Anda di halaman 1dari 12

TAZKIRAH RAMADHAN 2024/1445H

SURAU MUHAJIRIN, HALAMAN MERU PERMAI


18 MAC 2024

TAJUK : PUASA IBADAH MENTAATI PERINTAH ALLAH

Hadis riwayat Imam Ahmad

‫َقْد َج اَء ُك ْم َش ْهُر َر َمَض اَن َش ْهٌر ُم َب اَر ٌك اْف َت َر َض ُهَّللا َع َلْي ُك ْم‬
‫ِص َي اَم ُه ُيْف َت ُح ِفيِه َأْب َو اُب اْلَج َّن ِة َو ُتَغ ُّل ِفيِه الَّش َي اِط يُن ِفيِه َلْي َلٌة َخ ْيٌر‬
َ‫ِم ْن َأْل ِف َش ْه ٍر َم ْن ُح ِر َم َخ ْي َر َه ا َفَق ْد ُح ِر م‬

Artinya: "Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah,


diwajibkan kepada kalian ibadah puasa, dibukakan pintu-pintu
surga dan ditutuplah pintu-pintu neraka serta setan-setan
dibelenggu. Di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari
seribu bulan. Barangsiapa yang tidak mendapatkan kebaikannya
berarti ia telah benar-benar terhalang atau terjauhkan (dari
kebaikan)."

:Di dalam sebuah hadis lain riwayat imam Muslim

‫ُك ُّل َع ِل اْبِن آَدَم َض اَعُف اْلَح َنُة َعْش َأْم َثاِلَه ا ِإَلى ْبعِم اَئة ِض ْع ٍف‬
‫َس‬ ‫ُر‬ ‫َس‬ ‫ُي‬ ‫َم‬
‫ِل‬
‫َقاَل اُهلل َعَّز َو َج َّل ِإَّال الَّصْو َم َفِإ َّنُه ي َو َأَنا َأْج ِز ي ِبِه َيَد ُع َش ْه َو َتُه َو َطَعاَمُه‬
.‫ِم ْن َأْج ِلي‬
Artinya: "Setiap amalan yang dilakukan anak Adam akan
dilipatgandakan, tindakan yang baik akan dilipatgadakan
pahalanya hingga 700 kali lipat. Allah SWT berfirman: Dengan
syarat berpuasa yang dilakukan karena Aku (Allah) maka Aku
akan memberinya pahala. Karena mereka meninggalkan
keinginannya demi Aku."

Sabda Rasulullah SAW:

‫َم ْن َص اَم َر َم َض اَن ِإيَم اًنا َو اْح ِتَس اًبا ُغ ِفَر َلُه َم ا َتَقَّد َم ِم ْن َذْنِبِه‬
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan
mengharapkan pahala, maka diampunkan segala dosanya yang
telah lalu.” (HR Bukhari, No. 38 dan Muslim, No. 760)
Tafsir Surah Baqarah Ayat 183 (Puasa)

Ayat 183: Ini tentang hubungan dengan Allah pula. Ayat-ayat


sebelum ini sentiasa menyentuh tentang taqwa. Sekarang Allah
‫ ﷻ‬memberikan jalan-jalan bagaimana mencapai taqwa.

Ayat-ayat yang seterusnya ini adalah tentang puasa. Semua cerita


tentang puasa dimasukkan di dalam kumpulan ayat yang
berterusan ini. Kemudian tidak dimasukkan di mana-mana lagi.

Ini adalah sesuatu yang aneh sebenarnya. Selalunya, hukum


sesuatu perkara tidak dimasukkan oleh Allah sebegini. Selalunya
hukum sesuatu perkara itu ada dalam satu surah, kemudian
dimasukkan dalam surah yang lain. Maknanya ia berselerak dalam
Al-Qur’an namun tidak begitu dengan hukum puasa ini. Semuanya
ada dalam lima ayat ini.

Amalan puasa ini adalah untuk memperbaiki hubungan hamba


dan Allah. Kalau hubungan hamba dan Allah baik, tentu
hubungan hamba dan hamba yang lain akan jadi baik juga. Kalau
hubungan dengan Allah tidak baik, nescaya tidak akan dapat
dijaga hubungan baik dengan makhluk yang lain.

Puasa adalah satu daripada arahan jenis Umur Muslihah. Apabila


kita berpuasa, kita sanggup untuk tidak makan kerana ia adalah
hukum dari Allah. Kita sabar untuk tidak makan selama sebulan
pada siang harinya, dari pagi hingga ke malam.

Maka hasilnya, Allah ‫ ﷻ‬memberi kekuatan untuk orang yang


berpuasa untuk menjaga diri mereka daripada memakan dari
sumber yang haram. Inilah kebaikan puasa.

Sebab itu ayat puasa ini diletakkan di celah-celah ayat-ayat


tentang pengurusan harta. Sebelum ini telah disebut ayat-ayat
tentang wasiat. Pengurusan harta adalah amat penting kerana
dengan sebab harta, manusia boleh jadi punca masuk neraka.

Selepas ayat puasa ini, ada pula ayat tentang larangan memakan
harta sesama kita dengan cara bathil. Ini memberi isyarat kepada
kita, bahawa harta tidak dapat dijaga dengan baik kalau hubungan
dengan Allah ‫ ﷻ‬dari segi puasa ini tidak betul. Ini kerana puasa
mengajar kita taqwa iaitu takut dengan hukum Allah ‫ﷻ‬.
Doa juga makbul semasa puasa. Termasuk semasa kita
melakukan puasa sunat. Maka ambillah kesempatan untuk
berdoa semasa puasa. Yakinlah yang doa itu akan makbul.
Oleh itu, dalam ayat-ayat puasa ini nanti, kita akan bertemu
dengan ayat-ayat tentang doa.

Kita semua tentunya sudah faham dan mahir tentang puasa ini
sebab dari kecil sudah mengamalkannya. Walau bagaimana pun,
semua orang mempunyai tafsiran mereka sendiri tentang puasa.
Kepada kanak-kanak, mereka faham puasa itu tidak boleh makan
dan minum sahaja. Kepada orang dewasa, mungkin lain pula
pemahaman mereka (lebih banyak faham).

Tentulah tidak sama pemahaman seorang yang berilmu dan


seorang yang jahil – ada yang puasa hanya kerana orang lain pun
puasa juga. Maka, pemahaman tidak sama tentang apakah
maksud ‘puasa’ itu. Maka, sekarang kita hendak melihat apakah
maksud puasa yang dimaksudkan sendiri oleh Allah ‫ ﷻ‬dalam
ayat Al-Qur’an. Tentunya kita hanya akan mendapat maklumat itu
dengan membaca dan memahami ayat-ayat-Nya. Mari kita
teruskan.

‫َيٰٓـَأُّيَها ٱَّلِذ يَن َء اَم ُنوْا ُك ِتَب َع َليُك ُم الِّص ياُم‬


‫َك ما ُك ِتَب َع َلى اَّلذيَن ِم ن َقبِلُك م َلَع َّلُك م‬
‫َتَّتقوَن‬
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada
kamu, supaya kamu bertaqwa.

KETERANGAN:

‫َيٰٓـَأُّيَها ٱَّلِذ يَن َء اَم ُنوْا‬


Wahai orang-orang yang beriman

Ayat ini ditujukan kepada orang-orang yang beriman. Maka, ia


ditujukan kepada kita juga yang mengaku beriman ini. Bayangkan
yang Allah ‫ ﷻ‬sedang bercakap terus dengan kita. Banyak ayat-
ayat yang dimulai dengan kata-kata ini.

Memang seeloknya, apabila kita membaca Al-Qur’an, kita


qasadkan dalam hati kita yang Allah ‫ ﷻ‬sedang bercakap-cakap
dengan kita. Ini akan lebih menjadikan kita dapat menjiwai ayat-
ayat Al-Qur’an yang dibaca.

Allah ‫ ﷻ‬sebut ‘mereka yang beriman’. Jadi, siapakah mereka


yang beriman itu? Itulah mereka yang beriman dengan perkara-
perkara yang patut diimani. Rukun iman adalah asas kepada
perkara yang perlu diimani – beriman kepada Allah‫ﷻ‬, kepada
malaikat, kepada Kitab dan seterusnya. Namun ada banyak lagi
perkara yang perlu diimani. Itu kena belajar baru dapat tahu.

‫ُك ِتَب َع َلْيُك ُم الِّص َياُم‬


difardhukan ke atas kamu puasa

Perkataan ‫ ُك ِتَب‬asalnya diambil daripada kalimah ‘kitab’ yang


bermaksud ‘buku’. Tetapi apabila diikuti dengan perkataan ‫َع َلْي‬,
hingga menjadikan perkataan sebegini: ‫ُك ِتَب َع َلْي‬, maka ia
bermaksud ‘difardhukan’, atau ‘diwajibkan’. Kita boleh faham
sebegini: apabila undang-undang itu telah dibukukan dan
digazetkan, bermakna ia wajib diikuti.

Kalimah ‫ الِّص َياُم‬asalnya bermaksud ‘menahan diri dari sesuatu’


iaitu yang nafsu mahu lakukan. Ini seperti makan, minum,
bercakap, hubungan suami isteri dan banyak lagi. Kalau perkara
itu bukan nafsu yang mahu – contohnya menahan diri daripada
terjun bangunan contohnya, itu tidak dikira ‫ الِّص َياُم‬kerana ia
bukanlah sesuatu yang diingini oleh nafsu.

Dari segi hukum syarak, yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah:
‘menahan diri dari makan, minum dan hubungan seks untuk
beberapa waktu yang tertentu’.

Dalam Bulan Puasa, iman dapat melawan nafsu. Nafsu hendak


makan dan hendak minum tentunya, tetapi kerana iman kita, kita
dapat tahan diri kita daripada makan dan minum kerana ianya
adalah arahan dari Allah ‫ﷻ‬.

Sebenarnya, keseluruhan hidup kita adalah menahan nafsu


kerana kalau kita ikut sahaja semua kehendak nafsu tanpa
kekangan, maka hidup kita akan musnah. Macam-macam nafsu
kita hendak. Sentiasa sahaja kita hendak itu dan ini. Ada yang baik
seperti makan dan minum, dan ada yang tidak baik seperti hendak
menipu, hendak mencuri, hendak itu dan ini.

Namun kita kena tahan nafsu kita daripada melakukan perkara-


perkara yang dilarang oleh syarak. Bukanlah kena tahan semua
nafsu itu, kerana mana-mana keinginan nafsu yang
dibolehkan oleh syarak, ia dibenarkan. Sebagai contoh,
melakukan persetubuhan adalah haram tetapi dibenarkan
apabila sudah menikah dengan isteri kita.

Oleh itu, keseluruhan hidup kita sebenarnya adalah puasa


sebenarnya. Mungkin ramai tidak nampak perkara ini. Memang
jalan ke syurga itu susah. Kena berterusan istiqamah dalam
berperang dengan nafsu. Dalam bulan Ramadhan, kekuatan
iman kita dilatih untuk menundukkan nafsu dengan bantuan
dari Allah ‫ﷻ‬. Apabila kita selalu berjaya menundukkan nafsu,
maka iman kita semakin kuat dan nafsu kita akan semakin
mudah untuk menurut iman.

Dalam ayat ini, perkataan yang digunakan adalah ‘difardhukan ke


atas kamu’. Tidak disebut siapakah yang memfardhukannya.
Tentunya Allah ‫ ﷻ‬yang memfardhukan puasa kepada kita.
Namun tidak disebut dalam potongan ayat ini. Ini adalah kerana
Allah ‫ ﷻ‬hendak menekankan kepada kita, Siapakah pembuat
ibadah puasa itu. Itulah cara penggunaan bahasa dalam ayat ini.

Kelebihan berpuasa

Apabila Allah‫ ﷻ‬memfardhukan puasa kepada kita, bukanlah


bermakna Allah ‫ ﷻ‬perlukan kepada ibadat puasa kita itu.
Tidak berubah sifat dan kedudukan Allah ‫ ﷻ‬kalau kita berpuasa
atau tidak. Namun, puasa itu adalah satu kelebihan untuk kita
sebenarnya.

Terdapat banyak kelebihan dalam puasa itu. Dunia perubatan pun


telah membuat kajian dan sepakat mengatakan bahawa terdapat
kelebihan dalam bentuk kesihatan kepada mereka yang berpuasa.
Kita menghabiskan kebanyakan daripada kehidupan kita dengan
makan sepanjang hari. Proses penghadaman dalam badan kita
sebenarnya memenatkan dan badan kita dari masa ke semasa
memerlukan rehat. Kita mendapat rehat itu dalam bulan puasa.
Atau apabila kita puasa di bulan-bulan lain (puasa sunat).

Namun begitu, janganlah pula kita niat berpuasa itu untuk


kesihatan kerana kita puasa kerana ia adalah arahan Allah ‫ﷻ‬.
Kita lakukan ibadat ikhlas kerana Allah. Cuma kita tahu, di sebalik
segala suruhan Allah ‫ ﷻ‬itu, ada kebaikannya sebagai bonus
untuk kita. Sama ada kita dapat tahu kelebihan itu atau tidak
sahaja.

Kadang-kadang daripada kajian moden, kita dapat tahu apakah


hikmah sesuatu amalan itu. Tapi sebenarnya tidak penting sama
ada kita tahu atau tidak. Yang penting, kita kena lakukan sahaja
arahan dari Allah ‫ﷻ‬. Yakinlah yang tentu sahaja ada kebaikan
di dalamnya.

Apabila kita tidak makan dan minum, fikiran dan badan kita
boleh fokus kepada perkara selain daripada menghadamkan
makan. Ini kerana apabila makan, tenaga yang diperlukan untuk
menghadamkan makanan akan banyak disalurkan kepada proses
menghadam makanan. Apabila sudah tidak makan, maka fikiran
dan badan boleh fokus tenaga kepada ibadat, kepada memikirkan
perkara-perkara yang baik.

Antaranya kita akan dapat salat dengan lebih khusyuk, membaca


Al-Qur’an dengan lebih tenang, dan memikirkan makna yang
hendak disampaikan oleh Al-Qur’an. Kemudian, amalan ini
sepatutnya diteruskan lagi dalam bulan-bulan yang lain supaya
kita tetap dapat manfaat ini.

Puasa ini adalah seperti sejenis ubat untuk kita. Kalau seorang
pesakit datang kepada doktor, doktor akan beri ubat kepada
pesakit itu. Doktor itu akan beri ubat yang sesuai untuk pesakit itu.
Kalau sakit yang dihadapi oleh pesakit itu berat, maka ubat yang
diberikan adalah jenis yang kuat.

Sebagai contoh, kalau sakit itu kanser, kadang-kadang doktor


akan suruh pesakit kanser itu menjalani kemoterapi – satu
jenis perubatan yang amat berat sampaikan mereka yang
menjalaninya akan gugur habis segala rambutnya. Itu adalah
kerana doktor hendak mematikan sel-sel kanser yang ada
pada pesakit itu.
Pertamanya, kita kena terima bahawa kita memerlukan ubat. Iaitu
ubat untuk iman dan roh kita. Kadang-kadang ubat yang kita kena
makan adalah ubat yang kuat, ubat yang drastik. Memang, puasa
adalah satu langkah yang drastik kalau kita fikirkan. Bayangkan
kita kena tahan makan dan minum sepanjang hari selama
sebulan.

Kalau orang bukan Muslim lihat kita, mereka memang geleng


kepada dan mereka kata mereka tidak sanggup lakukan
sebegini. Jadi, jangan kita sangka apa yang kita lakukan ini
adalah perkara senang. Mungkin kita sudah biasa kerana kita
sudah biasa puasa dari kecil lagi.

Kita dikenakan dengan ubat yang drastik ini adalah kerana iman
kita mengalami gangguan yang amat teruk sampaikan kita
memerlukan langkah perubatan yang ketara. Sebagai contoh,
kalau seseorang itu sakit jantung, sampai jantungnya berhenti,
doktor akan memberikan kejutan elektrik untuk mengejutkan dia
balik.

Kadang-kadang ubat yang diberikan juga tidak sedap – amat


pahit tetapi ia adalah baik untuk kita. Namun kita menelannya
juga, kerana kita hendak sihat. Dan kita tahu yang ia memang
ubat. Maka kita kena sedar dulu yang Puasa adalah ubat
sebenarnya.

Persediaan Perang

Terdapat isyarat berperang juga dalam ayat ini kerana perkataan


‫ الِّص َياُم‬itu membawa satu makna ‘peperangan’ juga kepada orang
Arab. Ini kerana apabila mereka hendak berperang, ada yang
menggunakan kuda. Namun kuda tidak tahan dahaga. Kuda tidak
seperti unta yang boleh tahan tidak minum air untuk waktu yang
panjang.

Namun begitu, mereka tidak boleh membawa unta untuk


berperang kerana unta pergerakannya perlahan. Maka, untuk
mereka menggunakan kuda juga untuk peperangan, mereka kena
melatih kuda itu untuk tahan lapar dan dahaga. Oleh itu mereka
akan menahan kuda daripada makan dan minum untuk beberapa
lama sebagai persediaan perang. Aktiviti ini dinamakan ‫الِّص َياُم‬. Oleh
itu, apabila disebut ‫الِّص َياُم‬, orang-orang Arab akan terus teringat
kepada peperangan.
Kenapa pembaca Al-Qur’an diingatkan kepada peperangan? Ini
kerana para sahabat akan disuruh berperang nanti untuk
mendapatkan kembali Tanah Haram dan Kaabah daripada orang
kafir musyrik. Dan surah ini memang diturunkan tidak lama
sebelum arahan berperang dikeluarkan.

‫َك َم ا ُك ِتَب َع َلى اَّلِذ يَن ِم ْن َقْبِلُك ْم‬


sepertimana yang telah difardhukan kepada orang-orang
sebelum kamu

Ini adalah hukum awal berpuasa. Kita diwajibkan berpuasa


sebagaimana diwajibkan ke atas ahli Kitab sebelum itu. Sekarang
kita dapat satu maklumat penting yang kita tidak akan dapat tahu
sendiri: Ahli Kitab telah diwajibkan juga berpuasa ke atas mereka.
Namun mereka telah menukar syariat yang telah diberikan kepada
mereka.

Orang Yahudi contohnya, telah menukar sebulan puasa kepada


beberapa hari sahaja. Orang Kristian pula telah menukar puasa
mereka ke bulan yang lain daripada bulan Ramadhan dan
kemudiannya mereka telah menambah bilangan hari berpuasa itu.
Kemudiannya, mereka pun tidak melakukan puasa juga akhirnya.

‘Orang-orang sebelum kamu’ juga termasuklah umat-umat dahulu,


seperti umat Nabi Nuh ‫ عليه السالم‬dan umat-umat lain. Mereka juga
diwajibkan puasa. Kita tidak pasti bagaimanakah cara puasa
mereka – berapa lama, berapa hari, apakah mereka tidak boleh
makan sahaja, tidak boleh minum sahaja – kita tidak pasti.

Namun disebutkan puasa juga telah diwajibkan kepada


mereka supaya kita tahu bahawa bukan umat Nabi
Muhammad ‫ ﷺ‬sahaja yang diwajibkan puasa tetapi umat-
umat terdahulu. Supaya senang hati kita, barulah kita tahu
bahawa walaupun arahan yang diberikan kepada kita ini berat,
tetapi kita tenangkan diri kerana umat-umat Islam dahulu pun
sudah kena arahan yang sama juga, bukan kita sahaja. Kalau
kita tahu orang lain pun kena juga, maka kita dapat terima
dengan mudah.

Kalau kita meneruskan analogi puasa itu sebagai ‘ubat’, kita juga
dapat manfaat dengan mengetahui bahawa ia telah diberikan
kepada orang-orang yang terdahulu. Bayangkan seorang doktor
menyuruh kita makan sejenis ubat. Ubat itu pula adalah ubat yang
kuat. Tentulah kita akan tanya kepada doktor itu sama ada ia
pernah digunakan sebelum ini.

Adakah pernah diberi kepada orang lain? Adakah ia berkesan


kepada orang itu? Maka, Allah ‫ ﷻ‬telah beri kita ketenangan
fikiran dengan menyatakan bahawa ibadah puasa ini juga pernah
diberikan kepada orang-orang terdahulu dan mereka telah berjaya
melakukannya. Mereka juga telah mendapat manfaat daripadanya.
Iaitu sebelum mereka meninggalkan agama mereka dan tidak
melakukan puasa lagi.

‫َلَعَّلُك ْم َتَّتُقوَن‬
mudah-mudahan kamu mendapat taqwa

Sekarang kita dapat tahu daripada ayat ini bahawa tujuan puasa
diwajibkan adalah untuk menjadikan kita orang yang
bertaqwa.

Tetapi, lihatlah kepada perkataan ‫( َلَع َّلُك ْم‬mudah-mudahan, kamu)


yang digunakan dalam ayat ini. Maksud ayat ini adalah ‘mudah-
mudahan’. ‘Mudah-mudahan’ bermaksud sesuatu yang tidak pasti.
Ia adalah satu harapan – harap-harap dengan menjalankan ibadah
puasa ini, kita boleh mendapat ketaqwaan. Belum tentu dapat
taqwa lagi.

Maka ayat ini bukanlah satu janji yang kalau berpuasa, akan
dapat mencapai taqwa, tetapi ia adalah sebagai satu
pengharapan, satu usaha. Satu pemberitahuan bahawa untuk
mendapat taqwa, hendaklah berpuasa seperti yang disuruh
oleh Allah‫ﷻ‬. Ini memberi kita satu motivasi kepada kita untuk
berpuasa.

Perkataan ‫( َتَّتُقوَن‬kamu bertaqwa) juga memberi isyarat dari segi


bahasa bahawa ia adalah satu kebarangkalian kerana ia dalam fiil
mudhari’ (present tense). Apabila digunakan fiil mudhari’, ia
menunjukkan satu isyarat kebarangkalian. Kalau Al-Qur’an hendak
menyatakan kepastian, fiil mardhi (past tense) akan digunakan.

Kenapakah ia sebagai satu kebarangkalian sahaja? Ini kerana


berapa ramai yang berpuasa tetapi tidak menghayati
kepentingan puasa itu. Berapa ramai yang puasa tetapi
mereka hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja? Berapa
ramai yang berpuasa daripada makan dan minum tetapi
mereka masih lagi melakukan dosa-dosa yang ditegah?
Mereka masih lagi berbalah, berbuat dosa dan sebagainya.
Malah, ada yang berpuasa, tetapi mereka tidak salat pun.
Adakah mereka yang sebegitu boleh mendapat taqwa?
Tentulah tidak.

Namun, untuk mencapai taqwa, hendaklah menjalankan ibadah


puasa itu dengan sebaik-baiknya. Hendaklah kita berusaha untuk
menghayatinya. Kalau tidak berpuasa, sudah tentu tidak akan
mendapat tingkatan taqwa yang kita harap-harapkan.

Kalau doktor suruh kita makan ubat, dan kita tidak makan ubat itu
dengan betul, tentunya kita tidak mendapat manfaat. Katakanlah
doktor suruh kita makan ubat selama dua minggu, tiap-tiap hari
makan tiga kali. Tetapi kita tidak makan tiap-tiap hari, kita cuma
makan ikut suka kita sahaja. Kemudian apabila kita datang jumpa
doktor dan mengadu kata penyakit kita tidak sembuh, agak-agak
apa doktor itu akan cakap?

Tentu dia marah kita kerana tidak makan ubat mengikut sukatan
dan arahan yang diberikan, bukan? Begitulah juga dengan puasa.
Kita kena mengamalkannya dengan baik, dengan cara yang telah
Allah ‫ ﷻ‬tetapkan kepada kita.

Ayat sebelum ini tentang harta dan selepas ayat-ayat puasa ini,
akan bertemu lagi ayat tentang sumber pendapatan. Maka,
apabila disebut tentang taqwa, salah satu taqwa yang kita perlu
ada adalah dalam pengurusan harta dan sumber pendapatan.
Kalau kita melakukan puasa, kita akan bertaqwa, lebih-lebih lagi
dalam hal pengurusan harta.

Maksud taqwa

Maksud taqwa itu adalah amat luas sekali. Ia boleh disimpulkan


sebegini: kita menjaga diri kita daripada mengecewakan diri kita
dan Allah ‫ﷻ‬. Kita menjaga hukum yang diberikan oleh Allah
‫ﷻ‬.

Dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita sedar Allah ‫ﷻ‬
sedang memandang kita dan menilai apakah yang kita lakukan.
Kita sentiasa memikirkan apakah yang Allah ‫ ﷻ‬kehendaki
dalam keadaan itu. Sebagai contoh, ada makanan yang diberikan
kepada kita, maka kalau kita seorang yang bertaqwa, kita akan
memikirkan apakah hukum memakan makanan itu. Tidaklah kita
terus makan sahaja.

Apabila berpuasa, kita akan merasa lapar. Tentu ada peperangan


yang berlaku antara nafsu dan fizikal apabila kita berpuasa.
Selalunya, apabila ada pertentangan antara fizikal dan nafsu,
nafsu akan menang, bukan? Namun apabila kita berpuasa, iman
yang akan menang daripada nafsu itu. Walaupun kita nampak
makanan yang sedap-sedap dan air yang menyegarkan, iman kita
akan tahan fizikal kita dan nafsu kita daripada makan.

Iman yang menang kali ini. Setiap hari kita akan menang dalam
bulan Ramadhan. Apa yang akan terjadi kalau iman selalu
menang? Iman akan jadi semakin kuat. Seperti juga kalau kita
selalu menang dalam pertandingan sukan contohnya – ia akan
memberi kekuatan dan keteguhan kepada semangat kita. Begitu
jugalah apabila kita berpuasa.

Puasa sebagai latihan

Maka, puasa itu adalah satu latihan kepada iman kita. Apabila kita
berlatih, selalunya kita akan berlatih dalam suasana yang mudah.
Sebagai contoh, kalau askar, mereka akan berlatih menembak di
tempat menembak sahaja – tidaklah tempat tembak itu akan
tembak balik.

Ini dilakukan supaya mereka akan mendapat keyakinan dalam


menembak setelah berlatih sekian lama. Begitu jugalah kalau kita
berlatih dalam bulan puasa – syaitan yang membisikkan perkara
buruk kepada kita diikat dalam bulan puasa. Allah bantu dengan
mengikat mereka supaya iman kita dapat selalu menang. Itulah
rahmat yang Allah ‫ ﷻ‬berikan kepada diri kita. Bayangkan –
Allah ‫ ﷻ‬beri kita 30 hari dalam setahun untuk melatih iman kita.
Itu adalah satu peluang dan satu hadiah kepada kita.

Kenapa syaitan diikat? Bayangkan kalau syaitan masih berkeliaran


dan tidak diikat di bulan Ramadhan. Agaknya, kita tidak tahan
puasa tiga hari pun. Sebab itu, kalau kita perasan, amat susah
kalau kita puasa di luar daripada bulan Ramadhan.
Peralihan dan Sambutan

Surah Baqarah ini ada berkait dengan Bani Israil. Banyak yang
diperkatakan tentang mereka dalam surah ini dan kita pun telah
membacanya dan membincangkannya dengan panjang lebar. Dari
ayat 40 sampailah ayat 123.

Kita disuruh untuk melihat kepada umat Islam yang terdahulu


sebelum kita. Ini kerana pada zaman mereka, merekalah umat
Islam waktu itu. Mereka adalah umat pilihan pada waktu itu.
Namun lihatlah bagaimana mereka telah menyalahgunakan
kedudukan mereka dan telah tersalah langkah dalam kehidupan
mereka.

Maka mereka sudah tidak layak digelar Muslim lagi. Apabila


mereka telah tidak layak lagi menjadi umat pilihan, kelebihan itu
telah diambil daripada mereka dan diberikan kepada umat Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬. Ia seperti ‘peralihan kuasa’. Namun kali ini,
peralihan daripada satu umat kepada umat yang lain. Umat Nabi
Muhammad ‫ﷺ‬lah sekarang yang memegang tampuk ‘Islam’,
bukan lagi umat Bani Israil.

Apabila sesuatu kerajaan itu mengambil alih kuasa, maka mereka


akan mengadakan sambutan dan mereka akan ada satu hari khas
untuk mengingati peralihan kuasa itu. Seperti juga di Malaysia ini,
kita menyambut ‘Hari Kemerdekaan’ kita. Lalu apakah sambutan
kita apabila kita mengambil alih daripada Bani Israil?

Allah ‫ ﷻ‬telah beri kita Bulan Ramadhan sebagai bulan


sambutan untuk kita meraikan peralihan tampuk umat Islam
daripada Bani Israil kepada umat Nabi Muhammad ‫ﷺ‬. Oleh itu,
kita boleh lihat di sini, Ramadhan itu adalah bulan sambutan
sebenarnya. Kalau Hari Merdeka, sehari sahaja tapi perayaan.

Namun Allah ‫ ﷻ‬beri kita sebulan penuh untuk meraikan


peralihan ini kerana peralihan ini adalah satu perkara yang amat
besar sekali. Ia layak diraikan selama sebulan. Maka jangan kita
ambil mudah dengan Bulan Ramadhan ini.

Anda mungkin juga menyukai