Anda di halaman 1dari 2

Tutorial Bab 2

Falsafah Dalam Kehidupan Manusia

Nama: Syahira binti Supandi


No. Matrik: BHR09230005

1. Apakah pandangan anda tentang makna sebenar dalam kehidupan?

Pandangan saya ialah, untuk mendapatkan makna yang sebenar serta tujuan dalam kehidupan,
kita mestilah mempunyai ilmu pengetahuan tentang sesuatu perkara, seperti menuntut ilmu
kerana mencintai ilmu itu dan ingin mengetahui kebenaran tentang ilmu yang dipelajari. Dengan
kesungguhan seseorang menuntut ilmu akan mendapatkan hasil yang terbaik di kemudian hari
seperti pekerjaan yang baik, kehidupan yang harmoni dan bertindak seperti kata Sidi Gazalba
(1974) iaitu berfalsafah adalah dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat dalam
kehidupan seharian untuk menyelesaikan masalah maka hasilnya adalah karya falsafah. Maka
kita hendaklah sentiasa belajar tentang sesuatu perkara untuk jati diri kita sebagai umat Islam,
membawa al-hikmah (ketamadunan dan keagamaan), sentiasa melatih diri untuk berfikir dan
mengkaji dan akhir sekali menjadi pemandu atau pengawal kepada segala kegiatan manusia
supaya masyarakat tidak menjadi mundur agar masyarakat mencapai kebahagian dan
kebenaran melalui pemikiran.

2. Bagaimana pemahaman anda tentang hakikat manusia?

Menurut falsafah Metafizik, kajian tentang kewujudan yang mutlak tanpa identiti. Contohnya,
menjawab persoalan hakikat manusia dalam konteks falsafah. Menurut saya, manusia
merupakan makhluk yang paling mulia yang diciptakan oleh Allah dengan dibekalkan dengan
jiwa dan akal fikiran dalam jasad seorang manusia yang kita tidak nampak kewujudannya.
Sehingga seseorang manusia tersebut telah melalui proses tumbesaran, mereka mempunyai
perbezaan dalam tingkah laku di antara satu sama lain. Oleh itu, kajian metafizik menjawab
semua persoalan dan kejelasan pemikiran tentang konsep itu.

3. Apakah nilai-nilai etika yang paling penting dalam kehidupan anda, dan mengapa anda
berpegang kepada nilai-nilai tersebut?

Menurut Aksiologi, Nilai-nilai etika yang dikenal sebagai falsafah moral ialah bidang yang
membahaskan isu moral dan tingkah laku yang betul serta isu-isu peradaban yang menjadi
asas kepada integriti manusia dan perilaku kemanusiaan. Contohnya bersikap jujur dan
beradab kepada kedua orang tua dengan memanggil gelaran ibu, ayah, abang, kakak, adik
dalam keluarga. Selain itu, saya juga bertanggungjawab membantu keluarga dalam perniagaan
dengan jujur. Oleh itu, pengaruh keluarga merupakan faktor kepada pembentukan etika dalam
kehidupan saya.

4. Apakah peranan agama dalam menentukan nilai dan makna dalam kehidupan manusia?
Agama dapat menjadi panduan kepada manusia menentukan nilai dan makna dalam kalangan
manusia, seperti agama Islam, kita diwajibkan berpeggang teguh kepada sunah Nabi
Muhammad SAW dan kitab Al-Qur’an untuk mempelajari sosial dan spiritual dalam kehidupan
seharian manusia. Selain itu, Islam juga mengajar kita tetang ciri-ciri akhlak yang baik untuk
muslim ikut mengikut wahyu atau syarak. Sistem Akhlak menjamin kebahagian di dunia dan
akhirat serta mampu menundukkan jiwa manusia untuk mengikutinya. Seperti kejadian manusia
yang diberikan tanggungjawab oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi yang penuh kemuliaan
dari Penciptaannya.

5. Apakah pandangan anda tentang hakikat ilmu pengetahuan dan bagaimana manusia
memperoleh ilmu pengetahuan?

Pada pendapat saya, manusia mendapatkan ilmu pengetahuan melalui proses mengkaji dan
mempelajari dengan pelbagai ilmu seperti ilmu fizik, ilmu matematik dan ilmu ketuhanan.
Menurut Ibnu Sina, ilmu falsafah terbahagi kepada falsafah teori (meliputi ilmu matematik, fizik,
metafizik) dan amali (ilmu akhlak, etika, politik dan pengurusan). Akibat perkembangan ilmu
pengetahuan, terdapat falsafah-falsafah yang baharu dalam kajian ilmu pengetahuan seperti
falsafah teknologi (wacana atau kajian secara sistematik), falsafah teknologi maklumat
(pengetahuan yang unik, metodologi, teori-teori, model-model), falsafah organisasi (sekelompok
orang tertentu yang memiliki tujuan yang sama) dan falsafah ekologi (ilmu membahas rumah
atau kehidupan makhluk hidup) dalam proses mempelajari ilmu ini, masyarakat dapat
berinovasi dalam pemikiran mendalam dan kritis untuk menghasilkan sesuati perkara
contohnya membuat telefon pintar, aplikasi mesej, video online, email dan sebagainya.

6. Adakah mungkin untuk hidup tanpa memikirkan persoalan falsafah tentang tujuan
hidup? Nyatakan sebabnya.

Kehidupan tanpa falsafah ibarat kehidupan tanpa hala tujuan kerana falsafah dapat membantu
masyarakat mencari kebenaran di atas semua persoalan-persoalan yang ingin kita ketahui. Ia
ibarat seperti kompas hidup bagi manusia. Untuk mencari persoalan tersebut, mempelajari ilmu
dengan lebih mendalam dalam kehidupan seharian adalah amat diperlukan bagi kemajuan
tamadun manusia dan Islam. Selain itu, dengan usaha manusia mencari kebenaran, akhirnya
manusia akan dapat menemukan manusia kepada jalan menuju kebahagiaan hidup. Oleh itu,
falsafah merupakan proses pemikiran yang amat penting bagi menjawab persoalan tujuan
kehidupan kepada manusia terutama sekali pemahaman generasi kini agar mereka tidak
tersesat daripada landasan kebenaran yang diajarkan.

Anda mungkin juga menyukai