Anda di halaman 1dari 21

Usul Fiqh II

SHCI 3192

Talfiq
Muqaddimah

• Kesan daripada amalan taqlid pada kurun ke-4H, kebanyakan ulama’


mutaakhkhirin selepas kurun ke-10H tidak membenarkan amalan
mencampurkan antara pendapat imam mazhab
• Sah dan batal dalam ibadah hanya bergantung kepada satu mazhab –
campur mazhab = tidak sah
• Sebelum kurun ke-7H ulama’ tidak membincangkan tentang talfiq
Definisi

• Melakukan sesuatu cara yang tidak dijelaskan oleh seorang Mujtahid


• Pertamanya bertaqlid kepada satu mazhab – kemudian mencampurkan
beberapa pendapat dalam rukun atau syarat sesuatu tingkah laku
• Contoh:
1) Ketika basuh rambut ikut mazhab Syafii – sekadar beberapa helai rambut.
Kemudian apabila bersentuh kulit lelaki dan perempuan, ikut mazhab Hanafi –
tidak batal wuduk.
2) Ketika berkahwin tiada wali, saksi dan mas kahwin – gabung tiga pendapat
Ruang talfiq

• Sama seperti ruang taqlid


• Hanya dalam isu ijtihadiyah zanniyah
• Tidak boleh dalam isu ‘ma’lum min ad-din bi ad-darurah’ dan isu
qat’iyyah
Legaliti talfiq
• Hukum talfiq: Menurut majoriti ulama’ mutaakhkhirin kurun ke-10 –
haram talfiq
• Imam Ibnu Hajar al-Asqalani menjelaskan, “Dilarang melakukan
talfiq dalam satu tingkah laku. Contohnya seseorang itu bertaqlid
kepada Imam Malik yang mengatakan tidak batal wuduk apabila
bersentuh dengan anjing, tetapi ketika mengambil wuduk dia
bertaqlid kepada Imam Syafii dengan hanya menyapu beberapa helai
rambut. Tetapi jika talfiq dilakukan dalam satu tingkah laku yang
sudah sempurna, maka ia dibenarkan. Seperti dia sudah melakukan
satu ibadah yang sempurna menurut satu mazhab dengan bertalqlid
kepadanya, kemudian ketika melakukan tingkah laku yang sama buat
kali kedua, dia bertaqlid pula kepada mazhab lain. Dia tidak perlu
menqada’kan tingkah laku yang sudah dilakukan itu. Ini disebabkan,
dibenarkan untuk kita bertaqlid kepada mazhab lain walaupun selepas
kita melakukan sesuatu tingkah laku.”
Legaliti talfiq

• Hujah ulama’ yang melarang talfiq:


Dalam isu ijma’ majoriti ulama’ melarang mewujudkan pendapat
ketiga selepas ulama’ berbeza kepada dua pendapat – apabila
seseorang itu melakukan talfiq ia sudah mewujudkan satu pendapat
baru yang bertentangan dengan ijma’ ulama’ sebelumnya
ISU PENDAPAT KETIGA
• Jika mujtahid pada sesuatu masa berbeza kepada dua pendapat, adakah mujtahid
yang datang selepas itu boleh mengemukakan pendapat ketiga?
1) Majoriti: Tidak boleh kerana dua pendapat itu dianggap sebagai ijma’
dimni/murakkab – pendapat ketiga dianggap melanggar ijma’ tersebut
2) Boleh: Kerana masalah tersebut ada perbezaan pendapat bukan ijma’
3) Jika dalam sesuatu isu, mujtahid sepakat pada sesuatu hal tetapi berbeza pendapat
dalam hal yang lain, maka tidak boleh wujud pendapat ketiga yang bercanggah
dengan hal yang disepakati itu. Jika mujtahid lain mahu memberikan pendapat
dan ia tidak bertentangan dengan hal yang disepakati itu, ia dibenarkan
ISU PENDAPAT KETIGA samb.

• Contoh:
1) Para sahabat berbeza pendapat adakah adik beradik lelaki seibu
sebapa layak mewarisi jika si mati ada datuk
a) Datuk menghalang
b) Datuk tidak menghalang – adik beradik layak
- Hal yang disepakati – datuk mewarisi – jika ada pendapat ketiga
yang mengatakan datuk tidak mewarisi – tidak dibenarkan
- Hal yang tidak disepakati – adik beradik mewarisi atau tidak jika
ada datuk
ISU PENDAPAT KETIGA samb.

2) Bahagian pusaka ibu atau bapa jika si mati ada suami atau isteri:
- Pendapat sahabat:
a) Ibu 1/3, suami ½ @ isteri ¼, bapa baki
b) Suami ½ @ isteri ¼, kemudian ibu 1/3 baki, kemudian bapa baki
- Pendapat ketiga: Muhammad bin Sirin (tabi’in): Jika si mati
meninggalkan isteri dan ibu, maka ibu mewarisi 1/3 daripada
keseluruhan harta. Jika si mati meninggalkan suami dan ibu, maka
ibu dapat 1/3 baki selepas suami ambil ½ harta.
Analisa hujah larangan talfiq

A) Daripada sudut larangan talfiq


• Talfiq sama seperti taqlid, tidak dibincangkan di zaman Nabi, sahabat,
tabiin dan imam mujtahid yang 4
• Larangan talfiq bertembung:
1) Dengan hujah diwajibkan taqlid atas orang awam
2) Dengan konsep ‘perbezaan ulama’ rahmat’
3) Dengan konsep Islam itu mudah, toleran, dan menghilangkan
kesulitan.
Analisa hujah larangan talfiq
B) Daripada sudut tidak wajib ikut satu mazhab
• Menurut jumhur, orang awam tidak wajib berpegang kepada satu
mazhab – ia bertentangan dengan konsep larangan bertalfiq
• Jika orang awam tidak wajib ikut satu mazhab, maka sepatutnya
dibenarkan talfiq – jika tidak ia akan menyebabkan terbatalnya
ibadah orang awam
• Jika seseorang mengambil wuduk dengan bertaqlid kepada Imam
Syafii dengan hanya menyapu beberapa helai rambut sahaja,
kemudian apabila tapak tangannya tersentuh kemaluan dia
bertaqlid pula kepada Imam Abu Hanifah yang mengatakan ia
tidak membatalkan wuduk – dua isu ini adalah isu yang berasingan
– wuduk sudah sah dengan bertaqlid kepada Imam Syafii,
kemudian apabila melibatkan isu membatalkan wuduk, dia
bertaqlid kepada Imam Abu Hanifah
Analisa hujah larangan talfiq
• Sebahagian ulama’ Hanafiyah mengatakan sudah
berlaku ijma’ dalam larangan bertalfiq:
• Ijma’ yang dimaksudkan tidak merujuk kepada
kesatuan pendapat seluruh ulama’ – mungkin
merujuk kepada kesatuan pendapat ulama’ Hanafiyah
sahaja, atau majoriti ulama’
‫ وإن أخذ‬،‫ ”إن املقلد له أن يقلد من شاء‬:‫• قال الكمال بن اهلمام‬
‫ ال أدري ما مينعه من‬،‫العامي يف كل مسألة بقول جمتهد أخف عليه‬
‫ وكون اإلنسان يتتبع ما هو األخف عليه من قول‬،‫النقل أو العقل‬
‫ وكان‬،‫ ما علمت من الشرائع ذمه عليه‬،‫جمتهد مسوغ له االجتهاد‬
“‫النيب صلى اهلل عليه وسلم حيب ما خفف عن أمته‬
Analisa hujah larangan talfiq
• Sebahagian ulama’ membenarkan talfiq: Ibnu ‘Abidin,
Abu as-Sa’ud, Ibnu Nujaym, at-Tarsusi – ulama’
Hanafiyah; Ibnu ‘Urfah, al-’Adawi – ulama’ Malikiyah;
sebahagian ulama’ Syafii
• Ditarjihkan oleh Wahbah az-Zuhaili. Wajh at-tarjih:
Membenarkan talfiq termasuk dalam soal memudahkan
manusia mempraktikkan agama Allah.
}‫{وما جعل عليكم يف الدين من حرج‬
}‫{يريد اهلل بكم اليسر وال يريد بكم العسر‬
))‫((بعثت باحلنيفية السمحة‬
Talfiq yang dilarang

• Tidak semua amalan talfiq dibenarkan


• Tiga jenis amalan talfiq:
1) Sengaja mempermudah-mudahkan, ikut nafsu dan saja suka-suka –
tanpa ada sebarang keuzuran – dilarang atas dasar ‘sad dhara’i’ –
kerana ia boleh menuju ke arah merungkai ikatan manusia dengan
hukum Allah – cth talaq tiga
Talfiq yang dilarang

‫ ”واألوىل عندي أنه يلزمه اتباع األفضل فمن اعتقد أن‬:‫• قال اإلمام الغزايل‬
‫الشافعي رمحه اهلل أعلم والصواب على مذهبه أغلب فليس له أن يأخذ‬
‫مبذهب خمالفه بالتشهي وليس للعامي أن ينتقي من إذنه يف كل مسألة‬
‫أطيبها عنده فيتوسع“ – املستصفى‬
2) Talfiq yang bertentangan dengan keputusan hakim di
mahkamah
3) Talfiq kepada isu yang ada kaitan dengan isu yang
ditaqlidkan – cth nikah ikut Abu Hanifah, tanpa wali;
tetapi bila talaq tiga ikut pendapat Syafii, nikah tanpa
wali tidak sah
Hukum talfiq berkaitan tanggungjawab syar'i
• Talfiq hanya berkaitan isu ijtihadiyah zanniyyah
• Tiga jenis:
1) Hukum yang dibina atas asas memudahkan dan berbeza
mengikut keadaan mukallaf – ibadah mutlak – boleh
talfiq jika ada keperluan, tetapi tidak boleh melampau –
ibadah kewangan – tidak boleh talfiq
2) Hukum yang dibina atas asas wara’ – perkara yang
diharamkan – tidak boleh talfiq kecuali darurat
3) Hukum yang dibina atas asas maslahah dan kebahagiaan
hidup manusia – muamalat, hudud, munakahat – talfiq
ikut maslahah
Hukum talfiq berkaitan tanggungjawab syar'i
• Kesimpulan talfiq:
Jika menuju kepada menghancurkan binaan Islam, talfiq haram
khususnya jika hendak melakukan helah. Tetapi jika menuju kepada
mengukuhkan binaan Islam, memenuhi hikmah, maslahah,
memudahkan ibadah, dibenarkan talfiq jika ada keperluan dan darurat
Tatabbu' rukhas

• Maksudnya: Seseorang mengambil pendapat mazhab yang lebih


ringan dan mudah untuknya (rukhsah)
• Hukum:
1) Al-Ghazali, Malikiyah, Hanabilah: Dilarang tatabbu’ rukhas
2) Sebahagian Malikiyah spt al-Qarafi, kebanyakan ulama’ Syafiiyah,
pendapat paling rajih menurut Hanafiyah: Boleh tatabbu’ rukhas
Tatabbu' rukhas

• Hujah pendapat pertama:


Kerana ia mengikut nafsu – Syarak larang ikut
nafsu:
‫فإن تنازعتم يف شيء فردوه إىل اهلل والرسول‬
• Hujah pendapat kedua:
1) Tiada larangan daripada Syarak
2) Sunnah Rasulullah suruh ambil yang mudah:
‫ما خري بني شيئني إال اختار أيسرمها‬
))‫((بعثت باحلنيفية السمحة‬
‫‪KESIMPULAN‬‬

‫• قال اإلمام القرايف‪” :‬جيوز تتبع الرخص بشرط أال يرتتب عليه العمل مبا هو‬
‫باطل عند مجيع من قلدهم‪ ،‬كما إذا قلد اإلمام مالك يف عدم نقض الوضوء‬
‫بلمس املرأة بغري شهوة‪ ،‬وقلد اإلمام الشافعي يف عدم وجوب دلك األعضاء‬
‫يف الوضوء‪ ،‬أو عدم وجوب مسح مجيع الرأس‪ ،‬فإن صالته تكون باطلة عند‬
‫اإلمامني‪ ،‬لعدم صحة الوضوء عند كل منهما“‬
‫• قال سلطان العلماء العز بن عبد السالم‪” :‬وللعامي أن يعمل برخص‬
‫املذاهب‪ ،‬وإنكار ذلك جهل ممن أنكره‪ ،‬ألن األخذ بالرخص حمبوب‪ ،‬ودين‬
‫اهلل يسر‪ ،‬وما جعل عليكم يف الدين من حرج“‬
THANK YOU

In the Name of God for Mankind


www.utm.my

Anda mungkin juga menyukai