Anda di halaman 1dari 1

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM ORGANISASI

Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantu atau mengendalikannya. Walaupun perniagaan lain sekalipun memerlukan kerjasama dari sumber manusia dari luar atau rakan-rakan perniagaan lain untuk wujud. Menurut Bohlander et al (2001), pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivencevich (2001) pula mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Fungsi pengurusan sumber manusia merujuk kepada tugas dan kerja yang dilakukan oleh organisasi yang kecil atau besar dalam usaha untuk memberi dan menyelaras sumber manusia. Fungsi-fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti yang memberi signifikan kepada semua bahagian dalam organisasi. Byres dan Rue (1998) telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia iaitu : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perancangan Sumber Manusia Pembangunan Sumber Manusia Pampasan dan Kemudahan Keselamatan dan Kesihatan Perhubungan Industri Penyelidikan Sumber Manusia

Keenam-enam aktiviti tersebut boleh diperincikan seperti dalam jadual berikut : Perancangan, Perekrutan dan Pemilihan Sumber Manusia

Melakukan analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang spesifik bagi tugas-tugas individu dalam organisasi. Meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif sesebuah organisasi. Membangun dan melaksanakan rancangan bagi mencapai keperluan tersebut. Merekrut dan mengambil sumber manusia bagi memenuhi tugas-tugas spesifik dalam organisasi. Pembangunan Sumber Manusia

Orientasi dan melatih pekerja Mengurus dan mengimplimentasi pengurusan dan program-program pembangunan organisasi. Membentuk kumpulan yang berkesan dalam struktur organisasi. Mereka sistem bagi menilai prestasi setiap pekerja. Bantu pekerja dalam membangunkan rancangan kerjaya mereka. Pampasan dan Kemudahan

Reka dan implimentasi sistem pampasan dan kemudahan untuk semua pekerja Memastikan pampasan dan kemudahan adalah adil dan konsisten. Keselamatan dan Kesihatan

Reka dan implimentasi program yang memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin. Memberi bantuan kepada pekerja yang mempunyai masalah peribadi yang boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka. Perhubungan Industri

Sebagai orang tengah di antara organisasi dan kesatuan sekerja. Merekabentuk sistem bagi mengurus disiplin dan bantahan. Penyelidikan Sumber Manusia

Mewujudkan asas maklumat sumber manusia Bentuk dan implimentasi sistem komunikasi pekerja

Anda mungkin juga menyukai