Anda di halaman 1dari 3

Maksud Arkelogi - Greek: barang-barang purba - Mengkaji kehidupan manusia pada zaman lampau melalui tinggalan artifak.

- Gordon Willy: antropologi - Grahame Clark: disiplin arkeologi sebagai kajian yang sistematik ke atas bahanbahan purba bagi membentuk semula sejarah. - J.de.Leaf: disiplin sains dan cabang kepada sejarah- banyak membantu penyelidikan dalam bidang sejarah, banyak penemuan warisan purba menggambarkan kewujudan sejarah awal manusia dalam pelbagai artifak dan tinggalan monumen.

Kegunaan Arkeologi 1. Memperkuat rekod-rekod bertulis 2. Menilai kebenarannya adalah terbatas 3. Menyusun kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu dan menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orientasi teori ahli arkeologi. 4. Mengkaji secara sistematik mengenai tabiat, teknologi dan kebudayaan kemanusiaan di masa lampau. 5. Mengkaji mengenai masyarakat lampau dan ianya berdasarkan kepada tinggalan-tinggalan kebudayaan kebendaan @ lebih dikenali sbg artifak yang diperolehi @ dibongkar dengan menggunakan kaedah-kaedah serta teknikteknik yang sistematik. 6. Memberi sumbangan melalui berbagai kaedahdan pendekatan dalam dalam masalah dan pendekatan dalam bidang antropologi budaya. 7. Memberi penjelasan terhadap benda-benda peninggalan manusia yang sudah terkubur sehingga benda-benda tersebut kemudian boleh berfungsi sebagai sumber penulisan sejarah. 8. Mencari data-data baru dengan memerhati monumen-monumen purba dan membuat carigali bagi menambahkan pengetahuan sejarah yang sedia wujud dalam bentuk bentuk tulisan sejarah oleh ahli sejarah terdahulu.

Bukti Arkeologi 1. Candi Angkor Wat di Kampuchea 2. Candi Borobudur di Jawa 3. Batu Bersurat Terengganu di Kuala Berang 4. Penemuan mayat Di Malaysia Zaman Mesolotik: gua batu kapur, pesisiran pantai, tebing-tebing sungai -Tapak: 1. Gua Cha dan Gua Musang di Kelantan, 2. Gua Niah di Sarawak 3. Gua Debu dan Gua Kepar di Kedah 4. Jenderam Hilir di Selangor 5. Kota Tampan, Lenggong di Perak 6. Kota Tongkat, Kota Gelanggi, Gua Kecil, dan Bukit Cintamanis di Pahang

Bukti Sumber Arkeologi ( Artifak ) Kerajaan Lembah Bujang/ Kedah Tua 1. Enam cepu batu granit 2. Dua keping wang syiling perak kerajaan Abbasiyah zaman Khalifah alMutawakkil di negeri Kedah (satu daripada wang syiling tersebut tercatat tahun 848 masihi). 3. Penemuan artifak berupa batu nisan ditemui di Tanjung Aris, Langgar. Kerajaan Kelantan/ Kalathana/ Chi-lan-tan/ Chih-tu 1. Gua Cha, daerah Tanah Merah. 2. Lapan biji tembikar yang dalam bentuknya dan dua buah kubur. 3. Sembilan buah kubur. Empat daripada sembilan buah kubur tersebut rosak, iaitu tulang-tulang manusia tersebut rosak dan patah. 4. Gelang tangan, kapak, dan pahat. 5. Zaman Neolitik- tembikar datang dari negeri China.

6. Dua biji mangkuk besar berwarna merah dan bercorak captali yang kasar, sebuah mangkuk berlingkaran tiga berwarna coklat tua berkilat tetapi tanpa hiasan, sebuah mangkuk separuh bulat yang berwarna coklat gelap dan permukaan badannya bercaptali dan bibirnya berkilat, sebuah lagi mangkuk bercorong dan berkaki serta berwarna cokelat tua. 7. Sekeping duit syiling dinar emas bukti pertapakan Islam. Ditemui di Kota Kubang Labu yang juga dikenali sebagai Wakaf Baru. Kerajaan Terengganu/ Teng-ka-lo/ Fo-lo-tan 1. Sebuah tembaga purba yang tercatat dengan ayat-ayat Al-Quran (surah alKahfi dan al- Taubat). 2. Sebuah alat pertahanan diri yang digunakan waktu berperang atau lebih dikenali sebagai perisai. 3. PrasastiTerengganu ini ditulis dalam huruf Jawi. Kerajaan Pahang/ Peng-keng/Fanhan 1. Batu nisan arab yang dinyatakan negeri Pahang sudah wujud pada abad ke10 M lagi. Kerajaan Gangganegara 1. Patung buddha diperbuat daripada gangsa di Tanjung Rambutan bukti kewujudan kerjaan awal di Perak. 2. Manik-manik, periuk belanga, barang-barang perhiasan, cincin emas dan cap mohor yang tertulis dalam tulisan palava. menguatkan hujah bahawa wujud sebuah kerajaan awal di Perak. Kerajaan Melayu Beruas dan Kerajaan Manjung 1. Batu Nisan Acheh di Kampung Kota, Beruas pada tahun 1976 kewujudan kerajaan Melayu Beruas.

Anda mungkin juga menyukai