Anda di halaman 1dari 4

SKRIP BERCERITA TAHAP 2

PESERTA: Malina

TAJUK : Maafkan Cikgu.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 malaysia.

Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari

ini saya ada ada satu kisah yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan.

Tajuk cerita saya ialah maafkan cikgu. Eh kenapa cikgu pula yang minta

maaf ya?ha kalau kawan-kawan semua nak tahu marilah dengar cerita saya.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Kisahnya adalah tentang seorang anak yatim namanya amir,

ayahnya telah meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi. Untuk menyara

kehidupan mereka, ibunya telah mengambil upah menebas kebun dan

menjual kuih. Namun, amir tidak pernah mengeluh malah dia turut

membantu ibunya dengan menghantar surat khabar sebelum ke sekolah.

Baiknya amir tu ya kawan-kawan. Seperti biasa pada pagi itu, amir

mengayuh basikalnya laju-laju. Berpeluh-peluh badannya. Amir bimbang

akan bertembung dengan Cikgu Hakim guru disiplinnya di sekolah. Ah

mendengar namanya sahaja sudah cukup membuatkan pelajar- pelajar

kecut perut apatah lagi bersemuka dengannya. Seramnya. Ingatlah ya

kawan-kawan, datang lambat ke sekolah bukanlah sikap yang baik.

Ketika sampai di sekolah jam tangan amir menunjukkan jam 8.30 pagi.
SITI NASARAH BINTI KAMIN-SK KG
BAKONG/TERUS
Dengan langkah yang tergesa-gesa, amir pun menuju ke kelasnya tiba-

tiba “Amir” nama Amir dipanggil. Panggilan itu lantas mematikan langkahnya.

Degup jantung amir bertambah kencang. Terlihat wajah Cikgu Hakim

yang sangat serius. Dengan suara yang lantang, Amir dimarahi kerana

datang lewat. Amir hanya membisu. Memberi alasan pada saat itu bukanlah

tindakan yang bijak. Walaupun Amir pernah menjelaskan tetapi Cikgu Hakim

enggan mendengarnya malah dia dituduh menegakkan benang yang

basah.

Kawan-kawan sekalian,

Apakah yang berlaku selepas itu? Apalagi Amir dibawa ke bilik

guru disiplin. Dia telah diberi surat amaran untuk disampaikan kepada

ibunya. Amir pun menerima dengan sedih. Berat mata yang memandang,

berat lagi bahu yang memikul. Amir kecewa kerana di tuduh sebagai

pelajar yang malas. Padahal dia bukanlah seperti apa yang disangkakan.

Rakan-rakan Amir juga sering mengejeknya kerana selalu didenda atas

kelewatannya sampai ke sekolah.

Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Amir pun terus pulang

ke rumah. Selepas selesai solat, Amir pun terus ke dapur kerana

perutnya terasa

SITI NASARAH BINTI KAMIN-SK KG


BAKONG/TERUS
terlalu lapar. Apabila dia hendak ingin menjamah makanan, dia teringat

kembali peristiwa yang berlaku disekolah tadi. Seleranya hilang. Amir

membuat keputusan untuk ke kebun Pak Megat untuk berjumpa dengan

ibunya. Amir ingin menceritakan tentang peristiwa yang berlaku di

sekolahnya tadi. Sebaik sahaja terpandang wajah ibunya, dia berasa tidak

sampai hati untuk menceritakan malah dia turut membantu ibunya

menyelesaikan kerja. Baginya ibu lah segala- galanya. Ingatlah kawan-

kawan syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Kawan-kawan yang dikasihi,

Pada malam itu, Amir nekad menyatakan hasratnya untuk berhenti

kerja lantas menyerahkan surat yang diterima daripada Cikgu Hakim.

Amir melihat wajah ibunya amat sedih setelah membaca surat itu. Bagi

ibu Amir dia masih mampu menyara kehidupan mereka. Apa yang

diharapkan oleh ibu Amir adalah dia ingin melihat anaknya berjaya dalam

pelajaran.

Kawan-kawan yang disayangi sekalian,

Sebagai pelajar tahun 6, Amir dapat berfikir dengan baik. Dia telah

membuat keputusan untuk berhenti kerja. Dia berazam selepas ini, dia akan

datang awal ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh. Justeru, keesokan

harinya pagi-pagi lagi Amir telah sampai di kedai Pak Cik Muthu tempat dia

mengambil surat khabar. Dia ingin menyatakan hasratnya untuk berhenti

kerja. Selepas itu, amir mengayuh basikalnya lebih laju dari biasa. Dia tidak

ingin terlambat lagi. Dia sudah serik dengan herdikan guru disiplinnya.

SITI NASARAH BINTI KAMIN-SK KG


BAKONG/TERUS
Apabila tiba di persimpangan jalan, tanpa mlihat kiri dan kanan Amir

terus melintas. Malangnya, sebuah kereta telah melanggarnya. Amir

tercampak ke seberang jalan lalu pengsan. Orang yang melanggar Amir itu

terus membawanya ke klinik yang berdekatan. Mujurlah Amir tidak apa-apa.

Dia Cuma mengalami luka-luka kecil sahaja. Itulah kawan-kawan kita

mestilah berhati-hati semasa berada di jalan raya.

Tidak lama kemudian, Amir pun sedar dan dia terkejut melihat Cikgu

Hakim berada di sisinya. Dengan wajah yang ikhlas dan mesra, Cikgu Hakim

meminta maaf atas kecuaiannya Amir tercedera. Maafkan cikgu, Amir.

Dengan senang hatinya, Amir pun memberitahu dia lah yang bersalah

kerana tidak berhati-hati. Begitulah kawan-kawan niat dihati untuk

membantu keluarga adalah satu sifat yang mulia namun, kita mestilah

memikirkan keselamatan diri. Sekiranya kawan-kawan telah melakukan

kesalahan janganlah malu untuk meminta maaf kerana orang yang

mengakui kesalahannya akan dipandang mulia.

Sekian, terima kasih.

SITI NASARAH BINTI KAMIN-SK KG


BAKONG/TERUS

Anda mungkin juga menyukai