Anda di halaman 1dari 33

Aliran Pemikiran Barat

SEKULARISME

Sekularisme: suatu faham falsafah yang memisahkan pemikiran dan kegiatan hidup beragama dalam seluruh kegiatan hidup bermasyarakat dan bernegara. -Merupakan fahaman induk kepada seluruh fahaman moden. Terdapat pelbagai fahaman yang hakikatnya berpaksikan fahaman sekular seperti berikut:

1.Modenisme: mengajak masyarakat meninggalkan segala amalan tradisional ke arah hidup secara moden. -Agama juga mesti diubah supaya selari dengan pemikiran moden.

2. Rasionalisme: mengajak masyarakat berfikir secara logik dan menolak segala yang bertentangan dengan logik akal. -Lantaran itu, kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam akhirat, syurga, neraka dan sebagainya perlu ditolak.

3. Liberalisme; mengajak masyarakat berfikir secara bebas. -bersikap terbuka menerima apa sahaja pemikiran dan budaya tanpa kawalan peraturan agama dan adat tradisi.

4.

Kapitalisme; memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengaut keuntungan dan faedah untuk peribadi tanpa mengambilkira kepentingan masyarakat.

5. Pragmatisme; mementingkan kehendak majoriti dalam masyarakat walaupun salah dan member kesan kepada akidah dan akhlak umat.

6. Kolonialisme;

penjajahan yang bukan sahaja menjajah aspek fizikal dan materialnya tetapi termasuk pemikiran dan adat tradisi masyarakat sehingga yang terjajah sukar untuk bangkit sebagai bangsa merdeka dan berdaulat kerana perasaan dan pemikiran mereka sentiasa terkongkong dan terjajah.

8. Materialisme:mementingkan kekayaan dan segala yang bersifat fizikal dan menolak aspek spiritual yang dianggap sebagai penghalang tamadun. -Kuasa ghaib dan dosa pahala diketepikan oleh fahaman ini.

9. Selain itu, terdapat banyak lagi

fahaman yang lahir dari fahaman sekular seperti hedonisme (hidup hanya untuk berseronok) dan sebagainya.

Sekularisme

Kemunculan Fahaman Sekularisme

Ia muncul di Eropah setelah zaman revolusi Eropah(abad ke- 15) dari cengkaman pihak gereja dalam masyarakat di Eropah.

Gereja memberi tekanan pada sudut politik.

Lahirnya golongan sekularisme dan fahaman ini mendapat sambutan yang amat baik di Eropah. Ia dikembangkan dengan meningkatnya penjajahan bangsa Eropah(abad ke16 dan 17). Akhirnya fahaman ini merebak bukan sahaja pada sudut politik tetapi pendidikan, ekonomi, dan lain-lain.

Berasal

daripada perkataan Latin-Saeculum Bahasa Inggeris- secular Bahasa Arab- `Ilmaniyyah

Excyclopedia Oxford -keduniaan atau meterialistik bukan keagamaan atau spiritual. Satu kepercayaan bahawa agama dan pengurusan gereja tidak boleh melakukan campur tangan di dalam Negara.

Mohammad al-Bahi- satu fahaman yang menganggap urusan keagamaan atau ketuhanan dan gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran.

Sekularisme memisahkan agama dengan soal kehidupan duniawi serta menolak prinsip-prinsip agama dan moral. Sekularisme memisahkan secara mutlak antara ilmu pengetahuan dan pengaruh dan tuntutan agama (gereja)

Menurut Syed Naqiub al-Attas, sekularisme mempunyai 4 prinsip utama: Aliran ini hendak membaiki hidup insan dengan cara material sahaja. Menyatakan kebenaran sekularisme adalah bebas dari ajaran wahyu dan kenabian.

Ilmu sekular bebas daripada prinsipprinsip dan disiplin ilmu itu sendiri. Ia boleh diuji melalui pemikiran dan pengalaman seperti ilmu matematik, fizik, kimia dan lain-lain.
Kesejahteraan hidup di dunia tidak merujuk kepada dasar-dasar agama dan wahyu dalam pencapaian ilmu pengetahuan dan pengalaman. Sumber utama adalah akal.

satu fahaman yang menafikan hal-hal kerohanian dan menolak kewibawaan unsur-unsur kerohanian. menafikan adanya hidup yang tetap (akhirat). memisahan di antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan dan kehidupan dunia.

Sambungan

kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk menyusun dasar hidup manusia => melaksanakan sendiri tanpa apa-apa pergantungan dan hubungkait dengan Tuhan.
Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-perkara yang berhubung dengan masalah ketuhanan.

Thomas Hobbes (1588-1679) dan Rene Descartes (1596-1650) merupakan antara pelopor pensekularan ilmu. Hobbes menyatakan bahawa ajaran gereja adalah karut dan segala-galanya boleh difahami oleh pancaindera dan akal. Niccolo Machiavelli (1467-1527) menulis sebuah buku The Prince yang menyatakan bahawa tujuan menghalalkan segala cara, kebanyakan pemerintah memperolehi kuasa secara haram, seorang pemerintah perlu berpura-pura berpegang kepada agama.

Dalam bidang biologi, Charles Darwin (1808-1882) mengutarakan teori evolusi yang menyatakan bahawa semua kehidupan bermula daripada satu keturunan yang sama (manusia daripada beruk). Karl Marx (1818-1883) menolak adanya pencipta dan mendesak pengikutnya supaya menghapuskan semua agama atas alasan agama tidak membawa kemajuan.

Tamadun

Islam berasaskan akidah,syariah dan akhlak sedangkan asas tamadun barat adalah materialisme. asasi dan mutlak pemikiran Islam ialah wahyu sedangkan tamadun barat adalah pemikiran manusia semata-mata.

Sumber

Sekularisme

menolak unsur ghaib seperti tuhan, roh, akhirat, syurga neraka dan hanya mengiktiraf unsur fizikal dan keduniaan. dan meminggirkan agama dalam semua bidang kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi, serta menolak nilai-nilai tetap dan murni.

memisah

Pemikiran

dalam Tamadun barat menolak segala yang bersifat tradisional termasuk kehidupan beragama yang dianggap sebagai penghalang kemajuan
Islam berpegang kepada agama sebagai addin/cara hidup yang syumul.

Tamadun

Tamadun Islam dibangun atas dasar takwa dan keredhaan Allah sedangkan Tamadun Barat tegak atas dasar keinginan nafsu dan matlamat hidup hanya keduniaan dan keseronokan.

Rumusan
Sekularisme ialah masalah kebudayaan barat yang menular ke dalam budaya dan pemikiran umat Islam. Sekularisme ialah konsep yang asing dan bertentangan dengan Islam.

Perbincangan
Adakah sekularisme bertentangan dengan Islam? Apakah kesan sekularisme terhadap pemikiran dan kebudayaan umat Islam?

Pemikiran Tokoh Sekular

Habib Burquibah, Presiden Tunisia (1957-87) mengatakan: -Al-Qur'an mengandung banyak kekeliruan yang tidak dapat diterima akal rasional. -Nabi Muhammad SAW dianggapnya sebagai manusia yang sering mengembara dan mendengar hikayat, dongeng, dan legenda murahan. -Menurutnya umat terlalu mendewa-dewakan Nabi Muhammad dengan berulang-ulang mengiringi sebutan Rasulullah dengan shollallohu alaihi wasallam. -Dia menutup Universiti al-Zaytunah, universitas tertua di Afrika, sedangkan ia menjadi pusat pendidikan Islam di Afrika dan Eropa meskipun

-Bahasa Arab diganti dgn bahasa Perancis sebagai bahasa pergaulan masyarakat dan bangsawan. -Mahkamah Syari`ah diganti dengan Mahkamah Sivil yang mana undangundangnya menggunapakai sepenuhnya undang-undang Barat. -Sekolah dan madrasah yang mengajarkan Al-Qur'an ditutup. -Pada Mac 1974 beliau menyeru rakyatnya agar meninggalkan kewajiban berpuasa kerana menurutnya syariat berpuasa dianggap sebagai batu penghalang pertumbuhan ekonomi.

Surah al-Rum : 33 Dan apabila manusia disentuh oleh suatu bahaya, mereka menyeru Tuhannya dengan kembali bertaubat kepada-Nya..

Surah al-Zariyat : 56 Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi(menyembah dan beribadat) kepada-Ku

Surah al-Nisa ; 1 Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang Telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu

Anda mungkin juga menyukai