Anda di halaman 1dari 10

KOMPONEN

KOMPONEN BUDAYA
MOHD SHAFIQ BIN HJ SAINI
SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI
KOIT MING YUAN

PENGENALAN

Budaya dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelek dan


kebendaan.

Kedua-dua aspek ini memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta


dapat pula menyesuaikannya dengan kehendak dan keperluan persekitaran.

Budaya dapat dibahagikan kepada dua komponen utama iaitu material dan
bukan material

Budaya material : Ciptaan masyarakat yang konkrit dan nyata.


Contohnya peralatan hidup seperti rumah, barang-barang, pakaian, dll.

Budaya bukan material : Ciptaan masyarakat yang abstrak yang


diwariskan dari satu generasi ke satu generasi. Contoh : adat istiadat, ilmu
pengetahuan, kepercayaan, dll.

UNSUR-UNSUR UTAMA BUDAYA

Walaupun setiap masyarakat mempunyai budaya yang berbeza, namun


terdapat 5 unsur utama dalam setiap kelompok masyarakat iaitu :

Simbol dan lambang

Bahasa

Nilai dan kepercayaan

Norma

Teknologi

5 unsur utama budaya


1) Simbol
dan lambang

5) Teknologi

4) Norma

2) Bahasa

3) Nilai dan
kepercayaan

1) Simbol atau lambang

Apa sahaja yang mempunyai makna dalam dalam ahli masyarakat.

Kebanyakannya ialah objek fizikal (konkrit)

Contoh : Keris Simbol atau lambang keberanian masyarakat melayu,


dan kepahlawanan.

2) Bahasa

Alat komunikasi

Juga mempunyai unsur-unsur perlambangan atau simbol budaya

Membolehkan masyarakat berhubung sesame sendiri

Secara lisan / bukan lisan

Contoh : Budaya melayu : adanya bahasa kiasan yang menggambarkan


pemikiran serta nilai yang diamalkan orang melayu.

Yang utama : Transmisi budaya dapat dilakukan melalui bahasa. Contoh


: Bahasa Iban dan Kadazan hanya difahami oleh ahli masyarakat itu
sahaja.

3) Nilai dan kepercayaan

Standard budaya untuk mengukur dan menilai kebaikan, kecantikan


dan keinginan yang menjadi garis panduan masyarakat dalam hidup.

Kepercayaan : Merupakan rumusan dan tafsiran masa lalu, penjelasan


tentang masa kini dan rama untuk masa akan datang.

Nilai : prinsip-prinsip umum yang berasaskan kepercayaan, yang


dianggap benar, betul atau sebaliknya.

Umumnya nilai menjelaskan apa yang patut dilakukan, manakala


kepercayaan menerangkan apa yang sebenar.

Nilai juga bersifat sejagat dan universal. Contohnya, setiap masyarakat


mempunyai nilai baik dan buruk. Nilai juga perlu dipatuhi. Contoh :
menghormati orang tua

Cara atau amalan nilai adalah berbeza bagi setiap masyarakat tetapi
matlamat dan tujuannya adalah sama.

Selain itu, resam dan mores juga merupakan aspek yang penting dalam
membincangkan kebudayaan.

Kedua dua ini merupakan salah satu aspek yang terkandung dalam
aspek nilai dan norma yang diturunkan daripada generasi ke generasi.

Resam : adat / peraturan yang berkaitan dengan hukum adat

Mores : norma yang lebih kuat dan tidak ada toleransi jika tidak
dipatuhi.

4) Norma

Peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan dan dipatuhi bagi


setiap masyarakat.

Maknanya, norma menunjukkan bagaimana masyarakat tersebut


bertingkahlaku. Ia juga satu standard yang dipersetujui bersama dalam
masyarakat.

Norma terbahagi 2 :-

Norma proskriptif : menggariskan apa yang tidak patut dilakukan

Norma preskriptif ; menjelaskan apa yang perlu dilakukan

Contohnya : Melayu : ada panduan semasa menziarahi kematian.

Teknologi

Teknologi merupakan artifak dan kaedah yang digunakan dalam


kehidupan seharian sesuatu kelompok sosial.

Secara umumnya, teknologi merupakan alat yang digunakan bagi


meningkatkan keberkesanan penggunaan tenaga serta mengubah
persekitaran untuk kegunaan manusia.

Contoh : Masyarakat melayu : Kuku kambing Alat mengasingkan


sekam padi.

Anda mungkin juga menyukai