Anda di halaman 1dari 39

BAB 2

TAMADUN ISLAM
Pengenalan
Pandangan Semesta Tamadun Islam
Konsep Tamadun Islam
Sumber Tamadun Islam
Asas Tamadun Islam
Kelahiran, Perkembangan dan Kemerosotan
Prinsip Tamadun Islam
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun Islam
Sumbangan Tamadun Islam
Jihad dalam Islam
Pengenalan
Islam - agama diturunkan drpd Allah swt sejak nabi Adam a.s
Islam
Bahasa: tunduk, patuh, menyerah, sejahtera
Istilah : taat kpd Allah swt sepenuh hati tanpa ragu dan patuh kepada segala
perintahNya
Islam diturunkan utk menyeru manusia mempercayai dan menghambakan
diri kpd Allah tanpa keraguan.
Islam merupakan peraturan hidup yang lengkap dan syariatnya adalah
pelengkap kepada syariat nabi dan rasul terdahulu.
Nabi Muhammad saw diutus ketika manusia berada dalam kesesatan pd
zaman jahiliyah dan berdakwah selama 23 thn untuk menegakkan keadilan
dan meninggikan sifat manusia
Menurut Denis Saurat (History of Religions) agama yang diajar oleh Nabi
Muhammad mempunyai kelengkapan yang cukup utk terus bertahan dlm
zaman moden ini. Prinsip2nya mudah dan munasabah
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN ISLAM
PSTI iaitu konsep mengenai alam semesta secara
keseluruhan dilihat melalui satu sudut pandangan yang
dipengaruhi nilai tertentu.
PSTI terkandung dalam ajaran al-Quran & al-sunnah bukan
bersandar falsafah/pemikiran seperti tamadun lain.
PSTI merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan alam.

Konsep Keimanan

PSTI Konsep Kekuasaan

Konsep Kemanusiaan
Konsep Keimanan
Beriman kepada Allah swt merupakan asas pembinaan TI
Skop kepercayaan dan keimanan kpd Allah ialah melaksanakan segala
perintahNya dan menjauhi laranganNya.

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka
mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang
benar (al-Bayyinah: 5)
















Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah)
menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang
ma`ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan
mereka ta`at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah;
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Konsep Kekuasaan
Al Quran menjelaskan bhw Allah swt adalah pencipta, penguasa,
pemilik mutlak seluruh alam dan segala isinya.





Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada
di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendaki-Nya. Dan
(ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (al-Maidah: 17)

Manusia sebagai khalifah yg tiada kuasa mutlak


Manusia mesti mematuhi segala ketetapan hukum Allah swt & prinsip-
prinsipnya







dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah, maka mereka itulah orang yang zalim (al-Maidah: 45)
Konsep Kemanusiaan
Manusia adalah makhluk mukallaf (diberi tanggungjawab) dan sebaik2 kejadian
Amanat dan tanggungjawab yang diletakkan oleh Allah kpd manusia amat
besar & berat. Ianya merangkumi hubungan:
Allah swt
Sesama manusia
Alam semesta

Ukuran kemuliaan manusia pd ketaqwaan.









Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya
kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
Pengetahuan-Nya. (al-Hujurat: 13)

Taqwa merupakan asas pembinaan tamadun Islam.


KONSEP TAMADUN ISLAM
Konsep TI dibina atas kerangka agama Islam iaitu berasaskan aqidah,
diikat dengan syariah, akhlak dan semua prinsip Islam.
Justeru TI berbeza dgn tamadun2 lain dari aspek kehidupan, pendidikan,
falsafah, kebudayaan dsb.
Setengah tamadun melihat pencapaian manusia hanya pada aspek
kebendaan sebagai ukuran ketamadunan.
J.K Fiebleman Tamadun ialah kepandaian masyarakat mengekploitasi
material
Oswald Spengler Tamadun Barat mementingkan kebendaan, kerana ia
membawa kepada kemajuan
Arnold Toynbee Tamadun adalah suatu system masyarakat yang dapat
membantu manusia menambah hasil pengeluaran dan mempunyai 4 unsur
iaitu bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan & seni
Beberapa istilah telah digunakan oleh sarjana Arab bagi menerangkan
maksud dan konsep tamadun Islam
Thaqafah (kebudayaan)
Umran & Hadharah (Perbandaran) oleh Ibn Khaldun (Kitab : al-Muqaddimah)
Madaniyyah (kehidupan bandar) oleh Muhammad Abduh & Muhammad Farid
Wajdi
Tamadun oleh Jurji Zaidan (Kitab: Tarikh al-Tamaddun al-Islami)
Menurut Jurji Zaidan, perkara yang ada dalam tamadun Islam:
Negara & pemerintahan Islam
Bandar2 Islam
Strafikasi social
Sains dan pengajaran Bahasa Arab
Bangunan2 Islam
Kesenian Islam
Menurut Abu Hassan Ali al-Nadawi (buku: Western Civilization Islam and
Muslim) istilah Hadharah dan madaniyyah lebih menepati konsep
Tamadun Islam dan berpusat kpd wahyu
Pengertian Tamadun Islam:
Sayid Quttb : TI adalah segala bentuk kemajuan yang
dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti system
sosial., pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan
berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai akhlak Islam
Said Hawa ; TI adalah segala kemajuan yang ditegak atas
kebudayaan Islam
Abu Bakar Hamzah : TI adalah suatu yang lahir dan
berkembang bersama dengan kehidupan manusia sama
ada bersifat kebendaan atau sebaliknya.
Syed Muhammad Naquib al-Attas ; TI adalah sebagai
keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah capai
taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bg
seluruh masyarakatnya.
Menurut Ibn Khaldun suatu pencapaian dianggap
sebagai tamadun jika perkara yang berkaitan asas
(daruriyyah) dan keperluan (hajiyyah) telah
disempurnakan
Inti pati Bersifat keagamaan dan bermatlamatkan keredhaan
Tamadun Allah
Islam
Dibimbing oleh akidah, diatur oleh syariah, diawasi
oleh nilai akhlak mulia

Merupakan peraturan hidup merangkumi jasmani &


rohani. Al-Quran dan al-Sunnah menjadi pendoman

Ciri Menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dan


Masyarakat khalifah
Bertamadun
Berusaha melaksanakan syraiat dan bebaskan diri
daripada perbuatan syirik
SUMBER TAMADUN ISLAM

Tamadun dan
Al-Quran Al-Sunnah Ijtihad
Budaya Lain
Al-Quran
Iaitu wahyu yg diturunkan oleh Allah swt kpd Rasulullah saw melalui malaikat Jibrail.
Merupakann mukjizat yg mengandungi prinsip2 asas Islam dan ilmu pengetahuan merangkumi
ilmu kerohanian dan kebendaan yg menjadi teras membangunkan tamadun
Pendorong manusia utk gunakan akal utk capai kesejahteraan dan kejayaan dlm kehidupan.












Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan
(pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat
kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya
dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang
tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya
(pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya,
kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal
fikiran. (al-Baqarah: 164)





Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan
kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-
orang yang menggunakan akal fikirannya. (al-Baqarah: 269)

Segala kegiatan dan kejayaan manusia mesti berpandukan syariat yg ditetapkan dlm al-
Quran.
Al-Sunnah
Iaitu segala yg disandarkan kepada Rasulullah saw pada perbuatan,
percakapan dan pengakuan.
Merupakan sumber kedua selepas al-Quran yg menjadi penghurai dan
pelengkap al-Quran.
Pengabaian terhadap dua sumber ini akan menjadikan tamadun tidak
seimbang

Ijtihad
Tamadun manusia yg sentiasa berkembang sering berlaku pembaharuan yg
mana terdapat masalah yg memerlukan penjelasan hukum (ijtihad) yg
tidak terdapat pada al-Quran & al-Sunnah.
Ulama memainkan peranan utk berijtihad.
Ijtihad merupakan gabungan tenaga wahyu dan akal bg membangunkan
tamadun Islam
Tamadun dan Budaya Lain
Islam adalah bersifat terbuka dlm menerima nilai dan idea daripada
tamadun lain selagi tidak bercanggah dgn ajaran Islam.
Contoh: sistem kementerian yang diperkenalkan oleh khalifah Umar al-
Khattab mengambil contoh sistem pemerintahan kerajaan Rome
Kesediaan menerima ilmu dan teknologi drpd tamadun asing
memperkayakan tamadun Islam
Pada dasarnya tamadun Islam banyak dipengaruhi tamadun Arab
ASAS TAMADUN
ISLAM

Aqidah Syariah Akhlak


1. Akidah
Iaitu kepercayaan / keimanan kpd hakikat dan nilai-nilai mutlak, kukuh
dalam jiwa setiap muslim. Merupakan perjanjian antara makhluk dgn Allah
swt
Pegangan akidah yg mantap akan membebaskan diri daripada sesuatu yg
bersifat makhluk.
Hassan al-Banna:
Akidah ialah hal2 yg berhubung dengan kepercayaan dan keyakinan dalam hati
hingga menjadi tenteram, tidak ragu2 dan bimbang, serta bersih daripada segala
syak wasangka
Berbeza dgn ideologi (isme) ciptaan manusia yg bersandarkan falsafah
material semata2 dan menafikan kewujudan Tuhan gagal membawa
ketenteraman dan menyelesaikan masalah spt sekularisme, materialisme,
kapitalisme, liberalisme dsb
Akidah melahirkan tamadun yang mantap dan bebas daripada
penyelewengan.
Aspek Aqidah

Kepercayaan/ Kaedah - kaedah pelaksanaan akidah dan


Keimanan memainkan peranan bangunkan tamadun Islam

Allah
Kesatuan aqidah
menyatukan manusia yang Rasional manusia disaran mengkaji, Toleransi
Malaikat pelbagai menyelidik, memahami kejadian alam

Tolak yg tidak sesuai dgn


Rasul Bersifat terbuka
realiti Tolak pertentangan
antara akal dgn
wahyu Syarat :
Kitab

Hari akhirat
Tidak bertentangan dgn al Tidak bawa
Quran, al Sunnah & akal kemudharatan kpd
manusia
Qoda dan Qodar

Tidak bawa manusia kpd


maksiat & rosak akhlak
Jadi bukti keagungan Allah
& tingkatkan iman
2. Syariah
Iaitu himpunan hukum / peraturan / ketetapan Allah swt bagi mengatur
hubungan manusia dgn Allah swt, hubungan sesama dan hubungan dgn
alam bagi mencapai kesejahteraan dan keamanan dunia dan kebahagian
di akhirat.






Kemudian Kami jadikan kamu menjalankan Syariat dari hukum agama; maka
turutlah ia, dan janganlah diturut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.
(al-Jathiyah: 18)

Keistimewaan Syariah
Bersifat sempurna memenuhi keperluan manusia
Mengatur kehidupan manusia
Bersifat sepadu mengatur urusan keduniaan dan keagamaan
Bersifat universal
Perlaksanaannya utk dapat redha Allah
Bersifat tetap dan tidak berubah hingga hari kiamat
Manifestasi (Maqasid) Syariah

Tujuan syariah adalah utk mengatur kehidupan manusia


kpd lebih baik dan menghindarkan keburukan

Memelihara Memelihara Memelihara Memelihara


Memelihara
agama nyawa akal maruah /
harta
keturunan
Memelihara Aqidah
Mengesakan Allah dan dilarang mensyirikkanNya

* *


Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha
Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk
memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak
diperanakkan; (al-Ikhlas: 1-3)







Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik


mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang
mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka
sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.(an-Nisa: 48)
Memelihara Nyawa






bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada
alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana)
melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah
membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan
hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga
keselamatan hidup manusia semuanya. (al-Maidah: 32)





.(al-Baqarah: 168) Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada
di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah
Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang
nyata bagi kamu
Memelihara Akal







Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.(al-Maidah: 90)

Memelihara Maruah / Keturunan






Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).(al-Isra:
32)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki)
mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak
yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak
dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang
lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan
janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan
gelaran yang buruk.(al-Hujurat: 11)
Memelihara Harta






Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di
antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan
harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan
(atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahui (salahnya).(al-Baqarah:188)









Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua
yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan
mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat
segala yang kamu kerjakan.(al-Baqarah: 110)









Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama
Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya
segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.(al-Baqarah:195)
3. Akhlak
Dlm bahasa Arab khuluq = budi pekerti, tingkah laku, tabiat
Menurut Imam al-Ghazali :Akhlak ialah sifat yang tertanam
dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan
dengan mudah tanpa perlu pertimbangan akal
Prinsip akhlak bersifat universal, lengkap dan tidak boleh
diubahsuai mengikut selera manusia
Antara tujuan Nabi Muhammad saw diutus adalah utk
menyempurnakan akhlak
Akhlak membezakan manusia dgn haiwan.
Akhlak yang baik mencerminkan keimanannya
KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN KEMEROSOTAN TAMADUN
ISLAM
Kelahiran TI berbeza dengan tamadun lain. Kelahirannya seiring dengan
penurunan agama Islam (wahyu)
Nabi Muhammad utusan Allah (Rasulullah) berperanan membentuk
masyarakatnya di Mekah dari aspek aqidah dan akhlak selama 13 tahun sebelum
diperintah berhijrah ke Yathrib (Madinah)
Di Madinah, Rasulullah berjaya memperkukuhkan dan mengembangkan Islam
dan tamadun dalam segenap aspek.
Pengaruh TI hanya meliputi sebahagian daripada semenanjung tanah Arab di
akhir hayat Rasulullah (632M)
TI telah berkembang luas dan berjaya mengubah cara hidup manusia tanpa
mengira bangsa meliputi benua Afrika, Eropah dan Asia.
Perkembangan Islam dan tamadunnya telah diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin
(632 661M)
Zaman Umaiyah (661 750M) dan zaman Abbasiyah (750 1258M) merupakan
zaman kegemilangan. Zaman kegiatan keilmuan berkembang pesat antaranya
ilmu perubatan, astronomi, matematik, kimia dan falsafah.
Antara ilmua Islam yg lahir Ibn Sina, Ibn Haitham, al-Farabi, Hunayn Ibn Ishak,
al-Ghazali.
Perkembangan intelektual / keilmuan menyerlah di Andalusia dan ianya yang
turut menyumbang kepada kebangkitan Eropah daripada zaman kegelapan.
Antara faktor kegiatan intelektual menyerlah di Andalusia:
apabila sarjana Islam dibawa masuk ke Andalusia
Penajaan pelajar-pelajar mendalami pelbagai ilmu oleh pemerintah
Pemerintah melibatkan diri secara langsung dengan kegiatan ilmu
Membina madrasah dan universiti serta perpustakaan
Memberi ganjaran kepada para sarjana

Kerajaan Islam Uthmaniyyah turut menyumbang kepada


kegemlangan TI yang diasaskan pada 1300M. Kemuncaknya apabila
Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menawan Constantinople pada
1453M. Kerajaan Islam berjaya melebarkan pengaruh TI di Eropah
Timur.

Kemerosotan TI terserlah apabila kerajaan Uthmaniyyah mula


menjadi lemah dan beberapa wilayahnya di Eropah dan di Afrika
mula dijajah oleh kuasa Eropah di akhir abad ke 18

Masyarakat Islam yang dijajah gagal mempertahankan tamadun


mereka dan mula diserapi oleh ideologi sekular Barat.
PRINSIP TAMADUN ISLAM
Prinsip TI menekankan pembangunan hidup manusia di dunia dan
kesejahteraan di akhirat. Ianya merangkumi:
Pengabdian Diri kepada Allah
Asas akidah
Keluhuran nilai kemanusiaan
Nilai kesucian dan keharmonian hidup
Tugas khalifah di bumi

Dalam pembinaan tamadun, Islam menekankan hubungan manusia dengan:


Allah
Sesama manusia
Alam
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN TAMADUN ISLAM
1. Berifat Rabbani
Allah swt adalah punca segala kekuasaan, manusia sebagai pemegang
amanah
Allah swt berikan manusia potensi utk capai ketamadunan
Atas sifat Rabbani, TI mempunyai nilai kebaikan, ketenangan, redha Allah
swt
2. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia
TI bersandarkan wahyu dan akal. Tanpanya manusia gagal laksanakan tugas
sebagai khalifah.
3. Tidak Membebankan
Perintah yang disyariatkan Allah swt sesuai dengan kemampuan manusia
4. Sempurna dan menyeluruh
Islam adalah agama utk seluruh umat manusia meliputi semua masa, tempat
dan segenap bidang kehidupan.
5. Kesimbangan rohani dan jasmani
Islam tidak memisahkan dua unsur tersebut daripada kehidupan.
Pengabaian salah satu daripadanya akan menyebabkan tamadun tidak
seimbang.
6. Sepanjang zaman
TI tidak terikat pada zaman tertentu tetapi berpanjangan hingga hari
kiamat. Prinsip2 dlm Islam dalam bentuk yang umum, tujuannya untuk
disesuaikan dengan kehidupan manusia mengikut zaman dan tempat.
7. Terbuka dan toleransi
TI tidak menolak unsur-unsur daripada tamadun lain jika tidak
bertentangan dengan hukum syariat Islam.
8. Kesatuan dalam kepelbagaian
Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa bukan penghalang kepada
pembentukan kesatuan umat dalam TI kerana TI tertegak atas prinsip
keadilan dan kesaksamaan.
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
1. Akidah
Islam membebaskan manusia dari sebarang bentuk
penyembahan selain Allah swt
2. Sosial
TI memperkenalkan prinsip keadilan, persamaan,
kehormatan dan kemuliaan insan dlm aspek sosial
3. Ekonomi
Berteraskan keadilan, mengharamkan riba dan segala bentuk
penindasan
4. Politik
Perkenalkan prinsip keadilan dan amanah. Kewajipan
mentaati pemimpin yang taat ke Allah swt dan rasulNya.
5. Ilmu Pengetahuan
Islam menggalakkan manusia menuntut dan menguasai ilmu
pengetahuan, bukan sekadar ilmu tradisi tetapi juga ilmu
moden bg pembangunan tamadun Islam yg unggul
6. Kesenian
TI telah melahirkan kesenian yang pelbagai termasuk seni
bahasa dan tulisan, sastera, seni bina, seni muzik dsb.
JIHAD MENURUT ISLAM

Jihad seringkali difahami sebagai tindakan yang dikaitkan dengan


perjuangan menggunakan senjata atau secara fizikal yang bersifat
kekerasan.
Hakikatnya, jihad dalam Islam memberi pengertian yang cukup
meluas meliputi seluruh aspek kehidupan

Pengertian Jihad
Perkataan jihad diambil dari perkataan bahasa Arab berasal dari kata
jahada bermaksud menggunakan segala usaha dengan bersungguh2
untuk mendapatkan atau menolak sesuatu.
Pengertian jihad menurut syariah menentang orang kafir di medan
pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah
bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi.
Umumnya, jihad diertikan sebagai berjuang dalam peperangan,
berjuang menentang hawa nafsu dan lain-lain perjuangan pada jalan
Allah swt untuk menegakkan kalimah Allah (Islam)
Dalil Jihad








"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada
dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat
(disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta
benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian
amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui." (at-Taubah: 41)

Sabda Rasulullah saw bermaksud:


Barangsiapa mati, sedang ia tidak pernah berjihad dan tidak mempunyai
keinginan untuk jihad, ia mati dalam satu cabang kemunafikan. Muttafaq
Alaihi.
Berjihadlah melawan kaum musyrikin dengan hartamu, jiwamu dan lidahmu.
(Riwayat Ahmad dan Nasai)
Bahagian Jihad

Melawan Nafsu
(jihad agung) Zahir

Musuh Musuh

Hati
syaitan Iblis Kafir
Lisan
Jenis Jihad

Kuasa
Munafik
Ilmu

Harta
fasik
Jiwa / nyawa

Anda mungkin juga menyukai