Anda di halaman 1dari 4

SOALAN 1

• Bagaimana Bidang Menggambar boleh membina


pembangunan kognitif, psikomotor dn afektif murid?
Kaitkan dengan mana-mana teori yang anda tahu.
 KOGNITIF
• Penghasilan lukisan oleh murid- murid di sekolah rendah mempunyai interpretasi yang berbeza dengan yang
dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi mereka, hasil seni yang dihasilkan lebih berupa kepada hasil luahan dan
ekpresif. Di sekolah rendah, hasil seni yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat
bagaimana caranya mereka berfikir dan menyelami perasaan mereka selain melihat dan menguji keupayaan
perkembangan kognitif mereka. Perkara ini berkait rapat dengan teori kognitif Jean Piaget.

 PSIKOMOTOR
• Menggambar mampu memberi kesan positif yang pelbagai kepada kanak-kanak di dalam aspek psikomotor.
Perkembangan murid dijana melalui penggunaan media dan alat dalam pembelajaran dan pengajaran seni
visual. Penggunaan media dan alatan seperti crayon, pensel warna, dan pensel memberikan kanak-kanak satu
bentuk latihan yang berkesan untuk mereka mengawal koordinasi mata, dan tangan Penggunaan media-
media ini secara berterusan juga memberi peluang untuk mereka memperkuatkan genggaman serta otot-
otot tangan untuk melukis. Perkara ini berkait dengan Teori Perkembangan Artistik Kanak- Kanak Victor
Lowenfeld

 AFEKTIF
• Seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam Pendidikan Seni Visual akan dapat dilihat
menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti, pemerhatian murid tersebut terhadap bidang
menggambar, disiplinnya dalam menyediakan bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi
terhadap mata pelajaran seni dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan dalam karya
yang dihasilkan. Fokus utama murid-murid dalam aktiviti- aktiviti seni adalah meluahkan perasaan dalam karya
dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin
dihasilkan. Ini berkait dengan Teori behaviourisme
SOALAN 2
Bagaimana anda merancang PdP dengan memilih
mana-mana satu teknik dalam Menggambar. Apa
aspek yang anda fokus. Jawab kedua-dua soalan
dalam bentuk powerpoint dan bentang. DUA slaid
powerpoint sahaja.
Pendidikan Seni Visual Tahun 3 Bidang Menggambar (Lukisan)
Tema : Alam Semula Jadi (Buah-Buahan)
Objektif :
1. Mengetahui dan mengenal jenis-jenis media, proses serta teknik dalam menghasilkan lukisan (contoh :
buah epal).
2. Menghasilkan gambar buah (contoh : buah epal) dengan mengaplikasi bahasa seni visual, media,
proses dan teknik dengan betul.
Aktiviti PdP :
3. Guru menunjukkan contoh karya Buah Epal
4. Guru memaparkan gambar buah epal di hadapan kelas menggunakan projektor LCD.
5. Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang terdapat dalam gambar dan contoh karya.
6. Guru menunjukkan cara melakar dan mewarna gambar buah epal.
7. Murid meneroka media dan proses serta teknik dalam penghasilan lukisan.
8. Murid mula mengaplikasikan teknik yang diajar dalam penghasilan lukisan Buah Epal.

Anda mungkin juga menyukai