Anda di halaman 1dari 26

Tajuk Tugasan; Soalan 47: Setiap organisasi hendaklah mempunyai halatuju masing-masing.

Bincangkan peranan visi dan misi dalam usaha untuk memantapkan halatuju organisasi anda. 1. Pendahuluan Untuk mencapai pengurusan pendidikan berkualiti dan memartabatkan profesion keguruan, pengetua sebagai tonggak utama sekolah atau pemimpin institusi pendidikan perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam aspek pengurusan sekolah dan program pembangunan pendidikan supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu, berktrampilan dan berakhlak mulia selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan bahawa Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Kecermelangan dan kegemilangan sesebuah sekolah sangat bergantung kepada kepimpinan pengetuanya. Jika pihak pengetua dapat merancang dan mengurus sekolah secara strategik serta mengamalkan nilai kepimpinan yang luhur dan positif, sudah pasti sekolahnya akan menjadi cemerlang. 1.

Pengetua sebagai pemimpin utama sekolah, berperanan bukan sahaja sebagai pemimpin kurikulum atau instruction leader tetapi juga penggerak dan penentu kejayaan dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan. Sesungguhnya keunggulan seseorang pengetua dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah sekolah diakui oleh Fred W. Hetchinger, President New York Times: I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good principal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise or fall could readily be traced to the quality of the principal. (Panduan Pengurusan Sekolah Ke Arah Kecermelangan oleh Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan,2005). Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak kepada kualiti pengetuanya. Sekolah yang baik tidak pernah diterajui oleh pengetua yang lemah., manakala sebaliknya sekolah yang lemah tidak juga diuruskan oleh pengetua yang cemerlang. 2. Definisi visi dan Misi Halatuju sesebuah organisasi misalnya pengurusan sekolah berkait rapat dengan cara sekolah itu diuruskan oleh ketuanya iaitu pengetua. Visi dan misi organisasinya mestilah jelas, tepat dan perlu dihayati oleh semua warga sekolah. Visi dan misi sekolah perlu dikaji semula mengikut keperluan semasa. 2.

A Definition of vision in a dictionary: An Image of the future we seek to create. A vision statement describes in graphic terms where the goal-setter want to see themselves in the future. It may desscribe how they see events unfolding over 10 or 20 years if everythings goes exactly as hoped. A definition of Misson in a dictionary: purpose, reason for being. Terjemahan secara bebas bermaksud, Definisi visi dalam sebuah kamus ialah suatu bayangan masa depan yang ingin kita wujudkan. Pernyataan visi menerangkan, dalam istilah grafik, di mana ia dapat memberi gambaran tentang kedudukan penentu matlamat pada masa depan. Ia mungkin dapat menerangkan perubahan yang akan berlaku dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang jika semua perkara berjalan lancar seperti yang diharapkan. Manakala definisi misi dalam kamus bermakna tujuan, sebab kewujudan. Misi ialah satu gambaran yang ringkas mengenai pandangan sesebuah organisasi dari segi tujuan dan nilainya. Pernyataan misi diperoleh dari pernyataan visi (wawasan). Ciri-ciri misi ialah; i. ii. iii. iv. v. vi. Misi mestilah ringkas dan mudah diingat Jelas dan difaham oleh semua Tidak melebihi 25 perkataan. Menjelaskan secara terperinci tugas utama organisasi Menjawab persoalan bagaimana? Sepatutnya menggambarkan kepakaran unik organisasi. 3.

vii viii xv x xi

Lebih meluas bagi membolehkan pelaksanaan yang lebih fleksibel. Menjadi panduan kepada ahli organisasi dalam membuat keputusan Menggambarkan nilai, kepercayaan dan falsafah pengendalian organisasi. Boleh dicapai dan realistik Perkataan yang digunakan membantu menyemarakkan semangat kesepunyaan.

3.

Contoh Misi Kementerian Pelajaran; Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia Matlamat Kementerian Pelajaran ialah; Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berktrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.

PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN: Kami warga Kementerian Pelajaran dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami; Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu yang memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara. 4

Menentukan pengeluaran sistem pendidikan yang mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Memberi peluang yang sama kepada kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.

Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.

Mengurus kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana. Menyediakan staf yang mencukupi serta berdidikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.

Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawai-piawai tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang.

Memastikan kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelangggan, murid, guru, masyarakat dan negara.

Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.

4. Visi, misi dan piagam pelanggan organisasi yang dipilih; Organisasi yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong yang mana saya selaku Pengetuanya mulai 16 Januari 2005. i. Visi SMK Bentong Menjadi sekolah contoh di Daerah Bentong tahun 2010 ( dalam bidang akademik, kokurikulum, pembentukan sasiah insan, memiliki pengurusan pentadbiran yang cekap dan mewujudkan persekitaran yang ceria serta perhubungan komuniti yang baik berdasarkan falsafah Pendidikan Kebangsaan). ii. Misi SMK Bentong. (Wawasan) Menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bermutu dan terbaik Menyediakan latihan dan amalan kokurikulum yang sistematik dan terbaik Membina sasiah dan akhlak terpuji melalui program-program bina insan yang terancang dari semasa ke semasa Mengamalkan pengurusan pentadbiran yang berkualiti Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan selamat. Mewujudkan hubungan mesra dengan pelajar, ibu bapa, masyarakat dan pihakpihak lain yang berterusan dengan sekolah. iii. Piagam Pelanggan SMK Bentong SMK Bentong wujud untuk memberi kemudahan perkembangan potensi pelajar ke tahap optima dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan bina insan/ disiplin berpaksikan Falsafah Pendidikan Negara, Pengisian Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020.

Kami menjamin akan mencapai hasrat melalui; a. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Pencapaian PMR Pencapaian SPM 100 % lulus 100 % lulus (30% Cemerlang)

Melaksanakan Program Pengajaran dan Pembelajaran secara terancang untuk mencapai matlamat KBSM

Berusaha untuk meningkatkan Profesinalisme Guru melalui programprogram perkembangan staf sekurang-kurangnya 2 kali setahun

Memberi kemudahan dan sokongan kepada guru untuk meningkatkan kreativiti dan inovasi guru.

Mempertingkatkan keberkesanan penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan kemahiran dan penggunaan alat bantu mengajar.

b. Mewujudkan peluang yang luas untuk perkembangan bakat dan potensi dalam bidang kokurikulum. Penyertaan pelajar dalam sukan dan permainan - Peringkat zon/MSSM/Daerah: - Peringkat MSSM Pahang : 100 peserta 40 peserta 20 peserta

- Peringkat MSSM/ Kebangsaan:

Melaksanakan program secara terancang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni

7 Memberi pendedahan yang luas kepada pelajar melalui latihan dan pertandingan

c. Pembinaan sahsiah pelajar yang sihat dan positif untuk mewujudkan iklim dan budaya sekolah yang kondusif dan suportif. Melaksanakan program Bina Insan / Disiplin (moral) / Kaunseling secara terancang Membentuk keinsanan melalui peningkatan penghayatan ilmu dan amalan Memupuk nilai-nilai ketuhanan dan kerohanian untuk meningkatkan disiplin sekolah ke tahap tiada kecacatan (zero defects). d. Pewujudan Perkhidmatan Penyayang Bermuafakat dengan pihak dalam dan luar sekolah untuk mewujudkan keselamatan dan keceriaan sekolah serta mendorong pembelajaran yang optima Merealisasikan kecemerlangan ilmu, keupayaan berfikir dan beramal untuk mewujudkan budaya cemerlang. Menyemai dan menyuburkan sifat penyayang di kalangan semua anggota untuk mengukuhkan semangat perpaduan, kekitaan dan cinta pada sekolah.

8 5. Program PKKP (Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan) Visi dan misi sekolah-sekolah di negeri Pahang berkait rapat dengan program PKKP (Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan) seperti yang disarankan oleh Jabatan Pendidikan Pahang). Program ini mula diperkenalkan pada sesi tahun akademik 1994/1995 sebagai satu usaha untuk mempertingkatkan prestasi pendidikan di Pahang yang tidak begitu membanggakan sebelum ini. Prestasi dan kedudukan negeri Pahang sungguh-sungguh mencabar kewibawaan seluruh warga pendidik di negeri ini. Satu tuntutan perlu disahut ialah untuk membuktikan bahawa usaha bersungguh-sungguh secara kalaboratif dan penglibatan menyeluruh semua pihak serta dengan semangat jitu dan penuh iltizam boleh mengubah kedudukan tersebut. Mendahului program ini ialah Program Perancangan Lima-Tahun atau Blue-Print Sekolah (BPS) yang dilaksanakan semenjak tahun 1986. BPS yang menggunakan kaedah Pengurusan Melalui Objektif Management By Objektive (MBO) dan ia telah memberi pengalaman yang sangat bermakna kerana ia telah mengajar dalam aspek perancangan kurikum dan pendidikan dengan cara teratur. Namun demikian prestasi sekolah masih di tahap biasa dan tidak dapat dibanggakan setelah beberapa tahun ia dilaksanakan. Satu proses renewal dirasakan amat perlu untuk menaikkan kembali martabat pendidikan di Pahang. Oleh hal yang demikian, satu pendekatan baru dengan kefahman yang lebih jelas dan magambil kira pengalaman yang sedia ada supaya dapat memberi impak yang boleh dibanggakan perlu diwujudkan, maka dengan itu lahirlah program PKKP. Namun demikian kaedah MBO seperti yang

diamalkan dalam BPS tidaklah ditolak malah kemahiran membuat perancangan seperti dalam MBO sangat diperlukan dalam pengoperasian Program PKKP. Tonggak Program PKKP meliputi 5 aspek iaitu; Pengurusan Keceriaan Bina insan Kokurikulum Kurikulum 9

PKKP Overview Konsep Budaya Peningkatan (Improvement/ Kaizen) Proses: Perancangan, pelaksanaan, pemantauan Konsep asas: Collaboration, Participation, Ownership(CPO) Target: Penguasaan 100% dan Cemerlang > 30% Target PPSMI: Penguasaan 100% dan Cemerlang .60% Pendekatan : Teknik Penyelesaian masalah Strategi/ Amalan: Knowledge Management Dokumentasi: Folio A & B Klasifikasi Program: Utama, Sokongan, Sampingan Kepuasan Pelanggan Dalaman & Luaran.

PKKP Pengertian

Peningkatan (improvement): Usaha yang berterusan untuk mempertingkatkan atau penambahbaikan (value added) dari segi proses, hasil, kuantiti, kualiti, efisien, bahan sistem dan sebagainya.

Berlawanan dengan konsep pengekalan (maintain) Kurikulum: merupakan core business sesebuah institusi pendidikan 10

Kemajuan Pendidikan: Meliputi semua aspek yang ada kaitan dengan pendidikan selain daripada akademik, termasuklah sosial dan bina insan, pengurusan dan kepimpinan, keceriaan dan keselamatan, dan aktiviti kokurikulum.

Perancangan; Menentukan visi, matlamat, target Mengenal pasti masalah, kelemahan dan keperluan Menentukan strategi, penyelesaian masalah Menyediakan Strategi Pemantauan

Pelaksanaan; Laksanakan apa yang dirancang Melaksanakan P&P berkesan, out-put learning, dan home learning Pendekatan Strategik, taktikal, dan berfokus. Berubah daripada strategi identical kepada distinctive Pelaksanaan secara Kolaboratif, Partisipatif, Ownership Tindakan Pengukuhan secara tacit knowledge Buktikan apa yang dilaksanakan.

Pemantauan;

Pantau apa yang dirancang, dilaksana, dan dicapai Kaedah Pemantauan : Pemantauan Menegak, Pemantauan Mendatar (pengupayaan Empowerment/ Kesejawatan)

Aspek Pemantauan : * * Pemantauan perancangan Pemantauan pelaksanaan Pemantauan defisit pembelajaran Pemantuan prestasi/ head-count

11

Pemantuan Bukti Pelaksanaan Pemantauan secara Debriefing (Taklimat/ maklum balas) a. Guru kepada pengetua b. Pengetua/ kepada PPD/ JPNP c. PPD kepada JPNP

Kalaboratif; d. Kerjasama yang melampaui batas hakiki dan arahan; melibatkan masyarakat dan istiutsi diluar sekolah yang mempunyai kepentingan dalam pendidikan. e. Kerjasama ini dijalankan secara perkongsian pintar yang membawa manfaat kepada semua pihak terlibat.

Partisipatif;

f. Penglibatan seluruh warga sekolah secara sukarela atau dengan sedikit pengarahan dalam sebarang aktiviti yang menjurus kepada kecermelangan. g. Setiap orang boleh memainkan peranan yang berbeza dan setiap peranan walaupun berbeza, boleh menyumbang kepada kecemerlangan.

12 Owership; h. Sikap kesepunyaan dan pertanggungjawaban setiap ahli organisasi terhadap visi dan pencapaian visi i. Sebarang kejayaan dan kegagalan organisasi diterima sebagai hasil usaha/ akibat perlakuan seluruh organisasi j. Sikap kesepunyaan menghasilkan komitmen yang tinggi. Strategi Penyelesaian; Strategik, k. Tepat kepada masalah yang sebenar (berfokus) l. Memenuhi objektif spesifik m. Mempunyai pelan tindakan n. Mempunyai target group o. Penggemblengan sumber yang ada p. Objektif sampingan tidak mengatasi objektif spesifik q. Dalam kawalan/ boleh dilaksanakan. Folio A:

Folio A mengandungi data dan maklumat berkaitan masalah yang telah dikenal pasti dan mesti disediakan bagi setiap subjek dan kelas; o Data pelajar o Data subjek o Nilai mula (TOV) o Head Count o Analisis penilaian o Analisis item o Dapatan analisis dan diognosis o Terjemahan analisis ( ke dalam bentuk graf, pernyataan dan lain-lain) Folio B Dokumen yang mengandungi strategi yang telah dirancang untuk mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Strategi tersebut telah diterjemah kepada kertas projek mengikut format berikut; o Tajuk projek o Rasional o Pernyataan masalah o Huraian masalah o Objektif o Strategi Penyelesaian o Kumpulan sasaran o Jangka masa 13

o Sumber o Pelan pelaksanaan/ carta Gantt Program Utama Program yang menumpukan peningkatan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah secara formal. Contoh: Penggunaan madul bagi memudahkan kefahaman dan penguasaan pelajar mengenai sesuatu konsep, penggunaan alat bantu, dan multi media. 14 Program Sokongan; Program yang dirancang untuk dijalankan di luar bilik darjah atau di luar waktu formal bagi memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran dan penguasaan pelajar mengenai sesuatu konsep atau kemahiran. Contoh; o Kelas pemulihan & penghayatan o Bengkel penyediaan bahan / alat bantu o Bengkel penyediaan modul o Bengkel Teknik menjawab soalan o Aktiviti-aktiviti lain seumpamanya. Program Sampingan Program yang dirancang untuk menggalak dan meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu bidang. Aktiviti dijalankan di luar bilik darjah dan adakalanya bersifat ceremonial kerana aktiviti ini bukan sahaja melibatkan pelajar tetapi juga ibu bapa dan masyarakat. Contoh;

o Perjumpaan ibu bapa o Kelas motivasi o Pertandingan aktiviti-aktiviti kokurikulum o Lawatan ilmiah o Penerangan kerjaya. Home Learning; o Home Learnig ialah pembelajaran yang berlaku di rumah dalam kawalan ibu bapa. 15

o Pembelajaran ini merupakan pengukuhan kepada apa yang dipelajari di sekolah dan seharusnya berkesinambungan serta serasi dengan membelajaran di sekolah. o Bolehkah kita mempengaruhi stail pembelajaran di rumah? -Peranan ibu bapa a. Menyediakan prasarana pembelajaran b. Memberi motivasi c. Memberi bimbingan Apa dan Bagaimana? d. Doa restu -Peranan Pelajar a. Pengurusan diri

b. Menentukan matlamat diri c. Melaksanakan latihan kendiri Kaedah Pengukuhan Pembelajaran Latihan secara terancang a. Pemulihan (penguasaan kemahiran/ konsep asas)

b Pengukuhan c Pengayaan (kecemerlangan)

Sistem latihan kendiri Mematuhi Konsep Kecukupan Latihan? Program sokongan

16 6, Contoh Program Kurikulum Di SMK Bentong. Untuk membuktikan bahawa visi dan misi memainkan peranan yang penting untuk memantapkan hala tuju organisasi, berikut dihuraikan program pengurusan kurikulum di SMK Bentong bagi tahun 2005 yang meliputi; Unjuran target TOV (Take of value) Head-Count GPS (Gred Purata Sekolah) GPM (Gred Purata Mata Pelajaran) Kelompok cemerlang/ sederhana/ potensi Jadual analisis Stategi peningkatan Takwim peperiksaan Pencerapan/penyeliaan

Semakan Buku Latihan Kelas Bimbingan. Seminar Kecermelangan Akademik

(Rujuk Lampiran yang disertakan)

17 7. Peranan Visi dan Misi untuk memantapkan hala tuju organisasi. Dengan memberi contoh yang konkrit tentang core business organisasi SMK Bentong iaitu pengurusan kurikulum di atas bahawa didapati visi dan misi sangat penting bagi memantapkan matlamat atau hala tuju sekolah sesuai dengan pendapat Thornberry (1997), visi atau wawasan adalah satu gambaran atau pandangan tentang masa depan. Sesuatu yang bukan real tetapi yang diimajinasikan. Manakala pendapat Cowley & Domb (1977), visi atau wawasan adalah gambaran pemikiran yang jelas tentang hasrat masa depan yang diinginkan.Seterusnya mereka berpendapat, A vision is a statement (or a picture) of an ideal state of being or existance in the future that is inspiring and empowering for the stakeholders. Visi sekolah penting kerana; Memberi arah tujuan kepada sekolah (menerangkan masa depan yang diinginkan Mewujudkan perasaan mampu mengawal keadaan/ lebih positif dan inspiring Mendorong pekerja supaya memberikan pencapaian cemerlang

Membuat sekolah berkedudukan kukuh dan mampu bersaing Menyediakan dorongan untuk perubahan Menyatupadukan sekolah Lebih terbuka kepada perubahan dramatik dalam organisasi, methologi, kaedah mengajar, kemudahan, dasar dan polisi kerajaan sekarang. Komponan utama dalam visi (wawasan) ialah Pernyataan umum tentang , what, who, How Deklarasi gambaran masa depan yang diinginkan Pernyataan nilai-nilai dan kepercayaan yang dikongsi bersama Menggambarkan pengetahuan, falsafah dan tindakan. Cowley & Domb, (1996) dalam buku Beyond Strategic Vision berpendapat ciri-ciri visi/ wawasan yang baik ialah; 1. Wawasan itu mestilah berasaskan kepada realiti situasi semasa sekolah, ia sepatutnya dapat menunjukkan dengan jelas cabaran yang dihadapi sekarang oleh sekolah bagi menghadapi masa depan yang ideal 2. Pihak stakeholder kepada sekolah mesti boleh melihat kepentingan mereka dalam visi/ wawasan itu 3. Ia sepatutnya adalah hasil dari integrasi pemikiran pihak pasukan pengurusan daripada koleksi pandangan individu.Kita panggil A Shared Vision 4. Visi itu sepatutnya berupaya untuk menarik, mendorong, memberi inspirasi kepada orang lain untuk bekerjasama mencapai hasilnya.

5. Mengandungi rangka umum jawapan kepada persoalan apa (what), siapa (who), mengapa (why), bagaimana (how) dan bila (when). Menurut Joel Arthur Barker dalam Power of Vision, untuk menjadi sesebuah sekolah itu berprestasi tinggi dan berpusat kepada pelanggan, sekolah itu mesti terlebih dahulu menjalani proses paradigm shift yang mana akan cuba menjawab soalan: What is impossible to do today but if it could be done would fundamentally change the way you do business? Beliau juga menyatakan: Visi/wawasan yang tidak diiringi dengan tindakan adalah impian semata-mata, Tindakan tanpa visi sekadar mengisi masa. Visi dengan tindakan boleh mengubah dunia. Oleh itu untuk membina visi yang baik, sekolah perlu melihat di luar sempadan yang wujud sekarang. Kita perlu menjadi seorang perintis sempadan. Walaubagaimanapun paradigma nilai dan budaya lebih sukar dan lambat berubah berbanding dengan perubahan paradigma dalam teknologi, kejuruteraan atau lain-lain yang lebih materialistik. Misi selalunya disalahertikan oleh ramai pengurus dan pemimpin yang cuba mengamalkan konsep pengurusan strategik. Ramai orang yang keliru antara misi dan visi/wawasan. Misi terletak di lapisan kedua dalam hierarki pengurusan strategik selepas visi/ wawasan. Misi merupakan langkah untuk mencapai wawasan/ visi. Jika visi organisasi adalah untuk menjadi sebuah organisasi unggul di sesebuah negeri, maka misi pula merupakan langkah bagaimana merealisasikan hasrat tersebut. Bagi mencapai sesuatu wawasan/ visi, banyak cara boleh dilakukan. Kesesuaian misi itu sangat bergantung kepada persetujuan warga organisasi.

Pada lewat tahun 1990-an dan awal abad ke-21, konsep pengurusan strategik telah dibawa ke dalam dunia pendidikan dengan harapan ia mampu meletakkan pendidikan kita bertaraf dunia. Strategik yang dimaksudkan ialah merujuk kepada cara bagaimana organisasi ingin mencapai matlamatnya dalam jangka masa tertentu. Pengurusan Strategik Organisasi mendedahkan kepada pengurus agar dapat membina visi dan organisasi selaras dengan visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurus mampu membuat analisis dalaman dan luaran organisasi. Pengurus dapat membina matlamat strategik, objektif khusus organisasi serta melaksanakannya dengan efisyen dan dapat membina pelan tindakan untuk merealisasikan visi dan misi organisasi..

Menurut (Steiner, 1979), Pengurusan Strategik boleh dianggap sebagai OTAK manakala Perancangan Strategik merupakan TULANG BELAKANG kepada pengurusan. (David, 1986) pula berpendapat bahawa Pengurusan Strategik sebagai satu proses formalasi, implementasi, dan penilaian tindakan-tindakan yang akan mempastikan organisasi berupaya mencapai objektif. Ron Gobson (1993), menyatakan bahawa Perancangan Strategik ialah satu proses untuk membina wawasan ( a vision) masa hadapan. Ia menyediakan kepada soalan-soalan berikut; 1. Apakah urusan yang anda terlibat? 2. Di mana anda sekarang? 3. Ke mana anda hendak tujui? (wawasan)

Perancangan strategik adalah merupakan tahap perancangan yang tertinggi dalam tahap perancangan yang melihat arah haluan organisasi pada jangka masa panjang sekurangkurangnya 3-5 tahun ke hadapan dalam skop yang lebih luas dan umum dengan menyoal dan mencari jawapan tentang apakah (what) yang akan diolakukan pada masa hadapan, bagaimana (how), siapa (how) yang akan menerima fungsi tersebut dan bila (when) ianya akan tercapai. Dalam sesuatu organisasi pengurusan strategik adalah satu alat percubaan untuk memahami tentang tekanan-tekanan dan perubahan-perubahan pada persekitaran masa depan secara sistematik dan strategik. Pengurusan strategik menjadikan seseorang pengurus itu sebagai pemimpin yang cemerlang, melakukan sesuatu yang betul, dengan betul, pada orang betul, pada tempat yang betul, pada masa yang betul dan dalam belanjawan yang betul. Pengurusan dan perancangan strategik adalah berkaitan dengan membuat keputusan. Keputusan yang dibuat pada hari ini adalah amat penting untuk hari esok dan masa hadapan. Sebagai perancang strategik kita perlulah; Memahami dan membina proses perancangan strategik secara formal. Menjelaskan tentang visi, misi, objektif dan sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi Membina satu jadual mesyuarat perancangan di mana visi, misi, objektif dan sasaran disemak/ sentiasa dibuat penilaian Berbincang untuk memilih strategi yang terbaik Menyedia persediaan pelan tindakan

Melaksana dan menyelia kemajuan perancangan Menyedia khidmat nasihat kepakaran dalam teknik perancangan dan teknologi. Sesuatu visi dapat dilaksanakan dan mencapai matlamatnya apabila persekitaran luaran dan persekitaran dalaman organisasi telah dinilai dan diimbas. Tujuan mengimbas persekitaran luaran ialah bagi membolehkan sekolah mengenal pasti peluang-peluang yang boleh dieksplotasi untuk menjayakan matlamat. Dapat mengesan ancaman dan cabaran yang mungkin menghalang pencapaian matlamat sekolah. Persekitaran sekolah perlu diimbas berasaskan keadaan sebenar di sekolah dan perkaraperkara yang mempengaruhinya. Perlu diimbas keadaan semasa yang di luar sekolah seperti pelanggan, pembekal dan pentingnya peranan informasi. Ini melibatkan juga pelanggan dalaman (pekerja) kerana mereka juga memainkan peranan penting dalam proses penghasilan. Perkara-perkara penting dalam Persekitaran Dalaman yang perlu diberi perhatian ialah; 1. Kemampuan kakitangan 2. Pengurusan dan kepimpinan 3. Kemudahan dan prasarana 4. Program dan Kurikulum 5. Bahan Pengajaran 6. Budaya sekolah 7. Perhubungan 8. Pelanggan (murid/pelajar, ibu bapa, PIBG, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Untuk mencapai matlamat visi dan misi sesebuat organisasi kita perlu menggunakan kaedah analisis SWOT iaitu; Strengths (persekitaran dalaman)- Kekuatan Weaknesses (persekitaran dalaman)- Kelemahan Opportunities (persekitaran luaran)-Peluang Threats (persekitaran luaran)-Ancaman Keputusan analisis yang dihasilkan ini akan diterjemahkan kepada langkah-langkah yang khusus untuk membantu mengembangkan sesebuah organisasi dengan jayanya bagi mencapai objektif yang disasarkan.

8. Rumusan Matlamat Strategik dalam organisasi merujuk kepada cara bagaimana organisasi ingin mencapai misinya setelah mengenal kekuatan dan kelemahan dalam organisasi serta ancaman dan peluang di persekitaran luar. Peranan visi dan misi dalam usaha untuk memantapkan hala tuju sesebuah organisasi sangat penting dan perlu dihayati oleh semua warga organisasi tersebut untuk berkerjasama dan berkerja bersama-sama untuk merealisasikan setiap impian yang dihasratkan. Jika di sekolah visi dan misi sekolah tersebut perlu dipamerkan di tempattempat strategik supaya dapat dilihat oleh setiap warga sekolah dan setiap orang perlu memberi sumbangan ke arah mencapai wawasan tersebut. Akhir kata;

Vision without action as a dream, action without vision westing the times but vision with action can change the world.

Rujukan;

Edaris Abbu Bakri. Pengurusan Strategik, Konsep dan Aplikasi Untuk Pendidikan. 2004, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd K.L

Institut Aminuddin Baki, Nota-nota Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH). 2005, IAB, Genting Highlands.

Jabatan Pendidikan Pahang. Program Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan (PKKP). 2002, JPNP, Kuantan.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Laporan Tahunan 2004.

Majlis Pengetua Kanan Kebangsaan. Pengurusan Sekolah Ke arah Pendidikan Cemerlang Program Jururunding Kepengetuaan: Isu, Punca & Cadangan / Penyelesaian.2005, Selaseh Sdn Bhd, Batu Caves.

Muhamad Bustaman Hj Abdul Manaf. Perancangan Strategik: Satu Keperluan Kepada Pengurusan Sekolah Yang Berkualiti dan Berkesan.1999, IAB, Genting Highlands.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong. Buku Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Tahun 2005.

Anda mungkin juga menyukai