Anda di halaman 1dari 14

PROSA TRADISIONAL

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR


Pengenalan
 GENRE PROSA TRADISIONAL
 Sastera Rakyat/Lisan
- Cerita asal-usul
- Cerita jenaka
- Cerita binatang
- Cerita penglipur lara
- Cerita mitos
- Cerita lagenda
- Cerita hantu
- Cerita teladan
 Sastera Hikayat
- hikayat berunsur Hindu
- Hikayat zaman peralihan (Hindu-Islam)
- Hikayat berunsur Islam
- Hikayat Berbingkai
 Sastera Epik
- epik kebangsaan
- Epik berunsur Islam

 Sastera Panji
 Sastera Sejarah
 Sastera Kitab
 Sastera Undang-undang dan Ketatanegaraan
 Kepustakaan Ilmu Tradisional
Sastera Rakyat
Definisi
-Hasil sastera kumpulan sesebuah masyarakat yang
diturunkan kepada satu generasi ke satu generasi
secara lisan. Dikenali juga sebagai sastera lisan.
- Tiada dalam bentuk tulisan dan tersebar secara mulut
ke mulut.
-Masyarakat tertutup dan konservatif iaitu masyarakat
desa dan kaum tani terlibat.
Ciri-ciri
i. Disebarkan secara mulut ke mulut
ii. Masyarakat yang belum maju ,sederhana
iii. Ciri-ciri budaya diwarisi
iv. Hasil sastera milik masyarakat
v.Tidak mementingkan kebenaran dan fakta
vi. Pemikiran mengubah pandangan masyarakat purba
Tujuan
hiburan, nasihat, ajaran, didikan moral
-perutusan propaganda iaitu hak istana atau negeri
tertentu
-sebagai media atau saluran hiburan atau kritikan
terhadap raja
Sastera Sejarah
Definisi
-hasil karya sastera Melayu lama bahannya peristiwa
sejarah sesuatu tempat, kota, kerajaan(negara-
kota),dinasti atau keturunan seseorang raja.
-dituliskan sejarah dengan ciri-ciri sastera
Ciri-ciri
i. Menceritakan asal-usul raja
ii. Mengemukakan jurai keturunan raja
iii. Kisah pembukaan negeri yang diperintahnya
iv. Menceritakan kedatangan agama Islam
v. Menceritakan keadaan negeri atau kerajaan itu pada
peringkat akhirnya.
 
Tujuan
i. Kegunaan istana dan bangsawan Melayu
ii. Merakamakan kebesaran, ketinggian dan
kegemilangan seseorang raja atau negara-kota atau
kerajaan Melayu.
iii. Memperlihatkan kepada bangsa lain akan
kebesaran bangsa Melayu.
Sastera Epik
Definisi
-dikenali juga sebagai sastera pahlawan
-cerita mengenai tokoh wira yang menjadi kebanggaan
sesuatu bangsa.
-wira ini tokoh pahlawan yang istimewa seperti Hang
Tuah untuk bangsa Melayu.
Ciri-ciri
i. Epik kebangsaan dalam bentuk prosa yang panjang
ii. Wira berkedudukan tinggi dalam sejarah bangsa dan
antarabangsa
iii. Latar tempat dan masa luas dan panjang
iv. Wira bersifat pahlawan, berani dan digabungkan
dengan metos,legenda, cerita rakyat dan sejarah.
v. Wira bersifat ‘supernatural”
Tujuan
i. Kemukakan watak agung
ii. Lambang kemegahan dan kekuatan bangsa
iii. Watak penyelamat bangsa.
iv. Sebagai hiburan.
Saster Hikayat
Definisi
-berunsur naratif dan menghibur
-cerita ajaib, imaginasi, dan fantasi.
-berkisar di istana
Ciri-ciri
i. Berkisar di istana.
ii. Watak-watak putera dan puteri raja; pahlawan
iii. Rekaan; imaginasi
iv. Unsur pengulangan.
v. Ayatnya panjang.
Penjenisan
 i. Hikayat Berunsur Hindu
 Cerita pengaruh Hindu daripada epik Ramayana dan
Mahabharata.
 ii. Hikayat Berunsur Hindu dan Islam
 Berunsur Hindu ditambah dengan unsur Islam.
 Cn. Hikayat Inderaputra
 iii. Hikayat Berunsur Islam
 Pengaruh kedatangan slam dan dibawa dari Timur Tengah.
 Cn. Hikayat Nakhoda Muda
 iv. Hikayat/Cerita Berbingkai
 Cerita utama campur cerita sisipan.
 Cn. Hikayat Bayan Budiman

Anda mungkin juga menyukai