Anda di halaman 1dari 21

Garis Panduan untuk Membina

Cerita Yang Berteraputik


Cerita boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak untuk bersedia
dalam menghadapi suatu situasi atau suasana yang akan berlaku dan
belum pernah mereka lalui. Selain itu, cerita juga dapat membantu
mengurangkan bebanan perasaan atau tekanan yang dirasai oleh
kanak-kanak yang mungkin disebabkan oleh situasi yang sukar, dengan
menawarkan suatu kaedah bagaimana kanak-kanak dapat melihat
situasi yang dilalui dari sudut yang lain. Di samping itu, cerita juga
dapat mengubah corak tingkah laku sukar dengan menyediakan model
yang akan membantu mereka untuk mengubah tingkah laku sukar ke
arah tingkah laku yang lebih positif. Artikel ini bertujuan untuk
membantu memberikan konsep asas untuk menulis cerita anda sendiri.
Cerita Literal (Asas/Asal)
Sesetengah cerita berteraputik secara asasnya boleh mengambil
seorang kanak-kanak dan menjadikannya watak utama dalam kisah
peribadinya sendiri dan mengeksploitasi situasi yang akan dia hadapi
pada masa akan datang yang mungkin mencetuskan kebimbangan
(seperti hari pertama persekolahan, dimasukkan ke hospital,
ditinggalkan dengan seseorang yang tidak mereka kenali, menaiki
pesawat untuk kali pertama, perceraian ibu bapa)
Mengarang cerita seperti itu adalah agak mudah, dengan hanya mengambil
watak seorang kanak-kanak ke dalam suatu cerita berdasarkan kepada
peristiwa-peristiwa yang mungkin berlaku. Kanak-kanak suka mendengar
kisah mengenai diri mereka sendiri dalam bentuk cerita. Adalah sangat
membantu untuk mempunyai permulaan cerita yang biasa atau mereka tahu
dan penutup yang mempunyai suatu penegasan semula:
"Pada suatu masa dahulu ada seorang kanak-kanak lelaki yang dipanggil ...
Dia tinggal bersama ... di ... rumah di .... Dan pada waktu malam, dia telah
berada di atas katil kecilnya, dia diberi ciuman selamat malam oleh ibu dan
ayah yang sangat menyayanginya. Kemudian, dia tidur dengan nyenyaknya"
Suatu situasi atau perasaan yang boleh diceritakan kepada kanak-
kanak, selami perasaannya dan tunjukkan bagaimana cara untuk
mengurus perasaan tersebut. Contohnya “Dia berasa agak takut. Dia
memeluk dolnya dengan erat dan dia teringat bahawa malaikatnya ada
untuk membantunya. Dia terus turun dari katil dan pergi mencari
jururawat”
Nilai atau moral yang ingin diterapkan dalam sesuatu cerita adalah
untuk membawa dan membina nilai dan sikap yang positif terhadap
sesuatu situasi seperti semangat baru, persahabatan, pengalaman,
pengembaraan, pembantu, penjaga, penyembuhan.
Analogi Teraputik dalam Cerita
Sesetengah cerita membantu untuk mengurangkan tekanan yang
dihadapi oleh kanak-kanak tanpa mereka sedari, di mana, cerita itu
mungkin selari dengan situasi masalah berbanding gambaran sebenar,
atau, mungkin terdapat perkaitan yang sangat sedikit dari kedua-
duanya. Cerita-cerita ini mengenal pasti kebenaran yang tersimpan
atau tema yang terlibat dan kemudian cuba mencari situasi yang selari,
cerita berbentuk imaginasi atau analogi untuknya. “Itik Yang Hodoh”
adalah salah satu kisah analogi untuk seorang kanak-kanak yang
berbeza dari orang lain. Penulisan cerita seperti ini memerlukan
pendekatan yang kreatif. Garis panduan ini diberikan untuk membantu
penulis melalui satu pendekatan sedemikian.
Garis Panduan
Perlu jelas tetapi disampaikan secara halus.
Untuk mengarang sebuah cerita yang efektif, sebuah gambaran yang
jelas perlu dibentuk supaya kanak-kanak dapat mengenal pasti dan
faham apa yang ingin disampaikan, namun dalam masa yang sama dia
rasa tidak dimalukan atau menimbulkan rasa protes/tidak puas hati
Cerita perlu sesuai dengan umur.
Kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun masih belum mampu mengurus
emosi negatif yang kuat seperti ketakutan dan kemarahan. Kanak-kanak yang
berusia antara tujuh hingga sebelas tahun boleh menikmati emosi yang lebih
kuat jika mereka didedahkan dengan penutup cerita yang
menggembirakan/konflik diselesaikan. Lebih dekat kisah dengan pengalaman
hidup/realiti mereka sendiri, ancaman terhadap emosi menjadi lebih kuat,
ancaman dan lain-lain yang ada di dalam cerita boleh mempengaruhi
mereka. Penutup cerita yang menyedihkan serta tiada kesudahan dapat
memberi tekanan dan mempengaruhi diri bagi kanak-kanak di bawah
sebelas tahun, sebelum mereka cukup matang untuk mengatasinya.
Cerita perlu seobjektif yang mungkin
Jika cerita ditulis untuk seorang kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang mencabar, cerita tersebut
perlu ditulis dengan hati-hati supaya agenda peribadi tidak dimasukkan ke dalam cerita. Oleh sebab itu,
sebelum cerita tersebut disampaikan kepada kanak-kanak itu, cerita yang telah dikarang perlu disemak isi dan
kandungannya oleh orang yang tidak terlibat dengan situasi. Minta mereka semak jika terdapat bahagian-
bahagian yang mungkin terlalu berat, terlalu menakutkan, terlalu "berpura-pura" dan lain-lain. Sukar untuk
keluar dari situasi di mana kita terlibat secara emosional di dalamnya. Kadang-kadang orang lain boleh melihat
sesuatu dengan lebih baik. Ambil kira semula apa sahaja yang membuatkan orang lain berasa tidak selesa
dengannya. Dalam menyampaikan sebuah cerita juga, kita perlu peka terhadap reaksi yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak. Keengganan mereka untuk mendengar mungkin bermakna cerita itu terlalu berat atau terlalu
direct. Sentiasa bersedia untuk mengubah sedikit isi kandungan untuk mereka atau memikirkan semula cerita
baru. Cerita yang berteraputik akan membuatkan kanak-kanak tenang dan mungkin inginkannya lagi.
Sentiasa cari cerita yang positif.
Walau dalam apa jua keadaan, sentiasa cuba untuk mencari
pendekatan yang paling positif dalam mengurus masalah demi untuk
menjaga kesejahteraan kanak-kanak. Sebagai contoh; perpisahan dan
perceraian dilihat sebagai perubahan jalan hidup yang telah dipilih oleh
ibu bapa sebagai jalan yang tepat kepada diri mereka dan bukannya
mempamerkan gambaran kegagalan, kerosakan, kekecewaan dan
bencana.
Mencipta Cerita
1. Mengenal pasti tema dan tujuan cerita dengan jelas
Apakah punca/akar kepada kebenaran atau tema yang terlibat?
Contohnya kematian atau perceraian, penyakit ibu bapa, mengurus
perasaan marah, rasa malu, mementingkan diri sendiri, atau tertekan
dengan sesuatu kehilangan. Tujuan cerita perlu jelas. Apakah masalah
utama? Apakah yang diperlukan dalam situasi tersebut? Contohnya,
keberanian? keselesaan? jaminan? penerimaan terhadap perubahan?)
Pertimbangkan:
Pemikiran kanak-kanak.
Adakah kanak-kanak itu mempunyai tanggapan yang tidak benar atau salah dalam
mentafsirkan fakta tentang sesuatu situasi? Adakah dia memerlukan bantuan untuk
melihat sesuatu situasi dengan lebih tepat?
Perasaan kanak-kanak.
Apakah perasaan yang sedang dirasai oleh kanak-kanak dalam situasi ini? contohnya.
kesedihan, ketakutan, kemarahan
Pemerkasaan/ tindakan.
Adakah terdapat sesuatu yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak atau meminta mereka
untuk melakukan sesuatu atau belajar untuk melakukan sesuatu, yang mana lebih
membantu?
Cuba untuk mengarang cerita berbentuk imaginasi yang selari atau mempunyai analogi
dengan tema. Contohnya "kematian" boleh dilihat sebagai "transformasi" seperti
perubahan ulat menjadi kepompong dan kemudian menjadi rama-rama.
2. Watak-watak
Cari watak yang sesuai untuk cerita yang ingin dikarang. Pilihan watak-
watak, terutamanya seorang pahlawan / heroin mestilah dapat dikenali
oleh kanak-kanak. Pertimbangkan minat dan keinginan kanak-kanak itu
sendiri. Atau mungkin juga mahu menggunakan haiwan, objek yang
semulajadi, watak-watak ajaib atau dongeng.
3. Faktor lain – imaginasi "prop" & "pembantu"
Faktor lain yang boleh membantu penceritaan ialah dengan mencipta
imaginasi "prop" yang akan digunakan oleh hero / heroin seperti jubah biru
cinta, mahkota emas cahaya pelindung. Atau mungkin mahu menggunakan
watak "penolong" yang menasihati, menyokong dan / atau melindungi wira /
heroin. contohnya malaikat penjaga, sang pari-pari, "prop" dan "pembantu"
kadang-kadang boleh digunakan oleh kanak-kanak dalam kehidupannya
sendiri. Contohnya, kita boleh mengajar kanak-kanak untuk menguatkan diri
mereka terhadap ketakutan dan lain-lain dengan mengimaginasikan
"mahkota emas cahaya pelindung" di sekeliling mereka, atau dengan
mendengar "suara dalaman yang bijak“ mereka sendiri
4. Watak antagonis dan halangan
Kenal pasti watak antagonis atau halangan yang membawa kepada
krisis / konflik / perasaan buruk dan sebagainya.
5. Situasi pembelajaran yang selari
Pertimbangkan beberapa situasi pembelajaran yang selari di mana
watak utama dapat / berjaya dalam tindakannya. Perlu diingat, situasi
itu tidak perlu sama seperti situasi yang sedang dialami oleh kanak-
kanak, tetapi cukup sekadar sesuatu yang mempunyai elemen hampir
serupa. Sebagai contoh, watak mencari keberanian untuk melakukan
tugas baru, bukan tugas yang sebenar, seperti contoh penceritaan
mengenai rama-rama yang meninggalkan rumah kaca untuk pergi ke
sebuah taman yang besar, sebagai cerita untuk memaparkan kanak-
kanak pergi ke sekolah.
6. Krisis/Konflik
Pertimbangkan krisis atau masalah di mana watak utama perlu atasi /
selesaikan dengan menggunakan pembelajaran, kemahiran, dan
sumber dalaman yang baru
7. Pelajaran
Pertimbangkan apa yang perlu dipelajari kanak-kanak dari situasi dan
keadaan dalam cerita. Sebagai contoh; semangat untuk mengatasi
ketakutan, sifat belas kasihan terhadap rakan-rakan yang kurang
berkemampuan, sumber kasih sayang yang tidak akan terpadam, satu
kegagalan boleh membawa kepada kejayaan masa depan
8. Struktur plot
Pastikan cerita itu mempunyai pendahuluan, babak-babak dalam cerita,
dan penutup yang baik. Sama seperti cerita dongeng itu “Pada satu
masa dahulu.... Mereka semua hidup bahagia selama-lamanya. "Juga
pilih perjalanan cerita yang sesuai seperti ... Satu Hari dalam kehidupan
... Pencarian ... Pelayaran dan kembali ... dan sebagainya.
Menulis Cerita
Ambil kira semua bahan di atas untuk membina plot yang ringkas tetapi
menarik dengan cepat, memuaskan, berakhir dengan penegasan.
Ingat:
1. Situasi tersebut dijelaskan melalui persepsi watak itu terhadap situasi.
2. Kenal pasti perasaan yang dibawa oleh watak dan cara bagaimana dia
mengurus perasaan yang dirasainya.
3. Memperkuatkan watak dengan meneroka kemungkinan untuk bertindak
dalam krisis, berkaitan dengan godaan, halangan, pilihan moral. Model
tingkah laku yang perlu dipelajari dan diikuti oleh kanak-kanak.
4. Memperteguh tingkah laku baru dengan membiarkan watak itu
mengalami perasaan yang baik tentang pencapaiannya.
5. Mengiktiraf/ Menyambut. Pastikan nilai istimewa watak utama juga
diiktiraf oleh watak lain dalam cerita.
Menyampaikan cerita
Apa yang penting ialah cuba sampaikan cerita yang telah dikarang kepada orang dewasa yang lain untuk
mendapatkan pandangan dari perspektif yang berbeza cerita tersebut disampaikan kepada kanak-kanak. Ini
adalah penting untuk memastikan cerita tersebut tidak terlalu berat atau kandungan yang mengancam. Cuba
sampaikan cerita tersebut, dengan perlahan tetapi masalahnya, tanpa memasukkan kesan yang banyak. Peka
dengan cara kanak-kanak menerima. Ingat, dalam membantu menyembuhkan kanak-kanak dengan cerita
berteraputik: Suku pertama penyembuhan berlaku adalah kesedaran tentang masalah. Suku kedua
penyembuhan berlaku dalam menerangkan dan bekerja melalui masalah yang utama. Suku ketiga
penyembuhan berlaku dalam penciptaan cerita yang berkaitan dengan bagaimana mengurus masalah. Suku
terakhir penyembuhan berlaku dalam perkongsian cerita dengan kanak-kanak.
Dalam menjelaskan dan bekerja dengan masalah, kebiasaannya kita memahami anak-anak kita dengan lebih
baik dan mengubah tingkah laku kita sendiri dengan mereka, yang sendiri membawa perubahan. Tetapi
terdapat juga sesuatu yang berlaku pada tahap tidak sedar, dalam tidur atau dalam beberapa cara lain yang
tidak dapat dibuktikan-ini adalah keajaiban sebuah cerita.

Anda mungkin juga menyukai