Anda di halaman 1dari 1

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU Bahasa ilmu boleh ditakrifkan sebagai bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal

dan dapat mengungkap sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Melalui sejarah, kita boleh menjejak laluan bahasa Melayu hingga ia menjadi bahasa pengantar dan bhasa yang digunakan untuk mengajar pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi. Abdullah Hassan ( 1986 ), mentakrifkan bahasa ilmu sebagai bahasa yang digunakan dengan teratur untuk mengungkap sesuatu konsep, proses, sifat atau ciri dalam konteks intelektual dan ilmiah. Bahasa formal atau bahasa tinggi ini perlu mengatasi dialek atau idiolek seseorang yang berusaha menggunakannya. Jenis bahasa ini mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual dan elitis. Justeru, karya ilmu mestilah bukan hanya cemerlang dalam hal kandungan ilmunya tetapi cemerlang juga dalam penyampaiannya atau bahasanya. konteks agama, sastera dan budaya Abdullah Hassan (1986: 95) juga menyatakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dianggap sebagai superlek yang harus mempunyai ciri-ciri gramatis, halus, jitu, intelektual, dan elitis. Dalam konteks melihat kemampuan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu, Abdullah Hassan (1997: 38) menyarankan permisahan antara bahasa Melayu ilmu dan bahasa Melayu umum dilakukan. Seterusnya, menurut Nik Safiah Karim (1986:14) yang memetik pendapat Bernstein (1968) membahagikan bahasa kepada dua variasi iaitu bahasa terhad dan bahasa terbina. Untuk maksud penulisan ilmu, variasi bahasa terbina inilah yang menjadi asasnya. Oleh sebab itu, sesuatu bahasa tidak mungkin dapat disampaikan dalam bahasa basahan atau digunakan dalam situasi yang tidak formal. Untuk menguasai bahasa terbina yang menjadi asas bahasa ilmu, pengguna bahasa Melayu perlu menguasai ragam bahasa dan juga laras bahasa. Bahasa Melayu telah mencapai tahap kesempurnaannya. Oleh yang demikian tiada sebab bahasa Melayu menjadi penghalang kemajuan atau tidak sesuai sebagai bahasa ilmu. Justeru dengan itu pengkaji menjelaskan tentang halangan-halangan atau masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Anda mungkin juga menyukai