Anda di halaman 1dari 5

RESIPI NASI KERABU

“Rumit namun berbaloi”

By: Irfan Abdul

Nasi

Kuantiti beras dan air seperti masak nasi biasa

Cuma tambah pewarna biru tulen ( ½ sudu kecil ), daun limau purut 5 keping dan 3 batang serai.

Sambal Kelapa

Ikan kembung rebus (500gm) (direbus dan ditumbuk) Cara rebus ikan:

Kelapa parut (500gm) (digoreng dan ditumbuk sedikit) Ikan +garam +air+ asam
keping
Halia 4 inci

Bawang merah 10-15 ulas

Serbuk lada hitam

Gula Melaka

Garam

(semua bahan ditumbuk bersama dan digaul rata)

Budu

1 botol budu

1 botol Air (guna botol budu)

Daun Limau

Serai

Gula Melaka

Sambal Cili

Cili Api segenggam


Bawang Putih 5 ulas

Bawang Besar 1 biji

Cuka ½ cawan

Garam

Gula

Tumis Budu

Cili Kering 25 biji

Bawang Besar 3 biji Dikisar

Bawang Putih 1 labu

Halia 2cm

Tumiskan bahan yang dikisar dengan minyak (2 cawan) sehingga masak.

Kemudian masukkan budu (1/2 botol),

Gula Melaka 1 keping kecil

Kemudian masukkan santan ( 400gm)

Masukkan Asam keping (2-3 keping)

Serai dan daun limau purut.

Sedikit air.

Ulam

Bunga kantan

Daun kesum
Kobis

Taugeh

Daun selom

Dll.

Ayam Goreng

Ayam

Serai 6 batang

Bawang putih 1 labu

Halia 2 cm Dikisar dan diperap bersama ayam

Gula

Kunyit 4cm

Garam

+ (jintan manis, jintan putih, ketumbar) Kisar kering


Solok Lada

10-15 biji cili hijau besar

5 ekor ikan kembung (2 ekor direbus +3 mentah dibuang isi)

Bawang merah 8-10 biji

Halia 2cm

Serai 3 batang Ditumbuk bersama

Serbuk Lada putih

Gula dan Garam secukup rasa

Sebiji Asam Limau

Secawan Santan (campur sekali)

Kelapa Parut 2 cawan mentah dan 1 Cawan yang telah digoreng

Campur dan gaul semua bahan di atas.

*Belah lada dan buang biji

Sumbat hasil di atas kedalam cili dengan padat.

Susun dalam periuk dan Siram dengan santan secara sedikit demi sedikit.

Rebus sehingga masak. (lebih kurang 20minit)

Toskan dan siap untuk dimakan.


IKAN CELUP TEPUNG/TEMPURA

Untuk 5-8 ekor ikan

1 cawan tepung beras

½ cawan tepung jagung

Sebiji telur

3 titis pewarna kuning

¾ cawan air

Garam ½ sudu

Gaul semuanya hingga sebati.

Cuci ikan, celup dalam bancuhan dan goreng sahaja.

Anda mungkin juga menyukai