorang yang soleh dan berpegetahuaan

sehinga,begitu mudah memandang rendah orang yang tidak setaraf dengannya, sekalipun

orang itu lebih tinggi jasa dan sumbangan ilmunya dengan amalannya.Malah mereka

memandang orang ramai seperti hamba abdinnya.Dari sifat takabur ini akan melahirkan

perbuatan seperti enggan bergaul dengan mereka.Dari lidahnya juga melahirkan kata –kata

17
bangga dan megah diri,lebih lebih lagi ketika dikuasai perasaan marah.Demikianlah

bagaimana sahabat Rasul yang sedar betapa tercelannya sifat takabur.Mereka rela menghina

dirinya sebagai ubat paling mujarab kepada sifat takabur. Mohd Sulaiman b. Hji

Yasin,Akhlak dab Tasawuf (Selangor : 1992),306.

Keempat harta kekayaan orang kaya merasa sombong bila melihat orang miskin. Mereka

merasakan usaha mereka menjadikan mereka kaya sedangkan orang miskin adalah orang

yang bodoh dan malas berusaha.Ada juga di antara mereka menganggap golongan kaya

mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah S.W.T. Mereka berkata bahawa mereka boleh

bersedekah dengan sebanyak-banyak sedekah, sedangkan si fakir miskin itu untuk menyuap

sesuap nasi ke mulut sendiri pun masih belum tentu. Mereka lupa sebenarnya Allah telah

menempatkan kedudukan yang istimewa kepada golongan fakir miskin yang beriman kepada

Allah S.W.T.Sesetengah golongan kaya sibuk dengan slogan ‘jihad ekonomi’ sehingga lupa

jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu.Dengan harta kekayaan,biasanya sifat

ini dipunyai oleh para pembesar dan saudagar ahli perdagangan,ahli perniagaan dan

seumpamnya.Mereka memandang rendah terhadap orang miskin dan golongan yang tidak

berada,Di antara contoh takabur dengan harta kekayaan ini ialah takaburnya Qarun seperti

yang diabdikan kisahnya dalam al-quran. Mohd Sulaiman b. Hji Yasin,Akhlak dab Tasawuf

(Selangor : 1992),307.

Kelima, punca seseorang menjadi takabur dengan paras kecantikan,biasannya ia

berlaku dalam kalangan wanita.Sifat ini mendorong kepada perbuatan merendahkan orang

lain,mengumpat dan menceritakan keburukan dan keaiban orang.Haji Razali Saleh,Punca

Sifat takabbur ( Selangor:2017),14.

18
6.0 KESAN KEPADA SIFAT TAKABBUR
Sifat takabur ini boleh melahirkan berbagai corak tingkahlaku sebagai tanda atau

bukti kepada sifat tersebut.Terkadang pada gerak gerinya, seperti mengangkat pipinya, gerak

matanya , cara jalannya , cara berdiri dan duduknya terkadang pada cara percakapannya

seperti nada suaranya, penggunaan gaya bahasanya dan seumpamanya.Jarang kesemuanya ini

terkumpul pada seorang tetapi biasanya hanya pada setengahnya tidak pada yang lainnya.

Di antaranya ada yang takaburnya dilahirkan dalam cara pengamatan atau sambutan orang

kepadanya seperti disambut dengan berdiri, diiringi setiap kali berjalan , suka diziarahi tetapi

tidak suka menziarahi sekalipun dengan ziarahnya itu mendatangkan kebaikan kepada orang

lain dalam agama,tidak suka duduk semeja atau semajlis dengan orang yang fakir atau miskin

atau orang kebanyakan atau orang cacat dan seumpamanya, enggan membuat kerja rumah

atau kebun yang biasa dibuat oleh isteri atau anak-anak atau pembantu atau pekerjanya serta

enggan membawa,mengambil atau mengangkat sendiri barang-barang keperluan keluarganya

ke dalam rumah. Dan terkadang dilahirkan dalam bentuk pakaian, walaupun tidak semestinya

pakaian itu melambangkan sifat besar diri atau meninggi diri.Contoh ayat bagi takabbur :-

Al-BAQARAH: 2:206 :- "Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertakwalah kepada Allah“,

bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah

(balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang

seburuk-buruknya."

19
AN NISA: 8:38 :-"Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan

sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim,

orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu

sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong

dan membangga-banggakan diri". Mohd Sulaiman b. Hji Yasin,Akhlak dab Tasawuf

(Selangor : 1992),309.

7.0 CARA MENGATASI SIFAT TAKABUR

Ketahuilah cara untuk atasi penyakit takabur boleh diatasi dengan cara-cata

berikutnya. Takabur merupakan kebodohan sepenuhnya,kerana pengetahuaan yang

bertentangan dengan kebodohan tersebut. Antara cara untuk mengatasinya dengan

meningkatkan ibadah kepada Allah.Tujuan hidup menurut Islam adalah untuk beribadah

kepada Allah, maka dengan meningkatkan ibadah kita sudah berusaha memenuhi tujuan

hidup tersebut. Dengan meningkatkan kualiti ibadah, maka sifat takabur akan dapat

dihindarkan dan menjadi cara mengubah kepribadian menjadi orang yang lebih mengetahui

tentang agama.Selain itu, meningkatkan keimanan dan ketakwaan.Keimanan serta ketakwaan

dapat ditingkatkan dengan peningkatan ibadah tersebut. Jika seseorang banyak menjalankan

ibadah dengan tekun dan khusyuk, kadar keimanannya terhadap ajaran agama pun akan

mengalami peningkatan. Begitu pula dengan kadar ketakwaannya terhadap Allah SWT.

Selain agar tidak menjadi takabur, orang yang beriman dan bertakwa akan tahu cara menjaga

pandangan matanya terhadap berbagai hal yang akan menimbulkan dosa. Sa’id bin

Muhammad Daib Hawwa,Menyucikan Jiwa,(Jakarta : Robbani Press,2013),262.

Tambah lagi,Mensyukuri segala nikmat Allah.Allah telah memberikan nikmatNya

kepada kita dalam berbagai bentuk. Dengan menumbuhkan pentingnya rasa syukur terhadap

semua kurnia Allah kepada kita, dapat mengurangi keinginan untuk bersikap takabur dan

20
bongkak terhadap orang lain. Cara agar tetap istiqomah juga adalah dengan berusaha selalu

mengucapkan syukur atas semua pemberian Allah. Bersyukur juga akan menjadi cara

bersikap sabar ketika ada menghadapi suatu masalah. Menyedari segala kekurangan sebagai

manusia.

Cara menjaga kesihatan hati adalah dengan tetap melihat dan berkaca pada

kekurangan diri sendiri. Manusia dilahir dengan segala kelebihannya, tetapi disebalik setiap

kelebihan itu ada kekurangan pula. Tidak ada seorangpun yang sempurna, karana itu penting

untuk menyedari kekurangan diri agar tidak mudah merasa hebat dan takabur.

Di samping itu , menyedari bahawa hidup ini hanya sementara.Suatu saat manusia

akan mengalami yang namanya kematian. Itu bermaksud bahawa hidup ini hanya sementara

saja di dunia . Orang yang takabur kerap melupakan hal ini. Mereka merasa bahawa

kehidupan sebagai manusia akan berlangsung selamanya sehingga lupa menyiapkan bekal

untuk ke akhirat kelak. Mengingat hal tersebut juga akan menjadi cara menghilangkan sifat

egois dari seseorang. Ikhlas melakukan perbuatan amal. Mohd Sulaiman b. Hji Yasin,Akhlak

dab Tasawuf (Selangor : 1992),310.

Banyak berbuat amal juga akan menyebabkan seseorang mulai bersikap takabur,

kerana merasa dirinya telah melakukan amalan baik yang banyak. Jika perbuatan itu

dilakukan dengan ikhlas, seseorang tidak akan mengingatnya lagi, kerana ia melakukannya

memang bukan untuk mepamerkan kebaikan hatinya atau agar disebut sebagai orang yang

banyak memiliki ciri – ciri orang baik hati dan juga bukan cara agar disukai orang lain.

21
Selalu berusaha menghormati dan menghargai orang lain.Untuk menghindar dari sifat

takabur, cara menghargai orang lain haruslah ditumbuhkan dengan baik. Jika ada rasa

penghargaan terhadap kekayaan orang lain, maka keinginan untuk menonjolkan diri dan

merasa hebat tidak akan muncul. Menghargai dan menghormati orang lain adalah sikap yang

baik, kerana itu cara menghilangkan sifat kekanak – kanakan agar bisa menghormati orang

lain dan tidak menjadi takabur.Menyedari bahwa segala kelebihan kita adalah kurnia Allah.

Manusia memiliki segala kelebihan bukan semata kerana usahanya saja. Kelebihan

tersebut ada kerana Allah menjanjinkan kita memilikinya dan menggunakannya. Jika kita

menyedari hal tersebut, hal itu akan membuat kita pandai bersyukur dan menjadi cara

meningkatkan harga diri bahawa diri disayang oleh Allah sehingga diberikan segala

kelebihan, sehingga tidak akan bersikap takabur. Sa’id bin Muhammad Daib

Hawwa,Menyucikan Jiwa,(Jakarta : Robbani Press,2013),267.

Berusaha selalu rendah hati atau bersikap tawadhu di depan Allah dan sesama

manusia.Rendah hati adalah lawan dari takabur. Dengan selalu bersikap rendah hati, maka

tidak akan mudah tergelincir kepada sikap yang takabur dan sombong. Bila ingin tahu cara

memikat hati wanita sholehah, bersikap rendah hati adalah salah satu caranya. Sedangkan

sifat takabur tidak akan disukai.Akhir sekali . Tidak membezakan perlakuan dengan sesama

manusiaSemua manusia diciptakan sama oleh Allah SWT. Memang ada beberapa manusia

yang hidupnya lebih beruntung daripada yang lainnya. Tetapi itu tidak memberi hak untuk

mulai bersikap takabur dan menyombongkan diri terhadap orang lain yang tidak sama

berlebihannya. Bersikap adil terhadap sesama manusia adalah cara menjadi pribadi yang baik

dan cara menghilangkan sifat egois.

Bersifat takabur akan mendatangkan berbagai macam masalah baru dalam hidup.

Takabur akan membuat orang lain membenci dan memusuhi orang yang bersikap seperti itu.

22
Dengan demikian pergaulan sosial pun akan terhambat, belum lagi ancaman bahwa orang

yang takabur akan masuk neraka. Oleh kerana itu selalu lakukan introspeksi diri agar mudah

untuk menghilangkan sikap takabur ini.

8.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya bagi menggulung segalan hujah di atas, setiap akhlak yang hina

dan tercela terpaksa di terima demi untuk menjaga sifat takabburnya. Sementara itu, sifat-

sifat yang mulia dan terpuji tidak terdaya untuk dilakukan kerana takutkan kehilangan sifat

takabburnya. Oleh itu, Rasulullah telah menegakan tidak masuk syurga bagi orang mereka

yang mempunyai sifat takabbur walaupun sekecil zahrah sahaja. ( Mohd. Sulaiman Bin Hj.

Yasin , Akhlak Dan Tasawuf , ( Selangor, Mas`adah (M) Sdn. Bhd , 1992 ), 301 .

Selain itu, takabbur adalah sikap berbangga diri dengan berannggan bahawa dirinya yang

paing hebat dan benar dibandingkan dengan orang lain. Akhir sekali kita harus menyedari

bahawa kita adalah makhluk Allah yang diciptakan dengan tujuan tidak menyombong diri di

atas muka bumi ini melainkan untuk beribadah kepada Allah SWT. Setiaap apa yang kita

lakukan dimuka bumi ini semata-mata untuk mencari redha Allah SWT.

23
RUJUKAN

 Abdul Qadir bin Abdul Mutalib.(2010).Penawar Bagi Hati.Johor Bahru : Perniagaan

Jahabersa

 Syeik Yusuf bin Ismail an-Nabhan.(2013).Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam an –

Nawawi. Kuala Lumpur : Telaga Biru Sdn.Bhd

 Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa.(2013).Menyucikan Jiwa.Jakarta : Robbani Press

 Imam al-Ghazali. (2015).Penenang Jiwa Pengubatan dan Rawatan. Selangor : Pustaka

al-Ehsan

 Dr Muhammad Ali Hasyimi.(2012). Keperibadian Seorang Muslim dari Al-quran dan

Al- Sunnah. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa

 Mohd Sulaiman bin Haji Yasin.(1992).Akhlak dan Tasawur.Selangor : Mas’adah (M)

Sdn Bhd

 Sheik Abdul Somad.(1996).Kitab Hidayatul Salikin.Palembang : Ulama Sufi dan

Jihad Dunia Melayu

24
LAMPIRAN

25
26
27
28
29
AHLI KUMPULAN

30

Anda mungkin juga menyukai