Anda di halaman 1dari 16

SOSIOLINGUISTIK MELAYU

(ALS451)
C

PENGENALAN SOSIOLINGUISTIK
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pelajaran ini, pelajar akan:
i. mengetahui sejarah ringkas bidang sosiolinguistik.
ii. memahami definisi dan konsep sosiolinguistik.
Apa pandangan anda mengenai imej ini?

1. Mengapa kita bercakap perkara yang sama dengan cara yang berlainan?
2. Mengapa kita perlu merujuk kepada persekitaran untuk menjawab soalan?
Perkaitan Bahasa dengan Sosial
Teori Whorf-Sapir
• Bahasa ibunda seseorang penutur membentuk satu siri kategori
yang bertindak sebagai rangka yang menjadi asas bagi seseorang
melihat dunia sekitarnya, menentukan bagaimana dia mengkategori
serta memahami fenomena-fenomena yang berbeza-beza, dan
mencorakkan masyarakat penuturnya dengan cara mempengaruhi
atau menentukan pandangan hidup (world-view) mereka.
Sejarah Bidang Sosiolinguistik
• Pada mulanya, ilmu sosiolinguistik dikenali sebagai “linguistik antropologi”, “bahasa
dan kebudayaan”, dan sebagai satu disiplin yang diajar dalam Jabatan Antropologi di
Amerika Syarikat.
• Pada tahun 60-an, istilah sosiolinguistik mula digunakan.
• Keadaan ini wujud kerana ahli bahasa mendapati bahawa di samping kajian terhadap
bahasa, kajian bahasa yang dikaitkan dengan masyarakat penggunanya menjadi
tajuk menarik.
• Justeru, usaha untuk mewujudkan sosiolinguistik sebagai satu disiplin ilmu bermula
dari sini.
• Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian dan pengkajian yang
menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik.
• sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan
masyarakat.
• Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu
struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat.
• Pengkajian dan pengajian sosiolinguistik bermatlamat untuk
menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa
dengan struktur sosial, iaitu sama ada sesuatu struktur bahasa itu
menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau sebaliknya (Teo Kok
Seong: 42-43).
Definisi Sosiolinguistik
1.Dell Hymes(1966):
Sosiolinguistik mengkaji perlakuan bahasa dari segi hubungan antara
latar, peserta, tajuk perbincangan, fungsi sesuatu reaksi, bentuk
perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat
dalam pertuturan.
2. Joshua, A,Fishman(1974):
sosiolinguistik sebagai kajian tentang:
i) sifat-sifat khusus(karakteristik) variasi bahasa,
ii) sifat-sifat khusus fungsi-fungsi bahasa, dan iii) interaksi
serta perubahan-perubahan antara ketiga-tiga di dalam masyarakat
tuturnya
3. Hudson (1980):
Kajian gabungan yang mengkaji hubungan antara bahasa dan masyarakat
(dan organisasinya) yang menggunakan bahasa tersebut.

4. Nik Safiah Karim (1988):


Kajian yang meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan
masyarakat seperti kajian terhadap bahasa, dialek dan ideolek,
kedwibahasaan, etnografi bahasa, sikap terhadap bahasa, dan perancangan
bahasa.

5. Nababan (1993):
Kajian yang membahas aspek-aspek kemasyarakatan bahasa, khususnya
perbezaan-perbezaan yang terdapat dalam bahasa yang berkaitan dengan
faktor-faktor kemasyarakatan
6. Fishman (1968):
Kajian yang mementingkan kewujudan kelainan bahasa seperti dialek (geografi
dan sosial), laras, gaya bahasa dalam sesebuah komuniti bahasa.
7. Gumperz & Hymes (1972):
Kajian yang meneliti bahasa dalam konteks penggunaannya.
8. Eastman (1975):
Kajian berfokus kepada hubungan bahasa dengan organisasi masyarakat.
9. Dittmar (1976):
Kajian yang memberi tumpuan kepada aspek perhubungan antara kepelbagaian bahasa
dengan kepelbagaian sosial (dianggap sebagai kajian sosiolinguistik tulen)

• Untuk memudahkan pemahaman, dapat dikatakan sosiolinguistik menumpukan


pengkajian terhadap: * Interaksi antara kelompok * Penggunaan bahasa * Sikap anggota
masyarakat terhadap bahasa.
Bidang Sosiolinguistik :
1. Bidang yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam
konteks sosial dan kebudayaan.
2. Tumpuan kajian bidang ini kepada aspek pengguna dan
penggunaan sesuatu bahasa dalam masyarakat.
3. Pengguna ialah orang yang menggunakan bahasa yang
menyebabkan wujudnya dialek
4. Penggunaan pula ialah kesesuaian jenis bahasa yang digunakan
dalam sesuatu situasi.
Ruang Lingkup Kajian
Kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan

topik-topik tersebut dapat dibahagikan kepada 4 kelompok utama:


1. interaksi faktor-faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala
besar
2. penggunaan sebenar bahasa,
3. bahasa dalam konteks sosial, dan
4. penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial.
Model SPEAKING (Hymes, 1974)

• Di dalam setiap peristiwa interaksi verbal atau proses komunikasi selalu
terdapat beberapa komponen yang mengambil peranan dan terlibat dalam
peristiwa tersebut.
• Bell (1976) menyatakan secara tradisional terdapat tiga komponen yang telah
lama diakui sebagai komponen utama dari sebuah peristiwa atau situasi
komunikasi iaitu:
1. penutur (speaker)
2. lawan tutur (hearer)
3. topik pembicaraan.
• Dengan kata lain dalam setiap proses komunikasi yang terjadi antara penutur
dan lawan tutur terjadi juga apa yang disebut peristiwa tutur atau peristiwa 
• bahasa(speechevent) 
Aturan (senarai siapa dan apa) dan Peraturan (cara berkomunikasi)
antara satu sama lain. Jika aturan dan peraturan ini tiada, maka
komunikasi dianggap tidak berlangsung:

• Who (penutur) speak what (tajuk/topik) to


whom (pendengar), how (saluran), where (latar)
and why (tujuan)
• (Hymes, 1974)
• 1. Situation/Situasi:  
•  berkenaan dengan waktu dan tempat tutur berlangsung.
• 2. Participation/Peserta:
• merujuk pada pihak-pihak yang teribat dalam pertuturan, penutur dan
pendengar, penyapa dan pesapa atau pengirim dan penerima. 
• 3. Ends :
• merujuk pada maksud dan tujuan pertuturan.
• 4. Act Sequences:
• merujuk pada bentuk ujaran dan isi ujaran.
• 5. Key:
• nada,cara, dan semangat suatu pesan
disampaikan
• 6. Instrumentalities:
• merujuk saluran dan kod bahasa
• 7. Norms:
• norma atau aturan dalam berinteraksi 
• 8. Genre:
• jenis bentuk penyampaian

Dell, Hymes
Latihan Berpasangan:
1. Cari satu(1) dialog peristiwa bahasa.
2. Analisis mengikut Model Speaking, Hymes (1974).

Anda mungkin juga menyukai