Anda di halaman 1dari 28

KAJIAN KORELASI

Disediakan Oleh:
Mohd Sukry
Assalam
Fa r r i z a n S a m i n
PENGENALAN
Kajian korelasi mengkaji perkaitan antara
variabel-variabel yang wujud dalam sesuatu
masalah.
Kajian korelasi memberi penekanan kepada
penentuan sejauh mana kaitan antara
variabel-variabel.
Ini membolehkan penyelidik menentukan
variasi yang berlaku pada satu variabel dan
kaitannya dengan variasi yang berlaku pada
satu variabel lain.
DEFINISI KAJIAN
KORELASI
Mohd Najib 1999, kajian korelasi adalah kajian
yang melihat hubungkait atau pengaruh
antara satu faktor dengan faktor yang lain
mnggunakan ujian statistik korelasi dalam
reka bentuk ini berbagai teknik yang
digunakan.
Selain daripada itu, dengan menggunakan kajian
korelasi ini, hendak la berskala dan bernisbah.
Data perlu diperolehi daripada satu sampel atau
dua kumpulan sampel yang sama.
Antara kriteria utama dalam kajian korelasi ini
juga adalah, memerlukan dua jenis data dalam
satu sampel untuk dihubungkaitkan dalam kajian.
Selain daripada itu, kajian korelasi juga perlulah
dalam bentuk ordinal atau pangkatan.
Indeks korelasi merupakan penunjuk kekuatan
atau arah hubungan antara dua pemboleh
ubah yang dihubungkaitkan dalam kajian.

Manakala koefisien korelasi pula adalah untuk


menentukan darjah kekuatan kaitan dua
pemboleh ubah tadi.
TUJUAN KAJIAN KORELASI
Seringkali penyelidik menggunakan kajian
korelasi untuk menentukan sebab-musabab
sesuatu peristiwa.

CONTOH : -
Misalnya, sekiranya kaitan positif wujud
antara pendapatan penjaga dengan
pencapaian akademik pelajar, penyelidik
mengatakan bahawa pendapatan penjaga
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.
Begitu juga, sekiranya kaitan negatif wujud antara
kasih sayang ibu bapa dengan bilangan kes
penagihan najis dadah di kalangan pelajar sekolah,
penyelidik mungkin mengatakan kurangnya kasih
sayang menyebabkan pelajar terjerumus ke dalam
kancah penagihan najis dadah.
Sekiranya kaedah penyelidikan yang digunakan
berbentuk deskriptif, penyelidik perlu berhati-hati
apabila mengatakan hubungan sebab-musabab.
Penyelidikan deskriptif biasanya mirip kepada
penyelidikan penerokaan bilamana penyelidik tidak
dapat memastikan faktor-faktor atau variabel-variabel
yang terlibat dengan sesuatu peristiwa.
Apa yang dilakukan oleh penyelidik deskriptif
adalah menjelaskan sesuatu fenomena; bukan
mengenal pasti dengan tepat faktor-faktor
atau variabel yang menyebabkan berlakunya
sesuatu peristiwa.
Terdapat beberapa syarat yang mesti
dipenuhi sebelum seseorang penyelidik
mengatakan hubungan sebab-musabab.

Pertama, hubungan satu variabel (A) dengan


satu lagi variabel (B) mestilah wujud.
Kedua, variabel A mestilah wujud atau hadir
terlebih dahulu daripada variabel B.
Ketiga. tiada kesan kewujudan variabel-variabel
extraneous (katakan variabel-variabel C, D ,.,
dan Z)
Dalam contoh pendapatan penjaga
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar,
kita mestilah mempunyai kaitan yang bererti
antara pendapatan penjaga dan pencapaian
akademik.
Kita perlu memastikan pendapatan penjaga
telah wujud terlebih dahulu sebelum
pengujian dilakukan untuk menentukan
pencapaian akademik pelajar.
Di samping itu, kita perlu memastikan tidak
ada variabel lain yang boleh mempengaruhi
atau berkaitan dengan kedua-dua variabel
yang dikaji iaitu pendapatan penjaga dan
pencapaian akademik pelajar.
Kesalahan sering dilakukan oleh penyelidik
dengan mendakwa ada hubungan sebab-
musabab antara dua variabel yang dikaji
berdasarkan adanya kaitan bererti yang
tunjukkan oleh pekali korelasi.
Terdapatnya kaitan yang bererti walau
sebesar mana nilainya ditunjukkan oleh pekali
korelasi tidak semestinya membolehkan
penyelidik menyimpulkan adanya hubungan
sebab-musabab.
Pekali korelasi yang tinggi antara pendapatan
negara dengan pencapaian akademik pelajar
tidak bermakna pendapatan negara
mempengaruhi pencapaian pelajar.
Pekali yang tinggi di antara jumlah hujan yang
turun dalam bulan Disember dengan bilangan
kes penagihan najis dadah di kalangan pelajar
tidak bererti jumlah hujan turun menyebabkan
pelajar menagih najis dadah.
Hubungan seperti mi sering terjadi
disebabkan faktor-faktor lain selain daripada
faktor-faktor yang dianggap beroperasi oleh
penyelidik
Hubungan korelasi spurious seperti ini
biasanya disebabkan kesan Hawthrone.
Penyelidik perlu berhati-hati apabila membuat
kesimpulan hubungan sebab-musabab.
Penyelidik perlu rasional dan logik apabila
mengatakan hubungan sebab-musabab.
JENIS-JENIS PEKALI KORELASI
Jenis-jenis pekali korelasi yang digunakan
bergantung kepada objektif penyelidikan serta
jenis data yang dikumpul.
Peringkat-peringkat pengukuran variabel
seperti ukuran nominal, ukuran ordinal,
ukuran sela dan ukuran nisbah biasanya
digunakan sebagai panduan bagi pemilihan
jenis-jenis pekali korelasi
Di antara jenis-jenis pekali korelasi
termasuklah;-
korelasi kontingensi
korelasi pangkat Spearman dan
korelasi hasil darab momen Pearson.

Terdapat juga kaedah-kaedah korelasi seperti


korelasi dwi-siri korelasi tetrakorik, korelasi
mudah, korelasi pelbagai dan korelasi separa.
KELEMAHAN KAJIAN
KORELASI
Antara kesilapan yang mungkin dilakukan oleh
pengkaji adalah, membuat andaian tentang
punca dan kesan terhadap pembolehh ubah
yang dikaji.
Antara keburukan yang terdapat dalam
penggunaan kajian korelasi, ianya hanya
memungkinkan hubungkait antara dua
pemboleh ubah sahaja.
Dalam kajian sains sosial banyak pemboleh
ubah yang boleh mempengaruhi sesuatu tingkah
laku seseorang.
Kelemahan lain dalam ujian korelasi ini juga
adalah penggunaan indeks korelasi dalam
ujian.
Indeks korelasi hanya menerangkan kekuatan
tetapi tidak menerangkan tentang punca dan
kesan.
Ini adalah disebabkan tiada kawalan keatas
faktor-faktor lain.
Oleh yang demikian kajian berbentuk korelasi
adalah bentuk kajian yang sesuai digunakan
oleh sains tulen.
Dalam kajian sains tulen, pemboleh ubah
mudah dikawal mengikut bentuk kajian
pengkaji.
Berbanding dalam kajian sains sosial, banyak
pemboleh ubah yang tidak dapat dikawal
mengikut kehendak pengkaji.
Ini disebabkan sifat dan sikap serta
tingkahlaku yang dikaji.
Sehubungan dengan itu, kajian korelasi ini
juga tidak dapat menunjukkan perbezaan
yang persis dan jitu terhadap pemboleh ubah-
pemboleh ubah yang ada.
Ini disebabkan manusia sebagi bahan kajian
mudah berubah dari segi sikap.
Ini disebabkan pengaruh luar mahupun
motivasi dalaman seseorang itu.
Memandangkan wujudnya banyak variabel-
variabel dalam bidang pendidikan, kajian
korelasi sangat popular bagi menjelaskan
fenomena pendidikan.
Kajian deskriptif berbentuk penerokaan
biasanya menggunakan kajian korelasi untuk
mengenal pasti variabel-variabel yang
berkaitan dengan sesuatu fenomena
pendidikan.
Kajian korelasi juga berfaedah bagi
pembentukan hipotesis penyelidikan.
Kaitan variasi antara variabel-variabel boleh
ditentukan dengan menggunakan pekali
korelasi.
Pekali korelasi mengandungi dua unsur; tanda
dan nilai pekali.
Tanda positif (+) menunjukkan perkadaran
seiras antara variasi dalam satu variabel
dengan variasi dalam satu lagi variabel yang
dikaji.
Pekali positif antara jumlah masa belajar
dengan markah ujian sejarah menjelaskan
kepada kita bahawa sekiranya jumlah masa
belajar bertambah, markah yang diperoleh
juga meningkat.
Sebaliknya, sekiranya jumlah masa belajar
mengurang, jumlah markah yang didapati
juga mengurang.
Pekali bertanda negatif pula menunjukkan
perkadaran songsang antara variasi pada
kedua-dua variabel yang berkait.

Sekiranya pekali antara pendapatan penjaga


dengan markah pelajar negatif, ini
menunjukkan pelajar yang mempunyai
penjaga berpendapatan tinggi memperoleh
markah yang rendah dan pelajar yang
penjaganya berpendapatan rendah
memperoleh markah yang tinggi.
Nilai pekali menunjukkan keteguhan hubungan
antara dua variabel.
Nilai pekali mengandungi nilai-nilai di antara
sifar dengan 1.
Nilai pekali 1 menunjukkan hubungan variasi
antara variabel-variabel yang berkaitan adalah
hubungan sempurna.
Hubungan sempurna menjelaskan kepada kita
bahawa sekiranya variasi satu variabel
meningkat sebanyak seunit, variasi satu lagi
variabel yang berkait juga meningkat
sebanyak seunit.
Nilai pekali sifar menunjukkan tiada hubungan
linear antara satu variabel dengan variabel
lain.
Hubungan antara dua variabel dikatakan
lemah apabila nilai pekali mendekati sifar dan
dikatakan teguh apabila nilai pekali
menghampiri 1.
RUJUKAN
http://aboutresearch.blogspot.com/2010/10/ka
jian-korelasi.html

Anda mungkin juga menyukai