Anda di halaman 1dari 4

PERANG VIETNAM Perang Vietnam, ada kalanya disebut juga Perang Indochina ataupun "Konflik Vietnam".

. Dalam bahasa Vietnam, peperangan ini disebut sebagai "Perang Amerika" ataupun mengikut nama yang digunakan oleh Kerajaan Vietnam, Khang Chien Chong My (Peperangan Menentang Amerika). Peperangan ini melibatkan Republik Demokratik Vietnam (dipanggil juga Vietnam Utara) dan sekutunya menentang Republik Vietnam (ataupun Vietnam Selatan) dan sekutunya, khususnya Amerika Syarikat. Ramai pemerhati Barat melihat perang ini sebagai perang proksi bagi Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Perang ini salah satu daripada beberapa konflik semasa Perang Dingin di antara Amerika Syarikat dan sekutunya menentang Kesatuan Soviet dan sekutunya. Perang seperti ini disebut sebagai perang proksi kerana Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet sendiri tidak pernah bersemuka secara terang-terang di medan pertempuran kerana khuatir akan meletuskan peperangan nuklear yang amat membinasakan. Vietnam Utara pada ketika itu dikuasai oleh Barisan Pembebasan Vietnam Selatan (Vietcong), Kesatuan Soviet dan China manakala Vietnam Selatan pula dikuasai oleh Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Korea Selatan. Sekutu Vietnam Selatan menghantar bantuan tentera untuk berjuang di Vietnam. Penglibatan tentera Amerika Syarikat sebenarnya bermula sejak tahun 1959 lagi, tetapi bilangan tentera yang terlibat kecil. Askar Amerika dihantar dalam jumlah yang besar ke Vietnam Selatan mulai tahun 1965 dan hanya berundur sepenuhnya dalam tahun 1973. Peperangan ini telah mengorbankan ramai penduduk awam. Peperangan tamat secara rasminya pada 30 April 1975 apabila Vietnam Selatan tewas keseluruhannya.

Campur Tangan Amerika


1. Penglibatan Amerika Semasa Presiden Harry S. Truman 1) Semasa Perang Dunia II, Office of Strategic Services atau OSS (kini CIA) memberikan bantuan ketenteraan kepada Ho Chi Minh. Selepas tamat Perang Dunia II, Amerika Syarikat melihat Viet Minh dengan kesangsian, kerana pegangan Komunisme Viet Minh. Walaupun demikian, pegawai-pegawai OSS masih ditugaskan untuk tujuan penyelarasan dengan Viet Minh. OSS memberikan bantuan kepada Viet Minh untuk menguruskan penghantaran pulang anggota tentera Amerika yang telah menjadi tawanan perang Jepun dan ditahan di Vietnam. Pada 26 September 1945, Lt. Col. A. Peter Dewey [1] seorang pegawai OSS ditembak mati oleh Viet Minh, menjadikan beliau anggota tentera pertama terbunuh di Vietnam. 2) Dengan tercetusnya Perang Korea, Presiden Harry S. Truman meningkatkan bantuan ketenteraan kepada kerajaan Perancis untuk memungkinkan kemenangan Perancis mengatasi pemberontakan oleh Viet Minh. Harry S. Truman mengumumkan "acceleration in the furnishing of military assistance to the forces of France and the Associated States in Indochina" dan menghantar 123 orang pegawai tentera ke Vietnam untuk membantu Perancis di dalam peranan bukan tempur. Dalam

tahun 1951, Presiden Harry S. Truman membuat sumbangan $150 juta untuk membantu membiayai kos perang Perancis di Vietnam. 2. Penglibatan Amerika Semasa Presiden Dwight D. Eisenhower 19531961 1) Presiden Dwight D. Eisenhower menggunakan kuasa dan prestij Tentera Amerika Syarikat untuk membantu penubuhan sebuah kerajaan bukan Komunis di Vietnam Selatan. PentadbiranEisenhower amat risau akan kejayaan pihak Komunis bertapak dan meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara. Amerika Syarikat mengalami 142,000 orang anggota tentera terbunuh di Koreadalam usaha membantutkan kemaraan Komunisme di Semenanjung Korea. Di Malaya, Pentadbiran Eisenhower melihat Tentera British dan anak-anak watan Malaya bergelut menentang pemberontakan oleh Parti Komunis Malaya. Amerika Syarikat melihat ini sebagai sebahagian daripada rancangan besar Komunisme untuk bertapak dan menular ke seluruh pelosok dunia. 2) Pentadbiran Eisenhower tidak mahukan pengorbanan besar di Korea akan menjadi sia-sia sekiranya Komunisme berjaya bertapak di Asia Tenggara. Tetapi Pentadbiran Eisenhower menghadapi kesukaran mendapatkan sokongan ramai untuk melibatkan diri dalam satu lagi peperangan selepas Perang Korea. Dwight D. Eisenhower menggunakan pasukan-pasukan kecil "penasihat tentera" dipanggil Kumpulan Bantuan Penasihat Tentera (Military Assistance Advisory Group) ataupun MAAG ke Vietnam Selatan untuk membantu Vietnam Selatan menentang kemaraan Komunisme. 3) Pada 1 November 1955, Dwight D. Eisenhower menghantar kumpulan pertama MAAG ke Vietnam Selatan untuk memberikan latihan kepada Tentera Vietnam Selatan (ARVN). Ini merupakan permulaan pembabitan rasmi Amerika Syarikat di dalam perang Vietnam. Pada 8 Julai, 1958, Charles Ovnand and Dale R. Buis menjadi anggota MAAG pertama terbunuh semasa bertugas di Vietnam. 3. John F. Kennedy - Perkembangan Dasar Kawalan 1) Dalam bulan Jun 1961, John F. Kennedy bertemu Nikita Khrushchev di Vienna, Austria. Mereka bercanggah pendapat dalam perkara-perkara dasar berkaitan isu-isu Amerika-Soviet. Perjumpaan itu menyakinkan Presiden John F. Kennedy dan para analisis seperti John Kennan bahawa Asia Tenggara akan menjadi medan di mana Soviet Union akan menguji keazaman Amerika Syarikatmenguatkuasakan dasar mengawal pengaruh Komunis (containment policy) yang dimulakan oleh Pentadbiran Truman dan dikuatkan oleh kebuntuan penguasaan Komunis semasa Perang Korea. 2) Dalam bulan Mei, 1961 John F. Kennedy menghantar 400 orang anggota Green Beret ke Vietnam Selatan sebagai "Penasihat Khas" untuk melatih ARVN. John F. Kennedy juga membenarkan juruterbang Amerika syarikat membuat penerbangan tempur sambil berpura-pura melakukan misi latihan penerbangan. Pada 20 Januari 1961 Presiden Perancis, Charles de Gaulle memberitahu Presiden John F. Kennedy "I predict you will sink step by step into a bottomless quagmire, however much you spend in men and money".

3) John F. Kennedy menghadapi krisis besar dalam tiga bahagian ketika itu, (i) kegagalan operasi Bay of Pigs di Cuba (ii) pemisahan Berlin dengan pembinaan Tembok Berlin (iii) penyelesaian secara rundingan di antara Kerajaan proBarat di Laos dengan kumpulan Komunis Pathet Lao di Laos. John F. Kennedy takutkan kegagalan Amerika Syarikat mengawal pengluasan pengaruh Komunis di Indochina akan melumpuhkan kredibiliti Amerika Syarikat. John F. Kennedy berazam untuk berpatah arang menghalang kemenangan pihak Komunis di Vietnam. Kata John F. Kennedy, Now we have a problem in making our power credible and Vietnam looks like the place. [6] 4. Lyndon B. Johnson dan Peningkatan Penyertaan Amerika Syarikat Dalam bulan Jun, 1964 Presiden Lyndon B. Johnson melantik Jeneral William Westmoreland menggantikan Paul D. Harkins sebagai Pemerintah MAAG di Vietnam. Di bawah pimpinanWestmoreland, bilangan anggota Tentera Amerika meningkat dari 16,000 orang anggota dalam tahun 1964 kepada lebih 500,000 orang selepas Serangan Tet dalam tahun 1968. Peningkatan dibuat secara berperingkat oleh Westmoreland. Peningkatan pertama berlaku pada 27 Julai, 1964, apabila 5,000 orang penasihat tentera dikerah ke Vietnam, menjadikan jumlah anggota seramai 21,000 kesemua. 1) 2) 3) 4) Insiden Teluk Tonkin Memilih Strategi Peningkatan Bilangan Tentera Amerika Operasi Rolling Thunder (19651968)

5) Kejayaan Tentera Amerika Dalam bulan Januari 1966, Divisyen Pertama Kavalri berjaya membunuh 1,342 orang gerila Viet Cong dalam Ops Masher/White Wing di wilayah Binh Dinh. Gerakan ini berterusan sehingga bulan Oktober dan seramai 1,000 orang gerila Viet Cong terbunuh. Di sebelah utara Vietnam Selatan, PAVN masuk ke wilayah Quang Tri. Oleh kerana bimbangkan serangan PAVN ke atas kota Quang Tri, pasukan Marin Amerika melancarkan Ops Hastings, yang berjaya memaksa PAVN berundur semula ke kawasan bebas tentera (DMZ). Operasi cari dan musnah dilakukan oleh tentera Amerika, dan ARVN ditugaskan untuk membuat kerja-kerja pendamaian (pacification) Pada 12 Oktober, 1967, Setiausaha Negara Amerika Dean Rusk mengumumkan bahawa cadangan perdamaian dengan Vietnam Utara sia-sia kerana keengganan Vietnam Utara untuk duduk di meja rundingan. Vietnam Utara berkeras supaya Amerika Syarikat terlebih dahulu menjatuhkan kerajaan Vietnam Selatan dan seterusnya meninggalkan Vietnam. Pada 17 November, 1967, selepas terlebih dahulu meminta pandangan daripada kumpulan Wise Men, Presiden Johnson mengumumkan bahawa Amerika sedang mencapai kemajuan dalam Perang Vietnam. Jeneral Westmoreland mengesahkan pada 21 November bahawa Amerika sedang menang.

5. Richard Nixon Polisi Vietnamisasi 1) Apabila Nixon dilantik menjadi Presiden, beliau mulakan rancangan pengunduran diri dari Perang Vietnam. Nixon mahukan ARVN dan pasukan keselamatan Vietnam diperkuatkan supaya boleh mempertahankan Vietnam tanpa bantuan Amerika dalam proses yang dipanggilnya Vietnamisasi. Amerika mula mengurangkan bilangan tenteranya di Vietnam. Serangan bom di Vietnam Utaradan Laos diteruskan semula untuk memusnahkan sistem perbekalan di Laluan Ho Chi Minh. Amerika Syarikat mula menyerang pengkalan komunis di Kemboja. Kerajaan Kemboja digulingkan dan kerajaan anti komunis di bawah Lon Nol mengambil kuasa. Pelabuhan di Kemboja kini tidak boleh digunakan lagi oleh Viet Cong dan PAVN. Vietnam Selatan membuat serangan besar ke atas pengkalan komunis di Laos tetapi gagal menutup bahagian Laluan Ho Chi Minh di situ. Lebih banyak misi pengeboman dijalankan oleh Amerika ke atas Vietnam Utara. 2) Di medan politik, Nixon mengeratkan hubungan dengan Soviet Union dan China, penyokong terkuat Vietnam Utara dengan tujuan meminta kedua negara memujuk Vietnam Utara ke meja perundingan. Usaha ini melancarkan satu era dipanggil era dtente yang seterusnya membawa kepada perundingan pengurangan senjata nuklear (START, SALT) dan membuka dialog denganChina. Dalam tahun 1972, Nixon mengadakan lawatan ke Beijing, Hangzhou dan Shanghai di China. Lawatan ini signifikan kerana ketika itu Amerika tidak mempunyai hubungan diplomatikdengan China. 3) Dalam masa itu, Nixon meneruskan pengeboman Vietnam Utara dan seterusnya meminta bantuan China memujuk Vietnam Utara ke Perundingan Damai Paris. Nixon mahukan peluang membolehkan Amerika keluar dari Vietnam walaupun dengan membiarkan Vietnam Selatan sebagai korban selepas satu tempoh yang munasabah. Soviet Union dan China terus membekalkanVietnam Utara dengan senjata dan bekalan yang akhirnya membolehkan Vietnam Utara melancarkan serangan akhir mengalahkan Vietnam Selatan dalam tahun 1975 6. Gerald Ford Dalam bulan Disember 1974, Kongres Amerika meluluskan Akta Bantuan Luar 1974 (Foreign Assistance Act 1974) yang menyekat bantuan kewangan ke Vietnam Selatan dan menetapkan syarat-syarat yang tidak dapat dipenuhi oleh Vietnam Selatan. Vietnam Selatan kini tidak mempunyai sekutu berdepan dengan Vietnam Utara. Ketiadaan Tentera Amerika di bumi Vietnam menyebabkan kehilangan sumber ekonomi yang penting bagi rakyat Vietnam. Vietnam Utara melihat sikap Amerika ini sebagai keengganan campur tangan lagi dalam hal ehwal Vietnam. Ini merupakan peluang untuk menggulingkan secara muktamad kerajaan Vietnam Selatan. 1) Serangan Terakhir 2) Kejatuhan Saigon

Anda mungkin juga menyukai