Anda di halaman 1dari 12

CONTOH PENGEMBANGAN ISI Kejadian jenayah yang membabitkan remaja semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Pada pendapat anda, siapakah bertanggungjawab menangani masalah ini PENGEMBANGAN ISI A1)Ibu bapa merupakan pihak yang paling berkesan dalam usaha mengawal aktiviti dan tingkah laku anak-anak mereka. A2)Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dan memahami aktiviti serta tingkah laku anak-anak mereka. A3)Dengan demikian,ibu bapa dapat sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti yang dilakukan oleh remaja. A4)Tamsilnya,ibu bapa boleh memberikan teguran dan nasihat sekiranya tingkah laku dan perbuatan anak-anak mereka mula menampakkan unsur-unsur yang negatif. A5)Sekiranya semua ibu bapa memainkan peranan masing-masing dengan efektif, pembabitan remaja dalam aktiviti jenayah akan dapat dikurangkan. Soalan:Kebelakangan ini terdapat banyak kes remaja lari dari rumah. Pada pendapat anda mengapakah perkara ini berlaku? PENGEMBANGAN ISI (A1) Salah satu faktor penyebab remaja lari dari rumah adalah kerana remaja tidak mendapat didikan agama yang mencukupi. (A2) Hal ini kerana remaja tidak memikirkan kepentingan pendidikan agama terhadap diri mereka. (A3) Oleh yang demikian, kebanyakan remaja tidak mahu pergi ke kuliah-kuliah agama kerana mereka merasakan majlis tersebut kurang penting. (A4) Sebagai contoh, mereka sanggup berbohong untuk mengelakkan diri daripada menghadiri kuliah tersebut. (A5) Sehubungan dengan itu remaja perlu diberi didikan agama yang secukupnya agar tidak terpesong ke jalan yang salah bak kata pepatah Ilmu pelita hati. Masalah pembuangan bayi semakin berleluasa. Pada pendapat anda apakah faktor-faktor yang menyebabkan fenomena ini terus menular? PENGEMBANGAN ISI A1)Antara faktor utama kepada berlakunya gejala ini ialah pegangan agama yang semakin rapuh dalam kalangan remaja.(Apa) A2)Hal ini berlaku demikian kerana mereka hanya belajar subjek agama di sekolah sekadar hanya untuk lulus dalam peperiksaan.(Mengapa) A3)Lantaran itu,mereka mudah tercebur kepada perbuatan mungkar kerana tidak menghayatinya.(Kesan)

A4)Sebagai contoh, mereka mudah terpengaruh untuk melakukan zina kerana tidak memikirkan kesan daripada perbuatan mereka itu dan akhirnya membuang bayi yang dilahirkan itu di merata-rata tempat. (Contoh) A5)Sememangnya pegangan agama yang kuat menjadi benteng daripada terjerumus dalam kegiatan yang tidak bermoral ini. (Penegasan) Gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah semakin membimbangkan. Bincangkan punca-punca yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. PENGEMBANGAN ISI A1) Selain itu, pengaruh rakan sebaya merupakan antara faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. (Apa) A2) Hal ini demikian kerana rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan seseorang pelajar itu.(Mengapa) A3) Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang negatif ini bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka itu. (Kesan) A4) Tamsilannya, pelajar-pelajar tersebut akan melakukan aktiviti yang tidak bermoral yang telah diatur oleh ketua dalam sesuatu kumpulan itu bagi memenuhi masa yang terluang itu. (Contoh) A5) Sememangnya rakan sebaya memainkan pengaruh yang besar dalam pembentukan nilai negatif dalam jiwa pelajar tersebut. (Penegasan)

MAKANAN SEGERA MERUPAKAN PENGHALANG KE ARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT. PADA PENDAPAT ANDA, APAKAH LANGKAHLANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASINYA DARIPADA BERTERUSAN. A1)Antara langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat di Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah ibu bapa haruslah mendidik, memantau serta mengawal kadar pengambilan makanan segera anak-anak mereka. A2)Hal ini berlaku demikian kerana dalam era yang meletakkan kerjaya sebagai keutamaan, ibu bapa perlu menitikberatkan soal pemakanan anak-anak mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya mereka. A3)Justeru, anak-anak akan kurang mengambil makanan segera kesan daripada didikan ibu bapa mereka seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. A4)Tamsilnya, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka tentang kebaikan dan keburukan makanan segera bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. A5)Oleh itu, didikan, pemantauan serta kawalan daripada ibu bapa merupakan langkah bijak bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. PERENGGAN LENGKAP Antara langkah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera dalam kalangan masyarakat di Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat ialah ibu bapa haruslah mendidik, memantau serta mengawal kadar pengambilan makanan segera anak-anak mereka. Hal ini berlaku demikian kerana dalam era yang meletakkan kerjaya sebagai keutamaan, ibu bapa perlu

menitikberatkan soal pemakanan anak-anak mereka walaupun sibuk mengurus kerjaya. Justeru, anakanak akan kurang mengambil makanan segera kesan daripada didikan ibu bapa mereka seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Tamsilnya, ibu bapa perlu memberitahu anak-anak mereka tentang kebaikan dan keburukan makanan segera bagi jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Oleh itu, didikan, pemantauan serta kawalan daripada ibu bapa merupakan langkah bijak bagi melahirkan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat. Perpustakaan awam semakin jarang dikunjungi oleh masyarakat hari ini. Bincangkan puncapunca yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut. PENGEMBANGAN ISI A1)Faktor utama kepada permasalahan ini ialah berkurangnya minat membaca dalam kalangan masayarakat pada masa ini. A2)Hal ini demikian kerana mereka lebih terdedah dengan sumber maklumat yang lain. A3)Lantaran itu, mereka tidak berminat untuk membaca buku-buku yang memerlukan banyak masa untuk memahaminya,persis kata mutiara tak kenal,maka tak cinta. A4)Sebagai contoh, mereka lebih gemar menonton televisyen atau melayari internet di kafe siber. A5)Sememangnya minat merupakan penyebab utama mengapa perpustakaan ini semakin dijauhi oleh mereka. PERENGGAN LENGKAP Faktor utama kepada permasalahan ini ialah berkurangnya minat membaca dalam kalangan masayarakat pada masa ini. Hal ini demikian kerana mereka lebih terdedah dengan sumber maklumat yang lain. Lantaran itu, mereka tidak berminat untuk membaca buku-buku yang memerlukan banyak masa untuk memahaminya,persis kata mutiara tak kenal,maka tak cinta.Sebagai contoh, mereka lebih gemar menonton televisyen atau melayari internet di kafe siber. Sememangnya minat merupakan penyebab utama mengapa perpustakaan ini semakin dijauhi oleh mereka.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam meningkatkan kecemerlangan akademik anakanak. Beri pendapat anda. PENGEMBANGAN ISI A1)Di samping itu, ibu bapa juga perlu sentiasa berhubung rapat dengan guru-guru yang mengajar anak-anak mereka di sekolah, persis kata mutiara bagai aur dengan tebing. A2)Hal ini demikian kerana terdapat segelintir ibu bapa yang langsung tidak mengambil tahu tentang pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. A3)Dengan itu, mereka akan dapat mengetahui pencapaian anak-anak mereka melalui hubungan yang baik dengan guru-guru di sekolah. A4)Sebagai contoh, ibu bapa yang sibuk boleh menelefon guru-guru yang mengajar anak-anak mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengetahui perkembangan pelajaran anaka-anak mereka. A5)Hubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak amatlah diperlukan bagi merealisasikan impian anak-anak mereka. PERENGGAN LENGKAP Di samping itu, ibu bapa juga perlu sentiasa berhubung rapat dengan guru-guru yang mengajar anak-

anak mereka di sekolah, persis kata mutiara bagai aur dengan tebing.Hal ini demikian kerana terdapat segelintir ibu bapa yang langsung tidak mengambil tahu tentang pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah. Dengan itu, mereka akan dapat mengetahui pencapaian anak-anak mereka melalui hubungan yang baik dengan guru-guru di sekolah. Sebagai contoh, ibu bapa yang sibuk boleh menelefon guru-guru yang mengajar anak-anak mereka sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi mengetahui perkembangan pelajaran anaka-anak mereka.Hubungan yang baik antara kedua-dua belah pihak amatlah diperlukan bagi merealisasikan impian anak-anak mereka.

Kenaikan harga minyak menyebabkan harga barangan keperluan meningkat secara mendadak. Situasi ini membebankan pengguna yang tidak mempunyai pilihan. Terangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini. PENGEMBANGAN ISI A1)Antara usaha yang perlu dilakukan ialah pengguna hendaklah berhemat ketika berbelanja. (Apa) A2)Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada pengguna pada masa kini gemar berbelanja mengikut nafsu dan bukannya mengikut keperluan.(Mengapa) A3)Oleh itu, mereka perlu membeli barang-barang keperluan sahaja dan bukannya berbelanja sesuka hati.(Kesan) A4)Sebagai contoh apabila mereka pergi membeli-belah di pasar raya,mereka perlu menyenaraikan barang-barang yang mereka perlu beli sahaja dan bukannya membeli barang-barang yang menawarkan potongan harga walaupun mereka tidak memerlukan barangan tersebut. (Contoh) A5)Sememangnya sikap berhemat amat penting diterapkan dalam minda pengguna supaya tidak terjerat dengan isu kenaikan harga barangan ketika ini sebagaimana kata pepatah, ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.(Penegasan) PERENGGAN LENGKAP Antara usaha yang perlu dilakukan ialah pengguna hendaklah berhemat ketika berbelanja. Hal ini demikian kerana kebanyakan daripada pengguna pada masa kini gemar berbelanja mengikut nafsu dan bukannya mengikut keperluan.Oleh itu, mereka perlu membeli barang-barang keperluan sahaja dan bukannya berbelanja sesuka hati.Sebagai contoh apabila mereka pergi membeli-belah di pasar raya,mereka perlu menyenaraikan barang-barang yang mereka perlu beli sahaja dan bukannya membeli barang-barang yang menawarkan potongan harga walaupun mereka tidak memerlukan barangan tersebut.Sememangnya sikap berhemat amat penting diterapkan dalam minda pengguna supaya tidak terjerat dengan isu kenaikan harga barangan ketika ini sebagaimana kata pepatah, ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.(Penegasan) Kenaikan harga minyak menyebabkan harga barangan keperluan meningkat secara mendadak. Situasi ini membebankan pengguna yang tidak mempunyai pilihan. Terangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kenaikan harga barangan ini. A1)Selain itu, kaedah lain yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah harga barangan yang semakin meningkat di pasaran masa ini ialah persatuan pengguna perlulah mengadakan pemantauan harga barangan di premis-premis perniagaan yang berada dalam kawasan tugasan mereka. A2)Hal ini berlaku demikian kerana para peniaga yang tidak bertanggungjawab ini akan berasa takut untuk meneruskan sikap suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri. A3)Natijahnya, para pengguna akan dapat berbelanja dengan harga yang sepatutnya walaupun barangan tersebut tinggi nilainya. A4)Tamsilnya, persatuan pengguna perlulah menetapkan tarikh untuk menjalankan rondaan terhadap

premis-premis perniagaan yang berada dalam kawasan jagaan mereka. A5)Oleh itu, pemantauan yang kerap dijalankan oleh persatuan pengguna juga boleh membantu dalam membendung masalah kenaikan harga barangan di pasaran pada masa ini. PERENGGAN LENGKAP Selain itu, kaedah lain yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah harga barangan yang semakin meningkat di pasaran masa ini ialah persatuan pengguna perlulah mengadakan pemantauan harga barangan di premis-premis perniagaan yang berada dalam kawasan tugasan mereka. Hal ini berlaku demikian kerana para peniaga yang tidak bertanggungjawab ini akan berasa takut untuk meneruskan sikap suka mengambil kesempatan dan mementingkan diri sendiri. Natijahnya, para pengguna akan dapat berbelanja dengan harga yang sepatutnya walaupun barangan tersebut tinggi nilainya. Tamsilnya, persatuan pengguna perlulah menetapkan tarikh untuk menjalankan rondaan terhadap premis-premis perniagaan yang berada dalam kawasan jagaan mereka. Oleh itu, pemantauan yang kerap dijalankan oleh persatuan pengguna juga boleh membantu dalam membendung masalah kenaikan harga barangan di pasaran pada masa ini.

Peperangan banyak membawa kesan buruk terhadap masyarakat.Bincangkan kesan-kesan peperangan terhadap manusia sejagat. PENGEMBANGAN ISI A1)Selain itu, peperangan juga telah menyebabkan ekonomi sesebuah negara lumpuh. A2)Hal ini berlaku kerana peperangan telah memusnahkan segala sumber ekonomi yang ada dalam sesebuah negara. 3)Lantaran itu,tiada lagi kegiatan ekonomi yang dapat dijalankan oleh penduduk di situ. 4)Sebagai contoh,kilang-kilang dan ladang-ladang pertanian telah musnah disebabkan bom yang digugurkan di sesuatu kawasan, bak kata pepatah seperti padang jarak, padang tekukur. 5)Sememangnya peperangan telah melumpuhkan kegiatan ekonomi sepenuhnya sesebuah negara yang terlibat dengan peperangan. PERENGGAN LENGKAP Selain itu, peperangan juga telah menyebabkan ekonomi sesebuah negara lumpuh. Hal ini berlaku kerana peperangan telah memusnahkan segala sumber ekonomi yang ada dalam sesebuah negara. Lantaran itu,tiada lagi kegiatan ekonomi yang dapat dijalankan oleh penduduk di situ. Sebagai contoh,kilang-kilang dan ladang-ladang pertanian telah musnah disebabkan bom yang digugurkan di sesuatu kawasan, bak kata pepatah seperti padang jarak, padang tekukur.Sememangnya peperangan telah melumpuhkan kegiatan ekonomi sepenuhnya sesebuah negara yang terlibat dengan peperangan.

AMALAN MENABUNG PERLU DIPUPUK SEJAK KECIL LAGI. BINCANGKAN FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEH MELALUI AMALAN MENABUNG INI. PENGEMBANGAN ISI

A1)Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat. (Apa)

A2)Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. (Mengapa) A3)Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan. (Kesan) A4)Tamsilnya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. (Contoh) A5)Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekaligus menyemat sikap suka berjimat dalam diri mereka. (Penegasan) PERENGGAN LENGKAP Antara faedah yang diperoleh melalui amalan menabung ialah individu itu akan dapat memupuk diri menjadi seorang yang berjimat cermat. Hal ini berlaku demikian kerana individu tersebut akan sentiasa mengawal perbelanjaan harian agar dapat menyimpan wang di dalam tabung. Justeru, individu tersebut akan berjaya mengawal perasaan dan keinginan mereka untuk memperoleh sesuatu barangan walaupun pada hakikatnya mereka tidak menjadikan barangan tersebut sebagai suatu keperluan. Tamsilnya, seorang anak yang telah diajar untuk mengamalkan sikap berjimat cermat oleh ibu bapa mereka akan bijak menggunakan wang yang diberi dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, pendedahan amalan menabung kepada anak-anak sejak kecil lagi akan memberikan kesan positif kepada mereka sekaligus menyemat sikap suka berjimat dalam diri mereka.

BANYAK PELAJAR PADA MASA INI SUKA BEKERJA SAMBIL BELAJAR TERUTAMA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN. PADA PENDAPAT ANDA, WAJARKAH TINDAKAN MEREKA ITU? PENGEMBANGAN ISI A1)Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada cuti persekolahan juga akan dapat membina sikap berdikari dalam diri mereka. A2)Hal ini berlaku demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar ini akan merasai pengalaman bekerja dan berusaha mencari wang hasil usaha mereka sendiri. A3)Dengan itu, sikap berdikari yang terbit dalam diri pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya sewaktu cuti persekolahan ini akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung harap kepada orang lain. A4)Sebagai contoh, jika pelajar tersebut berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu barang, mereka akan bekerja untuk mendapatkan wang dan mereka boleh membeli barang tersebut tanpa menggunakan wang ibu bapa. A5)Oleh itu, sikap berdikari dapat dipupuk dalam diri generasi muda masa ini yang mengambil inisiatif untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan . PERENGGAN LENGKAP Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada cuti persekolahan juga akan dapat membina sikap berdikari dalam diri mereka. Hal ini berlaku demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar ini akan merasai pengalaman bekerja dan berusaha mencari wang hasil usaha mereka sendiri. Dengan itu, sikap berdikari yang terbit dalam diri pelajar-pelajar yang bekerja sambil

belajar terutamanya sewaktu cuti persekolahan ini akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung harap kepada orang lain. Sebagai contoh, jika pelajar tersebut berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu barang, mereka akan bekerja untuk mendapatkan wang dan mereka boleh membeli barang tersebut tanpa menggunakan wang ibu bapa. Oleh itu, sikap berdikari dapat dipupuk dalam diri generasi muda masa ini yang mengambil inisiatif untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan . 120 patah perkataan BANYAK PELAJAR PADA MASA INI SUKA BEKERJA SAMBIL BELAJAR TERUTAMA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN. PADA PENDAPAT ANDA, WAJARKAH TINDAKAN MEREKA ITU? PENGEMBANGAN ISI A1)Antara faedah yang diperoleh apabila pelajar bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. A2)Hal ini berlaku demikian kerana masa senggang pelajar-pelajar tersebut akan diisi dengan jadual waktu bekerja. A3)Lantaran itu, pelajar yang mengambil keputusan bekerja pada waktu cuti persekolahan ini akan dapat memanfaatkan masa lapang mereka daripada terbiar begitu sahaja sekaligus dapat mengurangkan amalan negatif yang kian menular dalam generasi hari ini seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. A4)Tamsilnya, para pelajar yang berkeinginan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan boleh melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka seperti pelayan restoran atau kedai makanan dan membantu ibu bapa menguruskan perniagaan. A5)Oleh itu, bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik. Persis kata mutiara, masa itu emas. PERENGGAN LENGKAP Antara faedah yang diperoleh apabila pelajar bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Hal ini berlaku demikian kerana masa senggang pelajar-pelajar tersebut akan diisi dengan jadual waktu bekerja. Lantaran itu, pelajar yang mengambil keputusan bekerja pada waktu cuti persekolahan ini akan dapat memanfaatkan masa lapang mereka daripada terbiar begitu sahaja sekaligus dapat mengurangkan amalan negatif yang kian menular dalam generasi hari ini seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. Tamsilnya, para pelajar yang berkeinginan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan boleh melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka seperti pelayan restoran atau kedai makanan dan membantu ibu bapa menguruskan perniagaan. Oleh itu, bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik. Persis kata mutiara, masa itu emas. 130 PATAH PERKATAAN

BANYAK PELAJAR PADA MASA INI SUKA BEKERJA SAMBIL BELAJAR TERUTAMA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN. PADA PENDAPAT ANDA, WAJARKAH TINDAKAN MEREKA ITU? A1)Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada cuti persekolahan juga akan dapat membina sikap berdikari dalam diri mereka. A2)Hal ini berlaku demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar ini akan merasai

pengalaman bekerja dan berusaha mencari wang hasil usaha mereka sendiri. A3)Impaknya, sikap berdikari yang terbit dalam diri pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya sewaktu cuti persekolahan ini akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung harap kepada orang lain. A4)Tamsilnya, jika pelajar tersebut berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu barang, mereka akan bekerja untuk mendapatkan wang dan mereka boleh membeli barang tersebut tanpa menggunakan wang ibu bapa mereka. A5)Oleh itu, sikap berdikari dapat dipupuk dalam diri generasi muda masa ini yang mengambil inisiatif untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan . PERENGGAN LENGKAP Bukan itu sahaja, pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya pada cuti persekolahan juga akan dapat membina sikap berdikari dalam diri mereka. Hal ini berlaku demikian kerana pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar ini akan merasai pengalaman bekerja dan berusaha mencari wang hasil usaha mereka sendiri.Impaknya, sikap berdikari yang terbit dalam diri pelajar-pelajar yang bekerja sambil belajar terutamanya sewaktu cuti persekolahan ini akan menjadikan mereka sentiasa berusaha mendapatkan sesuatu tanpa bergantung harap kepada orang lain.Tamsilnya, jika pelajar tersebut berkeinginan untuk mendapatkan sesuatu barang, mereka akan bekerja untuk mendapatkan wang dan mereka boleh membeli barang tersebut tanpa menggunakan wang ibu bapa mereka.Oleh itu, sikap berdikari dapat dipupuk dalam diri generasi muda masa ini yang mengambil inisiatif untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan . BANYAK PELAJAR PADA MASA INI SUKA BEKERJA SAMBIL BELAJAR TERUTAMA PADA WAKTU CUTI PERSEKOLAHAN. PADA PENDAPAT ANDA, WAJARKAH TINDAKAN MEREKA ITU? A1) Antara faedah yang diperoleh apabila pelajar bekerja sambil belajar terutamanya pada waktu cuti persekolahan ialah mereka dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. A2)Hal ini berlaku demikian kerana masa senggang pelajar-pelajar tersebut akan diisi dengan jadual waktu bekerja. A3)Impaknya, pelajar yang mengambil keputusan bekerja pada waktu cuti persekolahan ini akan dapat memanfaatkan masa lapang mereka daripada terbiar begitu sahaja sekaligus dapat mengurangkan amalan negatif yang kian menular dalam generasi hari ini seperti melepak, berlumba haram dan sebagainya. A4)Tamsilnya, para pelajar yang berkeinginan untuk bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan boleh melakukan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka seperti pelayan restoran atau kedai makanan dan membantu ibu bapa menguruskan perniagaan. A5)Oleh itu, bekerja sambil belajar terutamanya pada musim cuti persekolahan dapat membantu pelajar menguruskan masa dengan baik,persis kata mutiara, masa itu emas.

Faedah-faedah Menguasai Lebih daripada Satu Bahasa PENGEMBANGAN ISI A1)Antara kebaikan menguasai lebih daripada satu bahasa adalah memudahkan seseorang pelajar berkomunikasi dalam masyarakat.

A2)Hal ini tercetus apabila negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang sudah tentu bertutur dengan bahasa yang tersendiri. A3)Lantaran itu,seorang pelajar yang mahir berbangsa Mandarin atau Tamil pasti mudah untuk bergaul dengan rakan yang berbangsa Cina atau India. A4)Tamsilnya,mereka tiada masalah untuk memahami apa yang dituturkan oleh rakan-rakan mereka yang berlainan kaum. A5)Sememangnya dengan menguasai bahasa yang berlainan memberi impak yang besar kepada pergaulan seharian para pelajar di negara kita. PERENGGAN LENGKAP Antara kebaikan menguasai lebih daripada satu bahasa adalah memudahkan seseorang pelajar berkomunikasi dalam masyarakat.Hal ini tercetus apabila negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang sudah tentu bertutur dengan bahasa yang tersendiri. Lantaran itu,seorang pelajar yang mahir berbangsa Mandarin atau Tamil pasti mudah untuk bergaul dengan rakan yang berbangsa Cina atau India.Tamsilnya,mereka tiada masalah untuk memahami apa yang dituturkan oleh rakan-rakan mereka yang berlainan kaum.Sememangnya dengan menguasai bahasa yang berlainan memberi impak yang besar kepada pergaulan seharian para pelajar di negara kita. 82 PATAH PERKATAAN

Perkembangan Sains dan Teknologi Menyebabkan Ramai dalam Kalangan Kita Mencari Maklumat Melalui Internet.Jelaskan Kelebihan yang diperoleh apabila Kita Menggunakan Internet. A1)Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui laman-laman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak. (Apa) A2)Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak. (Mengapa) A3)Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya. (Kesan) A4)Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk kita gunakan. (Contoh) A5)Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita. (Penegasan) PERENGGAN LENGKAP Antara faedah apabila kita menggunakan internet ialah kita mudah mendapat informasi melalui lamanlaman sesawang yang disediakan oleh pelbagai pihak.Hal ini berlaku demikian kerana sebelum adanya internet kita terpaksa menghabiskan banyak masa untuk mencari sesuatu maklumat yang hanya terdapat di dalam buku-buku atau media cetak.Oleh itu, kita boleh mendapatkan sebarang maklumat dengan cepat tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencarinya.Sebagai contoh, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara dengan hanya menaip kata kunci di

bahagian kotak pencarian dan maklumat tersebut siap untuk kita gunakan.Sememangnya internet memudahkan kita mendapat maklumat yang diperlukan menggunakan hanya hujung jari kita.

TELEFON BIMBIT SUDAH MENJADI KEMESTIAN KEPADA SETIAP GOLONGAN MASYARAKAT. LEBIH-LEBIH LAGI, GOLONGAN REMAJA PADA MASA INI YANG BEGITU GHAIRAH MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT. HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG KESAN NEGATIF PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT KEPADA MEREKA. TEKNIK AMBCP(Apa/Mengapa/Bagaimana/Contoh/Penegasan) A1)Antara kesan negatif yang akan diperoleh sekiranya para remaja begitu ghairah sewaktu menggunakan telefon bimbit ialah berlakunya kerosakan bahasa Melayu. A2)Hal ini berlaku demikian kerana golongan remaja ini gemar meringkaskan perkataan semasa menggunakan Sistem Khidmat Pesanan (SMS) dengan alasan menjimatkan ruang pesanan. A3)Lantaran itu, golongan remaja yang sudah terbiasa menggunakan perkataan singkatan ini akan turut menggunakan perkataan singkatan tersebut sewaktu menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah terutamanya dalam subjek-subjek yang memerlukan mereka menulis atau mengarang. A4)Tamsilnya, golongan remaja yang begitu ghairah menggunakan telefon bimbit ini akan terbawabawa menggunakan perkataan singkatan tersebut semasa mengarang esei sekaligus menjadikan bahasa Melayu terjejas. A5)Oleh itu, keghairahan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan muda-mudi jelas merosakkan bahasa Melayu sekiranya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. PERENGGAN LENGKAP Antara kesan negatif yang akan diperoleh sekiranya para remaja begitu ghairah sewaktu menggunakan telefon bimbit ialah berlakunya kerosakan bahasa Melayu. Hal ini berlaku demikian kerana golongan remaja ini gemar meringkaskan perkataan semasa menggunakan Sistem Khidmat Pesanan (SMS) dengan alasan menjimatkan ruang pesanan. Lantaran itu, golongan remaja yang sudah terbiasa menggunakan perkataan singkatan ini akan turut menggunakan perkataan singkatan tersebut sewaktu menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran(P&P) di sekolah terutamanya dalam subjek-subjek yang memerlukan mereka menulis atau mengarang. Tamsilnya, golongan remaja yang begitu ghairah menggunakan telefon bimbit ini akan terbawa-bawa menggunakan perkataan singkatan tersebut semasa mengarang esei sekaligus menjadikan bahasa Melayu terjejas. Oleh itu, keghairahan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan muda-mudi jelas merosakkan bahasa Melayu sekiranya tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

PERENGGAN KEDUA A1)Selain itu, kesan negatif yang akan diperoleh jika para remaja begitu ghairah sewaktu meggunakan telefon bimbit ialah mereka akan kurang memberi tumpuan sewaktu menelaah pelajaran di sekolah dan hilang minat untuk mengulang kaji pelajaran di rumah. A2)Hal ini berlaku bemikian kerana mereka terlalu taksub menikmati kecanggihan telefon bimbit sehingga hilang fokus untuk belajar. A3)Lantaran itu, prestasi akademik remaja tersebut akan merosot dan keinginan mereka untuk terus belajar akan mula terhakis. A4)Tamsilnya,kemudahan-kemudahan yang di sediakan dalam telefon bimbit tersebut seperti permainan, Sistem Khidmat Pesanan(SMS) dan sebagainya telah menjadikan mereka menggunakan

kemudahan-kemudahan tersebut tanpa batasan. A5)Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas menghilangkan minat golongan remaja untuk memberi tumpuan kepada pelajaran mereka. PERENGGAN LENGKAP Selain itu, kesan negatif yang akan diperoleh jika para remaja begitu ghairah sewaktu meggunakan telefon bimbit ialah mereka akan kurang memberi tumpuan sewaktu menelaah pelajaran di sekolah dan hilang minat untuk mengulang kaji pelajaran di rumah. Hal ini berlaku bemikian kerana mereka terlalu taksub menikmati kecanggihan telefon bimbit sehingga hilang fokus untuk belajar. Lantaran itu, prestasi akademik remaja tersebut akan merosot dan keinginan mereka untuk terus belajar akan mula terhakis. Tamsilnya,kemudahan-kemudahan yang di sediakan dalam telefon bimbit tersebut seperti permainan, Sistem Khidmat Pesanan(SMS) dan sebagainya telah menjadikan mereka menggunakan kemudahankemudahan tersebut tanpa batasan. Oleh itu, penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan jelas menghilangkan minat golongan remaja untuk memberi tumpuan kepada pelajaran mereka.

Penggunaan kad kredit banyak memberi kesan kepada masyarakat. Bincangkan pernyataan ini. Perenggan 1 A1)Antara kesan buruk yang ditimbulkan akibat daripada penggunaan kad kredit ialah mendorong pengguna untuk menjadi boros dalam berbelanja. (Apa) A2)Hal ini berlaku demikian kerana pengguna boleh berbelanja melebihi pendapatan yang mereka ada dengan menggunakan kad kredit ini. (Mengapa) A3)Dengan ini, pengguna akan tergoda untuk membeli sesuatu barang walaupun mereka tahu sebenarnya mereka tidak mampu berbuat demikian dengan pendapatan yang mereka ada seperti kata pepatah gajah berak besar,kancil pun hendak berak besar,akhirnya mati kebebangan. (Kesan) A4)Sebagai contoh,terdapat pengguna kad kredit ini yang membeli barangan yang berjenama dan mahal di luar kemampuan mereka kerana mengamalkan sikap biar papa,asal bergaya. (Contoh) A5)Sememangnya jelaslah bahawa penggunaan kad kredit mendorong pengguna boros semasa berbelanja. (Penegasan) PERENGGAN LENGKAP Antara kesan buruk yang ditimbulkan akibat daripada penggunaan kad kredit ialah mendorong pengguna untuk menjadi boros dalam berbelanja.Hal ini berlaku demikian kerana pengguna boleh berbelanja melebihi pendapatan yang mereka ada dengan menggunakan kad kredit ini.Dengan ini, pengguna akan tergoda untuk membeli sesuatu barang walaupun mereka tahu sebenarnya mereka tidak mampu berbuat demikian dengan pendapatan yang mereka ada seperti kata pepatah gajah berak besar,kancil pun hendak berak besar,akhirnya mati kebebangan.Sebagai contoh,terdapat pengguna kad kredit ini yang membeli barangan yang berjenama dan mahal di luar kemampuan mereka kerana mengamalkan sikap biar papa,asal bergaya.Sememangnya jelaslah bahawa penggunaan kad kredit mendorong pengguna boros semasa berbelanja. 95 patah perkataan

Perenggan 2 A1)Walaupun begitu, penggunaan kad kredit dapat mengelakkan pengguna daripada terpaksa membawa wang yang banyak dalam sesuatu masa. A2)Hal ini berlaku demikian kerana pengguna hanya perlu membawa sekeping kad untuk tujuan transaksi. A3)Lantaran itu, risiko untuk dirompak atau diragut oleh penjenayah dapat dielakkan kerana pengguna tidak mempunyai wang tunai di tangan mereka. A4)Tamsilnya, pihak pembiaya kad kredit boleh memberikan pinjaman sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit kepada pengguna bergantung kepada pendapatan pemiliknya. A5)Sesungguhnya dengan penggunaan kad kredit ini akan memberi kesenangan kepada pengguna untuk bergerak bebas ke mana-mana sahaja tanpa membawa wang tunai yang banyak di dalam poket mereka. PERENGGAN LENGKAP Walaupun begitu, penggunaan kad kredit dapat mengelakkan pengguna daripada terpaksa membawa wang yang banyak dalam sesuatu masa.Hal ini berlaku demikian kerana pengguna hanya perlu membawa sekeping kad untuk tujuan transaksi. Lantaran itu, risiko untuk dirompak atau diragut oleh penjenayah dapat dielakkan kerana pengguna tidak mempunyai wang tunai di tangan mereka.Tamsilnya, pihak pembiaya kad kredit boleh memberikan pinjaman sehingga berpuluh-puluh ribu ringgit kepada pengguna bergantung kepada pendapatan pemiliknya.Sesungguhnya dengan penggunaan kad kredit ini akan memberi kesenangan kepada pengguna untuk bergerak bebas ke mana-mana sahaja tanpa membawa wang tunai yang banyak di dalam poket mereka. 93 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai