Anda di halaman 1dari 3

Bahan-Bahan

375 gm mentega (1 1/2 cwn mentega) 1 1/2 cwn gula halus 2 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila 1 cwn badam hancur 2 cwn tpg jagung* 2 1/2 cwn tpg gandum*(*di ayak bersama) Utk hiasan, 2 biji telur kuning dan badam cincang

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula + kuning telur dan esen. Gaul sebati je. 2. Masukan badam hancur ,tpg jagung dan tpg gandum dan uli menjadi doh yg lembut. 3. Canai dan terap mengikut acuan pilihan. 4. Letakkan di loyang dan sapukan telur kuning di permukaan biskut dan taburkan sedikit badam cincang. 5. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak dngn suhu oven 160C.

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3) Kek Pelangi Kukus


1 cawan mentega cawan gula kastor 3 biji telur cawan susu pekat cawan serikaya 1 cawan tepung gandum 1 sudu kecil serbuk penaik 1 sudu besar koko 1 sudu kecil vanila Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga

Cara membuat 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. 2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik. 3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko. 4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak. * Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

Bahan-bahan ( Untuk Pelbagai Jenis Kuih-Muih Yg memerlukan doh yg lembut) ) Kuih Donat Lembut

500g Tepung Berprotein Tinggi/ tpng roti (guna tpg gandum pun ok) 1 Peket Yis Segera-11gram (jenama MAURIPAN atau apa2 jenama) 50g Marjerin/butter 1 Sudu makan(penuh) Shortening(lelemak sayuran) 2 Sudu mkn (penuh) gula pasir 2 Sudu mkn Susu Pekat / 2 Sudu mkn Susu Tepung [ikut citarasa] 1 Biji Telur 1/2 Sudu Teh Garam Gula Halus atau topping kegemaran anda 190ml-200ml Air Suam (bergantung pd kualiti tepung)

Cara-cara

1. Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera,gula pasir,susu,marjerin dan shortening.Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit. 2. Setelah yis mula berbuih,ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg dpukul sedikit dan juga garam.

3. Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu(bila dah sebati tu dkacau satu arah je mggunakan sudu). 4. Ayak lagi tepung selebihnya,gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan. 5. Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan..(sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).Doh dah siap. 6. Doh tidak perlu direhatkan,(kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min)boleh terus sahaja dicanai setebal stngah inci(agak2 je) Boleh tmbh sedikit2 tepung jika adunan agak lembik ketika ini..Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda..Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dpanaskan dengan api perlahan..Gunakan minyak yang banyak untuk mengoreng. 7. Setelah minyak agak panas(jgn terlalu panas,nanti donut gorengan pertama agak hangus)perlahankan sedikit api,masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mngembang lagi ketika digoreng(sbb adunan mengandungi telur) 8. Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dhidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Anda mungkin juga menyukai