Anda di halaman 1dari 6

PERNYATAAN SEBELUM PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesional bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. PBS dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan daripada perspektif seorang guru. Pernyataan profesional adalah aktiviti yang ditetapkan oleh kami sendiri untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Tujuan utama pernyataan profesional adalah untuk

membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan aktiviti yang difokuskan disamping merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik. Sebelum menjalani aktiviti ini, saya perlulah merancang aktiviti atau strategi pelaksanaan seperti menyediakan senarai semak untuk memudahkan urusan pengumpulan data untuk tugasan. Saya juga perlu merekodkan data-data yang dikumpulkan berdasarkan kepada senarai semakan semasa PBS. Semasa menjalani latihan PBS, saya perlu menyediakan latihan Ujian Konservatif Jean Piaget bagi menguji tahap kecerdasan murid. Data-data yang berkaitan dengan tugasan, saya perlu kumpulkan dan merekodkannya dalam

borang senarai semakan. Antaranya adalah borang temu bual, informasi sekolah, dan borang kajian perkembangan kanak-kanak. Selepas tamat latihan PBS yang akan saya lakukan selama seminggu, saya haruslah mengumpul data-data yang telah saya kumpulkan dari ujian yang dilakukan, menilai, dan melaporkan segala aktiviti yang telah saya lakukan dalam bentuk laporan. Dengan ini, saya dapat memahami tugas sebenar seorang guru dan memberi saya pengalaman sebelum saya ditempatkan di sekolah kelak sebagai seorang guru tetap.

Laporan Pelaksanaan Aktiviti yang Difokus TARIKH : 19 OGOS 2013 HARI : ISNIN Merupakan hari pertama saya menjejaki sekolah sebagai seorang guru pelatih. Pada pukul awal 7.00 saya sampai di sekolah SJK(T) Ladang Sungai Muar bagi melaporkan diri untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama 5 hari. Saya berasa gembira dan seronok kerana dapat kembali ke sekolah yang saya pernah mengajar. Ini memudahkan saya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Pada mulanya, saya pergi berjumpa dengan guru besar untuk menerangkan tujuan kedatangan saya. Selepas sesi pengenalan diri dengan guru besar, saya bersama dengan guru pelatih lain diminta untuk menghadiri perhimpunan pagi yang telah dilaksanakan di dewan sekolah. Dalam sesi perhimpunan saya dan guru pelatih yang lain diperkenalkan sebagai guru kepada murid-murid di sekolah tersebut. Selepas itu, kami diberi penerangan tentang latar belakang sekolah, peraturan-peraturan yang ditetapkan, mentor bagi setiap pelatih serta suasana sekolah oleh guru besar. Bersama saya seramai 5 orang telah melaporkan diri untuk menjalankan PBS. Sekolah ini hanya ada sesi pagi sahaja.

Guru Besar menyediakan kedudukan untuk kami di bilik mesyuarat serta memberi mentor. Selepas itu, saya berbincang dengan guru mentor mengenai tajuk tugasan saya serta latar belakang sekolah. Beliau memberi cadangan dan nasihat dalam melaksanakan tajuk tugasan saya serta memperkenalkan dengan guru kelas yang lain untuk memilih subjek (murid) bagi menjalankan ujian piaget untuk kerja kursus Perkembangan Kanak-Kanak. Saya berjumpa dengan tiga guru kelas bagi mendapatkan subjek( murid) dari setiap kelas. Saya meneruskan dengan tajuk tugasan saya. Pada hari yang sama, saya juga mengambil gambar-gambar prasarana dan kemudahan yang terdapat di sekolah. Misalnya, koperasi, pusat sumber, bilik komputer, kantin, dewan sekolah, bilik staf, dan sebagainya.

TARIKH : 20 OGOS 2013 HARI : SELASA Pada hari kedua, saya pergi sekolah pada pukul 7.00 tengah hari. Selepas melaporkan diri, saya pergi berjumpa dengan mentor saya untuk berbincang tentang tempat dan masa pelaksanaan ujian tugasan saya. Tambahan pula, saya juga mendapatkan kebenaran daripada guru besar untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat pelaksanaan ujian tersebut.

Seterusnya, saya berjumpa dengan sampel terpilih bagi sesi pengambaran bagi dimuatkan dalam profil sampel. Selain itu, saya juga mengadakan temubual dengan murid untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang pembelajarannya. Setelah mendapatkan maklumat, saya mula membuat laporan harian untuk hari Isnin dan Selasa bagi memudahkan tugasan saya. Sambil membuat laporan, saya berbincang dengan guru pelatih yang datang dari maktab lain tentang bentuk sumbangan yang akan diberikan kepada sekolah sebagai tanda penghargaan.

Setelah berbincang, kami mengambil keputusan untuk membeli jam dinding.

Kami juga berkongsi maklumat tentang kerja kursus yang perlu dibuat. Mereka juga memberi gambaran dan idea untuk melaksanakan PBS dengan baik kerana bagi mereka PBS kali ini adalah kali ke 4. Pada pukul 3.30 petang saya balik ke rumah.

TARIKH : 21 OGOS 2013 HARI : RABU Hari ini merupakan hari ketiga saya menghadiri ke sekolah bagi menjalani PBS. Selepas melaporkan diri seperti biasa, saya mengadakan perbincangan dengan mentor saya berkenaan dengan ujian saya. Seterusnya, saya juga mendapatkan pengecualian kelas dengan guru kelas yang sampel terpilih. Selepas itu, saya menyediakan segala persiapan bagi mengendalikan ujian tersebut. Ujian telah dilaksanakan pada pukul 9.30 di Pepustakaan. Tiga sampel yang terpilih memberi kerjasama dengan baik sekali dalam melaksanakan ujian dengan jayanya.. Semasa ujian dikendalikan, saya dibantu oleh rakan guru pelatih yang lain untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti serta lampiran tambahan portfolio. Tambahan pula, saya juga mencatatkan maklumat atau keputusan ujian yang dijalankan. bagi membuat laporan tentang tahap

perkembangan kognitif sampel yang terpilih. Setelah selesai menjalankan ujian, saya diminta menghadiri kelas ganti tahun 1. Saya memberi beberapa input tentang kepentingan penjagaan mata dan tangan kepada mereka. Selama 1 jam saya mengendalikan kelas tersebut. ketua pentadbir awam ( staf sokongan) sekolah tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang sekolah. Disamping itu, saya juga mendapatkan lampiran pelan sekolah serta pelan lokasi ke sekolah. Selepas sesi temu bual saya juga mengadakan sesi pengambaran. Saya mengambil gambar staf sokongan yang berada di pejabat. Lebih lebih lagi, pada hari yang sama saya juga diberi peluang untuk melakukan pemerhatian tentang proses pengajaran yang dijalankan oleh Pn. Uma a/p Krishnan bagi matapelajaran bahasa melayu untuk tahun satu. Saya mengambil catatan tentang cara bagaimanan beliau mengendalikan kelas dalam keadaan yang terkawal. Pada masa yang sama proses pengajaran dan pembelajaran berlaku juga secara berkesan. Segala pengetahuan dan pengamalan yang diperolehi daripada pemerhatian yang telah dilaksanakan akan menjadi rujukan kepada saya pada masa hadapan. Pada pukul 6.15 saya dapat balik ke rumah.

TARIKH : 22 OGOS 2013 HARI : KHMIS

Merupakan hari keempat saya telah menjalani PBS di sekolah SJK(T) Ladang Sungai Muar. Selepas melaporkan diri, saya pergi berjumpa dengan GPK Kurikulum dan Kokurikulum bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah sekolah. Antaranya, senarai nama guru, carta organisasi, pelaksanaan dan pencapaian aktiviti Kokurikulam di sekolah berkenaan. Beliau juga menerangkan tentang maklumatmaklumat yang perlu disertakan dalam port folio tentang sekolah tersebut. Selepas sesi temubual berakhir saya mendapatkan tandatangan dan mengambil gambar bagi melengkapkan borang lampiran yang perlu disertakan dalam portfolio, carta organisasi panita sekolah dan sebagainya. Selain itu, beliau juga memberi penerangan tentang bilangan murid serta pretasi pencapai keputusan UPSR di sekolah tersebut.

Pada pukul 9.00 hingga 9.45 pagi saya telah menjalankan pembelajaran dan pengajaran subjek Pendidikan Muzik kepada murid tahun 3. Saya mengajar mereka sebuah lagu dan cara memainkan instrument untuk lagu tersebuat. Murud berasa sangat seronok setelah saya menari-nari bersama mereka. Seterusnya, saya meneruskan dengan tajuk tugasan saya, iaitu membuat refleksi bagi setiap aktiviti yang telah dilaksanakan selama 3 hari yang lepas. Setiap aktiviti yang dilaksanakan saya menulis kekuatan dan kelemahan aktiviti tersebut serta memberi cadangan untuk penambah baikkan. Selain itu, saya juga menganalisis keputusan ujian konservasi yang dijalankan dalam aspek tahap perkembangan kognitif kanak-kanak serta pengguasaan Bahasa Melayu oleh sampel yang terpilih dalam bentuk laporan.

Disamping itu, saya mengadakan temu bual bersama Guru Besar, guru kelas dan kakitangan sekolah. Saya telah catat segala maklumat yang diberi oleh mereka. Saya juga pergi berbual dengan guru-guru yang lain berkhidmat di sekolah tersebut bagi mendapat pendapat mereka tentang tajuk tugasan yang diberikan. Pada pukul 6.10 saya balik ke rumah.

TARIKH : 23 OGOS 2013 HARI : JUMAAT

Merupakan hari terakhir saya menjalani PBS. Seperti sedia kala, selepas melaporkan diri saya dan pergi ke bilik mesyuarat. Bersama dengan rakan-rakan PBS lain, kami menyambung membuat laporan tentang tajuk tugasan saya

mengikut kehendak tugasan. Pada pukul 8.30 hingga 9.30, saya bersama rakanrakan PBS lain telah menjalankan program motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal mengahadapi peperiksaan UPSR. Kami telah memberi beberapa panduan dan nasihat kepada mereka tentang kepentingan pendidikan kepada mereka pada masa hadapan.

Selepas program motivasi, saya membantu guu sekolah tersebut untuk mengajar cara membuat kolam kepada murui-murid yang akan memngambil bahagian dalam pertandingan membuat kolam di peringkat daerah. Selepas itu, kami mengambil gambar-gambar sekolah, murid dan juga guru-guru yang

berkhidmat di sekolah tersebut. Pada pukul 10.00 pagi pihak sekolah telah mengadakan jamuan ringan untuk kami di kantin sekolah.

Pihak sekolah telah memberi hadiah kepada kami dan kami juga member hadiah kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan. Saya mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan terima kasih bagi memberi kerjasama serta menunjukkan teladan yang baik sepanjang saya menjalani PBS. Seterusnya, saya juga menggucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mentor saya, yang memberikan dorongan dan tunjuk ajar sepangjang saya menjalankan tugasan saya. Tidak terlupa juga, saya memberi penghargaan kepada guru besar sekolah tersebut yang membenarkan saya dan guru pelatih yang lain bagi manjalani PBS.

Mereka juga menyatakan harapan mereka, bahawa kembali ke sekolah tersebut sebagai seorang guru yang berjaya dalam kerjayanya. Pada pukul 4.00 petang saya balik ke rumah dengan perasaan sedih tetapi dengan mempunyai pelbagai pengalaman yang akan berguna dalam profesion saya pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai