Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA

Aqabah merupakan sebuah lokasi ibadat haji (masyar


al-Haram) di Mina, Bandar Makkah al-Mukarramah

Perjanjian Aqabah pertama ini adalah hasil daripada


pemelukan enam orang dari penduduk Yathrib
(Madinah) di musim haji tahun ke-11 kerasulan
baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka yang berada di Mina ketika itu sanggup dan


bersedia menerima ajaran baru ketika itu dan
berjanji kepada Rasulullah untuk menyebarkan
risalah Islam di Madinah, apabila mereka telah
pulang daripada menunaikan haji
Pada musim haji berikutnya, bertepatan bulan
Zulhijjah tahun ke-12 selepas kerasulan baginda Nabi
Muhammad s.a.w, bersamaan Julai 621 Masihi,
seramai 12 orang lelaki termasuk 5 orang yang telah
bertemu Rasulullah di tahun lepas telah tiba ke
Makkah.
TUJUH ORANG YANG BARU INI
TERMASUK:

i. Muaz bin al-Harith Ibn Afa al-Najjari al-Khazraji


ii. Zakwan bin Abd al-Qais Banu Zuraiq al-Khazraji

iii. Ubbadah bin al-Samit daripada Bani Ghanam

al-Khazraji
iv. iYazid bin Thalabah sekutu Bani Ghanam al-

Khazraji v. al-Abbas bin Ubadah daripada Bani


Salim al-Khazraji
vi. Abu al-Haitham bin Bani Abd al-Tihan al-

Asyhal al-Ausi
vii. Uwaim bin Saidah Bani Amru bin Auf al-Ausi
AL-IMAM AL-BUKHARI MERIWAYATKAN
DARI UBBADAH BIN ALSAMIT BAHAWA
RASULULLAH S.A.W TELAH BERKATA
KEPADA MEREKA:
Ayuh mari berjanji denganku, untuk kamu :

i. Tidak menyekutukan Allah dengan sebarang sesuatu


ii. Tidak mencuri

iii. Tidak berzina

iv. Tidak membunuh anak-anak kamu

v. Tidak melakukan pembohongan dengan mendakwa anak-anak yang mereka

pungut di jalan sebagai anak sendiri


vi. Tidak mengingkari aku pada kebaikan sesiapa di antara kamu yang

menunaikannya maka balasannya adalah dari Allah s.w.t dan sesiapa yang
melanggarnya lalu dihukum maka itu adalah kafarah baginya di dunia. Tetapi,
sekiranya Allah melindunginya, maka itu terserah kepada Allah dan sekiranya
Allah mengampunkannya maka itu adalah nasib baiknya.

Sambung Ubbadah r.a Dengan itu aku pun berjanjilah dengannya. Dalam
riwayat lain menyebut: Maka kami pun berjanji dengannya di atas dasar itu .

Anda mungkin juga menyukai