Anda di halaman 1dari 12

AA20803

PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR


(Hubungkait antara Jantina, Pembangunan dan
Persekitaran)

AHLI KUMPULAN:
1. MUHAMMAD SYAFIQ BIN ALIUDIN (BA19110321)
2. FATIN ADILAH BT ASMUNI (BA19161060)
3. MOHAMAD SHAMSUL BIN ZAINI (BA19110546)
PENGENALAN

JANTINA
 Jantina didefinisikan sebagai kumpulan sifat dan tingkah laku yang terbentuk secara
teratur yang ada pada lelaki atau wanita.
PERSEKITARAN
 Persekitaran membawa maksud unsur-unsur yang wujud dalam persekitaran manusia.
PERKEMBANGAN
 Pembangunan pula didefinisikan sebagai proses terhapusnya kemiskinan, kurangnya
jumlah pengangguran serta rapatnya jurang ketaksamaan.
DEFINISI JANTINA/GENDER
• Maksud gender tidak terbatas kepada jenis perbezaan kelamin namun
ianya diertikan kepada kumpulan sifat dan tingkah laku yang terbentuk
secara teratur yang ada pada lelaki atau perempuan.
• Gender membawa maksud peranan, pekerjaan, tingkah laku, aktiviti serta
sifat tertentu yang diberikan masyarakat kepada lelaki ataupun
perempuan.
• Hubungan gender adalah sebagai kesamaan dan ketaksamaan antara
peranan dan penggunaan tenaga kerja lelaki dan perempuan.
DEFINISI PEMBANGUNAN
1. Pembangunan ini dapat dilihat dan merujuk kepada usaha untuk mengubah masyarakat atau negara
daripada sesebuah negara yang mundur ke arah yang lebih maju lagi
2. Mengubah sesebuah negara ke arah yang lebih maju lagi adalah meliputi segala aspek kehidupan
manusia seperti ekonomi politik sosial pendidikan psikologi dan sebagainya
3. Pembangunan juga dapat memberikan satu kesan yang baik terhadap masyarakat dimana kesan daripada
pembangunan ini dapat dinikmati oleh keseluruhan masyarakat di dunia ini.
4. Pembangunan ini adalah sebagai satu strategi mahupun rancangan atau lebih dikenali lagi sebagi sosial
plan) dimana pembangunan ini dapat memberi peningkatan kesejahteraan terhadap masyarakat
5. Proses merealisasikan potensi, membina keyakinan serta membawa kehidupan yang lebih mulia lagi.
DEFINISI PERSEKITARAN
1. Persekitaran adalah keadaan yang berada di sekeliling termasuk keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik
dan interaksi di antara manusia sesama manusia dan alam sekitarnya.

2. Persekitaran atau “nurture” ialah segala rangsangan yang mempengaruhi perkembangan seseorang individu.

3. Persekitaran ini juga didefinisikan sebagai “The sum of all external conditions affecting development,
especially the effects of learning” yang bermaksud jumlah semua keadaan luaran yang mempengaruhi
perkembangan, terutamanya kesan pembelajaran.

4. Persekitaran juga adalah segala kuasa kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

5. Persekitaran juga bermaksud sekitar dan segala sesuatu yang memberi kesan kepada organisma semasa
hayatnya.
JENIS-JENIS PERSEKITARAN

1. PERSEKITARAN SEMULA JADI


Persekitaran semula jadi ini termasuklah seperti benda hidup yang terjadi secara semula jadi iaitu pokok, haiwan
dan mikro organisma.
2. PERSEKITARAN MANUSIA
Persekitaran manusia ini bermaksud, sesuatu benda yang dibuat dengan bantuan manusia seperti bangunan, jalan
raya, kenderaan, elektronik dan sebagainya.
3. PERSEKITARAN FIZIKAL
Bagi persekitaran fizikal pula, merangkumi semua sumber semula jadi yang menyediakan keperluan asas kita
untuk kelangsungan hidup dan pembangunan. Contohnya adalah air, udara, tanah dan sebagainya.
HUBUNGKAIT JANTINA DENGAN
PEMBANGUNAN
1. Pencapaian kaum wanita di dalam sektor pembangunan tidak lagi diragui dan ianya bukanlah menjadi
satu isu yang baharu terutamanya di Malaysia.
2. Dalam hal ini, meskipun kaum wanita ini masih dilihat lemah dan tidak mampu menjadi seorang
pemimpin tetapi kaum wanita telah Berjaya menerapkan diri di dalam pelbagai bidang dan tidak
mustahil akan dapat memberi cabaran yang baik terhadap kaum lelaki.
3. Pembangunan tidak hanya memfokuskan terhadap kaum lelaki sahaja.
4. Kesamarataan gender ini di dalam pembangunan telah sudah jelas dapat dilihabahkan terhadap sektor-
sektor lain.
5. Kesamarataan gender di dalam pembangunan ini haruslah dikekalkan bagi mewujudkan lagi suasana
yang harmoni sebagai masyarakat yang sejahtera.
HUBUNGKAIT JANTINA DENGAN
PEMBANGUNAN
1. Pembangunan ini melibatkan dua-dua gender iaitu lelaki dan perempuan.
• Dalam dunia pembangunan lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama rata dalam
mengemukakan pendapat dan memberikan keputusan dalam menentukan masa depan
pembangunan.
2. Penglibatan gender dalam pembangunan lebih kompehensif dalam menganalisis dan membangun
pembangunan yang dikhendaki oleh kedua-dua gender ini.
3. kesamarataan gender ini dalam pembangunan untuk menyumbang dan mencapai manfaat daripada
pembangunan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik tanpa sebarang halangan atau batasan.
4. Hal ini juga telah mendiskriminasikan wanita akan dipinda bagi memastikan hak wanita
dihormati, dilindungi dan dipenuhi.
HUBUNGKAIT ANTARA GENDER DENGAN
PERSEKITARAN
1. Gender iaitu lelaki dan wanita memerlukan persekitaran yang baik dan bersih daripada pencemaran.
• Persekitaran yang baik dan bersih mempengaruhi kedua-dua gender ini yang akan memberikan
keselesaan sepanjang masa.
2. Hal ini demikian kerana, sekiranya berlaku kerosakan atau pencemaran persekitaran akan
mendatangkan kesan-kesan yang buruk kepada kedua-dua gender ini iaitu lelaki dan wanita.
• Contohnya, pembakaran secara terbuka akan menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan
menyebabkan kesesakan pernafasan terhadap kedua-dua gender ini dan pencemaran air akan
menyebabkan kekurangan sumber air yang bersih dan menyebabkan berlakunya penyakit.
3. Namun begitu, pencemaran ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dilakukan oleh kedua-dua
gender ini sendiri.
HUBUNGKAIT JANTINA DENGAN
PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR

1. Pembahagian kerja yang mengikut jantina, dengan hasil tanggungjawab dalam pekerjaan rumah tangga
dan membesarkan anak-anak yang bergantung kepada wanita.
2. Hal ini kerana ketidaksamaan antara lelaki dan wanita dari segi sumber daya produktif dan faedahnya.
3. Mempunyai batasan dalam penyertaan tentang proses pengambilan keputusan dan akses.
4. Hal ini di mana, gender wanita dianggap sebagai salah satu gender yang dikenal pasti dalam kerosakan
persekitaran dan dianggap sebagai gender yang kurang mampu dalam sektor pembangunan yang
membangun dan alam sekitar.
5. Contohnya, pekerja wanita sering dikriminasi dalam sektor industri.
HUBUNGKAIT JANTINA DENGAN
PEMBANGUNAN DAN ALAM SEKITAR
1. Contoh bentuk diskriminasi ialah diskriminasi upah. Di mana dalam aspek ini wanita akan diberikan upah gaji yang
lebih rendah berbanding lelaki sedangkan kedua-dua gender ini melakukan kerja yang sama dengan tahap
pendidikan yang sama dan pengalaman kerja yang sama.

2. Hal ini menyebabkan wanita memegang pekerjaan berstatus rendah.

3. Dalam konteks “jantina, persekitaran, dan pembangunan lestari” memungkinkan kita untuk mengenal pasti
perbezaan yang wujud antara wanita dengan menekankan aspek sosial, sejarah dan sifat budaya.

4. Contohnya, peranan wanita dalam institusi kekeluargaan. Di mana peranan wanita merupakan tunjang penting dalam
keharmonian sesebuah keluarga seperti wanita menjaga keperluan suami, pengurusan isi rumah dan mendidik anak-
anak dengan baik.

5. Hal ini menjelaskan bahawa wanita amat mementingkan sosial, sejarah dan sifat budaya dalam kehidupan dan
pembangunan dan persekitaran mereka.
KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, gender, pembangunan, dan persekitaran adalah


merupakan aspek yang berkait rapat antara satu sama lain yang mampu
mempengaruhi setiap aspek tersebut. Hal ini demikian kerana, persekitaran
ini mempunyai kuasa kompleks yang mampu mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu berdasarkan dua gender tersebut dan sekiranya
mempunyai persekitaran yang baik maka terjadilah sesuatu pembangunan
yang berkembang dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai