Anda di halaman 1dari 37

UD0210

PENGENALAN
ILMU ‘AKIDAH

Dr Hajah Rasinah binti Haji Ahim


Penolong Kanan Profesor
Fakulti Usuluddin
Universiti Islam Sultan Sharif Ali
(UNISSA)
Objektif
Memperkenalkan pelajar tentang kepentingan aqidah serta
sumber-sumber yang merupakan dasar dan pegangan utama
dalam agama Islam. Di samping memahami aqidah Islam
dengan baik dan benar serta menghayatinya dengan penuh
keyakinan. Selepas mempelajari kursus ini, pelajar dijangka
mampu memahami perkara yang betul tentang aqidah Islam
dan secara langsung dapat menanamkan keimanan dalam jiwa
bagi memperolehi kesempurnaaan insan.

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 2


Kandungan
Kursus ini mengandungi pengenalan kepada definisi al-Din,
akidah, Islam dan Iman serta menerangkan tentang sumber dan
prinsip utama yang terkandung di dalam aqidah Islam yang
disepakati oleh para ulama Salafusaleh. Kursus ini juga
menjelaskan hubungan antara iman dan Islam, di samping
mengandungi definisi tentang kufur, fasiq dan nifaq.
Mengandungi keterangan mengenai aqidah Islam pada zaman
Rasulullah Sallallahu alaihi wa salam dan pada zaman
Sahabat. Dasar aqidah Islam tentang keimanan kepada Allah
Subhanahu wa Ta’ala serta pembuktian kewujudan dan
kesaanNya, Malaikat. Rasul, Kitab, Hari Akhirat dan Qadha
dan Qadar.

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 3


Rujukan
Al-Buthy, Muhammad Sa‘eed Ramadhan. (1982). Kubra al-Yaqiniyat al-
Kauniyyah. Cet.8. Beirut: Dar al- Fikr Mu‘asirah.
Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad. (2013). Qawaid al-
‘Aqaid. Cet.2. Jeddah: Dar al-Minhaj.
Al-Haddad, ‘Abdullah bin ‘Alawi. (1966). Aqidah al-Islam. Cet.4.
Kaherah: Matba’ah Halabi.
Hawwa, Sa‘eed. (1996). Al-‘Aqaid al-Islamiyyah. Cet.3.Kaherah: Dar al-
Salam.
Al-Mahdaly, al-Sayyed Muhammad Aqiel. (1989). Muqaddimah fi al-
Aqidah al-Islamiyyah wa ilm al-Kalam. Cet.3. Kaherah: Dar al-Hadis.
.

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 4


Ujian (20%)

Kerja Kursus
Tugasan (20%)
(60%)
Penilaian
Peperiksaan Pembentangan
Akhir (40%) (20%)

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 5


Kenapa manusia Kepentingan
berhajat kepada aqidah dalam diri
Kuliah agama? setiap Muslim

Minggu Pertama
Hakikat aqidah
Definisi aqidah
Islam

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 6


KENAPA
MANUSIA
BERHAJAT
KEPADA
AGAMA?
Kenapa manusia Mengapa Tuhan
Mengapa Tuhan
mewajibkan kita
“Mengapa Tuhan
tidak
(jika benarlah membenarkan
berhajat kepada wujud),
memfardhukan
dengan aqidah,
ibadah dan
hamba-hambaNya
hidup bebas
hukum-hukum
agama? kita dengan agama
Islam?”
yang terkandung
di dalamnya?”
mengikut bentuk
dan cara yang
disukai mereka?”

Bahkan sesetengahnya menyambung pertanyaan demi


pertanyaan sehingga membawa kepada pertanyaan yang
mengambarkan rasa kesal dan hairan….

Apa perlunya Tuhan untuk


Sesetengah golongan manusia
yang tidak mempunyai ilmu mengurung diriku hanya
pengetahuan yang cukup tentang untuk menyembahNya
Islam akan terus bertanya…
sepanjang hidupku?
Akal dan fikiran
tidak akan bersedia
Pertanyaan seperti ini menerima aqidah
perlu diberi jawapan Tauhid dan asas
yang memuaskan ! agama, selagi segala
kesamaran dan
kekaburan belum
dijelaskan.
Maka jawapan kepada pertanyaan tersebut…

Iradat Allah Subhanahu wa


Ta’ala telah menjadikan
alam semesta ini dengan
Manakala semua jenis
segala mawjud yang
mawjud yang lain telah
terkandung di dalamnya, Manusia diberikan
dijadikan oleh Allah
maka [dengan hikmatNya tanggungjawab untuk
Subhanahu wa Ta’ala untuk
yang sempurna, Allah berusaha membangunkan
kegunaan manusia dan
Subhanahu wa Ta’ala dan mengurus
ditugaskan untuk
memilih dan melantik jenis pentadbirannya
berkhidmat sebagai khadam
manusia di antara pelbagai
yang setia.
jenis yang wujud di alam
semesta ini sebagai ketua dan
penghulu.
 Sesuai maksud ‘Khalifah’ dalam firman Allah ‫ ﷻ‬:

30 :‫البقرة‬-﴾‫َخ ِليَف ة‬ ‫﴿َو ِإْذ َقاَل َرُّبَك ِلْلَم اَل ِئَك ِة ِإيِّن َج اِعٌل يِف اَأْلْر ِض‬
Tafsirnya:
“…Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah dibumi (iaitu Nabi Adam Alaihissalam…”

 Maksud bagi ‘isti’mar’ dalam firmah Allah ‫ﷻ‬:

﴿61 :‫ هود‬- ﴾‫ُه َو َأنَش أَك م ِّم َن اَأْلْر ِض َواْس َتْع َم َرُك ْم ِفيَه ا‬
Tafsirnya:
“…Dia telah menciptakan kamu daripada bumi (tanah) dan menjadikan kamu
memakmurkannya…”
Dikurniakan daya akal dan Disediakan naluri
daya lain yang berupa cabang keakuan (ananiyyah)
daripadanya, seperti daya dan naluri-naluri lain
ilmu dan kefahaman, daya
menganalisis segala sesuatu
yang tercabang
daripadanya, seperti
secara mendalam dan
Manusia telah disediakan dan
dibekalkan oleh Allah ‫ ﷻ‬dengan
terperinci untuk mengali kecenderungan untuk
rahsia dan hakikat di memiliki dan
sebaliknya.
menguasai sesuatu;
sifat dan kebolehan yang perlu ada,
untuk menyempurnakan daya
Disediakan daya kekuatan dan
kebolehan mengurus dan
mentadbir, juga daya-daya
Dibekali dengan kemampuannya bagi mengurus dan
lain yang tercabang perasaan seperti rasa
daripadanya seperti kasih dan cinta, rasa mentadbir di atas alam semesta ini
sebagai ‘Khalifah’ Allah ‫ﷻ‬.
kecenderungan untuk
benci, rasa marah dan
berkuasa, mencapai kebesaran
dan kedudukan atau seumpamanya
kamasyhuran

20XX SAMPLE FOOTER TEXT 12


Sifat, naluri dan bakat kebolehan semula jadi itu
mengandungi bahaya besar dan unsur kejahatan dan
kerosakan diumpamakan sebagai serampang dua mata, jika
digunakan salah satunya akan menghasilkan kesejahteraan
dan kebaikan yang melimpah di alam semesta, tetapi jika
digunakan yang lainnya atau digunakan kedua-duanya akan
membawa kepada kerosakan dan hura-hara bahkan akan
meninggalkan kesengsaraan kepada manusia yang tiada
penghujungnya.

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 13


Perkara ini disebutkan di dalam Surah al-Ahzab, ayat 72 mengenai ‘AMANAH’:

﴿ ‫َفَاَبَنْي َاْن ْحَّي ِم ْلَنَه ا َوَاْشَف ْق َن‬ ‫ِاَّنا َع ْضَنا اَاْل اَنَة َعَلى الَّس ٰم ٰو ِت اَاْل ِض اِجْل اِل‬
‫َو ْر َو َب‬ ‫َم‬ ‫َر‬
‫َظُلْو ًم ا َج ُه ْواًل‬ ‫ا‬ ‫ه‬ ‫َّن‬‫ِا‬ ‫ا‬ ‫ِاْل‬
‫﴾ ْنَه َوَمَح َه ْنَس ُن َك َن‬
‫ا‬ ‫ا‬ ‫َل‬ ‫ا‬ ‫ِم‬
Tafsirnya:
“Sesungguhnya Kami pernah mengemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang
(untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya dan manusia pula sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia adalah sangat
zalim lagi jahil…”
Akibat daripada bahayanya
Bahaya sifat dan naluri tersebut Jika wujud sifat-sifat ini pada sifat-sifat tersebut ialah
ialah kerana pada hakikatnya diri manusia, maka manusia mendorong orang yang
sifat-sifat tersebut adalah sifat- akan angkuh lalu melupakan memiliki sifat kekuatan, dan
sifat ketuhanan (Rubūbiyyah). hakikat dirinya yang seumpamanya untuk berlaku
Ilmu, kekuatan, kekuasaan dan menjadikan dirinya menjadi zalim ke atas orang lain, dan
paksa, kesemuanya adalah ciri- sombong, angkuh sehingga dengan sifat berkuasa, ia
ciri dan sifat-sifat ketuhanan. menyamai taraf ketuhanan. cenderung memperhambakan
golongan yang lemah
Demikian itu juga, sifat-sifat tersebut
telah bertukar menjadi faktor
Akibatnya juga, setiap golongan atau
kerosakan, hura hara dan
kumpulan itu lazimnya berlumba-lumba
kesengsaraan dalam kehidupan
untuk merebut kekuasaan, kedudukan,
manusia, padahal sepatutnya sifat-sifat
kekayaan, pemerintahan dan
tersebut menjadi faktor kepada
kepimpinan.
kesejahteraan, kemajuan dan
kedamaian.

Agama yang hak itulah umpama tali


Oleh kerana itu, perlunya wujud
yang melindungi manusia daripada
kekuatan lain yang mampu membawa
sifat-sifat negatif, membimbing dan
sifat-sifat tersebut ke arah yang baik
mengajar manusia tentang
dan menghalang manusia
kedudukannya yang sebenar dan
mempergunakannya ke arah kejahatan
peranannya dalam alam semesta ini
dan kemudaratan.
sebagai hamba dan khalifah bagiNya.
‫ِن‬ ‫ِل‬ ‫اَّل‬‫ِإ‬ ‫ِإْل‬ ‫ِجْل‬
﴿56 :‫ الذاريات‬-﴾ ‫َو َم ا َخ َلْق ُت ا َّن َوا نَس َيْع ُبُد و‬
Tafsirnya:
“…Dan Aku tidak menciptakan Jin dan manusia
melainkan hanya untuk menyembah Aku…”
KEPENTINGA
N AQIDAH
DALAM DIRI
SETIAP
MUSLIM
Iman yang berlandaskan AQIDAH adalah
menjadi asas sesuatu amalan, di mana
amalan seseorang tidak akan diterima oleh
Allah kecuali amalan yang dilakukan oleh
orang yang beriman yang berlandaskan
aqidah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan


amalan yang diusahakan tidak berdasarkan keimanan
yang berlandaskan aqidah yang sahih, adalah amalan
yang sia-sia.
﴿ ‫َوٱَّلِذ يَن َك َف ُرٓو ۟ا َأْع َم ٰـُلُه ْم َك َسَراٍۭب ِبِق يَعٍۢة ْحَي َس ُبُه ٱلَّظْم َٔـاُن َم ٓاًء َح َّت ِإَذا َج ٓاَء ۥُه ْمَل‬
39 :‫ النور‬-﴾٣٩ ‫َد ٱلَّلَه ِع نَد ۥُه َّفٰى ُه ِح ا ُهۥۗ ٱلَّلُه ِري ٱِحْل اِب‬ ‫ا‬ ‫ًۭٔـ‬ ‫َش‬ ‫ْد‬ ‫ِجَي‬
‫َس َب َو َس ُع َس‬ ‫َفَو‬ ‫ُه ْي َوَوَج‬
Tafsirnya:
“…Dan orang-orang yang Kafir- pula, amalan-amalan mereka (seperti
sedekah dan lain-lain) adalah umpama riak sinaran panas (fatamorgana) di
tanah rata, yang disangkakan air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi
apabila dia datang ke tempat itu, dia tidak mendapati sesuatu pun.
(Demikianlah keadaan orang Kafir pada hari Kiamat, mereka tidak akan
mendapat faedah daripada amalan sebagaimana yang mereka sangkakan)
dan dia mendapati balasan Allah di sisi amalnya, lalu Allah
menyempurnakan balasan amalnya (di dunia) dan Allah sangat cepat
balasanNya…”
 Aqidah adalah perkara yang utama dalam Islam, bahkan merupakan
perkara utama dalam hidup manusia.

 Ia bagaikan ‘batang’ yang subur kepada sepohon pokok, iaitu semua


dahan dan ranting pokok berkenaan amat memerlukannya bagi
mendapatkan ruang untuk tumbuh dan berkembang di atasnya.
Demikianlah tamsilnya, apabila akidah yang benar dan tidak
terseleweng diperlukan oleh seseorang manusia untuk menjadi asas
bagi membolehkan semua amal kebaikan sehariannya, yang
dilakukannya demi untuk mencari keredaan Allah S.W.T, diterima
dengan baik.
 Tetapi sekiranya seseorang hidup tanpa aqidah (jahil)
adalah umpama seorang buta yang tidak kenal keadaan
dan bentuk diri mereka sendiri.
 Maka aqidah salah dan menyeleweng umpama ‘batang pokok’
yang tidak subur dan kering serta tidak mungkin boleh
menumbuhkan dahan atau ranting. Ini akan menyebabkan
pemiliknya menjadi kafir dan Allah Subhanahu wa Ta’ala sekali-
kali tidak akan menerima amalan golongan orang kafir.
 Maka orang yang jahil (tanpa aqidah yang sahih), tidak
tahu ‘siapakah yang menjadikannya?, kenapakah ia
dijadikan? Apakah hikmah manusia hidup dimuka bumi?
Bagaimana permulaan dan kesudahan hidup mereka di
dunia? Dan pelbagai persoalan’
Islam dapat tegak dan Jika aqidah seseorang
kekal dalam peribadi itu baik maka akan
Aqidah adalah asas
seseorang itu hanya baiklah segala tingkah
yang penting dan
dengan ada kekuatan laku dan perbuatannya.
menjadi tapak tempat
aqidah, tanpa aqidah Sebaliknya jika aqidah
berdirinya peribadi
yang kuat Islam buruk maka akan
mukmin
hanyalah sebagai simbol menjadi buruklah
lahiriah tingkah lakunya
Aqidah adalah roh bagi setiap orang. Seseorang yang tidak menjadikan
aqidah sebagai pegangan maka mereka akan tersesat.

Manusia yang lemah aqidah, tiada rasa malu untuk melakukan kemaksiatan
dan kejahatan, sama ada di tempat sunyi atau pun di tempat-tempat awam

Tanpa aqidah atau berpegang dengan aqidah yang salah dan menyeleweng,
maka perbuatan yang baik tiada ertinya dan segala amal perbuatan yang
baik tidak akan diterima oleh Allah S.W.T .
DEFINISI
‘AQIDAH’
MAKSUD ‘AQIDAH’
Aspek bahasa:
‘AQIDAH’ dari ‘AQIDAH’
kata dasar ‫َفِعيلة‬ berasal dari kata Aspek Istilah:
bermaksud ‫َم فُعولة‬ ‫ إعِتَق اًدا‬، ‫ َيعِق ُد‬، ‫َعَق َد‬ ‘AQIDAH’ ada
atau ‫معقودا عليه‬ diambil daripada
dua (2) maksud,
iaitu diambil perkataan ‫ الَعْق ُد‬iaitu
ikatan atau iaitu:
daripada
perkataan ‫عقد‬ simpulan yang erat
dan kuat.
ISTILAH SECARA UMUM
Definisi yang digunakan untuk ‘Aqidah Islam’
Definisi ‘AQIDAH’ secara iaitu kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah
sebagai rabb dan ilahi serta beriman dengan
umum iaitu kepercayaan yang nama-namaNya dan segala sifat-sifatNya juga

terikat kuat atau tersimpul erat beriman dengan adanya Malaikat, Kitab-Kitab,
para Rasul, Hari Akhirat dan beriman dengan

di dalam jiwa, tanpa ada taqdir Allah sama ada baik atau buruk termasuk
juga segala apa yang datang dari Allah menerusi
keraguan di dalamnya. nas-nas yang sahih mengandungi prinsip-prinsip
Islam dan perkara-perkara ghaib juga khabar
berita yang datang daripadaNya.
MAKSUD AQIDAH
 Sinonim dengan perkataan ‘AQIDAH’ ialah:

Tauhid Sunnah Syariah


 Disebut Ilmu Tauhid kerana mengandungi soal-soal kepercayaan di dalam Islam.

 Disebut Sunnah dan Syariah kerana mengandungi soal-soal kepercayaan dan


perkara-perkara yang berkaitan ajaran serta hukum Islam.
HAKIKAT
AQIDAH
ISLAM
 Aqidah Islam ialah percaya kepada  Aqidah Islam adalah aqidah
Allah Subhanahu wa Ta’ala,
yang berlandaskan dalil-dalil
Malaikat-MalaikatNya, Rasul-
syariah daripada al-Quran dan
RasulNya, Kitab-KitabNya, Hari
Akhirat, Qadha dan QadarNya yang al-Sunnah menjadi asas agama
menjadi Rukun Iman. Islam.

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 31


 Amal ibadat seseorang itu  Amal ibadat yang bukan terbit
hanya sah dan diterima Allah dari aqidah yang sahih iaitu
Subhanahu wa Ta’ala adalah aqidah Islam adalah sia-sia
ibadat yang terbit dan datang sahaja, iaitu tidak mendapat
dari aqidah yang sahih. apa-apa balasan daripada Allah
Subhanahu wa Ta’ala.

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 32


 Ciri-ciri aqidah Islam ialah  Sesuatu amalan dan ibadat yang
mentauhidkan Allah Subhanahu wa diterima Allah Ta’ala ialah amalan
Ta’ala, iaitu mengiktiqadkan dengan dan ibadat yang dikerjakan semata-
I’tiqad yang pasti dan tetap, Allah mata kerana Allah secara khudhu,
Ta’ala itu Maha Esa, dan tidak ada rughbah, ruhbah, hubbulillah, dan
yang berhak disembah selain Ikhlas.
daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 33


 Ciri-ciri aqidah Islam juga sangat  Sikap tidak bertolak ansur dalam
menekankan (tidak bertolak ansur) penghayatan aqidah yang sahih
dalam penghayatan aqidah yang merupakan suatu ketegasan dalam
berlandaskan al-Quran dan al- mempertahankan agama Islam dan
Sunnah supaya orang-orang yang aqidah yang sahih.
beriman dan Islam tetap di atas dasar
Tauhid.

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 34


 Rasulullah dengan kekuatan  Aqidah Islam adalah aqidah yang
aqidahnya secara berterus terang dan sahih yang berlandaskan al-Quran
berani menentang dan menolak dan al-Sunnah yang diistilahkan
cadangan Kafir Quraishy dan Kaum aqidah ahli al-Sunnah wa al-Jamaah
Musyrikin yang mengajak Baginda iaitu I’tiqad yang mengikut I’tiqad
menyembah berhala. Rasulullah dan kumpulan orang
ramai.

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AKIDAH 35


‫﴿َيٰٓـَأُّيَه ا ٱَّلِذ يَن َءاَم ُنٓو ۟ا َءاِم ُنو۟ا ِبٱلَّلِه َوَرُس وِلِهۦ َوٱْلِكَتٰـِب ٱَّلِذ ى َنَّزَل َعَلٰى َرُس وِلِهۦ َوٱْلِكَتٰـِب ٱَّلِذ ٓى َأنَزَل ِم ن‬
136 :‫ النساء‬-﴾ ‫يًد ا‬
‫ۚ ن ْك ُف ِبٱلَّلِه َلٰٓـِئَك ِتِهۦ ُك ُتِبِهۦ ِلِهۦ ٱْل ِم ٱْلَٔـاِخ ِر َقْد َّل َلٰـًۢل ا ِع‬
‫َف َض َض َب‬Tafsirnya:
‫َو َوُرُس َو َيْو‬ ‫َو َم‬ ‫َقْبُل َو َم َي ْر‬
“…Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan Kitab
(al-Quran) yang Allah turunkan kepada RasulNya (Nabi Muhammad) dan kepada Kitab-Kitab
yang Allah turunkan (kepada Rasul-Rasul) sebelumnya. Sesiapa yang ingkar (kufur) kepada Allah,
Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya dan Hari Akhirat maka sesungguhnya
dia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya …”

﴿5 :‫ امل ائدة‬- ﴾ ‫َو َم ن َيْك ُف ْر ِبٱِإْل َمي ٰـِن َفَقْد َح ِبَط َعَم ُل ۥُه َوُه َو ىِف ٱْلَٔـاِخ َرِة ِم َن ٱَخْل ٰـِس ِريَن‬
Tafsirnya:
“…Dan sesiapa yang Kafir (ingkarkan syari’at Allah dan tuntutan-tuntutanNya) sesudah beriman
maka sesungguhnya sia-sialah amal (salih yang telah dikerjakannya) dan di akhirat kelak dia
termasuk orang-orang yang rugi…”
‫شكرا‬

UD0210 PENGENALAN ILMU ‘AQIDAH 37

Anda mungkin juga menyukai