Anda di halaman 1dari 15

ADAT

DIJADIKAN
HUKUM

NUR FARTHIAH ZANIDI


PENGENALAN ADAT DIJADIKAN
HUKUM
– Adat yang biasa dilakukan ditetapkan sebagai hukum.
– Para ulama’ menetapkan bahawa ‘uruf dan adat kebiasaan itu merupakan
salah satu daripada sumber hukum dalam keadaan ketiadaan nas syarak.
–  Berdasarkan pengertian adat dan ‘uruf, ada sedikit perselisihan dalam
kalangan ulama’ untuk mentafsirkannya. Namun, ianya adalah perbezaan
kecil sahaja sedangkan skop dan konsepnya adalah sama.
– Adat ialah apa yang menjadi kebiasaan orang ramai atau segolongan dari
kalangan mereka. Ia merupakan perkara yang diulang-ulang menurut
kebiasaan sesuatu golongan mengikut cara tertentu dan diterima sebagai
logik.
PENGENALAN ADAT DIJADIKAN
HUKUM
– Kaedah ini terbentuk berdasarkan dalil:

‫ني‬ِ‫اهل‬
ِ ‫ف وأَع ِرض ع ِن اجْل‬
ِ ‫خ ِذ الْع ْفو وأْمر بِالْعر‬.
َ َ َ ْ ْ َ ُْ ْ ُ َ َ َ ُ
Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang
baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil
dengan kejahilannya).

(Surah Al-A’raf: 199)


PENGENALAN ADAT DIJADIKAN
HUKUM
– Kaedah ini terbentuk berdasarkan dalil:

‫ني‬ ِ
َ ‫وه َّن إِاَّل أَن يَأْت‬ ُ ‫ض َما آَتْيتُ ُم‬ ِ ‫وه َّن لِتَ ْذ َهبُوا بَِب ْع‬
ُ ُ‫ضل‬
ُ ‫ِّساءَ َكْرًها ۖ َواَل َت ْع‬َ ‫ن‬ ‫ال‬ ‫ا‬‫و‬ ‫ث‬
ُ‫ر‬ ِ َ‫ين َآمنُوا اَل حَيِ ُّل لَ ُك ْم أَن ت‬ َ
ِ َّ‫يا أَيُّها ال‬
‫ذ‬ َ َ
‫وه َّن َف َع َس ٰى أَن تَ ْكَرُهوا َشْيئًا َوجَيْ َع َل اللَّهُ فِ ِيه َخْيًرا َكثِ ًرييَا أَيُّ َها‬ ِ
ُ ‫وه َّن بِالْ َم ْع ُروف ۚ فَِإن َك ِرْهتُ ُم‬
ِ ٍ ٍ ِ
ُ ‫بَِفاح َشة ُّمَبِّينَة ۚ َو َعاش ُر‬
‫اح َش ٍة‬ ِ ‫ض ما آَتيتموه َّن إِاَّل أَن يأْتِني بَِف‬ ِ ‫ع‬ ‫ب‬ ِ
‫ب‬ ‫ا‬‫و‬ ‫ب‬‫ه‬ ‫ذ‬
ْ ‫ت‬ِ‫الَّ ِذين آمنوا اَل حَيِ ُّل لَ ُكم أَن تَ ِرثُوا النِّساء َكرها ۖ واَل َتعضلُوه َّن ل‬
َ َ ُ
ُ ُ ْ َ ْ َ َُ َ ُ ُ ْ َ ًْ َ َ ْ َُ َ
‫وه َّن َف َع َس ٰى أَن تَ ْكَرُهوا َشْيئًا َوجَيْ َع َل اللَّهُ فِ ِيه َخْيًرا َكثِ ًريا‬ ‫م‬
ُ ُُْ ‫ت‬ ‫ه‬ ِ
‫ر‬ ‫ك‬
َ ‫ن‬ ِ
‫إ‬َ‫ف‬ ۚ ‫وف‬ِ ‫اشروه َّن بِالْمعر‬ ِ
ُ ْ َ ُ ُ َ َ َ‫ ُّمَبِّين‬.‫ع‬‫و‬ ۚ ٍ
‫ة‬

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu
(Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari
keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta
dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah
sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(Surah An Nisa’: 19)
PENGERTIAN ADAT DAN URUF
MENURUT ULAMA’
ULAMA’ PENDAPAT

Mahmud Al- Merupakan sesuatu yang menjadi amalan kebiasaan orang ramai
Hariri atau segolongan dalam kalangan mereka.

Al-Suyuti Merujuk kepada sesuatu perkara yang berulang-ulang menurut


kebiasaan segolongan manusia mengikut cara tertentu dan dapat
diterima oleh akal manusia

Al-Jurjani Bermaksud sesuat perkataan atau perbuatan yang dilakukan


berterusan oleh manusia atau secara berulang-ulang yang mana
ia boleh diterima secara logikal

Al-Zuhaily Membawa maksud sesuatu perkataan atau perbuatan yang telah


menjadi kebiasaan dan dikenali oleh masyarakat secara umum
KATEGORI ADAT DAN URUF
DALAM SYARIAT ISLAM
JENIS URUF DEFINISI
Uruf Qawli Merujuk kepada kebiasaan istilah, perkataan atau ucapan yangdigunakan
orang ramai yang menyalahi penggunaannya dari
sudut bahasa, namun difahami oleh semua orang. Contohnya, ”al-
walad”;menurut masyarakat Arab, ia dimaksudkan untuk anak lelaki
sahaja,walaupun dari sudut etimologinya, ia merangkumi anak lelaki dan
perempuan.
Uruf Amali Ini merujuk kepada perkara yang kebiasaan dilakukan oleh orang
ramai.Contohnya, apabila tuan rumah menghidangkan makanan
kepadatetamu. Makanan yang dihidangkan dianggap telah diberi
keizinanuntuk diambil oleh tetamu.
Uruf Am Merujuk kepada sesuatu tradisi yang dihayati oleh semua orang
daripelbagai peringkat dan lapisan masyarakat di seluruh negeri atau
urufitu telah meluas penggunaannya di seluruh negara Islam.
Contohnya,perkataan nazar yang dikenali oleh semua umat dan negara
Islam.
KATEGORI ADAT DAN URUF
DALAM SYARIAT ISLAM
JENIS URUF DEFINISI
Uruf Khas Ia merujuk kepada sesuatu yang menjadi kebiasaan kepada
sebahagianmasyarakat atau sesetengah negeri. Contohnya, di Malaysia,
jika seseorang memasuki rumah orang lain tanpa menanggalkan
kasut,perbuatan ini dikira tidak menghormati tuan rumah atau dianggap
tidak beradab. Walau bagaimanapun, di negara Arab, penerimaan terha
dapperbuatan ini adalah berbeza.

Uruf Sahih Bermaksud adat yang tidak bertentangan dengan nas syarak.Contohnya,
pemberian barangan oleh seorang lelaki kepada tunangnya,ketika majlis
pertunangan dikira sebagai hadiah dan bukannyasebahagian daripada
mas kahwin.
Uruf Fasid Ia merupakan adat yang bercanggah dengan nas syarak. Contohnya,adat
berjudi, bermuamalat dengan riba atau menghidangkan araksebagai
tanda hormat kepada tetamu.
SYARAT DAN KEHARUSAN BERAMAL
DENGAN ADAT WA URUF

– Pertama: Adat dan uruf itu tidak bertentangan dengan hukum dan nassyarak


– Kedua: Adat dan uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara
meluas,menyeluruh dan berterusan
– Ketiga: Adat atau uruf ini tidak dinafikan oleh majoriti ulama
– Keempat: Adat dan uruf itu mestilah diamalkan pada masa hukum syarakdibentuk
ke atasnya dan bukannya adat atau uruf yang sudah lamaditinggalkan. Namun,
boleh diterima pakai, sekiranya ia kembali aktif dandijadikan amalan kebiasaan
seperti sedia kala
– Kelima: Adat atau uruf ini mestilah sesuatu yang diamal secara konsistendan
menyeluruh oleh majoriti masyarakat sesebuah negara. Ini merujukkepada amalan
yang mesti diguna pakai menurut pandangan masyarakatatau sekurang-kurangnya
ia adalah adat untuk sebahagian negarawalaupun tidak seluruh negara.
PECAHAN KEPADA ASAS 5
Kaedah Pecahan 1: Tidak Dinafikan BerlakunyaPerubahan Hukum
Disebabkan PerubahanZaman (La Yunkaru Taghayyur al-Ahkam
BiTaghayyur al-Azman)

– Kaedah ini membawa maksud perubahan zaman memberi implikasi yang


cukup besar kepada pembinaan sesuatu hukum syarak. Hukum perlu dibina ber
asaskan keperluan zaman semasa iaitu dengan merujuk kepada adat dan
urufketika itu. Maka, hukum ijtihad yang dibina itu mestilah relevan dengan
adatdan uruf mereka.
– Ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat perubahan hukum
ekoranperubahan zaman dan terdapat juga perubahan hukum ekoran
perubahan adat. Ini adalah kerana Islam melihat kepada kepentingan,
keperluan semasa dankemaslahatan umat manusia itu sendiri.
Kaedah Pecahan 1: Tidak Dinafikan BerlakunyaPerubahan Hukum
Disebabkan PerubahanZaman (La Yunkaru Taghayyur al-Ahkam
BiTaghayyur al-Azman)

– Berlaku pada zaman Imam Syafie di mana beliau telah mengubahsebahagian keputusan
hukumnya yang telah ditetapkan di Baghdad (Iraq)setelah beliau berada di Mesir. Perkara
tersebut berlaku lantaran beliaumelihat adat di Mesir yang sangat berbeza dengan adat di
Baghdad,sehingga Imam Syafie mempunyai dua qawl (pendapat atau fatwa) iaituqawl jadid
(pendapat yang baru) dan qawl qadim (pendapat yang lama)
– Hukum atau peruntukan undang-undang dalam soal usia perkahwinansesuatu bangsa, negara
atau seumpamanya. Ini adalah keranaperkembangan budaya dan peruntukan undang-undang
masing-masing adalah berbeza mengikut kesesuaian dan kebiasaan yang berlaku.
Sebagaicontoh, Rasulullah s.a.w. telah mengahwini Saidatina Aisyah r.a. ketika beliau berusia
sembilan tahun. Namun, perkara tersebut mungkin tidak berlaku kepada zaman sekarang kerana
perubahan zaman, suasana dantransformasi sosial atau seumpamanya yang telah menolak
keadaan ini. DiMalaysia (berdasarkan undang-undang), lelaki hanya boleh berkahwinsetelah
berusia 18 tahun dan bagi perempuan, mereka perlu berusia 16tahun. Sekiranya ingin berkahwin
sebelum mencapai usia tersebut, makamereka perlu mendapat keizinan daripada pihak
mahkamah. Di Indonesiapula (berdasarkan Undang-Undang No. 1, tahun 1974), lelaki hanya
boleh berkahwin setelah berusia 19 tahun dan perempuan berusia 16 tahun
Kaedah Pecahan 2: Sesuatu yang BiasaDiamalkan oleh Orang Ramai,
MerupakanHujah yang Wajib Beramal dengannya (Isti’malal-Nas
Hujjah Yajib al-‘Amal Biha)

– Kaedah ini membawa maksud sesuatu amalan kebiasaan bagi sesebuah


masyarakat yang telah disepakati dan tidak bertentangan dengan nas
syarakadalah merupakan hujah yang wajib diikuti.
– Berdasarkan dalil:
Kaedah Pecahan 2: Sesuatu yang BiasaDiamalkan oleh Orang Ramai,
MerupakanHujah yang Wajib Beramal dengannya (Isti’malal-Nas
Hujjah Yajib al-‘Amal Biha)

– Transaksi jual beli dengan cara al-mu’atah (hulur menghulur) tanpa


menggunakan lafaz ijab dan kabul di mana lafaz tersebut adalah rukun dalam
jual beli. Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan masyarakat ketika menjual dan
membeli dengan cara hanya menyerahkan wang danmengambil barang belian
tanpa ada lafaz ijab dan kabul. Maka, adat inidibolehkan kerana sudah menjadi
amalan kebiasaan kita dalam melakukantransaksi jual beli
– Diharuskan wakaf harta alih (seperti al-Quran, kitab dan buku ilmiah) dimana
mengikut asalnya, waqaf harta alih ini tidak sah. Namun, melihatkepada amalan
kebiasaan dan keperluan yang tinggi oleh masyarakat,maka ia dibenarkan oleh
syarak kerana menghormati adat dan untukmemudahkan mereka
Kaedah Pecahan 3: Ketentuan BerdasarkanUruf seperti
Ketentuan Berdasarkan Nas (Al-Ta’yin Bi al-‘Urf Ka al-
Ta’yin Bin Nas)

– Kaedah ini menjelaskan bahawa adat dan uruf itu diberi kuasa seperti kuasa
nas,namun hanya ketika ketiadaan nas atau nas berbentuk umum. Justeru, uruf
dan adat kebiasaannya akan mengambil tempat kedudukan nas.
– Sebagai rumusan, sesuatu penetapan hukum yang berdasarkan uruf dan
adatkebiasaan yang menepati syarat sebagai dasar hukum adalah sama
statusnyadengan penetapan hukum yang didasarkan kepada nas.
– Kaedah ini banyakdigunakan dalam budaya muamalat setempat bagi
masyarakat terdahulu dansemasa di mana ianya merupakan antara perkara
yang banyak mendapatperhatian para ulama untuk dibincangkan.
Kaedah Pecahan 3: Ketentuan BerdasarkanUruf seperti
Ketentuan Berdasarkan Nas (Al-Ta’yin Bi al-‘Urf Ka al-
Ta’yin Bin Nas)

– Di Malaysia, sewa rumah yang dikenakan terhadap penyewa tidaktermasuk bayaran bil air dan


elektrik. Penyewa perlu membayar biltersebut mengikut penggunaannya. Peraturan dan
perjanjian tersebutmempunyai kuasa yang sama dengan hukum yang ditetapkan melalui nas
– Dalam konteks Malaysia, harta sepencarian adalah satu amalan adatmasyarakat Melayu yang
unik kerana ia tidak wujud di negara Arab ataudi Timur Tengah. Ia adalah harta perkongsian
bersama antara suamidengan isteri yang diperoleh semasa tempoh perkahwinan
berlangsung.Selain itu, ia juga merupakan satu adat yang berlaku apabila berlakunyapenceraian
antara pasangan tersebut. Tiada satu dalil pun yangmenjelaskan mengenai isu ini, namun
sebenarnya ia menepati syarakseperti mana firman Allah s.w.t. dalam ayat-Nya yang
bermaksud, „Oranglelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang perempuan beroleh
bahagian daripada usahanya juga. Maka, ketetapan undang-undang bagihak harta sepencarian
ini mempunyai kuasa yang sama dengan hukumyang ditetapkan melalui nas

Anda mungkin juga menyukai