Anda di halaman 1dari 10

Kajian Tindakan ~ Mengatasi Masalah Murid Tidak Mengenal

Huruf
Mazita bt. Bahari
Sekolah Kebangsaan Betau
Peti surat 26, Pejabat Pos Sungai Koyan,
27650 Sungai Koyan,
Pahang Darul Makmur
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk membantu 10 orang murid dari Tahun 1 SK
Betau bagi mengenal huruf a-z agar mereka dapat menggunakan pengetahuan asas
ini dalam pembelajaran mereka yang akan lebih mencabar di masa hadapan.
Seramai 10 orang pelajar dari tahun 1 telah dipilih sebagai sampel bagi
menggunakan modul pembelajaran alphabet “I Know You” yang saya hasilkan.
Setelah menjalankan sesi penggunaan modul selama dua bulan, saya dapati
beberapa orang murid yang dibimbing telah dapat mengenali huruf dengan baik.
Berdasarkan pemerhatian saya, penggunaan modul ini boleh diteruskan pada masa
akan datang bagi membantu murid lain yang belum dapat menguasai kebolehan
mengenali huruf.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Masalah pembelajaran murid adalah bertitik tolak dari kebolehan murid tersebut
secara individu menguasai kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis
yang merupakan satu asas dalam membentuk seorang individu murid yang berjaya
dalam pembelajarannya. Kegagalan murid mengenali huruf adalah sangat kritikal
dalam usaha murid menggarap maklumat dan ilmu yang bakal dilangsungkan
terhadap mereka oleh para guru.
Dalam pendidikan awal kanak-kanak, cara memegang pena dan menulis
(penmanship) adalah sangat penting kearah seorang pendidik dapat menyampaikan
segala maklumat pembelajaran dengan lebih efektif dan memuaskan. Dalam usaha
sebagai seorang pendidik yang ingin berjaya, seorang guru perlu memastikan tahap
kebolehan murid dalam menerima input yang diberikan kepada setiap murid yang
dibimbingnya.
PERNYATAAN MASALAH
Objektif utama pembelajaran Bahasa Inggeris bagi murid-murid tahun satu sekolah
rendah adalah menjurus kepada kebolehan murid menguasai asas Bahasa Inggeris
dari segi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, dan pada masa
yang sama menyediakan murid untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris.
Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris bagi dua kelas tahun satu di Sekolah
Kebangsaan Betau, iaitu sebuah sekolah murid orang asli di dalam daerah Lipis,
Pahang, saya mendapati seramai 10 orang murid saya dari kedua-dua kelas
tersebut tidak dapat mengenal huruf yang diajukan kepada mereka ketika saya
mengajar topik "Things In The Classroom". Saya sangat terkejut dengan masalah ini
sedangkan rakan mereka yang lain telah dapat mengenali semua huruf dengan baik.
Dari perbualan saya dengan guru kelas mereka, saya mendapati murid-murid ini
adalah dari golongan murid yang baru sahaja menghadirkan diri ke sekolah mulai
akhir bulan Februari 2009. Oleh itu mereka telah banyak ketinggalan dalam
pelajaran peringkat awal seperti yang dilalui oleh rakan-rakan sekelas yang lain.
Pencapaian murid dalam ujian pertama (P1) tahun ini (2009) juga menunjukkan hasil
yang sangat tidak memberangsangkan bagi beberapa orang murid tahun satu di
sekolah saya. Dengan tahap soalan yang saya anggap sangat rendah itu terdapat
seramai 10 orang murid hanya memperolehi markah di bawah 10 % . Situasi ini
telah membuat saya resah dan bimbang dengan pencapaian mereka. Saya cuba
mendekati murid-murid tersebut dan menilai akan kebolehan mereka ketika saya
mengajar. Saya mendapati murid-murid ini tidak dapat mengenal huruf dan lebih
parah lagi mereka tidak tahu menggunakan pensil dengan cara yang betul ketika
melakukan tugasan penulisan ( copying) yang saya berikan di dalam bilik darjah.
Justeru itu, saya telah menghasilkan satu modul khas bertajuk ”I Know You” bagi
membantu mengatasi masalah murid buta huruf tersebut.
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk membantu mengatasi masalah 10 murid dari tahun
satu SK Betau yang tidak mengenal a-z dalam matapelajaran Bahasa Inggeris.
OBJEKTIF KAJIAN
Saya merancang suatu tindakan untuk membantu:
1. mengurangkan kadar buta huruf yang dialami oleh murid.
2. murid menulis sesuatu huruf yang disebut dengan betul.
3. murid mengenal huruf dalam mempelajari perkataan-perkataan dalam Bahasa
Inggeris.
SOALAN KAJIAN
Antara soalan kajian adalah:
1. Apakah yang boleh saya lakukan untuk membantu murid mengatasi masalah
mengenal huruf?
2. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya membolehkan murid dapat menulis
huruf dengan cara yang betul?
3. Bagaimanakah saya boleh membawa murid yang telah kenal huruf agar dapat
mempelajari perkataan-perkataan dalam Bahasa Inggeris?
KESIGNIFIKAN KAJIAN
1 Dengan menggunakan modul "I Know You" (LAMPIRAN A), murid akan dapat
mengenal huruf dengan lebih pantas dan dapat mengikuti P&P bagi topik-topik yang
dipelajari oleh kumpulan murid lain dalam kelas yang sama.
2 Kaedah bimbingan secara individu (“personal-coaching”) , akan dapat membantu
murid menjadi lebih yakin akan potensi mereka menguasai celik huruf dan dapat
bersaing dengan rakan-rakan lain di dalam bilik darjah.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk penyelidikan
Penyelidikan ini mengaplikasikan model kajian tindakan oleh Kemmis dan Taggart,
(1992) seperti dalam gambarajah berikut:
Sasaran kajian

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid dari Tahun 1 Sekolah


Kebangsaan Betau, Kuala Lipis, Pahang. ( LAMPIRAN 1)

Batasan kajian
Kajian ini adalah terhad kepada objektif pembelajaran dalam Huraian Sukatan
Pelajaran :
1. Mengenali huruf (recognising letters of the alphabets)
2. Menulis huruf (writing letters of the alphabets)
Instrumen kajian
Data dikumpulkan dengan menggunakan 4 kaedah iaitu:
i. Ujian pra : lisan dan bertulis
ii. Ujian pasca : lisan dan bertulis
iii. Data kehadiran murid
iv. Senarai semak huruf-huruf yang dikuasai
Analisis kajian
i. Data dari ujian pra dan ujian pasca secara lisan akan digunakan sebagai kayu ukur
tahap celik huruf murid yang terlibat.
ii. Data bertulis dari ujian pra dan ujian pasca pula akan memberikan gambaran akan
kolaborasi kognitif dan psychomotor murid yang terlibat.
iii. Peratus kehadiran murid dapat mengukur keberkesanan modul yang digunapakai
dalam waktu yang telah dirancangkan.
iv. Senarai semak akan dapat menunjukkan progress murid dalam mengenal huruf dari
masa ke semasa.
TINJAUAN AWAL
Antara instrumen yang digunakan dalam mengesan dan mengenalpasti masalah
adalah melalui:
i. Penelitian hasil tugasan murid
ii. Mengadakan ujian pra bagi kemahiran lisan dan bertulis
Analisis hasil tugasan murid
Tugasan yang diberikan oleh guru adalah dari segi kemahiran menyalin (copying)
huruf, perkataan dan ayat.
Analisis ujian pra lisan dan bertulis
Ujian pra bagi kemahiran lisan dan bertulis bertujuan mengenalpasti tahap kenal
huruf bagi setiap murid yang terlibat. Murid mesti menyebut huruf yang ditunjukkan
kepada mereka dan menulis huruf yang disebutkan di atas kertas.
PERANCANGAN TINDAKAN
Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, didapati murid yang terlibat perlu
diberikan bantuan secara peribadi dalam mengenali setiap huruf dan membantu
mereka menulis setiap huruf dengan betul. Dengan itu penghasilan modul khas
untuk kalangan murid lemah iaitu “I Know You” (LAMPIRAN 2) dihasilkan bagi
membantu mereka dengan cara:
i. Modul digunakan setiap kali guru memasuki kelas terhadap 7 orang murid yang
terlibat.
ii. Modul berkenaan menggunakan kaedah ‘iqra’ tetapi dalam tulisan “rumi”.
iii. Murid menyebut huruf yang disenaraikan dalam modul secara tersusun dari muka
surat ke mukasurat .
iv. Murid yang tidak menguasai sesuatu huruf tidak akan berganjak dari mukasurat
yang tidak dapat dikuasainya itu.
v. Murid diberikan “tracing task sheets” bagi setiap huruf yang telah dikuasai dari segi
lisan.
vi. Guru memberikan “personal coaching” bagi murid menggunakan pena mereka
(penmanship).
vii. Guru memberikan ujian pasca lisan dan bertulis bagi semua alphabet yang perlu
dikuasai oleh murid.
PELAKSANAAN TINDAKAN
Pelaksanaan tindakan akan dilaksanakan mengikut skala masa yang telah
ditetapkan:
1 Minggu 1 – 4:murid mengenal setiap huruf a – z menggunakan modul yang
disediakan. Dilaksanakan secara lisan. Guru juga menyediakan senarai semak bagi
huruf-huruf yang telah dapat di kuasai oleh murid-murid tersebut. Murid juga
diberikan latihtubi penulisan menggunakan "tracing task sheets" di dalam bilik
darjah.
2 Minggu 5 – 8 : murid diberikan “personal coaching” bagi “penmenship” murid bagi
semua huruf yang telah dapat dikenali.
3 Minggu 9 : Melaksanakan ujian pasca lisan dan bertulis untuk melihat keberkesanan
penggunaan modul yang dihasilkan.
PENGUMPULAN DATA
Data dikumpulkan dengan menggunakan 3 kaedah iaitu
i. Menjalankan ujian pra dan ujian pasca bagi kemahiran lisan dan bertulis setiap
murid dalam mengenali huruf a – z.
ii. Membuat senarai semak bagi tahap mengenali huruf di kalangan murid.
iii. Membuat tinjauan umum dengan mendapatkan refleksi guru-guru matapelajaran lain
akan prestasi murid pada masa terkini.
Ujian Pra
1. Show me the letters
Telah dilaksanakan pada 6 April 2009. Dalam ujian ini, murid
diberikan papan alphabet untuk menunjukkan huruf yang disebutkan kepada
mereka. Hasil ujian awal adalah seperti di bawah;
Oral :Pupils to say out the letters aloud correctly.
Date: 6 April 2009
Name a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t

HAFIZAM
ROBELDO

ROHAN / / / / / / / / / / /

LOKMAN
SHAHRIN / / /

MARINA
NORASIKIN

NORYANI
SARINA /

SUHAIRI
Pupils should be able to recognize the letters within 4 weeks:
Week 1 : letter a – f
Week 2 : letter g – l
Week 3 : letter m – s
Week 4 : letter t – z
** teacher should tick the letters pupils had recognized.

2. Tell me what it is
Telah dilaksanakan pada 9 dan10 April 2009. Dalam ujian ini, murid
menyebut huruf dalam perkataan-perkataan yang diberikan.
Contoh: This is my book.
Hasil ujian ;
Bil Nama murid Hasil ujian
1 HAFIZAM A/L ATAN Semua huruf tidak dikenali
2 ROBELDO Semua huruf tidak dikenali
3 ROHAN Ada huruf yang telah dikenali
4 LOKMAN Semua huruf tidak dikenali
5 SHAHRIN Kenal huruf a,b,c sahaja
6 MARINA Semua huruf tidak dikenali
Menyebut huruf mengikut urutan lagu “A B C D E F
7 NORASIKIN
G”
8 NORYANI Semua huruf tidak dikenali
9 SARINA Kenal ‘a’ sahaja
Tidak kenal huruf, malah menyebut “four” bagi
10 SUHAIRI
huruf yang tidak dikenali

3. Ujian bertulis
Dilaksanakan pada 13 April – 15 April. Ini kerana kehadiran murid adalah berubah-
ubah. Murid telah diberi satu lembaran kerja senarai alphabet untuk dilengkapkan.
Hasil ujian secara keseluruhan; murid meniru huruf yang sedia ada di dalam kertas.
Beberapa contoh hasil kerja murid adalah seperti LAMPIRAN.

4. Pemerhatian
Sepanjang masa P&P saya dengan murid, saya dapati kehadiran mereka adalah
tidak memuaskan. Tidak pernah walau sehari pun semua murid yang terlibat dalam
Kajian Tindakan saya hadir semuanya. (LAMPIRAN 3). Namun begitu, setelah
mengadakan soal selidik tidak formal dengan guru-guru yang terlibat dengan Tahun
1, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan murid-murid ini secara individu.
Bil Nama murid Hasil pemerhatian
1 HAFIZAM Tidak dapat mengikuti P&P seperti rakan lain kerana masih
sukar menyalin semua huruf. Malah masih tidak tahu
menulis nama sendiri. Saya tidak pasti apakah huruf yang
ditulis oleh Hafizam.
2 ROBELDO Hanya boleh menulis nama. Tidak dapat menulis dengan
cepat. Boleh menyalin perkataan. Sangat lambat.
3 ROHAN Ada huruf dapat disalin dengan perlahan dan betul. Masih
banyak huruf yang sukar ditulis sendiri. Rohan menulis /
menyalin tulisan dari belakang.
4 LOKMAN Tidak dapat menyalin dari papan hitam. Boleh menyalin
dari buku. Namun banyak kesilapan huruf.
5 SHAHRIN Seorang yang baik tingkahlaku. Sukar melakukan tugasan
yang diberikan kerana tidak mahir huruf. Bersedia
melaksanakan tugasan dengan bersungguh-sungguh. Baik
dan menurut kata.
6 MARINA Tidak dapat dikenalpasti huruf yang Marina tulis.
7 NORASIKIN Rekod kehdiran adalah baik. Sentiasa lambat dalam
membuat tugasan yang diberikan contohnya “matching
activities”. Kawan-kawan selalu tolong Sikin membereskan
kerjanya. Pemalu, tidak nakal. Amat suka tersenyum bila
diajukan soalan oleh guru.
8 NORYANI Sedikit pemalu. Baik sikapnya di dalam kelas. Jarang hadir
ke sekolah.
9 SARINA Tidak dapat menulis nama. Sikap malas yang ditunjukkan
kepada saya menyukarkan lagi keadaan. Sarina suka tidur
di dalam kelas. Tidak minat untuk mengikut / bersuara
ketika P&P dijalankan. Lebih suka jika guru membantunya
secara peribadi. Hanya Norasikin yang menjadi kawannya.
Prestasi sosialnya juga kurang baik, walaupun dia tinggal di
asrama. Kehadiran adalah baik kerana Sarina tinggal di
asrama.
10 SUHAIRI Saya jarang jumpa Suhairi di kelas. Dia jarang datang ke
sekolah. Pendiam, tidak nakal. Pasif. Tidak tahu menulis
nama. Sukar menyalin huruf walaupun dari kertas yang
diberikan. Banyak kemahiran asas yang belum Suhairi ada;
contohnya cara memegang pensil dan penggunaan
pembaris dan gunting yang sangat lemah. Suhairi tidak ada
kawan rapat. Saya rasa dia ada ciri-ciri murid istimewa.

Selama lebih empat minggu saya telah melaksanakan latihtubi mengenal huruf
kepada murid-murid KT dalam masa P&P Bahasa Inggeris dan di luar masa P&P.
Setelah itu saya telah melaksanakan ujian pasca bertujuan melihat keberkesanan
kaedah penggunaan modul yang saya gunakan.

Ujian pasca
1. Show me the letters
Date: 28 Mei 2009
Name a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t

HAFIZAM / / / / / / / / /
ROBELDO / / / / /

ROHAN / / / / / / / / / / / / / / / / / / / /

LOKMAN / / / / /
SHAHRIN / / / / / / / / /

MARINA / /
NORASIKIN / /

NORYANI / /

SARINA / / / /

SUHAIRI / /

2. Tell me what it is
Contoh: These are my eyes.
Hasil ujian ;
Bi Nama murid Hasil uijian
l
1 HAFIZAM Masih ada huruf yang tidak dikenali
2 ROBELDO Beberapa huruf telah dikenali
3 ROHAN Mengenali semua huruf
4 LOKMAN Semua huruf tidak dikenali
5 SHAHRIN Kenal kebanyakan huruf
6 MARINA Semua huruf masih tidak dikenali
7 NORASIKIN Cuba mengenali huruf tanpa mengikut
urutan
8 NORYANI Semua huruf masih tidak dikenali
9 SARINA Lebih kenal huruf voval
1 SUHAIRI Masih tidak kenali banyak huruf
0

3. Ujian bertulis
Dilaksanakan pada 16 Jun – 19 Jun 2009. Murid sekali lagi telah diberikan satu
lembaran kerja senarai alphabet untuk dilengkapkan. Keputusannya adalah seperti
berikut;
Bilangan Hasil dari latihan mengisi ’missing alphabets’
murid
1 Berjaya menulis semua jawapan dengan betul
7 Membuat beberapa kesalahan dalam penulisan
2 Masih tidak menguasai kemahiran menulis huruf

4. Keputusan ujian P1 dan P2 murid


Berikut adalah keputusan peperiksaan P1 dan P2 bagi matapelajaran Bahasa
Inggeris murid
kajian tindakan;
Bil Nama murid P1 P2
1 HAFIZAM 10 6
2 ROBELDO 7 12
3 ROHAN 8 28
4 LOKMAN 12 25
5 SHAHRIN 5 25
6 MARINA Tidak hadir Tidak hadir
7 NORASIKIN 2 Tidak hadir MASALAH DALAM
8 NORYANI Tidak hadir 6 MELAKSANAKAN
TINDAKAN SUSULAN
9 SARINA 6 10
1. Kekangan
10 SUHAIRI Tidak hadir 2
masa :- saya
mengalami tekanan yang banyak untuk mengajar huruf kepada murid-murid ini
kerana murid lain telah mahir perkataan. Sekarang ini saya mengajar topic ‘parts of
our body’. Saya guna teknik matching, label, copy words dan reading. Murid KT saya
boleh menyebut perkataan mengikut guru. Mereka tidak kenal perkataan untuk
melebel gambar yang diberi. Murid lain juga perlukan tumpuan dari saya. Jadi, saya
terpaksa melayan setiap kerenah murid dan kadangkala terabai memberi tumpuan
kepada murid KT. Modul yang saya gunakan baik untuk murid, namun saya tidak
cukup masa untuk latihtubi di dalam kelas. Saya rasa saya perlu bawa murid-murid
KT ke tempat lain contohnya ke Pusat Sumber Sekolah untuk sesi latihtubi
menggunakan modul.
2. Kehadiran murid:-tidak dapat saya bantu dengan lebih baik jika murid tidak
hadir. Kesannya, mereka akan lupa akan apa yang telah saya ajarkan. Perlu ulang
semula lagi dan lagi. Perkembangan mereka amat lemah. Pensel pun masih sukar
dipegang, apatah lagi mahu menulis perkataan dengan betul.
3. Murid lain:- saya tidak boleh abaikan murid lain dalam P&P saya.
Nampaknya murid yang aktif itu sukakan cara saya mengajar mereka secara dekat
(personal coaching) berbanding ‘whole class’ teaching. Kadangkala murid aktif ini
sangat mengganggu sesi saya dengan murid KT.
REFLEKSI
Setelah dua bulan saya menggunakan modul tersebut sebagai bahan pengajaran
kepada murid-murid lemah ini, saya mendapati terdapat sedikit peningkatan dari
segi mengenal huruf telah diperolehi oleh 3 orang murid saya. Mereka telah dapat
mengenali huruf a-z dengan baik dan boleh menulis huruf dengan kaedah yang
betul. Tiga orang murid ini juga telah dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam
ujian P2 Bahasa Inggeris dan juga matapelajaran lain. Saya rasa penggunaan modul
yang saya hasilkan ini akan juga dapat membantu murid lain sekiranya lebih masa
diberikan kepada mereka agar dapat menggunakan modul dengan lebih baik. Saya
bercadang untuk meminta pertolongan dari guru-guru matapelajaran lain dalam
penggunaan mudul. Contohnya guru Bahasa Melayu, Moral, Muzik dan lain-lain.
Saya berharap agar sesi 5 minit sehari untuk mendekati murid KT adalah langkah
yang berkesan dalam usaha memulihkan mereka.
PENUTUP
Kesimpulannya saya amat berharap agar peningkatan celik huruf di kalangan murid
dapat dilaksanakan dengan kadar segera agar murid-murid lemah tidak akan
ketinggalan dalam pelajaran mereka terutama dalam matapelajaran Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains. Penggunaan modul secara berterusan dan
sistematik juga amat perlu dalam membantu murid cepat celik huruf dan dapat
mengikuti P&P dengan lebih efektif dan setara dengan murid lain.
BIBLIOGRAFI

Bahagian Pendidikan Guru. (2001). Garis Panduan Pelaksanaan Kursus Penyelidikan


Tindakan Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Madzniyah Md. Jaafar et al. (1995). Modul Kajian Tindakan (PIER). Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
McNiff, J.(1993). Teaching As Learning: An Action Research Approach. London:
Routledge.

Anda mungkin juga menyukai