Anda di halaman 1dari 3

SKETSA KONVENSYEN DOKTOR MUDA

Watak : 1. Doktor- Doktor Muda 2. Jururawat- Siti 3. Emak Shahril Pesakit 4. Sakit telinga/ pekak Pak Busu 5. Sakit gigi - Shahril 6. Demam - Erni

Prop : 1. Baju doktor 2. Stetoskop 3. Kanta 4. Bekas ubat- rak 5. Botol/Plastik ubat 6. Meja /kerusi/ bangku 7. Jarum 8. Poster kesihatan 8. Tanda nama Dr Muda, 9. Carta gigi 10. Lampu suluh kecil 12. Glove Audio : 1. Lagu indon 2. Lagu Shahril sakit gigi SINOPSIS - Sketsa berkisarkan suasana di sebuah klinik swasta. Pada pagi itu, doktor dan jururawatnya melayan karenah pesakit .Ada pesakit gigi, telinga dan demam. Apakah kesudahan sketsa ini.

SKRIP
Seorang lelaki tua yang pekak , Pak Busu, sedang duduk di bangku sambil membaca akhbar jawi dalam sebuah klinik. (batuk dan bersin ) Lagu Sakit gigi mengiringi seorang kanak-kanak lelaki, berjalan masuk ke klinik bersama emaknya. Shahril dan emaknya duduk setelah memberikan kad rawatan kepada juru rawat Sambil itu masuk pula seorang perempuan Indonesia..Erni .( Sambil lagu Indon mengiringinya). Erni duduk di sebelah orang tua Erni Pak Busu Erni Pak Busu panggil aku Erni : Assalmualaikum Bapak : ( Tidak menjawab salam ) Terus membaca akhbar : Assalamualaikum bapak ( kuat ) : Waalaikum salam..eh..aku ni bukan bapak kau..senang-senang bapak .. : ( menggaru kepaladan geleng kepala )

Jururawat memanggil nama pesakit. Siti Erni Pak Busu Erni ; : : : Erin binti Meskor, sila masuk Permisi ya pak.( meminta izin lalu daripada Pak Busu ) Ohkamu ni misi rupanyaingatkan orang sakit macam aku. Bukanlah pak.misinya di sana ( sambil menunjuk kepada Siti )

Shahril dan emaknya ketawa

Di bilik rawatan, Dr. Muda : Silakan duduk, Erni Erni : Terima kasiih tuan dokter Dr Muda : Sakit apa, Cik Erni? Erni : Waduh, bapak ni..Kalau udah tahu sakitnya, saya tak kan ke sini dong. ( sambil tersenyum ) Badan saya panas amat bapak.( sambil meletakkan tangan di lehernya ) Dr. Muda ; Biar saya tengok suhu badan nya.. Dr Muda mengambil alat memeriksa suhu badan..diletakkan ke dahi Erni. Erni : Hati-hati pak, jangan tersentuh..harammmmm..bukan muhrim niiii.malu ah saya Dr Muda : (Sambil ketawa ) Ya lahMemang panas38 darjah Celcius. Saya bagi ubat dan makan ikut aturannya ya. Erni banyakkan minum air kosong. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ya. Erni : Tadi ingatkan doktor nie ganteng orangnye.sudah dilihat..rupanya sudah tuaheheheheTerima kasih ya..dokter..ketemu lagi Siti Pak Busu Siti Pak Busu Siti : : : : : Muhamad Busu bin Junid.. (Tidak memberi apa-apa reaksi ) Muhamad Busu bin Junid ( dengan suara yang lebih kuat ) Panggil pak cik kah? Yaa.jumpa doktor ya pak cik

Pak Busu berjalan masuk ke bilik doktor. Pak Busu : Assalamualaikum doktor ( sambil bersalam dengan doktor ) Doktor Muda : Sila duduk pak cik. Pak Busu : Saya bukan batuk, saya sakit telinga. Doktor Muda : Ermmm( sambil tersenyum )sila duduk ( suara agak kuat ) Pak Busu : Oooooooo..suruh duduk..terima kasih. Doktor Muda : Sejak bila pak cik sakit telinga? Pak Busu : Bukan pasai kena belangatelinga pak cik tercucuk pengorek . Doktor Muda : Oh..macam tu yaSaya periksa dulu ya telinga pak cik..( Sambil mengambil lampu suluh dan melihat ke dalam lubang telinga Pak Busu ) Ada luka pada bahagian luar telinga pak cik nie. Saya syorkan pak cik berjumpa pakar telinga ya. Saya akan beri surat untuk pak cik. Pak cik ambil surat di luar nanti ya.

Pak Busu Siti

: Terima kasih, doktor. ( bersalam dan berjalan keluar ) : Muhamad Shahril

Shahril dan emaknya berjalan masuk ke bilik doktor. Emak Shahril : Assalamualikum doktor. Doktor Muda : Waalaikum salam, sila duduk mak cik. Emak Shahril : Terima kasih. Doktor Muda : Anak ni (sambil melihat kad pesakit) Shahril ya.sakit apa? Shahril : Sakit gigi( sambil menggosok-gosok bahagian giginya ) Doktor Muda : Mari saya tengokbuka mulut Shahril..lagi sikit( sambil menyuluh dengan lampu kecil ) Ohada lubang pada gigi geraham Shahril Ada makan gula-gula ka? Shahril : Selalu makan doktorwaktu blik sekolah..mesti saya beli lepas makan malam pun saya makan jugak. Doktor Muda ; Beginilah ya..Shahril..Makcik ( sambil mengeluarkan maklumat tentang penjagaan gigi) Ini ada beberapa cara menjaga kesihatan gigi Pertama , Makan makanan berkhasiat seperti yogurt dan susu Kedua ,kurangkan pengambilan makanan bergula seperti gula-gula yang Shahril selalu makan tu ya.. Ketiga , Menggosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari ya.. Akhir sekali.. buatlah pemeriksaan gigi 3 atau 4 bulan sekali di klinik gigi Emak Shahril : Baiklah doktor.dengar tu Shahril..jangan selalu sangat makan gula-gula Doktor Muda ; Lepas nie..pastikan gosok gigi atau kumur setelah makan gula-gula ya..Kalau boleh..jangan selalu sangat makan gula-gula..ya Shahril SHahril : Baiklah doktor.. Doktor Muda ; Makcik boleh ambil ubat di depan ya. Emak Shahril : Terima kasih doktor..( Shahril bersalam dengan doktor )

Anda mungkin juga menyukai